Qaiyum Dalam DilemaTawan KinabaluGaya Saorang Pemuisi
Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

October 2008
M T W T F S S
« Sep    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Komentator Terajin

Komentar Terkini

    • Qaiyum: Lirik Dabus Rohani - Kopratasa: Baju putih, selendang putih, Mari dibawa pergi sembahyang. Al...
    • Layar Lara: ala ape salah nye kalu jawab je kt sni, saye pn nk tau gak name lagu tuh.. hek elennnn
    • herda: sbnrnye banting tuh dkt area kaw umah gadis pilihan hati qai.. tuh sbb ry leh smpi sana.. hehe..
    • Qaiyum: #fiza - Yeke? Uu.. Takpela. Kalau Rase Nak Makan Buatla Sendiri Ye Tak? Hehe... #lieliqs - Selama...
    • lieliqs: salam...selamat hari raya, qaiyum, banting kat area mana nie??
    • fiza: bestnya raya dia... huhuhuh... kt penang dh takda suasana raya dh... tp raya kt kg retu mmg best... ...
    • Qaiyum: Woh !!
    • hawa: Saya telah pun m.e.n.d.a.p.a.t.k.a.n.. Saasatul Ibad.. hawa Telah Menulis Entri Terbarunya..
    • Qaiyum: #hawa - Selamat Hari Raye #rohaizad - Area Ko Takdeke? Kat Area Bangi Ni Still Ade Lagi Jual Lema...
    • rohaizad: Qaiyum, aku tak tahan giler nengokkan gambor lemang ko tu... adehh.. mana lagi tempat ada jual leman...


Gila Menulis

Ya. 

Saya ingin meluaskan lagi kekuatan penulisan saya dengan mempelbagaikan lagi platform² penulisan selain daripada blog Qaiyum.net yang sedang anda tatapi ini. Kerana saya percaya bahawa dengan usaha kita dalam bidang penulisan dapat menajamkan lagi pemikiran kita agar tidak berkarat. Ya.. Melayu semamangnya terkenal dengan sifat malas berfikirnya. Saya juga begitu.

Oleh yang demikian saya berazam untuk mengembangkan gaya dan idea penulisan saya agar saya mampu melonjakkan daya pemikiran saya ke satu tahap yang lebih jauh dan matang.

Sememangnya saya masih baru lagi dalam bidang penulisan. Setakat ini hanya Cikgu sekolah menengah yang  mengajar saya subjek Bahasa Malaysia sahajalah yang mengajar saya selok-belok penulisan. Selepas itu saya hanya menggarap gaya penulisan dengan membaca tulisan orang lain. Tiada guru yang mengajar saya secara serius. Makanya mungkin penulisan saya masih lagi berada pada tahap tidak membanggakan langsung. Tapi percayalah bahawasanya saya mencuba untuk memperbaiki diri agar dapat membawa diri yang kerdil ini lebih jauh.

Sokongan padu daripada anda semua sangat dialu²kan. Jika anda ada idea bagaiman untuk mengembangkan ilmu penulisan ini sila²lah kongsikan bersama saya. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat membawa kesejahteraan kepada sekalian umat.

Apapun setakat ini saya baru selesai membangunkan blog anak kepada Qaiyum.net :

 http://dejavu.qaiyum.net

Ini adalah laman blog contengan saya. Samada saya menulis daripada laptop ini ataupun saya menulis daripada telefon bimbit saya akan dipaparkan di laman blog ini. Semuanya adalah perihal semasa yang berlaku ke atas diri ini ataupun mungkin sesuatu yang idea baru sahaja terlintas dari fikiran saya dan saya tidak mahu kehilangan idea itu, makanya saya akan memuatkan idea berkenaan pada laman blog ini. Dengan harapan jika idea itu tidak dapat membantu saya, mungkin ia akan dapat membantu anda. Ia juga sebagai platform untuk mengetahui apa yang sedang saya lakukan dalam masa² tertentu. Seronok berkongsi kehidupan !!!

