Qaiyum Dalam DilemaGaya Saorang PemuisiTawan Kinabalu

Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Menarik Di Dalam



Komentator Terajin

Komentar Terkini

    • Qaiyum: Semestinyaaa..
    • Go: cun awek :P
    • FrAmE30.: Hello World
    • james coco lomel: ma'af pi yg w bca n dnger nabi isa 2 diturunkan dri lngit for help imam mahdi bkan dilhrkan
    • ballengs: sebenarnya individu yg inginkn auku di hapuskan adalah dr individu yg anti kerajaan...auku pun nak d...
    • Kama Irahsa: lagu ni mmg best..thank bro!
    • islam: alhamdulillah nur.......insyallah ibu dan bapa u akan mendapat hidayah dari allah yg maha esa..........
    • punk not dead: Anak muda tak takut kerajaan!!!
    • Qaiyum: Thanks For Your Comments NurShafiqah. It's Really Nice To Hear Story From You. Salam Perjuangan.. :D...
    • NurShafiqah: Sebelum memeluk agama Islam,sy pernah bertanyakan ini kepada ibubapa sy, Kenapa harus ada Trinity d...

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. [Al Baqarah:142-145]

————————————————————————————

Peristiwa penukaran kiblat dalam surah di atas menunjukkan bukti bahawasanya Nabi Muhammad SAW memohon kepada Allah SWT supaya dibezakan arah penyembahan @ solat antara golongan muslimin dan juga golongan yahudi. Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Siber

1. Melihatkan ada komen² mempersoalkan mengapa blog ini jarang² update membuktikan bahawa blog ini masih ada pembacanya walaupun sedikit bersawang.

2. Tuan empunya blog kini melihat adalah lebih mudah untuk mendampingi rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja melalui laman sosial Facebook. Benarlah bahawa pengaruh Facebook ini sangat dalam menyusup ke sanubari sesiapa sahaja yang mudah hanyut dalam ruangan siber ini. Malah menerawangkan lagi golongan-golongan blogger yang sering menggunakan medium Facebook sebagai coretan hari-hari berbanding dengan blog sendiri.

3. Inilah fenomenanya. Namun jangan salah anggap bahawa penglibatan setiap insan di ruangan Facebook itu semata-mata hanya untuk bersosial. Kini pentas Facebook telah digunakan untuk perkara-perkara serius dan penting menerjah ke laluan politik, keagamaan, sentimen perkauman, ekonomi, kemanusiaan, alam sekitar dan sebagainya. Facebook yang diasaskan daripada otak Yahudi ini sememangnya banyak memberikan impak kepada urusan duniawi.

4. Ada kita dengar hari ini para majikan menggunakan Facebook untuk memantau pekerjanya. Malah ada sudah kes pekerja dipecat kerana Facebook. Polis² juga memantau laman Facebook untuk mendapatkan maklumat risikan. Syarikat Insuran menggunakan kelebihan ini juga untuk mencari bukti samada ada berlaku penyelewengan mendapatkan tuntutan insuran daripada klien. Pak pak menteri mengemaskini status mereka menggunakan Facebook. Istilah Cybertrooper yang kerap menyerang ruangan blog juga telah muncul menyerang mereka berbeda ideologi politik di paparan-paparan Facebook sesiapa sahaja. Aktivis² menyuarakan tuntutan mereka melalui Facebook. Pertubuhan², NGO, Badan² semuanya menggunakan kelebihan ini untuk membawa wadah perjuangan dan minat mereka di sini.

5. Oh Ya! 10 tahun lagi untuk kita melangkah ke tahun 2020. Sudah semakin hampir rasanya. Patutlah bahangnya semakin terasa. Kepelikan dunia dengan pendedahan peralatan siber sebegini kekadang membuatkan kita rasa pelik. Seperti kita menonton filem ‘The Matrix’ ataupun ‘Gamer’ yang mana sukar untuk dibezakan yang mana realiti dan yang mana dunia ciptaan manusia yang fantasi. Uhh! Adakah rakyat Malaysia bersedia melangkui tahun 2020 dengan inteleknya? Ataupun adakah semakin BODOH hanya kerana terlalu asyik melayan Facebook! Hahaha~

6. Berhati-hatilah di ruangan siber. Kerana anda pasti terjerat dengan bermacam taktik penjenayah mahupun pengkhianat yang selalu ingin menghuru-harakan keadaan.

