Qaiyum Dalam DilemaGaya Saorang PemuisiTawan Kinabalu

Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Menarik Di Dalam



Komentator Terajin

    • nazhat
    • martyr
    • Unknown

Komentar Terkini

    • martyr: coalition of doom all right. couldn't agree more.
    • martyr: not interested in who's wrong, who's right, or who's got political benefit or watsoever. well, pa...
    • nazhat: wow..wow..wow...good question n great conversation! impresssss~
    • Unknown: So narrow minded people...
    • Qaiyum: Hawa : Jomla Borak Dajjal. Hehe.. Oohh. Kire Dah Wujudla Tentera Dajjal Nieh? KAFIR Betul. Ishishish...
    • Qaiyum: Hawa : Oo.. Itulah. Sebelum Ni Aku Pun Tak Pernah Perasan. Lepas Ni Boleh Pegi Sana Untuk Tengok Den...
    • nazhat: berhati-hatilah dgn gollem..dan my precious jgk..hehe
    • nazhat: org da lame da join silat..underground punyer..hehe =)
    • Suhaib: Salam perbahasan. Jujurnya aku x follow cerite pasal illuminati ni. Cume tahu dajjal akan muncul men...
    • Qaiyum: Jom Masuk Silat. Abang Nak Masuk Silat Kuntau Ni. Nak Ikot? : )~

Wahai Melayu…

Sempena bulan kemerdekaan ini saya selitkan sebuah lagu klasik dendangan Zaharah Agus (Watak isteri pertama dalam filem P. Ramlee “Madu Tiga”) berjudul Wahai Melayu. Semoga sama-sama dapat kita mengambil bait-bait kata dalam lagu berkenaan untuk mengimbau memori dan roh semangat merdeka suatu ketika dahulu…

 

Klik “play”

- Zaharah Agus - Wahai Melayu

 

Wahai Melayu Umat Malaya
Mari Kita Bekerjasama
Untuk Negara Dan Bangsa
Agar Malaya Merdeka

Wahai Pemuda Harapan Bangsa
Takkan Melayu Meninggal Baka
Tunjuk Olehmu Bukti Dan Jasa
Tanah Melayu Negeri Kita

Jangan Takut Dan Ngeri
Hidup Memang Lawan Mati
Bina Malaya Jangan Berhenti
Agar Melayu Kekal Abadi

Polis Homeguard Malay Rejimen
Pimpin Bangsamu Sekalian
Korbankan Diri Bentengkan Dada
Tetap Malaya Merdeka

 

Jika berminat dengan lagu ini Klik Untuk Teruskan Bacaan »

5 Prinsip Hedonisme

Hedonisme
  1. Prinsip Vietalisme yang menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.

     

  2. Prinsip kreativiti yang meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan penghasilan ciptaan baru akan dianggap sebagai suatu yang baik dan bermutu.

     

  3. Prinsip Relative, menekankan tidak ada suatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh diubah mengikut perubahan zaman dan perkembangan ilmu pengetahuan.

     

  4. Prinsip Hedonisme, menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik, manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk.

     

  5. Majoriti masyarakat adalah sebagai pemutus, justeru aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah pilihan terbaik.

Sentimen

 

1. Memainkan sentimen adalah permainan politik yang menjadi duri dalam daging & api dalam sekam tanpa kita sedari.

2. Sentimen tanpa kita duga mampu mempengaruhi dan mengganggu proses perundangan dan kehakiman dalam negara ini.

3. A. Kugan adalah suspek sindiket mencuri kereta dan telah meninggal dunia semasa di bawah tahanan pihak polis. Sentimen dimainkan pihak HINDRAF sehingga mengangkat A. Kugan bukan sebagai orang yang bersalah di atas jenayahnya tetapi lebih kepada orang yang teraniaya. Bagi orang India, kematian beliau adalah pengorbanan terhadap perjuangan HINDRAF. Di dalam keadaan sebegini kenyataan yang keluar daripada pihak berkuasa akan mempengaruhi emosi rakyat luar. Keputusan mahkamah jika tidak dibuat dengan mengambil kira sentimen penyokong Keluarga A. Kugan ini maka mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku di luar sana.

