Biro Tatanegara (BTN) & Patriotisme
Nov 27th, 2009 oleh Qaiyum
1. Perlukah Patriotisme?
Jawapan : Tidak perlu kerana orang lebih mempercayakan Chin Peng. Kebetulan BTN & Chin Peng telah menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia semalam.
2. Betulkah?
Jawapan : Ya betul. Apa yang lebih kita perlukan adalah jiwa untuk mempertahankan sesuatu. Jiwa untuk mempertahankan kesucian agama Islam, jiwa untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan agar ianya tidak dirobek sesuka hati, jiwa untuk mempertahankan apa yang akan dimakan oleh anak-anak kita suatu hari nanti, ilmu apa yang mereka akan dapat suatu hari nanti, di mana mereka akan berdiri di antara 3 warna kulit yang berbeza, di samping jiwa untuk mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi.
Di antara semua-semua di atas tugas siapa untuk menerangkan dan memberitahu kepada sekalian lapis masyarakat di negara kita ini?
3. BTN rasis?
Jawapan : Tidak pernah berulang pun sebarang peristiwa berdarah akibat ketegangan kaum selepas 13 Mei 1969 dan selepas BTN ditubuhkan pada 1974. Yang saya tahu Islam & Ketuanan Melayu semakin terancam selepas PRU-12 dengan kemunculan Interfaith Commision (IFC), Isu-isu yang dibawa oleh Bar Council, Ladang Babi, Pembinaan Kuil, Hindraf, ditambah pulak dengan Chin Peng. Huii.. Bahya Bahya. Boleh berdarah balik kalau macamni.
4. BTN proses doktrinisasi BN?
Jawapan : Misi & Visi BTN diambil dari http://www.btn.gov.my
- MISI BTN
BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika.
- VISI BTN
Menjadi sebuah organisasi awam yang unggul dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada Kerajaan.
Salah satu komponen dalam semangat patriotisme adalah taat kepada kerajaan yang telah dibentuk. Ini bagi menjamin supaya bumi Malaysia tidak menjadi huru-hara seperti di negara-negara lain yang sentiasa bertelagah untuk menaikkan pemimpin masing-masing. Jadi apa yang boleh kita faham dengan MISI & VISI BTN di atas? Ini bukan bermakna BTN mendoktrin orang supaya setia kepada Kerajaan BN. Ini juga bermakna sesiapa juga yang memegang tampuk kuasa Kerajaan Persekutuan samada BN mahupun Pakatan Rakyat (PR), BTN akan membuat program supaya rakyat sentiasa taat pada kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri.
Catatan mereka-mereka yang menulis sesuatu yang manis mengenai Kursus BTN. Mungkin mereka ini telah dirasuah (kot?). Cuba kita lihat.
1. http://cikgu-ita.blogspot.com/2009/04/kursus-biro-tata-negara.html
2. http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html
3. http://kaklongita.fotopages.com/?entry=794472
4. http://deennasour.com/blog/2009/07/26/birotatanegara-btn/
Dan khabarnya kursus BTN di negeri Selangor telah digantikan dengan S.P.I.E.S . Kursus ni ada unsur-unsur doktrinisasi tak? Ada unsur² rasuah tak disebalik pemilihan konsultan-konsultan? Atau ada tangan-tangan politik (Baca: Kroni) di sebalik setiap konsultan itu? Tidak perlulah komen. Nanti ada orang cakap BN dulu pun sama jugak !!