7. Banyak isu sebenarnya yang sedang hangat diperbincangkan sekarang. Namun buat masa ini saya memilih untuk menulis yang ringan-ringan kerana tidak semua pembaca yang tetiba hadir di blog ini sukakan apa yang saya muatkan di blog ini sebelum ini. Saya perlu mencari kaedah penulisan beraneka jenis supaya keadaan tidak terlalu menjengkelkan sesetengah mereka. Saya kini hanya menumpang ‘teduh’ di blog-blog lain seperti yang saya wujudkan pada ruangan ‘Pautan‘ blog ini. Dan juga anda boleh mencari saya di ruangan Facebook juga kalau ingin tahu perkembangan terkini saya. :D~

8. Salam tahun baru semua~ Maaf kerana tidak menulis secara normalitinya. Apa yang saya ingin tegaskan blog ini adalah pelbagai. Tiada mata dimerit wujud di sini. Apa juga boleh berlaku. Yang penting adalah KITA MESTI BERSATU!

Wassalam..

To-Do List IFC

1.  Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2.  Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.  Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.  Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.  Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.  Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.  Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8.  Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.  Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.  Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.  Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.  Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.  Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.  Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Misi Utama

1.  Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.  Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3.   Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.   Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.  IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

drridhuanteebtn01drridhuanteebtn02drridhuanteebtn03

Siapa Lebih Rasis ?

Siapa BiaDAP ?

1. Mereka desak azan diperlahankan di Bandar Kinrara

2. Mereka desak tulisan jawi dihapuskan pada nama-nama jalan di KL.

3. Kerajaan DAP Penang hapuskan tulisan Bahasa Malaysia pada papan tanda di Penang.

4. DAP terang terang tidak mahu cara pemerintahan Islam

5. Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al Quran berulang kali dalam ceramahnya.

6. Kit Siang kata Ketuanan Melayu itu racist..minta dihapuskan. Apakah Malaysian Malaysia itu lebih adil untuk semua???

7. DAP Penang beri 75 ribu pada sekolah tahfiz, tapi pada sekolah Cina 10 juta ringgit diberikan.

8. Teresa Kok masuk masjid dengan pakai skirt.

9. DAP di Selangor kata arak bukan alkohol dan minta penjualan arak diteruskan di kawasan Melayu.

10. DAP di Perak beri geran tanah 999 tahun pada Kampung Baru. Sampai sekarang DAP tidak pernah keluar kenyataan pasal Chin Peng. Kenapa?

11. DAP cadang projek babi RM100 juta di Sepang.

12. Teresa Kok panggang babi 5 ekor lepas menang PRU12

13. DAP hapuskan DEB bila menang di Pulau Pinang. Portfolio agama Islam dihapuskan.

14. Jeef Ooi kata JIM golongan ektremis agama.

15. Anthony Loke Siew Fook kata “FXXXKING RELIGION” dan mencerca Riduan Tee Abdullah.

16. DAP desak wang baitulmal Selangor diberikan kepada bukan Islam.

17. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kg Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam diberi pada Dewan Persatuan Perkuburan Cina.

18. DAP pijak gambar 2 orang wakil rakyat Melayu di Perak semasa Konvensyen DAP Perak.

19. Karpal Singh derhaka pada Raja Melayu. Mahu menyaman Sultan Perak.

20. DAP berkelakuan biadap dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Bentara dibelasah, buku yang mengandungi doa dihentak, mikrofon dirosakkan. Tidak menghormati institusi raja.

Kesimpulan : Mereka Menyerang Kita Bertahan, Siapa Lagi Rasis ?

Pages: Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 ...60 61 62 Next