….Dan laman blog ini :

http://suarakan.qaiyum.net    

Akan mengalami Re-Branding semula. Pada mulanya saya hanya ingin mematikan laman blog ini dan membangunkan blog dengan konsep barunya. Tetapi agak penat sebenarnya untuk memulakan sesuatu itu dari awal. Maka dengan itu saya mengambil keputusan itu masih menggunakan nama asal blog ini. Cumanya konsep² sebelum ini akan diubahsuai. Mungkin yang sama adalah blog ini akan menceritakan krisis² semasa mahupun situasi politik tanah air. Semestinya sebuah agenda yang berat untuk diperbincangkan di blog ini. Tapi saya akan cuba usahakan supaya semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

…. Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Aura Senat

Tuan/Puan,

PENGESAHAN SENAT MENGENAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Senat Universiti dalam mesyuarat ke 336 bertarikh 21 Mei 2008 telah mengesahkan tuan / puan telah lulus semua peperiksaan dan layak dianugerahkan Ijazah :

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian


Ijazah akan dianugerahkan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 Ogos 2008.Sekian, terima kasih.

…….

 

Tersebut di atas adalah sedikit ungkapan dalam surat yang telah diposkan ke rumah saya. Pada saya ungkapan² tersebut biasa sahaja dan tidak langsung menunjukkan apa² perubahan emosi pada diri ini. Kerana saya memang dengan bongkaknya telah pasti bahawa saya akan naik pentas Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM bagi menerima segulung Ijazah samada daripada Canselor mahupun Pro-Canselor pada Majlis Konvokesyen tahun ini.

Tetapi..

Ungkapan tersebut sangat memberi seribu makna bagi beberapa orang..

……..

Semalam.

(Beberapa jam sebelum surat itu berada di tangan saya)

Telefon bimbit saya bergetar di dalam seluar. Agak payah untuk saya menyeluk saku tatkala sedang memandu Kancil CJ7 menuju ke The Mines Shopping Complex selepas pulang dari pejabat di Putrajaya. Tertera nama di skrin - Urusan Seri Paduka Baginda (Hehe..)

Hello !?

Hello.. Ayum (Panggilan manja gitu), ini ada surat dari UKM, Ayah buka ye.

Ok! Nanti call balik. Tengah bawak kete ni.

Ok!

Talian ditamatkan. Telefon bimbit diletakkan di seat sebelah. Perjalan diteruskan dan usai mendapatkan tempat meletak kenderaan saya mencapai telefon bimbit dan melihat terdapat 2 misscall. Tertara nama Urusan Seri Paduka Badindasebanyak 2 kali. Saya misscall kembali nombor ayahanda (Ahaha.. Jimat betul). Ayahanda di hujung talian. Tetapi kali ini dengan nada suara yang berbeza daripada tadi. Antara saya dengan dan tidak kerana situasi di dalam lif dan di kompleks beli-belah yang sememangnya bising. Telefon kembali bergetar.

Saya pun mengajukan soalan mudah kerana telah pasti apa isi kandungan surat tersebut.

Macamana keputusan ?

Ayum.. Ayah nangis yum..” (Senyap seketika)

Aaaa !?

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Memori Langkawi …

Keindahan Langkawi 

 

Masa 5 hari yang dikongsikan bersama Pulau Langkawi amat bermakna. Walaupun tujuan utama adalah demi perjuangan mendidik anak bangsa terutamanya golongan belia, masa emas yang wujud diantaranya digunakan sebaik mungkin untuk berehat, mencari ilham, menghirup udara segar, lari dari hiruk-pikuk kota dan sebagainya.

 

Oleh kerana waktu 5 hari berada di sana adalah satu jangkawaktu yang agak panjang. Makanya jika saya ingin menulis perihal perkara yang berlaku pada kelima-lima hari itu adalah agak sukar. Kerana terlalu banyak pengisian yang termaktub di dalamnya, terutamanya aktiviti tidur. Haha.. Apapun saya kongsikan sedikit setakat mana yang saya rajin menulis.

