Abdul Qaiyum Borhan. Meliputi Putrajaya, Kajang & Bandar Baru Bangi. Seorang Pelakon Tambahan Di Dunia Penuh Pementasan Ini. Berusaha Untuk Berjuang Terhadap Sesuatu. Perjuangan Utamanya Adalah Untuk Membentuk Pemikiran Diri Yang Optimis Agar Kurang Diganggu Oleh Emosi Dan Perasaan Radikal Anak Muda.
Terima Kasih Kepada Sahabat Blogger Dan Pengunjung Sekalian Yang Telah Memberikan Pendapat Bernas Dalam Usaha Pengkajian Prospek Kerjaya Pada Entri Saya Yang Lepas..
Dalam Beberapa Hari Ini Saya Sedikit Sibuk Memenuhkan Jadual Waktu Dengan Beberapa Perkara Besar. Banyak Perkara Yang Akan Menganjakkan Kehidupan Saya Sepanjang Hujung Tahun Ini. Antaranya Semalam Saya Dan Rakan Serumah Yang Lain Sibuk Mengemas² Barang Berpindah Ke Rumah Sewa Kami Yang Jauh. Tidaklah Begitu Jauh. Hanya Berbeza Beberapa Seksyen Sahaja Di Daerah Bandar Baru Bangi Ini. Rumah Sewa Kami Yang Lama Ini Diperlukan Kembali Oleh Tuan Rumah Untuk Diserahkan Kepada Adik Beliau. Maka Kembalilah Kami Menjadi Nomad Untuk Kali Yang Ketiga Tahun Ini. :D=
Rumah Kali Ini Boleh Dikategorikan Sebagai Apartment. Berbanding Rumah Sebelum Ini Yang Dikategorikan Sebagai Flat, RumahSekarang Lebih Luas Dan Lebih Kelihatan Seperti Rumah. Haha.. Rumah Sebelum Ini Lebih Kelihatan Seperti Stor Makmal Biologi. Dengan Ruang Yang Lebih Luas, 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Dapur, Koridor, Ruang Tamu Dan Dengan Hanya Empat Seorang Sahaja Penghuni, Rumah Ini Akan Disiap-Siagakan Sebagai Rumah Sebenar Kelak. Melebihi Rumah Orang Yang Dah Kahwin.. Silalah Jemput Datang Jika Anda Sekalian Berkesempatan Singgah Di Perbukitan Bangi Ini. Oh Ya! Saudara Rozaidi (mrozaidi.net) Adalah Rakan Serumah Saya.
Perkara Yang Lain Yang Mendahului Carta Jadual Waktu Saya Adalah Kini Tibanya Kembali Untuk Saya Kembali Sibuk Sebagai Seorang Mahasiswa Yang Akan Mencurahkan Bakti Kepada Masyarakat. Musim Cuti Semester Tidak Akan Disia²kan Seperti Cuti Semester² Yang Dahulu. Tiada Erti Cuti Bagi Saya. Begitu Juga Dengan Junior² Di UPSM (upsm.org). Akan Ada Beberapa Program Seperti Motivasi Sekolah² Melaka, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Di Felda Titi N9, Kuliah² Untuk Junior Dan Lain² Yang Berkaitan. Yah! Lusa Saya Akan Membentangkan (Biva) Tesis Saya. Doakan Saya Kacak Dalam Transkrip!
Hmm.. Esok Saya Akan Kembali Bertungkus-Lumus Untuk Memindahkan Perabot² Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru. Dengan Hanya Berbekalkan Kenderaan Perodua Kembara, Jumlah Ulang-Alik Pasti Melebihi 5 Kali. Apepun Ini Ada Sebuah Cerita Berkenaan Dengan Kawasan Rumah Baru Kami. Jika Anda Prihatin Terhadap Satu Kes Mengenai Pembunuhan Seorang Pelajar Master UKM Pada Tahun 2004. Allahyarhamah Norzi Ayu Telah Dibunuh Oleh Bekas Kekasihnya Di Rumahnya Di Apartment Selang Beberapa Blok Dari Blok Kami. Tapi Blok Mana Tak Pasti Pula. Apapun Kes Ini Menjadi Hangat Ketika Itu Yang Mana Saya Berada Pada Tahun 1. Kes Cemburu Khabarnya. Apepun Semoga Roh Allahyarhamah Norzi Ayu Sentiasa Dicucuri Rahmat.
