Qaiyum Dalam DilemaGaya Saorang PemuisiTawan Kinabalu

Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Menarik Di Dalam



Komentator Terajin

Komentar Terkini

    • Qaiyum: Semestinyaaa..
    • Go: cun awek :P
    • FrAmE30.: Hello World
    • james coco lomel: ma'af pi yg w bca n dnger nabi isa 2 diturunkan dri lngit for help imam mahdi bkan dilhrkan
    • ballengs: sebenarnya individu yg inginkn auku di hapuskan adalah dr individu yg anti kerajaan...auku pun nak d...
    • Kama Irahsa: lagu ni mmg best..thank bro!
    • islam: alhamdulillah nur.......insyallah ibu dan bapa u akan mendapat hidayah dari allah yg maha esa..........
    • punk not dead: Anak muda tak takut kerajaan!!!
    • Qaiyum: Thanks For Your Comments NurShafiqah. It's Really Nice To Hear Story From You. Salam Perjuangan.. :D...
    • NurShafiqah: Sebelum memeluk agama Islam,sy pernah bertanyakan ini kepada ibubapa sy, Kenapa harus ada Trinity d...

Panji Hitam Ufuk Timur

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak terkalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknat yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dariTimur.

7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.


9. Sabda Nabi SAW
:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Sumber : http://konspirasi-teoris.blogspot.com/

orthodox-cathedral-of-cluj-napoca-romania

Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.


KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod

Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam

Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”

“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”. Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)” Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”. Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudia mereka bertanya: “Siapa kamu ini?” Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.” Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.” Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?” Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?” Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”

Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?” Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.” Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?” Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.” Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?” Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”

Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.

Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta

Kod-kod sumber Yahudi

“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beastfor it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)

- ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.

“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)

- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta

Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.

the-ferons

Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth Book of the Deads.

kod 2:

quetzacoatyl

Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asing

Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.

pyramid-of-the-sun-in-teotihuacan-mayan

Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu


Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Sumber : http://konspirasi-teoris.blogspot.com

Merovingian adalah pecahan daripada keturunan elit istana dari zaman Babilon (Semiramis, Nimrod dan sebagainya) dan Mesir purba (Horus, Amon, Ra, Osiris dan sebagainya) hingga ke hari ini. Keturunan elit istana dari zaman purba ini pula bukan sahaja mewarisi darah keturunan yang sama, malah terus mewarisi gelaran dan kedudukan diraja di Eropah hari ini. Mereka ini memainkan peranan penting dalam perjalanan sejarah dunia moden dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia moden.

Diperakui, adalah sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai Merovingian dari perkaitannya antara perspektif sejarah dengan geneologi yang berhubung kait dengan keturunan elit. Tidak banyak hasil tulisan yang dihasilkan oleh penulis-penulis berkaitan penglibatan keturunan ini dalam pentas dunia, yang banyak ditulis hanya berkisar mengenai kisah kehidupan peribadi seseorang keturunan diraja di Eropah. Bahan bacaan sedemikian sedikit membosankan tetapi masih ada beberapa maklumat yang boleh dimanfaatkan.

Kunci bagi menjejak keturunan ini di Eropah ialah menerusi perjalanan hidup puteri Mesir, Cleopatra (tahun 69 S.M) yang berhijrah dari Mesir ke Eropah melalui perkahwinan dan melahirkan keturunan campuran Mesir-Eropah. Cleopatra lahir di Mesir pada tahun 69 SM, pada ketika Mesir menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Greek semasa era Alexander The Great. Apabila Alexander meninggal dunia pada 336 SM, rakannya iaitu Ptolemy mengambil alih pentadbiran Mesir dan mengahwini wanita Mesir dari keturunan istana. Pemerintahan Ptolemy disebut sebagai Dinasti Ptolemy.

cleopatra

Cleopatra

Cleopatra adalah anak kepada Ptolemy XII. Apabila Ptolemy XII meninggal dunia pada tahun 51 SM, dia memerintahkan Cleopatra (ketika itu berumur 17 tahun) mengahwini adiknya sendiri iaitu Ptolemy XIII yang ketika itu baru berusia 12 tahun dan meneruskan pemerintahan Mesir. Sepanjang pemerintahan Cleopatra, dia menjadi lebih dominan berbanding adik lelaki yang dikahwininya. Akibatnya, dia diusir keluar dari tampuk kekuasaan politik Mesir.

