Qaiyum Dalam DilemaGaya Saorang PemuisiTawan Kinabalu

Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Menarik Di Dalam



Komentator Terajin

    • nazhat
    • martyr
    • Fakta
    • Orang Susah
    • Unknown

Komentar Terkini

    • Qaiyum: Yaa.. Saya sedang berusaha mengumpulkan maklumat2 hubungan secret society ini dengan pihak kerajaan....
    • Qaiyum: Good comments. Well done..
    • martyr: coalition of doom all right. couldn't agree more.
    • martyr: not interested in who's wrong, who's right, or who's got political benefit or watsoever. well, pa...
    • Fakta: Saya akan berfikiran terbuka untuk tidak menganggap saudara adalah penyokong UMNO / BN. Fair eno...
    • nazhat: wow..wow..wow...good question n great conversation! impresssss~
    • Orang Susah: Another orang upahan UMNO..
    • Unknown: So narrow minded people...
    • Qaiyum: Hawa : Jomla Borak Dajjal. Hehe.. Oohh. Kire Dah Wujudla Tentera Dajjal Nieh? KAFIR Betul. Ishishish...
    • Qaiyum: Hawa : Oo.. Itulah. Sebelum Ni Aku Pun Tak Pernah Perasan. Lepas Ni Boleh Pegi Sana Untuk Tengok Den...

Starcraft II

Protoss, Terran Dan Zerg Akan Kembali Mengganas Di Ruang² Digital Anda. Permainan Legasi Yang Tak Pernah Lekang Dek Panas Dan Tak Pernah Luput Dek Hujan Ini Bakal Menggegarkan Dunia Awal Tahun 2008 Ini. Sebagai Seorang Peminat Setia Permainan Ini Sewaktu Zaman Persekolahan Itu, Sudah Pasti Tidak Akan Terlepas Untuk Menjadi Kipas-Susah-Mati Terawal Mendapatkan Permainan Ini. Yaa.. Cetak Rompak Sudah Pastinya.. :D=

Penceritaan Bagi Starcraft II Ini Adalah Kesinambungan Daripada Pengakhiran Starcraft Brood War. Macam Biasa Apabila Versi Baru Muncul Maka Perkara Pertama Yang Kita Harapkan Berlaku Perubahan Adalah Dari Segi Grafik, Pertambahan Kecanggihan Teknologi Di Dalam Game Ini Malah Kesimpulannya Adalah Sesuatu Yang Lebih Baik Daripada Versi Yang Sebelumnya. Maka Itulah Yang Telah Digarapkan Oleh Starcraft II Ini. Penambahan Unit² Baru Dan Teknologi Pembangunan Setiap Puak (Protoss, Terran dan Zerg) Serta Peningkatan Grafik 3D Yang Lebih Baik Dari Yang Sebelumnya. Walau Bagaimanapun, Starcraft II Ini Masih Lagi Mengekalkan Konsep Original Permainan Asal Walaupun Dapat Dilihat Banyak Penambahan Terutama Dari Seg Kecanggihan Permainan Ini.

Oleh Itu, Kepada Yang Memang Sudah Menjadi Kipas-Susah-Mati Permainan Ini Sama²lah Kita Menantikan Dengan Penuh Taat Setia. Walaupun Penantian Merupakan Suatu Penyeksaan, Namun Tahun 2008 Bakal Menghidangkan Kita Dengan Sesuatu Kejutan Yang Menarik. Maka Sebelum Itu Lawatilah Laman Web Rasminya Di Starcraft2.com .

Kalau Tak Puas Lagi Tontonlah Promo Ni..

Ah! Mouse Ni Rosak Pulak.. Benci Betul Guna Touchpad Ni.. Oleh Yang Demikian Tiadalah Gambar Untuk Menghiasi Entri Ini. :D=

Semalam Berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah MPP & Ucapan Dasar Presiden Sesi 2007/2008 Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka Dalam Masa Yang Sama Penyampaian Sijil Penghargaan Buat Para Mantan Juga Berlangsung. Maka Dengan Ini Berehatlah Secara Rasminya Seorang Pejuang Yang Telah Banyak Berkorban Keringat Sepanjang Setahun Di Persada Ini. Namun Pada Saya Sebagai Seorang Mantan, Bukanlah Bermaksud Perjuangan Ini Berakhir Setakat Itu Sahaja. Saya Masih Ada Perjuangan Pada 1 Lagi Platform Di Bahagian Persatuan Pelajar Dalam Meneruskan Tradisi Mendidik Junior² Ke Jalan Yang Lurus.. Sehinggalah Saya Betul² Telah Meninggalkan Sesuatu Yang Berharga Pada Diri² Junior Ini, Barulah Saya Akan Berundur Dengan Aman.