Haha.. Rajah Di Atas Menunjukkan Paparan Muka Terakhir Yang Dikemaskinikan Oleh Saya Dalam Proses Pembangunan Tesis Saya. Frasa Yang Ditandakan Dengan Warna Cyan Adalah Frasa Yang Terakhir Saya Canangkan Pada Permukaan Tesis Tersebut Yang Mana Frasa Itu Adalah Metafora Kepada Kemerdekaan Saya. 90 Muka Surat Punya Tesis.. Yahoo! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pengakhiran Tersebut Adalah Permulaan Kepada Sesuatu Bagi Diri Saya. Entri Kali Ini Ada Tanda Soal ?? Bermaksud Saya Memerlukan Sumber Dari Kalian Semua Dalam Memberikan Inspirasi Dan Pedoman Kepada Saya. Iaitu Dalam Pemilihan Aspek Kerjaya. Aspek Yang Bakal Menentukan Masa Depan Saya. Aspek Yang Akan Mewajahkan Diri Saya Kelak Setelah Saya Meninggalkan Universiti Di Perbukitan Bangi Ini. Tolong! Saya Merayu Dan Meminta Tolong Terutama Kepada Mereka Yang Telah Memiliki Kerjaya Dan Berpengalaman Dalam Dunia Tersebut. Pleasseeeeee!! (Dengan Gaya Manja…)
Setakat Ini Yang Saya Boleh Kategorikan Terdapat 3 Aspek Pokok Dunia Kerjaya.
Gomen (Perkhidmatan Awam)
Swasta
Bekerja Sendiri
Dari Pengamatan Saya Kebanyakan Dari Graduan Segar (Fresh??) Memilih Untuk Memulakan Karier Dalam Sektor Swasta. Dengan Tujuan Untuk Menimba Pengalaman Sebelum Bergerak Ke Sektor² Lain (Jika Berminat La). Walaupun Terpaksa Bertungkus-Lumus Tunggang-Terbalik, Tapi Fulus Yang Diraih Membuatkan Mereka Berpuas Hati Dengan Keadaan Tersebut. Namun Ramai Antara Rakan² Saya Juga Memulakan Karier Dalam Sektor Awam. Mungkin Mereka Merasakan Tidak Akan Sesibuk Mereka Yang Bekerja Dalam Sektor Swasta. Tapi Nampaknya Bukan Seperti Itu. Sama Je Pengamatan Saya Terhadap Bidang Tugas Dalam Kedua-dua Sektor Ini. Mungkin Duit Pencen Adalah Perkara Yang Mereka Pandang Adalah Faktor Mereka Memilih Perkhidmatan Awam.
Namun Keadaan Biasanya Mengelirukan. Ada Yang Bermula Di Sektor Awam Dan Bertukar Ke Swasta. Ada Juga Yang Dari Swasta Bertukar Ke Awam. Ataupun Perlukah Saya Memasukkan Skali Bidang Perniagaan Ditengah² Kancah Politik Hala Itu? Hmm.. Sebelum Meneruskan Lebih Lanjut Saya Akan Menerangkan Sedikit Mengenai Diri Saya Dan Prinsip Hidup Yang Dibawa.
Apakah Yang Akan Anda Laksanakan Apabila Mengalami Tekanan Tahap Tinggi?? Pelbagai Cara Bukan? Saya Bukanlah Orang Yang Sentiasa Terpengaruh Dengan Situasi Tekanan. Namun Sebagai Manusia Kita Tidak Akan Dapat Lari Daripada Situasi Ini. Bagi Menenangkan Dan Mententeramkan Jiwa Saya Banyak Mendengar Muzik. Muzik Yang Macammana?
Dahulu Pada Waktu Sekolah Saya Lebih Menggemari Artis² Yang Bersifat Radikal. Bermaksud Saya Banyak Mengikuti Aliran Muzik Rock, Ungerdround & HipHop. Namun Kini Segalanya Berubah. Hati Saya Telah Terpaut Pada Rentak Lagu Perlahan Dan Mendamaikan. Sepertimana Anda Tahu Lagu Zaman Mak Ayah Kita Dahulu. Begitulah Juga Saya. Masakan Tidak. Radio Kegemaran Saya Adalah Klasik.FM.. Mengamuk Mereka² Yang Selalu Menumpang Kereta Kerana Terpaksa Menghadapi Tekanan Mendengar Alunan Muzik Yang Mendayu². Tetapi Mengapa Tidak? Bukankah Melodi Sebegitu Sesuai Untuk Mencari Ketengan Dan Sekaligus Mengelakkan Stress..