 

Peserta yang dihantar kepada kami adalah mereka yang digelar Belia² dari Tanah Melaka. Rata² antara mereka adalah lepasan SPM yang mungkin dipaksa datang ke kursus tersebut. Tapi tidak mungkin dipaksa, kerana dapat menikmati keindahan Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam secara percuma bukanlah sesuatu yang mudah ditolak. Adapun antara mereka telah wujud roh kepimpinan, namun kebanyakkan antara mereka masih mencari² hala tuju hidup. Perangai nakal dan radikal sesetengah peserta sentiasa terserlah di sepanjang kursus. Mereka ini telah diamanahkan oleh urusetia mereka agar dapat membentuk jatidiri yang sempurna di dalam diri mereka. Jika tidak banyak, sedikit perubahan pun sudah cukup melegakan hati urusetia² ini.

 

Maka modul yang digubal pada saat akhir yang bergantung kepada ’situasi’ peserta dijalankan dengan bijaksananya oleh para Fasilitator, yakni termasuk juga diri saya. Alhamdulillah kumpulan LDK saya terdiri daripada mereka yang tidaklah terlampau superAktif. Cukup sekadar mudah untuk berbicara dan mudah untuk menjalankan aktiviti bersama. Modul yang dipilih kebanyakannya adalah modul berbentuk aktiviti kumpulan besar. Aktiviti berbentuk permainan ditekankan memandangkan mereka lebih sesuai untuk ‘diasuh’ menggunakan aktiviti permainan sebegini. Berbanding jika kita berbicarakan isu² yang terlampau berat, dikhuatiri objektif dan matlamatnya tidak akan tercapai. Itulah lumrah kursus. Walau apa jua alat yang digunakan, rasional dan matlamat adalah segala²nya. Tidak guna jika kita membuat aktiviti yang tidak dapat mencapai matlamat.

 

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Glory Glory Machester United

 

Manchester United

# Hujan RAHMATKAH ini ?? Adakah ia membawa makna Manchester United bakal membawa pulang Piala Kegemilangan Eropah itu ke bumi Old Trafford ?? Sama²lah kita nantikan awal pagi ini.. Perlawanan yang sememangnya dinanti²kan oleh penggemar bolasepak dunia. Pasukan manakah yang lebih utuh mindanya, kental jiwanya dan mantap fizikalnya? Semuanya bakal diketahui sebentar lagi… Berdebar² ni. Bukan cemas kerana takut Manchester United kalah, tetapi cemas bagaimana mahu berdepan dengan mereka² yang anti-MU kelak jika MU gagal merebut kejuaraan tersebut. Huhu.. :D=

Dataran Lang, Langkawi

# Esok pagi saya akan berangkat ke pulau ini atas jemputan menjadi Fasilitator bagi kursus yang akan dijalankan. Sudah lama rasanya saya tidak terlibat dengan arena kursus. Ini adalah satu peluang untuk saya merehatkan minda daripada suasana pejabat disamping dapat menghayati keindahan alam yang terdapat di pulau tersebut. Sudah lama rasanya saya tidak melawat tempat tumpahnya darah Mahsuri ini. Dalam memori saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki di sana adalah ketika saya mengikuti rombongan selepas peperiksaan SPM yang dianjurkan oleh batch saya waktu itu. Ini bermaknsa sudah lebih 4 tahun saya meninggalkan pulau ini. Entah apa perubahan yang menanti. Tunggulah saya pulang nanti.

Apapun tugas saya di sana adalah sehingga Isnin depan. Satu jangka waktu yang lama bagi melaksanakan kursus ini. Diharapkan saya masih lagi konsisten dan mampu memberikan komitmen dan fokus yang terbaik. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang Fasilitator memandangkan kali ini peserta adalah dikalangan belia² yang mungkin sebaya atau lebih tua daripada saya. Yah! Ayuh!! Berkenaan program dan pengisiannya saya belum diberikan perinciannya. Yang pastinya ini bukanlah tugas ringan atau main². Ianya pasti mencabar minda, fizikal dan rohaniah kita. Belum pun sampai ke pulau terbabit fizikal dan mental saya dicabar apabila perlu berada di dalam bas selama masa lebih kurang 8 jam. Tidakkah mencabar itu ? Lagi pula perlu menaiki Feri. Tidak dapat dipastikan adakah mabuk laut saya sudah hilang atau belum. Haha.. :D= Tunggulah kedatanganku wahai Pulau Langkawi…

 

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Page: 1 ... 7 8 9 10 11 ... 38