Qaiyum Dalam DilemaGaya Saorang PemuisiTawan Kinabalu

Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Menarik Di Dalam



Komentator Terajin

    • nazhat
    • Unknown

Komentar Terkini

    • nazhat: wow..wow..wow...good question n great conversation! impresssss~
    • Unknown: So narrow minded people...
    • Qaiyum: Hawa : Jomla Borak Dajjal. Hehe.. Oohh. Kire Dah Wujudla Tentera Dajjal Nieh? KAFIR Betul. Ishishish...
    • Qaiyum: Hawa : Oo.. Itulah. Sebelum Ni Aku Pun Tak Pernah Perasan. Lepas Ni Boleh Pegi Sana Untuk Tengok Den...
    • nazhat: berhati-hatilah dgn gollem..dan my precious jgk..hehe
    • nazhat: org da lame da join silat..underground punyer..hehe =)
    • Suhaib: Salam perbahasan. Jujurnya aku x follow cerite pasal illuminati ni. Cume tahu dajjal akan muncul men...
    • Qaiyum: Jom Masuk Silat. Abang Nak Masuk Silat Kuntau Ni. Nak Ikot? : )~
    • nazhat: ouh..ni laa die pasal panji hitam ufuk timur tu eyh..hehe..so da ready ker nk buat band nie?jom siap...
    • akmal: tlg sent kat syer ttg salsilah dajjal,keturunan nye d'bumi nie...ttg freemason and many more yg b'ka...

Bai’ah

1. Di Jepun kita biasa mendengar ceritera dahulukala bahawasanya jika terdapat Ninja-Ninja yang gagal menjalankan misi atau melanggar kod-kod ninja, mereka akan bunuh diri demi maruah mereka sendiri dengan cara menikam dengan pedang samurai mahupun meminta rakan Ninja mereka memancung mereka hingga terpisah kepala dari badan.

 

2. Kita juga mungkin pernah mendengar gerakan Yahudi Freemason di bawah pengaruh Illuminati bahawa sesiapa yang mengkhianati gerakan itu, mereka akan dirampas harta-benda mereka, dibunuh dengan kejam, begitu juga dengan ahli keluarga mereka tidak akan terkecuali dari dihapuskan dari muka bumi ini. Ini bagi memastikan semua ahli mereka adalah benar-benar taat setia kepada gerakan dan tidak sekali-sekali terfikir untuk lari keluar kerana kesan akhirnya adalah sebuah mimpi ngeri bagi mereka.

 

3. Tapi hari ini kita mendengar di dalam PAS juga perlu berbai’ah untuk menjadi calon wakil rakyatnya. Bukan kepalang lafaznya sewaktu mengangkat bai’ah. Mereka perlu memberi kata dua samada untuk terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri. Bagus memang bagus. Kaedah ini memang tidak dinafikan lagi keberkesanannya untuk mengelakkan sindrom lompat parti.

 

4. Tetapi mengapa tiada pula bai’ah-bai’ah lain yang disertakan seperti ‘akan berada di barisan paling hadapan, lebih depan daripada barisan Angkatan Tentera Malaysia, sambil menompang dada, jikalau Malaysia diserang oleh tentera Yahudi dan Nasrani’. Bukankah itu lebih besar nilai perjuangannya di sisi Islam berbanding hanya mempertaruhkan masa depan rumahtangga ?

 

5. Kenapa sebelum ini tidak kedengaran perkara-perkara seperti ini? Oh! Inilah hasil kebebasan bersuara. Demokrasi siapalah ini. Pandai rupanya mereka sembunyikan isu ini dari pengetahuan umum. Atau mungkin sebelum ini ahli² PAS kecut perut dan terkunci mulut tidak berani melawan kepimpinan? Nah! Sekarang mereka yang terlibat sudah boleh menarik nafas lega. Isu ini sudah didebatkan di luar parti. Tidak perlu lagi mereka mencongak² bagaimana mahu dibawa naik isu ini diperingkat tertinggi supaya ianya kembali diperhalusi semula oleh kepimpinan parti. Kerana segalanya telah tersedia oleh media. Adakah selepas ini sekali lagi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menyuarakan supaya dilaksanakan juga EGM? Entahlah!

 

6. Dalam parti-parti lain bagaimana pula ni? UMNO berbai’ah bagaimana untuk setia pada parti? PKR bagaimana? MIC bagaimana? Adakah ritual yang pelik² digunakan untuk menjamin kesetiaan ahli terhadap parti? Seperti kita menonton cerita-cerita wayang yang menunjukkan budaya pelajar-pelajar kolej yang setia pada Fraternity mereka. Theta-Gamma-Phi. Yeah Yeah! Ritual mereka sangatlah peliknya. Korek-korek lagi cerita ini jikalau ada ya.