Beberapa bulan setelah diusir, angkatan tentera Rom yang dipimpin Julius Caesar kemudian tiba di Mesir. Cleopatra yang menyedari kehadiran tentera Rom kemudian membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan Julius Caesar bagi membolehkannya berkuasa semula dalam politik Mesir.

Caesar dan Cleopatra kemudian bekerjasama menggulingkan Ptolemy XIII iaitu adiknya sendiri. Cleopatra berjaya mendapatkan semula kedudukannya dalam kerajaan Mesir dan mengahwini seorang lagi adik lelakinya iaitu Ptolemy XIV untuk mendapatkan kuasa politik. Dalam masa yang sama, Cleopatra menjalin hubungan sulit dengan Caesar sehingga melahirkan seorang anak, Caesarion. Pada tahun 46 SM, Caesar dan Cleopatra berpindah ke Rom bersama Caesarion. Di Rom, Cleopatra digelar Isis Baru sempena nama Tuhan Perempuan dalam tradisi Mesir.

Pada tahun 44 SM, Caesar meninggal dunia selepas dibunuh. Cleopatra kemudian kembali ke Mesir dan membunuh Ptolemy XIV bagi membolehkan Caesarion menjadi raja. Selepas kamatian Caesar, dua orang panglima iaitu Mark Anthony dan Octavian bersaing untuk memperoleh kuasa politik di Rom. Anthony kemudian bertemu Cleopatra pada tahun 42 SM dan menawarkan kuasa politik di Rom kepada Cleopatra, mereka kemudian berkahwin dan melahirkan dua anak kembar iaitu Selene dan Alexander Helios. Kemudian pada tahun 32 SM, Cleopatra melahirkan seorang lagi anak iaitu Philadelphus. Pada ketika itu, Cleopatra dan Anthony mengelar diri mereka sebagai Tuhan (keluarga Tuhan) sepertimana dalam ajaran agama triniti pagan (agama pagan bepegang kepada fahaman keluarga tuhan dan tuhan mempunyai anak). Pada tahun 34 SM, salah seorang anak mereka ditabak sebagai raja di Armenia.

Bemula detik itu, keturunan elit diraja Mesir melalui Cleopatra mula berkembang di Eropah hasil daripada perkahwinan Cleopatra dengan Mark Anthony dan Julius Caesar. Anak-anak yang lahir itu kemudian terus berkembang dan menjadi golongan diraja di sekitar Eropah. Keturunan diraja di England, Perancis, Rusia, Sepanyol dan lain-lain negara di Eropah mempunyai pertalian darah dengan keturunan firaun Mesir. Keturunan ini terus mengamalkan fahaman pagan sepanjang zaman perkembangan di Eropah termasuk semasa Zaman Gelap.

Amalan sihir yang diwarisi sejak zaman Mesir purba sudah menjadi kebiasaan di kalangan golongan ini. Kelahiran agama Kristian juga mempunyai pertalian dengan golongan Merovingian, ini kerana golongan ini mempunyai kuasa yang besar dalam menguasai gereja semasa perkembangan agama Kristian.

Dan, fahaman Kristian juga berkisar mengenai triniti keluarga tuhan seperti yang diamalkan dalam agama pagan. Agama pagan banyak menyelitkan unsur keluarga tuhan seperti dalam kepercayaan Greek kuno di mana Tuhan Zeus mengahwini manusia wanita dan melahirkan Hercules, ia juga berkisar dalam triniti. Juga seperti agama pagan Mesir yang berpegang fahaman triniti.

Agama Kristian yang wujud hari ini adalah sebagai pembaharuan terhadap agama pagan dengan mengekalkan konsep triniti. Ia juga sebagai satu medium untuk menghina Allah oleh para pengasas agama itu. Dan, para pengasas agama itu pula adalah daripada keturunan yang sama terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa. Dan, golongan Yahudi yang terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa pula adalah daripada keturunan yang sama berkhidmat dengan tukang sihir di zaman firaun di Mesir. Dan, keturunan yang berkhidmat dengan tukang sihir firaun itu pula mengaku bahawa firaun itu tuhan, pada masa yang sama mereka menyembah syaitan melalui amalan sihir.