Satu Tanggungjawab Besar Rasanya Telah Saya Lepaskan Dengan Penuh Rasa Syukur Ke Hadrat Ilahi. Bukanlah Mudah Untuk Bergelar Seorang Wakil Pelajar. Walaupun Tidak Seperti Seorang Wakil Rakyat Di Luar Sana, Namun Pengalamannya Seakan-akan Serupa. Pengalaman Untuk Berurusan Dengan Orang Yang Menyokong & Orang Yang Tidak Menyokong Kita, Pengalaman Bertindak Terhadap Isu² Yang Timbul, Pengalaman Berkorban & Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain Adalah Pada Saya Satu Pengalaman Yang Cukup Berharga Buat Diri Ini. Namun Pengalaman Ini Mungkin Tidak Seperti Seorang Wakil Rakyat Apabila Kita Juga Mempunyai Komitmen Dalam Bidang Akademik Yang Perlu Dipastikan Tidak Merudum. Pembahagian Masa & Kebijaksanaan Adalah Kunci Kejayaan Seorang MPP Dalam Melaksanakan Kedua-dua Tanggungjawab Ini - Wakil Pelajar & Juga Sebagai Seorang Mahasiswa Biasa. Segala Suka Duka Bersama Sahabat Sekalian Di Kerusi Exco Akan Saya Sematkan Sebagai Sebuah Titik Memori Yang Akan Saya Kenang Sampai Bila². Dan Sehingga Hubungan Silaturrahim Ini Tidak Terhenti Setakat Ini Sahaja.

Kepada Pelapis² Yang Baru Dilantik. Jalankanlah Tanggungjawab Anda Dengan Penuh Ikhlas, Tanggungjawab, Amanah, Jujur Dan Tekun. Teruskanlah Perjuangan Sehingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir. Walaupun Kita Dicemuh, Dikutuk, Dihina Dan Difitnah, Dikatakan Tidak Menjalankan Tugas Atau Makan Gaji Buta (Sebenarnya Mana Ada Gaji Pun..), Anggaplah Itu Hanya Ujian. Anda Sebagai Wakil Pelajar Jalankanlah Tugas Anda Dengan Saksama. Bukanlah Niat Kita Untuk Menunjukkan Segala Tugas² & Tuntutan Perjuangan Yang Telah Kita Laksanakan Demi Kebajikan Pelajar. Cukuplah Hanya Sekadar Kita Simpan Untuk Diri Kita Sendiri. Ianya Merupakan Satu Kepuasan Apabila Melihat Para Mahasiswa Selesa Hasil Daripada Tanggungjawab Yang Telah Kita Laksanakan. Walaupun Mahasiswa/i Itu Tidak Peduli Sama Sekali Siapakah Yang Memperjuangkan Agar Mereka Mendapat Keselesaan Itu. Perit Bukan? Tapi Itulah Sebuah Pengalaman Yang Mengajar Kita Berada Dalam Kelompok Masyarakat. Manusia Yang Pelbagai Ragam & Karenah Dapat Kita Kenal Dalam Platform Ini. Belajarlah & Garaplah Segala²nya Yang Ada Di Sekitar Kita. Pengalaman Ini Nanti Kelak Akan Berguna Untuk Diri Kita Selepas Keluar Sebagai Seorang Anggota Masyarakat.

Akhir Kata Dari Saya Wujudkanlah Keadaan Perkumpulan Sesama Ahli MPP Yang Lebih Baik Dari Kami Dan Lebih Baik Dari Kumpulan² Sebelum Kami. Semoga Kita Dapat Melihat Atas Usaha Anda Semua, UKM Akan Berada Lebih Jauh Di Persada Antarabangsa. Semoga Apa Yang Tuan-Tuan & Puan-Puan Korbankan Akan Mendapat Rahmat Dari Allah S.W.T