Entah Kenapa Saya Telah Rajin Untuk Download Lagu² Dari Album Kopratasa. Maka Plugin Audio Di Atas Saya Sediakan Kepada Anda Untuk Dikongsi Bersama. Selama Ini Saya Hanya Mengetahui Lagu² Seperti Masihkah Kau Ingat & Permata Buat Isteri Yang Memang Menjadi Hit Kumpulan Ini Suatu Ketika Dahulu. Tetapi Kebanyakkan Lagu²nya Sememangnya Meruntun Jiwa Ini Jika Diamati Dan Dihayati Senikatanya. Lagu Yang Penuh Dengan Bait² Puitis Ini Bukan Baru Saya Kenali. Sebelum Ini Saya Meminati Sebuah Lagu² Khir Rahman Dalam Albumnya Filsafat. Pernah Dengar? Saya Pasni Kebanyakan Dari Anda Tidak Pernah Tahu Atau Mungkin Tidak Mengenali Beliau. Khir Rahman Adalah Anak Kepada A. Rahman Hassan. Beliau Pernah Berlakon Dalam Filem Puteri Gunung Ledang, Rock, Pontianak Harum Sundal Malam Dan Lain². Memulakan Bakat Kariernya Dalam Bidang Lakonan Pentas Teater. Maka Saya Secara Tidak Sengaja Dengan Tiba² Telah Menjadi Peminat Beliau Sejak Membeli Album Filsafat Itu Di Kedai Speedy Dengan Harga 3 Kaset = RM10. Hmm… Dari Kaset Saya Transformasikannya Kepada Format MP3. Jom Kita Layankan Sebentar..
- Khir Rahman - Filsafat.mp3
Dengarlah Bait² Puisi Yang Dialunkan. Mesti Pertama Kali Dengar Tak Faham Kan? Haa.. Itulah Yang Speselnya Lagu Berentak Begini. Memerlukan Pemikiran & Pemahaman Yang Tinggi Dalam Menilai Seni. Bukan Hanya Sekadar Santai. Banyak Lagi Lagu² Berbentuk Puitis Ini. Namun Hanya 2 Sempat Saya Kongsikan. Kalau Anda Tahu Silalah Bagitau Saya Ye..
Protoss, Terran Dan Zerg Akan Kembali Mengganas Di Ruang² Digital Anda. Permainan Legasi Yang Tak Pernah Lekang Dek Panas Dan Tak Pernah Luput Dek Hujan Ini Bakal Menggegarkan Dunia Awal Tahun 2008 Ini. Sebagai Seorang Peminat Setia Permainan Ini Sewaktu Zaman Persekolahan Itu, Sudah Pasti Tidak Akan Terlepas Untuk Menjadi Kipas-Susah-Mati Terawal Mendapatkan Permainan Ini. Yaa.. Cetak Rompak Sudah Pastinya.. :D=
Penceritaan Bagi Starcraft II Ini Adalah Kesinambungan Daripada Pengakhiran Starcraft Brood War. Macam Biasa Apabila Versi Baru Muncul Maka Perkara Pertama Yang Kita Harapkan Berlaku Perubahan Adalah Dari Segi Grafik, Pertambahan Kecanggihan Teknologi Di Dalam Game Ini Malah Kesimpulannya Adalah Sesuatu Yang Lebih Baik Daripada Versi Yang Sebelumnya. Maka Itulah Yang Telah Digarapkan Oleh Starcraft II Ini. Penambahan Unit² Baru Dan Teknologi Pembangunan Setiap Puak (Protoss, Terran dan Zerg) Serta Peningkatan Grafik 3D Yang Lebih Baik Dari Yang Sebelumnya. Walau Bagaimanapun, Starcraft II Ini Masih Lagi Mengekalkan Konsep Original Permainan Asal Walaupun Dapat Dilihat Banyak Penambahan Terutama Dari Seg Kecanggihan Permainan Ini.
Oleh Itu, Kepada Yang Memang Sudah Menjadi Kipas-Susah-Mati Permainan Ini Sama²lah Kita Menantikan Dengan Penuh Taat Setia. Walaupun Penantian Merupakan Suatu Penyeksaan, Namun Tahun 2008 Bakal Menghidangkan Kita Dengan Sesuatu Kejutan Yang Menarik. Maka Sebelum Itu Lawatilah Laman Web Rasminya Di Starcraft2.com .