4. Kematian Teoh Beng Hock juga digunapakai oleh ’sesetengah’ pihak dengan mewujudkan sentimen. Sentimen ini juga pada hakikatnye mengganggu pihak berkuasa menjalankan siasatan apabila didesak dengan agresif oleh pihak-pihak tertentu. Walhal siasatan sebegini perlu dijalankan dengan teliti dan rapi. Spekulasi² yang tidak sepatutnya dimainkan media juga timbul menyukarkan lagi keadaan. Spekulasi dan sentimen ini apabila berpadu dan tidak didokong oleh pengertian mengenai proses perundangan, maka sesuatu undang-undang itu akan kelihatan cair dan rakyat dilihat melebihi undang-undang.

5. Lihatlah bagaimana Gelombang Reformasi pada tahun 1998 apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim. Kuala Lumpur menjadi huru-hara. Itulah permainan sentimen yang bahaya.

6. Rasanya selepas ini mungkin penjenayah² akan menyusun strategi baru sebelum mereka ditangkap, mereka akan mengumpulkan seramai mungkin yang boleh, memanggil & membayar media samada dalam mahupun dari luar negara, dan menyusun skrip-skrip yang akan dimainkan. Lebih molek lagi jika skrip tersebut mempunyai unsur-unsur perkauman dan ditambah pula dengan plot memukul diri sendiri untuk kelihatan seperti dicederakan pihak polis. Dan apabila sang penjenayah itu ditangkap maka gerakan secara beramai-ramai inipun bermula dengan berdemo dan mengatakan pihak polis menyeksa tahanan. Nah!

7. Maka jika sudah sampai hingga ke tahap ini, ISA masih perlu ditidakkan?

8. Tetapi sejak bila memegang lilin dan colok adalah budaya orang cina? http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21873&Itemid=1

9. http://en.wikipedia.org/wiki/Joss_stick . “Joss sticks are religious materials in China, India, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Taiwan, Myanmar, Cambodia, Philippines, Korea,and Japan.”

 

 

ppsmi-keluargapejuang

 