Kesimpulannya, agama pagan yang dianut oleh penyembah syaitan terus berselindung di sebalik agama Kristian hari ini sehingga hari kiamat. Golongan diraja di Eropah menjadikan agama Kristian sebagai agama yang dominan dan mereka kerap melakukan perubahan terhadap agama itu sesuka hati sehingga berpecah kepada beberapa fahaman baru seperti Protestant, Anglican dan sebagainya.

Dalam dunia hari ini, negara-negara di Eropah terus menyimpang dan kita pula sudah lama dikejutkan dengan trend perkahwinan sesama jantina (gay/homoseksual) di gereja-gereja Kristian di Eropah. Ia seperti mengembalikan kaum Nabi Lut seperti dalam sejarah Sodom (al-Quran menyebutnya sebagai Sadum) dan Gomorrah. Ia juga sebagai jalan untuk mencabar Allah dan mempercepatkan keluarnya Dajjal secara terbuka dalam umat manusia. Merovingian mahu manusia membuat dosa dan mencabar Allah, ia bagi mempercepatkan keluarnya Dajjal untuk ditabal menjadi raja kepada golongan penyembah syaitan.

Dari sudut geneologi (kaji keturunan), keturunan Illuminati, Merovingian dan semua Presiden Amerika (termasuk Obama) adalah daripada keturunan yang sama, keturunan Elit daripada keluarga diraja Babilon dan Mesir purba.

Kita kembali sebentar kepada peristiwa yang hampir dengan waktu kita pada hari ini iaitu zaman kolonialism dan imperialism atau era penjajahan Barat ke atas majoriti negara dunia.

Kita sedia tahu bahawa England dan lain-lain negara Eropah giat menjalankan dasar penjajahan ke atas negara-negara di dunia. Salah satunya seperti yang diajar melalui buku sejarah (benarkah buku sejarah yang ditulis?) ialah untuk Eropah menguasai ekonomi dan kekayaan negara jajahan selain menyebar agama Kristian. Ia juga ke arah pemusatan kuasa New World Order untuk menundukkan dunia di bawah satu pentadbiran mutlak.

England semasa era kolonialism begitu giat menggalakkan para ahli arkeologi (ahli sejarah) dari negara itu untuk menjalankan kegiatan cari gali di piramid-piramid Mesir. Cari gali yang dilakukan ahli sejarah England bukanlah untuk mencari nilai sejarah semata-mata, tetapi adalah untuk mencari peninggalan nenek moyang Merovingian atau lebih tepat…untuk menjejak keturunan Merovingian di Mesir melalui cari gali di piramid-piramid firaun. Hasil cari gali itu kemudian dibawa pulang ke England, sebahagiannya dipamer di muzium dan sebahagian lainnya pula disimpan untuk koleksi Merovingian. Piramid adalah salah satu daripada kunci rahsia, ia juga adalah simbol Illuminati.

control-pyr

Hierarki kekuasaan IIluminati

pyramid02

Anda akan bebas daripada tipu daya jika mampu melihat semua rancangan mereka dan tidak mengikut segala rancangan mereka


Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Sumber : http://konspirasi-teoris.blogspot.com/

Dalam bab ini juga, siapa Hitler yang sebenarnya juga disediakan jawapan.

Rockefeller Bloodline

Keturunan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menjayakan agenda Dajjal melalui Illuminati dan Freemason sejak sekian lama. Mereka juga menguasai semua gereja Kristian dan berselindung disebalik agama pagan yang diperbaharui dengan mencemarkan nama Nabi Isa dan dengan menghina Allah melalui konsep trinity pagan yang digunapakai dalam agama Kristian.

Rockerfeller adalah nama besar dalam Top 13 daripada lebih 1,500 keturunan Illuminati yang ada di dunia hari ini. Keturunan Rockerfeller juga berperanan mengendalikan lebih 200 hingga 1,000 operasi sumber dana rahsia kepada pakatan-pakatan rahsia yang berlarutan sejak zaman berzaman.

Keistimewaan keturunan Rockerfeller di Amerika ialah, mereka tidak pernah membayar walau satu sen pun kepada kerajaan Amerika dan diberikan pengecualian cukai sejak 1970-an atas sebab peranan besar yang dimainkan dalam menghidupkan gerakan Illuminati di bawah kerajaan Amerika. Mereka memainkan peranan seperti:

1. Menyediakan sumber dana seperti Sealantic Fund kepada seminar-seminar sains tulen yang menidakkan konsep ketuhanan secara tersembunyi.