Download Drama Televisyen Popular

Dalam Saya Sedang Menghabiskan Sisa² Terakhir Sebagai Seorang Mahasiswa Di Perbukitan Bangi Ini, Sempat Saya Menyiapkan Sebuah Blog Yang Mempunyai Pautan² Untuk Muat Turun Siri² Cerita Berbahasa Inggeris Yang Menarik. Walau Bagaimanapun Blog Ini Masih Dalam Proses Pembangunan Di Mana Saya Hanya Sempat Memasukkan Pautan² Untuk Muat Turun Siri Kegemaran Saya Sahaja Seperti Heroes, Prison Break, Smallville, Bionic Woman Dan Lain². InsyaAllah Dalam Masa Terdekat Saya Akan Memasukkan Siri² Lain Yang Terdapat Di Alam Maya Ini. Semoga Keseronokkan Untuk Memuat Turun Siri² Secara Percuma Dapat Kita Kongsi Bersama. Silalah² Rajin Untuk Mengikuti Perkembangan Blog Ini Dari Semasa Ke Semasa. Sekian, Terima Kasih! :D=

http://download.qaiyum.net

 

Lari Untuk Kesihatan

Tahun Ini Dirasakan Tahun Paling Tidak Aktif Bagi Diri Ini. Tak Tahu Apa Puncanya. Tapi Melihatkan Tahap Stamina Dan Tubuh Badan Yang Kurang Responsif Terhadap Trek Lumba Dan Gelanggang Bola Tampar, Kini Mula Merisaukan Diri Ini. Mungkin Tahun Ini Adalah Tahun Saya Menjadi Golongan Pemikir & Terkehadapan. Kerana Tanggungjawab Untuk Menyelesaikan Masalah Kebajikan Orang Lain & Sibuk Dengan Gerakan-Gerakan Mahasiswa, Maka Kehidupan Tahun Ini Tidak Mendapat Gred Yang Tertinggi Dalam Bidang Kesihatan.

Dahulu Saya Adalah Pelari Yang Rajin Berpeluh. Dahulu Saya Kerap Menghiasi Gelanggang Bola Tampar Sambil Melompat-Lompat. Panjat Gunung, Berakit, Berenang, Menyelam, Masuk Hutan & Keluar Hutan. Walaupun Ada Antara Aktiviti Itu Dilakukan Tahun Ini. Tetapi Tetap Banyak Kurangnya. Tahun Ini Saya Lebih Banyak Menggunakan Otak Berbanding Tubuh Badan. Ah!

Teringat Zaman Sekolah Dahulu. Paling Tinggi Pun Saya Hanya Mewakili Rumah Sukan Sebagai Syarat Untuk Diisikan Di Dalam Buku Laporan Ko-Kurikulum. Namun Lama-Kelamaan Minat Itu Datang Sendiri Untuk Lebih Agresif. Ahaks.. Alasan Je Tu. Bersukan & Bermain Waktu Sekolah Kan Memang Dah Habit Pelajar. Sebagai Salah Satu Jalan Untuk Lari Dari Belajar. Tapi Itulah.. Zaman Sekolah Adalah Zaman Paling Aktif. Berbeza Dengan Sekarang. Bukankah Makin Tua Makin Kena Jaga Tubuh Badan? Hmm.. Ntahlah.

Teringat Sewaktu Berada Di Tingkatan 5. Bersekolah Di SMK Derma, Kangar, Perlis. Pengalaman Pertama Dalam Hidup Untuk Mewakili Sekolah Dalam Pertandingan Sekolah² Negeri Perlis. Tidak Pernah Pun Sebelum Ini Memiliki Pengalaman Dalam Pertandingan Sebegitu Prestij (Pada Sayalah. Mungkin Anda Lebih Hebat Kan..). Bayangkan Pada Waktu Peperiksaan SPM Semakin Menyembelih Kita. Tetapi Secara Tiba² Saya Diserapkan Ke Dalam Skuad Atlet Sekolah. Segalanya Bermula Apabila Cikgu Sejarah Yang Memang Agak Rapat Dengan Saya Telah ‘Memaksa’ Saya Untuk Ujian Catatan Masa Lari 100M. Kalau Tak Silap Dalam 5 Kali Ujian Itu. Rasa Nak Muntah Pun Ada Jugak. Walaupun Hati Macam Malas. Tapi Tetap Berusaha Bersungguh-Sungguh Dalam Ujian Itu Sebab Saya Memang Suka Lari. Haha!