  1. Tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang mana perjuangan mereka telah berhasil kini.
  2. Pemansuhan PPSMI sudah semestinya disambut meriah dengan sorakan para guru dan anak murid “Hurrey! Legaa~”
  3. Maka kembalilah kita kembali melangkah ke belakang setelah beberapa langkah kita melangkah kehadapan.
  4. Gagalkah PPSMI?
  5. Pastinya semua telah jelas apakah matlamat dan objektif Dasar PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan. Jika terlupa silalah melawat ke blog pencetus idea ini, Tun Dr Mahathir. Beliau pastinya antara manusia yang paling kecewa kerana rakyat negara ini tidak memahami hasrat dan niat murni yang beliau cuba bawakan.
  6. Apapun marilah kita melihat apakah isu sebenar yang melanda PPSMI.
  7. Saya tidak melihat isu bahasa ibunda sebagai isu yang memperlihatkan PPSMI ini akan memusnahkan bahasa Melayu. Kita di bumi Malaysia ini selagi mana orang Melayu masih bertutur dalam bahasa Melayu, maka tidak akan terhapuslah bahasa ini sama sekali. Apatah lagi bahasa Jawa masih boleh survive walaupun cucu² mahupun cicit² tidak berminat langsung untuk mewarisi bahasa itu. Tetapi mungkin bahasa Jawa akan hilang dari lidah orang Malaysia apabila ia tidak dipertuturkan lagi. Tetapi adakah bahasa Melayu akan terhapus hanya kerana generasi akan datang berbicara dengan bahasa Inggeris di dalam kelas Sains dan Matematik. Adakah generasi akan datang akan juga berbicara sesama mereka dalam bahasa Inggeris di dalam kelas Pendidikan Islam mahupun sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani? Tidak. Isu bahasa bukanlah isunya. “Takkan Melayu Hilang Di Dunia!!” Laung Hang Tuah. Maka sepatutnya pejuang bahasa tidak perlu melenting langsung.
  8. Tetapi isu yang memperlihatkan PPSMI ini gagal mencapai matlamatnya adalah kerana statistik menunjukkan pencapaian keputusan peperiksaan besar yang merosot dikalangan anak-anak terutamanya yang berada di kawasan luar bandar.
  9. Yaa.. Apakah puncanya? Banyak hujah yang mengatakan anak-anak tidak berminat lagi untuk mempelajari Sains dan Matematik kerana terasa kesusahannya untuk belajar apabila semuanya dalam Bahasa Inggeris. Tiada lagi minat dan semangat untuk membuat latihan, apatah lagi untuk menelaah mata pelajaran tersebut. Keterpaksaan untuk mempelajari sesuatu sehingga menyebabkan mereka tertekan lalu membuatkan mereka memberontak untuk tidak lagi meneruskan fokus mereka.
  10. Dilema ini juga melanda “kami guru Malaysia..”. Sedangkan guru juga terkial-kial tatkala belum cukup ilmu di dada, apatah lagi anak murid. Hmm..
  11. Ibu bapa yang tidak fasih berbahasa Inggeris juga buntu. Apakan daya untuk mereka membantu anak-anak. Untuk hantar ke pusat Tuisyen juga tidak mampu memandangkan gaji bulanan yang rendah dan bilangan anak yang ramai.
  12. Maka hasilnya pencapaian anak-anak ini jadilah merosot, tertinggal jauh terkebelakang, dan akan menyebabkan potensi mereka untuk ke sekolah berasrama penuh, MRSM, kolej mahupun IPT terbaik terencat.
  13. Maka dengan sedikit contoh yang diberikan itu, ditambah dengan alasan² lain GMP terhadap PPSMI bolehlah disimpulkan bahawa segalanya adalah kerana SIKAP MANUSIA.
  14. Ya SIKAP.
  15. Dan SIKAP.
  16. Tun Dr Mahathir pastinya seorang yang sentiasa memegang istilah ANJAKAN PARADIGMA. Pemikiran sebegitulah yang telah menjadikan negara ini sepertimana hari ini. Daripada sebuah negara pertanian kepada negara pembuatan dan seterusnya negara industri. Daripada negara mundur ke negara membangun dan menuju misi menjadi negara maju. Ramai orang Melayu suatu ketika dahulu melenting apabila Tun membuat dasar yang pelbagai. Dasar yang masing-masing mempersoalkan “Mampukah kita?”, “Mampukah Orang Melayu untuk membuat demikian?”, “Mampuke orang Melayu berubah daripada memakai kain pelikat di kampung nelayan kepada kemeja bertali leher di pejabat berhawa dingin membawa kereta?”
  17. Klik Untuk Teruskan Bacaan »

dap_keluar_pakatan_01Thomas Su Membuat Kenyataan Media

 

- DAP Kedah hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri termasuk isu babi. - DAP Kedah semalam mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana hilang keyakinan terhadap kerajaan Kedah termasuk isu merobohkan pusat ternakan babi di Alor Setar.

 

- Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su. Beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad kepada pemimpin DAP Pusat.

 

- Menurut Thomas, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah berkata bahawa Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik.

 

- Azizan dalam reaksi segeranya berkata, beliau tidak akan menghalang DAP jika mereka berhasrat untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri ini. - Ini pastinya satu tamparan hebat bagi Pakatan Rakyat. Belum pun sempat merampas Kerajaan Pusat dari tangan BN, masalah-masalah sering muncul di negeri-negeri kuasaan PR. Bagaimanakah sekiranya kelak mereka berjaya merampas Kerajaan Pusat dan seterusnya mentadbir negara ini?

 

- Adakah gabungan PKR-DAP-PAS akan berjaya mewujudkan keharmonian di negara ini? Atau sensitiviti kaum akan semakin tergugat dan mengundang bencana sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 apabila setiap parti dalam Pakatan Rakyat berpegang pada prinsip dan ideologi parti masing-masing dan tidak dapat mencapai kata sepakat sepertimana yang ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional?

 

- Namun perkara yang paling kelakar apabila Ketua Pembangkang memberi respon isu ini dengan menyalahkan pihak media.

dap_keluar_pakatan_02

  “Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

 

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Pages: Prev 1 2 3 ...6 7 8 9 10 ...57 58 59 Next