2. Menyediakan sumber dana kepada universiti-universiti untuk menjalankan kegiatan pendidikan seperti mengendalikan The Union Theological Seminary yang membincangkan unsur-unsur logika dengan kepercayaan sehingga menjerumuskan golongan cendekiawan ke arah pemikiran yang akhirnya tidak mendukung fahaman keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.

3. Menyediakan dana untuk penubuhan agama-agama baru berpaksikan tuhan selain Allah seperti Scientology, Cao Dai, Lucis Trust dan sebagainya.

4. Menentukan siapa yang berhak diketengahkan melalui media atau dijatuhkan melalui media di Amerika dan Eropah.

5. Menggerakkan gerakan anti agama menerusi muzik Black Metal dan lain-lain kaedah.

Keturunan Rockerfeller berperanan sebagai pengawal yang mengawal pergerakan media, bank dan kerajaan, tetapi tidak memiliki firma media, bank atau menduduki kerusi kerajaan.

Rothschild Bloodline

Menerusi buku The Shadow of a Great Man, Lord Rothschild menceritakan mengenai sepucuk surat yang dikirim Davidson kepada Nathan Rothschild bertarikh 24 Jun 1814 yang bertulis dan diterjemahkan ke bahasa Melayu berbunyi: “…selagi sesebuah house (kerajaan) itu milik kamu dan selagi kamu bekerjasama dengan saudara-saudara kamu, tidak akan ada satu house pun di dunia ini yang mampu menandingi kamu atau menjejaskan kamu atau mengambil kesempatan ke atas kamu, kamu bersama saudara-saudara kamu pula akan mengambil alih dan membuat house-house baru di serata dunia..”.

Lord Rothschild juga melalui bukunya menceritakan tentang sepucuk surat lagi yang dikirim oleh Saloman Rothschild kepada Nathan Rohschild pada 28 Februari 1815 yang berbunyi: “…Kita adalah seperti mekanisme (peralatan) dalam sebuah jam tangan, di mana setiap bahagiannya adalah penting..” Ia merujuk kepada pengaruh dan peranan keturunan Rothchild dalam menggerakkan agenda sulit terutama penubuhan house (kerajaan) baru iaitu Israel.

Simbol Star of David pertama sekali digunakan keturunan Rothschild bagi mewakili simbol enam pintu dunia syaitan berbentuk tiga segi (enam piramid di permukaan segi enam) bagi tujuan pemujaan. Sejak Zaman Gelap Eropah, simbol bintang berbucu enam (hexagram) dan bintang berbucu lima (pentagram) kerap digunakan oleh pengamal sihir Eropah, juga digunakan ahli sihir Kabbalah, juga Druids, juga Witches dan juga Satanis dan juga sejak zaman Arab Jahiliah.

Maka pada tahun 1822, simbol pentagram dan hexagram dijadikan simbol untuk mewakili pergerakan Satanis disebabkan simbol itu telah sebati dengan pintu dunia syaitan disebabkan digunakan sebagai medium sihir sejak zaman berzaman, ia tetap mampu menjadi elemen sihir walaupun diterbalikkan.

red-shield-sod

Salah satu  jenis Red Shield Star of David

Keturunan Yahudi yang menggunakan nama Rothschild bermula di Jerman pada kurun ke-17. Nama Rothschild terbentuk daripada istilah red-shield (perisai merah) iaitu simbol hexagram berwarna merah yang menjadi simbol sihir Kabbalah (agama mistisism yang menjadi amalan warisan Yahudi sesat) dan kerap digunakan dalam ritual Kabbalah sekitar kurun ke-17. Ia bermula apabila perbuatan Mayer Armschel Bauer yang suka menggantung hexagram merah di dinding rumah dilihat oleh Mayer Amschel Bauer, lalu Bauer menamakan hexagram merah itu sebagai red-scheild. Sejak itu keluarga Bauer dikenali sebagai Redscheild lalu menjadi Rothschild sebaik berhijrah ke England dan Amerika.