Ah! Mouse Ni Rosak Pulak.. Benci Betul Guna Touchpad Ni.. Oleh Yang Demikian Tiadalah Gambar Untuk Menghiasi Entri Ini. :D=
Semalam Berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah MPP & Ucapan Dasar Presiden Sesi 2007/2008 Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka Dalam Masa Yang Sama Penyampaian Sijil Penghargaan Buat Para Mantan Juga Berlangsung. Maka Dengan Ini Berehatlah Secara Rasminya Seorang Pejuang Yang Telah Banyak Berkorban Keringat Sepanjang Setahun Di Persada Ini. Namun Pada Saya Sebagai Seorang Mantan, Bukanlah Bermaksud Perjuangan Ini Berakhir Setakat Itu Sahaja. Saya Masih Ada Perjuangan Pada 1 Lagi Platform Di Bahagian Persatuan Pelajar Dalam Meneruskan Tradisi Mendidik Junior² Ke Jalan Yang Lurus.. Sehinggalah Saya Betul² Telah Meninggalkan Sesuatu Yang Berharga Pada Diri² Junior Ini, Barulah Saya Akan Berundur Dengan Aman.
Satu Tanggungjawab Besar Rasanya Telah Saya Lepaskan Dengan Penuh Rasa Syukur Ke Hadrat Ilahi. Bukanlah Mudah Untuk Bergelar Seorang Wakil Pelajar. Walaupun Tidak Seperti Seorang Wakil Rakyat Di Luar Sana, Namun Pengalamannya Seakan-akan Serupa. Pengalaman Untuk Berurusan Dengan Orang Yang Menyokong & Orang Yang Tidak Menyokong Kita, Pengalaman Bertindak Terhadap Isu² Yang Timbul, Pengalaman Berkorban & Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain Adalah Pada Saya Satu Pengalaman Yang Cukup Berharga Buat Diri Ini. Namun Pengalaman Ini Mungkin Tidak Seperti Seorang Wakil Rakyat Apabila Kita Juga Mempunyai Komitmen Dalam Bidang Akademik Yang Perlu Dipastikan Tidak Merudum. Pembahagian Masa & Kebijaksanaan Adalah Kunci Kejayaan Seorang MPP Dalam Melaksanakan Kedua-dua Tanggungjawab Ini - Wakil Pelajar & Juga Sebagai Seorang Mahasiswa Biasa. Segala Suka Duka Bersama Sahabat Sekalian Di Kerusi Exco Akan Saya Sematkan Sebagai Sebuah Titik Memori Yang Akan Saya Kenang Sampai Bila². Dan Sehingga Hubungan Silaturrahim Ini Tidak Terhenti Setakat Ini Sahaja.
Kepada Pelapis² Yang Baru Dilantik. Jalankanlah Tanggungjawab Anda Dengan Penuh Ikhlas, Tanggungjawab, Amanah, Jujur Dan Tekun. Teruskanlah Perjuangan Sehingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir. Walaupun Kita Dicemuh, Dikutuk, Dihina Dan Difitnah, Dikatakan Tidak Menjalankan Tugas Atau Makan Gaji Buta (Sebenarnya Mana Ada Gaji Pun..), Anggaplah Itu Hanya Ujian. Anda Sebagai Wakil Pelajar Jalankanlah Tugas Anda Dengan Saksama. Bukanlah Niat Kita Untuk Menunjukkan Segala Tugas² & Tuntutan Perjuangan Yang Telah Kita Laksanakan Demi Kebajikan Pelajar. Cukuplah Hanya Sekadar Kita Simpan Untuk Diri Kita Sendiri. Ianya Merupakan Satu Kepuasan Apabila Melihat Para Mahasiswa Selesa Hasil Daripada Tanggungjawab Yang Telah Kita Laksanakan. Walaupun Mahasiswa/i Itu Tidak Peduli Sama Sekali Siapakah Yang Memperjuangkan Agar Mereka Mendapat Keselesaan Itu. Perit Bukan? Tapi Itulah Sebuah Pengalaman Yang Mengajar Kita Berada Dalam Kelompok Masyarakat. Manusia Yang Pelbagai Ragam & Karenah Dapat Kita Kenal Dalam Platform Ini. Belajarlah & Garaplah Segala²nya Yang Ada Di Sekitar Kita. Pengalaman Ini Nanti Kelak Akan Berguna Untuk Diri Kita Selepas Keluar Sebagai Seorang Anggota Masyarakat.
Akhir Kata Dari Saya Wujudkanlah Keadaan Perkumpulan Sesama Ahli MPP Yang Lebih Baik Dari Kami Dan Lebih Baik Dari Kumpulan² Sebelum Kami. Semoga Kita Dapat Melihat Atas Usaha Anda Semua, UKM Akan Berada Lebih Jauh Di Persada Antarabangsa. Semoga Apa Yang Tuan-Tuan & Puan-Puan Korbankan Akan Mendapat Rahmat Dari Allah S.W.T