Rakan² Atlet Sekolah Lain Yang Diserap Tidak Seperti Saya. Sayalah Antara Yang Atlet Paling Tidak Berpengalaman Walaupun Tingkatan 5. Rakan² Lain Yang Memang Saya Kenal Telah Mula Mewakili Sekolah Seawal Tingkatan 1 Lagi. Tidak Bagi Saya. Namun Komitmen Terhadap Latihan Tetap Saya Berikan. Tidak Pernah Saya Miss Walau 1 Sesi Pun Latihan. Malah Menambahkan Lagi Sesi Latihan Untuk Diri Sendiri. Entah Datang Dari Mana Semangat Itu Pun Tak Tahu. Mungkin Dorongan Daripada Jurulatih Yang Merangkap Cikgu Sejarah (Terima Kasih Cikgu. Saya Dapat 1A Paper Sejarah SPM Tahun Tu. Haha..) Dan Juga Mungkin Untuk Menunjukkan Bahawa Walaupun Diri Ini Tidak Cukup Ilmu Di Dada, Namun Masih Boleh Menyumbangkan Sesuatu Untuk Sekolah.

Jadual Latihan Amatlah Ketat. Selesai Sahaja Kelas Petang, Maka Padanglah Destinasinya. Bagi Mereka Yang Dah Biasa Latihan Itu Seperti Makan Pengat Je (Laparlah!!). Namun Bagi Saya Ianya Sebuah Kehidupan Seperti Di Penjara Abu Gharib. Segala Teori, Strategi, Taktikal, Skill, Penjagaan Pemakanan, Semuanya Diperturunkan Kepada Kami. Sehinggalah Saya Dipilih Oleh Jurulatih Untuk Bertanding Bagi Acara Trek 800M Dan 1500M. Memang Inilah Acara Yang Paling Saya Minat. Semuanya Adalah Soal Stamina & Psikologi Atlet Untuk Memenangi Acara Ini. Maka Tibalah Hari Pertandingan Saya Pun Dah Malas Nak Cakap Banyak, Saya Menjuarai Peringkat Saringan Bagi Acara 800M Dan Tempat Ke-5 Bagi Saringan 1500M. Haha! Hebat Bukan? Walaupun Atlet Baru Lahir, Tapi Masih Mampu Menggegarkan Stadium. Namun Semasa Acara 1500M Saya Telah Mengalami Kecederaan Kaki Akibat Melecet. Ntah! Sebab Tak Biasa Pakai Kasut Spike Kot. Haha! (Ini Bukan Alasan Tau). Lalu Menyebabkan Saya Hanya Mampu Berada Di Tempat Ke-6 Bagi Acara Akhir 800M Dan Tempat Ke-5 Bagi Acara Akhir 1500M. Adeh! Takpelah. Walaupun Tak Memenangi Sebarang Pingat. Namun Itulah Peranan Yang Paling Berharga Untuk Diri Ini. Terasa Rugi Betul Sebab Tak Awal Melibatkan Diri Sebagai Atlet Profesional Di Sekolah. Hmm.. Tapi Kalau Mengikutkan Statistik Itu, Saya Adalah Antara Orang Ke-5 Dan Ke-6 Terlaju Bagi Negeri Perlis Untuk Acara Tersebut. Tak Gitu?

Apapun Setelah Itu, Saya Tidak Pernah Menjalankan Latihan Sepertinya Lagi. Hinggalah Ketika Berada Pada Tahun 1 Di UKM Ini, Saya Sekali Lagi Mewakili Kolej Kediaman Untuk Acara 800M & 1500M. Prestasinya Sungguh Mengecewakan. Lebih Parah Apabila Saya Muntah Selesai Saringan Yang Pertama. Ah! Dimanakah Stamina Yang Dulu? Tiada. Memang Tiada. Kerana Memang Tiada Latihan Ketat Yang Dibuat Olehku. Haha! Maka Inilah Hasilnya. Tiada Sebarang Pingat Juga Lagi Sekali. Uh! Malu Betul.

Hinggalah Hari Ini Saya Merasakan Diri Telah Mengalami Kejatuhan Stamina Yang Tinggi. Walaupun Pernah Menawan Gunung Kinabalu, Tapi Akibat Tiada Latihan Yang Ketat, Tubuh Ini Sentiasa Menunjukkan Ciri² Untuk Menggantikan Sparepart Yang Baru. Sengal Sana-Sini. Huh! Risaunya. Rasanya Sangat Banyak Toksik Dalam Badan Ini Yang Terkumpul Dan Tidak Dikeluarkan. Dengan Ini Saya Berazam Untuk Memulakan Kembali Latihan Sebagai Seorang Atlet Walaupun Bukannya Nak Masuk Apa² Pertandingan. Tetapi Ini Semua Untuk Masa Depan Yang Sihat Lagi Cergas. Jom! Amalkan Gaya Hidup Sihat. Siapa Mahu Ikut Saya Jogging Esok?