Seorang penulis, Alice Bailey melalui bukunya A Treatise On White Magic mukasurat 412 menjelaskan hierarki Satanism Illuminati yang wujud sejak zaman tamadun Babilon digerakkan menerusi sumber kewangan daripada ‘the hidden financial group’ yang menguasai semua kegiatan ekonomi dan perdagangan dunia bermula abad ke-16.Bailey juga merekodkan bahawa pada 1836, seorang Yahudi bernama Zevi Hirsch Kalischer menemui keluarga Rothschild bagi merangka plan penguasaan ekonomi Eropah dan dunia menerusi agenda besar. Malah, Zevi juga bersama Rothschild merangka satu plan terancang perlu dibuat bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi Israel berpaksikan ideologi Yahudi Babilon dan Zionis.

Apabila idea itu mula disebarkan secara sulit kepada orang Yahudi sekitar Eropah, golongan Yahudi Ultra-Ortodox bagaimanapun bangkit menentang dasar Zionis yang dibawa Zevi dan Rothschild. Idea penubuhan negara Israel ditentang oleh golongan ortodox kerana tiada istilah tanah yang dijanjikan dalam ajaran ortodox.

Penentangan golongan ortodox inilah yang membawa kepada peristiwa holocaust oleh tentera Nazi terhadap Yahudi Ortodox. Golongan ini dibunuh disebabkan tidak menyokong gagasan penubuhan negara Israel, dan juga dibunuh kerana golongan ini cuba memberitahu dunia mengenai agenda jahat Zionis.

Pada 1891, sumber Freemason merekodkan Charles T.Russel (salah seorang keturunan Illuminati) yang berada di Palestin mengirim surat kepada Lord Rothschild di mana isi kandungan surat itu ialah mengenai strategi untuk membuka tanah Yahudi di wilayah Palestin dan mengambil alih secara teratur setiap wilayah bermula Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Tigris di Iraq. Malah surat itu juga menggariskan beberapa strategi kewangan dan sumber dana untuk menjadikan rancangan negara Israel sebagai satu realiti. Juga, merancang membentuk ideologi anti-agama dan New World Order menerusi komunisme.

Keturunan Rothschild yang merupakan tycoon besar dalam perniagaan dan perdagangan di Jerman menjadi penyumbang dana terbesar dalam setiap agenda sulit Yahudi sejak abad ke-16. Malah, keturunan ini yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Hitler pada abad ke-20 juga menjadi penyumbang dana terbesar kepada Nazi, Amerika, Jepun, Britain dan Eropah dalam menjayakan agenda Perang Dunia Kedua yang berakhir dengan penubuhan negara Israel dan United Nations (Pertubuhan Bangsa Bersatu/PBB).

Sejarah Dunia adalah satu Pembohongan: Hitler adalah keturunan Rothschild !!!

Penulisan sejarah hari ini sebenarnya ditulis oleh golongan orientalis dan evangelis yang pro-Mason dan pro-Yahudi di Eropah dan Amerika. Penulisan sejarah oleh golongan ini juga banyak menyembunyikan fakta, teknik penulisannya boleh dikatakan sama seperti teknik penulisan Bible yang mempunyai banyak versi dan percanggahan antara setiap satu.

Sejarah yang diajar di sekolah dan dibaca melalui buku-buku tilisan Barat adalah pembohongan. Sejarah yang mereka tulis supaya kita baca adalah supaya mereka dapat menguasai pemikiran kita (mind control) dan supaya kita berfikir seperti mereka mahu kita berfikir. Mereka telah menetapkan perkara-perkara sejarah yang ‘harus kita percaya’ mengikut apa yang mereka mahu. Mereka mahu kita percaya bahawa Perang Dunia Kedua adalah untuk menamatkan keganasan Hitler terhadap Yahudi dan untuk mewujudkan dunia yang lebih aman di bawah kekuasaan mereka. Namun di sudut tersembunyi, mereka jugalah yang menjayakan penubuhan Israel selepas Perang Dunia Kedua. Dan, mereka mahu kita berfikir dan percaya bahawa Perang Dunia Pertama pula tercetus kerana untuk mewujudkan dunia lebih aman. Namun dari satu sisi lain, ia adalah untuk menamatkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang dilibatkan sama dalam Perang Dunia Pertama. Kita ditipu dan masih ditipu. Keturunan Rothschild jugalah yang menyediakan dana untuk menjayakan Revolusi Perancis, Perang Teluk, gerakan komunis di Asia dan banyak lagi peristiwa dunia yang melibatkan peperangan dan kesengsaraan umat Islam.

hitler_006

Kepada penggemar dan pemuja keperwiraan seorang Yahudi bernama Hitler, anda sebenarnya ditipu oleh Yahudi dan Illuminati. Sudahlah… adalah lebih baik kita menyanjungi wira-wira Islam dan bersedia menghadapi Dajjal.