 

7. Kesian wanita yang nasibnya ditentukan oleh Parti.

Realistik

  1. “Adakah kita realistik?”
  2. Sebuah soalan yang hakikatnye perlu kita sentiasa ulang-tanya pada diri sendiri. Realistik yang lawannya emosi ini menentukan apakah tindakan dan pemikiran kita itu adalah berlandaskan kepada falsafah² yang memberikan kesan baik kepada diri kita dan masyarakat lain.
  3. Bagaimanakah untuk kita menyukat perihal realistik ini? Adakah medium pengukur untuk kita mengukur sejauh mana seseorang itu telah bertindak dengan realistik?
  4. Susahnya untuk menentukan kerealistikkan sesuatu itu apabila ia memerlukan masa yang lama untuk menampakkan hasilnya. Seperti adakah jika kita tidak menabung hari ini akan membuatkan kita susah di kemudian hari apabila tiada simpanan untuk saat kecemasan?
  5. Realistik juga kita boleh kaitkan dengan kebijakkan orang. Mereka yang lebih realistik pastinya mereka yang lebih menggunakan otak dan mampu bertindak secara logik, tepat dan efisien. Tetapi adakah ini bermakna orang yang bodoh tidak realistik?
  6. Perhatikan sekeliling anda sekarang. Adakah anda merasakan orang di sekeliling anda telah bertindak dengan realistik dalam setiap tingkah-laku mereka?
  7. Kemudian jauhkan jarak pemerhatian anda dan hayati apakah anda dapat menyelami masyarakat di kejiranan anda, di komuniti anda, di daerah anda, di negeri anda, dan seterusnya di negara anda. Letakkan di dalam kepala; Adakah MEREKA REALISTIK?
  8. Anda boleh ambil contoh dengan menggunakan situasi penularan virus H1N1 hari ini. Adakah masyarakat telah bertindak realistik dengan mengabaikan pemakaian topeng muka? Baik atau burukkah tindakan mereka ini kepada komuniti selain diri mereka itu?
  9. Dan teruskan mengulang-ngulang bertanya adakah “Adakah anda Realistik?” atau “Adakah saya Realistik???
  10. Realistikkah blog ini? Hmm..

Berita Kepada Kawan

Sebagai santapan santai buat teman-teman yang terlupa akan peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi. Renungan terhadap apa yang berlaku di negara jiran dan supaya kita mensyukuri nikmat berada di Malaysia yang bebas daripada pengaruh lingkaran api pasifik.


Berita Kepada Kawan - Ebiet G. Ade

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku, kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan

ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho

Tubuhku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih ho ho ho ho

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika ia kutanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho
ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho
ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho

Teruskan Perjuangan

  1. Sudah puas berhari-raya? Marilah kita kembali menyambung misi memakmurkan Malaysia.
  2. Bagaimanakah dengan semangat juang anda? Adakah masih seperti dahulu? Ataupun telah tenggelam dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri? Ataupun telah sugul tatkala memikirkan kantung poket yang kian kosong dan hanya menanti panggilan bertalu-talu dari pihak bank meminta pembayaran kad kredit?
  3. Apapun hidup mesti terus. Malaysia masih menagih sesuatu dari rakyatnya. Menagih agar bumi ini sentiasa dipelihara kemakmurannya, dipelihara perpaduannya, dipelihara buminya, dipelihara daripada ancaman anasir-anasir dari pihak luar yang sentiasa cuba meneroboh masuk untuk mengaut kemakmuran di dalamnya.
  4. Bagaimanakah persepsi rakyat terhadap politik negara? Masihkah sama hangat sepertimana tatkala berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu? Atau rakyat sudah bosan melihat telatah lucu para politikus yang tak berkesudahan. Yang mana mereka agung-agungkan waktu itu tetapi kini telah terbukti bahawa mereka tidak mampu mentadbir yang kononnya seperti di bawah payung berkaki tiga.
  5. Fokus kini tertumpu di Bagan Pinang. Calon²nya mungkin kalian telah ketahui siapa yang telah terpilih bakal bertanding pada PRK kali ini. Dengarnya majlis Pengumuman Calon PAS yang hadir hanya sekitar 500 orang. Berbeza dengan situasi pada PRK² sebelum ini yang mana majlis seperti itu akan menarik ribuan penyokong Pakatan. Adakah mereka hanya menanti untuk berkumpul pada penamaan calon nanti? Atau sememangnya sokongan kurang memandangkan Negeri Sembilan merupakan kem yang sukar untuk ditembusi Pakatan dan mereka mengambil kata putus untuk tidak membuang masa pada PRK kali ini? Bukankah mereka begitu bercita-cita besar untuk menyapu bersih sebarang PRK bagi membuktikan komitmen mereka untuk merampas Kerajaan Pusat dan negeri² naungan BN yang lain?
  6. Tetapi mengapa Anwar Ibrahim masih berada di luar negara? Masih berusaha memujuk Al-Gore untuk memberikan bantuan kepada beliau dalam menghadapi tuduhan liwatnya? Tatkala PAS Selangor mengalami tekanan apabila Datuk Dr Hassan Ali dikecam hebat di kalangan pemimpin Pakatan berkenaan kritikannya terhadap Selcat, Anwar Ibrahim masih lagi seronok meronda-ronda Amerika. Apalah nasib Pakatan pada PRK kali ini agaknya dengan sikap Anwar Ibrahim ini, meninggalkan PAS dalam keadaan terkontang-kanting melawan tekanan daripada PKR & DAP di Selangor.
  7. Maka jika semangat juang di kem Pakatan kelihatan pudar, bagaimana pula semangat juang di kem BN? Adakah semakin membara ataupun masih malu dan layu di tasik madu apabila Tan Sri Mohd Isa Samad telah diumumkan sebagai calon?
  8. Semoga Aidilfitri ini menyemarakkan lagi semangat kita untuk sama-sama memakmurkan Malaysia Bumi Bertuah ini.

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri 2009

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT

MAAF ZAHIR & BATIN

- Qaiyum.Net

Pages: Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 ...57 58 59 Next