Ini Adalah Hanya Pendapat Seorang Rakyat Biasa. Bukan Politikus Mahupun Pemerhati Politik Negara.

Wah! Sungguh Kuat Penangan Fenomena Gelombang Kuning Ini Sehinggakan Para Penulis Blog Menulis Entri Berkenaan Dengan Gelombang Ini. Ada Yang Melenting, Marah, Sadis, Kecewa. Namun Tidak Kurang Yang Menyokong. Antara Penulis² Hebat Yang Memberikan Sedikit Olahan Perkenaan Dengan Gelombang Kuning Ini :

MohdIsmail
FendyZaidan
Sejuk
IcedNyior
Pyrokumprix
Flisterz

Adakah Pilihanraya Itu Benar² Tidak BERSIH? Ataupun Sekadar Tuntutan Daripada Pihak Parti Pembangkang Untuk Memberikan Kelebihan Kepada Mereka Untuk Pilihanraya Akan Datang. Tepuk Dada Tanya SPR.

Apepun Daftarlah Sebagai Pengundi Ye Cik Adik & Cik Abang..

Saya Pun Agak Malas Untuk Merungkaikan Apakah Disebalik Gelombang Kuning Ini. Cuma Apa Yang Saya Ingin Suarakan Adalah Sekiranya Pihak Parti Pembangkang Mendominasi Pilihanraya Kali Ini Sekaligus Menguasai Kerusi Di Parlimen Untuk Sesi Yang Akan Datang, Mampukah Mereka Mewujudkan MALAYSIA Yang Lebih Baik Dari Hari Ini?

Jika Kita Sekadar Bercakap & Berjanji, Menaburkan Kata², Dan Apabila Beroleh Kuasa Kelak, Segalanya Tetap Sama. Atau Yang Lebih Parah Jika Lebih Mendatangkan Keburukan Dari Keadaan Yang Sebelumnya.

Sebagai Contohnya. Parti Pembangkang Melaung²kan Bahawa Ramai Pemimpin Kerajaan Hari Ini Mengamalkan Rasuah. Tetapi Kelak, Mampukah Parti² Pembangkang Menghapuskan Rasuah Di Kalangan Mereka². Adakah Boleh Wujud Keadaan SIFAR RASUAH Apabila Beroleh Kuasa Kelak? Mampukah Mereka Menahan Godaan Hawa Nafsu Jika Berduyun² MATAWANG Mencurah² Di Depan Mata?

Dan Persoalan Yang Paling Utama, Mampukah Mereka MenTABLIGH Pihak Berkuasa Tempatan, Anggota Keselamatan, Penjawat Awam Agar Tidak Menerima Rasuah? Golongan² Yang Disebutkan Itu Bukanlah Golongan Yang BerPARTI. Mereka Adalah Rakyat Biasa. Bolehkah Mereka Mengubah Sikap Golongan Ini Untuk Tidak Menerima Rasuah? Bagaimana Pula Dengan Gejala Birokrasi?

Ataupun Kelak Jika Pihak Pembangkang Menerajui Kerajaan, Mereka Akan Menstrukturkan Semula Agensi, Badan² Kerajaan, Pihak Berkuasa, Dan Segala²nya Yang Dikelolakan Oleh Pemimpin Dari Kerajaan Terdahulu? Dan Menggantikan Orang² Terdahulu Dengan Orang² Mereka Yang Kononnya Bakal Lebih BERSIH? Namun Bukankah Proses Penstrukturan Semula Itu Bakal Menelan Belanja Berbillion Ringgit? Wang Rakyat Tu. Haha..

Ntahla.. Aku Cuma Tak Dapat Bayangkan Bagaimana Situasi MALAYSIA Bila Pihak Dari Parti Pembangkang Menerajui Kelak. Adakah PAS, KeADILan, DAP & Lain² Boleh SeRAPAT & SeMEJA Seperti Sebelumnya Pilihanraya? Jika PAS Maju Wujudkan Kerajaan ISLAM, Adakah Lim Kit Siang Menyokong 100% Gagasan Itu?

Dan Yang Lain² Lagi. Hmm..

Daripada Sasaran 100,000 Rakyat Hadir Ke Perhimpunan Itu, Cuma 5,000 Yang Muncul. Dimanakah Yang Lain? Takut Ataupun Memang Tiada Sokongan?

Pages: Prev 1 2 3 ...47 48 49 50 51 ...57 58 59 Next