Hitler adalah Yahudi dari keturunan Rothschild

Keturunan Rothschild di Jerman mengalami pecahan kepada banyak nama seperti Bauer. Pecahan Bauer kemudian menjadi keturunan paling berpengaruh dalam amalan pemujaan dan sihir ketika Zaman Gelap Eropah di Jerman. Pada kurun ke-18, Amschel Rothschild menubuhkan dinasti kewangan paling berpengaruh di Frankfurt dan bekerjasama dengan House of Hesse.

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Sumber : http://konspirasi-teoris.blogspot.com

LI BLOODLINE (Kunci Illuminati di Asia)

Nama orang Cina terbina daripada dua atau tiga abjad simbol. Satu kajian di Peking pada 1970-an mengenai nama orang Cina menunjukkan, sebelum 1966 kira-kira 90 peratus daripada nama orang Cina mempunyai tiga simbol. Namun hari ini, separuh daripada populasi masyarakat Cina hanya menggabungkan dua simbol untuk membentuk nama mereka.

Simbol pertama bagi nama orang Cina adalah daripada nama keluarga Xiang bagi Cina etnik Han iaitu majoriti masyarakat Cina hari ini. Bagi yang menggabungkan tiga simbol, abjad di tengah biasanya mewakili nama generasi terdahulu dan ada juga yang merupakan nama yang diberi kepada individu.

Bagi orang Han, terdapat lebih 3,500 nama keluarga yang digunakan. Tetapi tiga nama keturunan yang merupakan jumlah terbesar dalam masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini seperti Li ( ) juga dengan ejaan Lee dalam tulisan rumi, Zhang ( ) dan Wang ( ), bilangan orang Cina yang berketurunan Li mewakili 22 peratus daripada keseluruhan orang Cina di seluruh dunia.

li

Simbol nama Li atau Lee

Nama keturunan atau keluarga Cina yang kerap diguna di negara-negara Barat pula adalah Chan, Lin, Li, Wong, Huang, Mei, Yang, Chin, dan Fong. Manakala di Tanah Besar China pula, nama keluarga Chen, Li, Zhang, He, dan Huang adalah yang paling besar peratusnya.

Nama keluarga Li adalah sangat popular di China dan serata dunia dan setiap orang Cina yang membawa nama Li menganggap mereka adalah bersaudara, mempunyai pertalian darah walaupun pada hakikatnya ia tidak semestinya mempunyai hubungan darah. Bahkan ada di antara dua individu yang menggunakan nama Li akan mengahwinkan anak-anak mereka dengan keluarga lain yang turut mengguna nama Li bagi tujuan mengikat hubungan darah. Ia adalah budaya yang tersendiri yang diamalkan oleh masyarakat Cina berketurunan Li di China. Malah ia juga sama dengan amalan keturunan Collin, berkahwin sesama keturunan sendiri untuk mengekalkan garis darah.

Menurut kamus nama orang Cina iaitu Xing Zuan, sejarah keturunan Li mempunyai sejarah yang panjang dan bermula dengan Maharaja Zhuanzu pada sekitar tahun 2000 SM. Juga direkodkan dalam Xing Zuan, ketika zaman Dinasti Tang (618 hingga 906 SM), kira-kira 15 pembesar dianugerahkan nama Li sebagai nama keturunan, bahkan keturunan Dinasti Tang juga menggunakan nama Li apabila Li Shimin menjadi Maharaja.

Malah ada juga teori mengatakan keturunan Cina yang mewarisi nama Li (Lee) terutama di Eropah dan Amerika turut beberapa kali mengalami perubahan menjadi Lim dan Lei. Lain-lain teori pula mengatakan keturunan Li turut berpecah kepada beberapa nama keluarga lain menjadi Liew dan Chin atau Xin (mungkin nama Chin atau Xin terhasil selepas gabungan antara simbol-simbol lain dengan simbol Li menerusi perkahwinan sehingga membentuk nama Chin) selain Lim dan Lei.

Juga terdapat teori-teori yang mengatakan nama orang Cina boleh dibentuk menjadi nama-nama lain selepas dua atau tiga nama digabungkan dalam satu simbol menjadi satu nama baru.

Terdapat tiga nama Li yang menonjol dalam dunia moden iaitu iaitu Li Ka Shing, Li Peng dan Lee Kuan Yew. Kita fokus kepada Li Peng dan Lee Kuan Yew.

Li Peng dikenali sebagai salah seorang tokoh dalam kerajaan Red China (1928-1976) atau dikenali sebagai Askar Merah Komunis China ketika China dikenali dengan nama People’s Republic of China. Ketika period pemerintahan Red China, direkodkan Rockerfeller dan Rothschild mempunyai hubungan dengan Red China, juga direkodkan Li Peng pernah bertemu Rockerfeller dan Rothschild di New York. Timbul persoalan, kenapa Li Peng yang berfahaman komunis bertemu Rothschild dan Rockerfeller di New York sedangkan Amerika hingga kini dikenali sebagai Negara kuasa besar yang menentang komunis (atau hanya sekadar berdrama seperti membenci komunis?).

david-rockerfeller-li-chiang

David Rockerfeller dalam satu pertemuan dengan Li Chiang, bekas pemimpin Red China

Ideologi Red China memainkan peranan penting bagi keluarga Li dalam menjayakan New World Order menerusi komunisme di tanah besar China.

Li Peng merupakan anak kepada seorang berfahaman komunis. Li Peng menerima pendidikan di Moscow, Soviet Union (kini Rusia) dan diasuh seperti golongan elit yang lain supaya menjadi pakar dalam selok belok komunisme.

(Komunisme adalah satu ideologi yang terhasil selepas pertemuan Anne Collin, Pierre du Pont dan beberapa keturunan Illuminati yang lain termasuk golongan pecahan Merovingian Rusia atau saki baki Tsar dalam pertemuan yang diadakan di Jerman untuk mencapai objektif New World Order, ideologi ini kemudian diserap masuk ke Jerman dan Rusia sehingga membentuk Nazi dan Soviet Union, seterusnya ke China membentuk Red China)

Pada 1976, Lee Kuan Yew mengadakan pertemuan dengan ketua kerajaan Red China, Mao Tse Tung yang juga mempunyai pertalian darah dengan keturunan Li.Intipati sebenar pertemuan itu pula tidak mempunyai penjelasan kukuh, ia hanya dikenali sebagai pertemuan untuk merapatkan hubungan sejarah antara perdagangan China dengan Singapura ketika sebelum era kolonialisme di Tanah Melayu.

Mao juga melantik Li Ta Chao sebagai ketua komunis di utara China semasa peperangan antara puak pro-demokrasi. Li Ta Chao juga adalah ahli pertubuhan rahsia Red Spears, kita lebih kerap menggunakan istilah kongsi gelap apabila merujuk kepada kegiatan rahsia masyarakat Cina, ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan pertubuhan rahsia yang mempunyai agenda besar dan berbahaya kepada penganut agama Allah.

Kembali kepada era kemerdekaan China daripada penjajahan British, tokoh yang terkenal dalam sejarah kemerdekaan China moden ialah Sun Yat Sen. Tokoh ini yang merupakan pemimpin kepada 268 cawangan pertubuhan rahsia di China, Amerika, Singapura dan Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) seperti pertubuhan Chung Wo Tong, Tai Luk Shan dan Kwok On Wui, dia juga memainkan peranan besar dalam menggulingkan pemerintahan sistem monarki di China dan menubuhkan republik. Sun Yat Sen juga mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan menerima pendidikan barat.

sun-yat-sen

Dr. Sun Yat Sen

Secara sulitnya, Sun Yat Sen juga direkodkan sebagai ahli Freemason menurut sumber-sumber Freemason, dia adalah individu terpenting dalam penyebaran fahaman komunis di sekitar Asia termasuk di Malaysia (sila baca semula buku sejarah Malaysia mengenai bab kemunculan komunis di Malaya, dan fahami sentimen apakah yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya).

chin-peng

Chin Peng (nama sebenar ialah Ong Boon Huat), Ketua Parti Komunis Malaya yang pernah menjalankan agenda komunis di Malaysia

KENNEDY BLOODLINE

Keturunan Kennedy mengalami banyak proses pecahan menerusi perkahwinan dengan keturunan-keturunan lain seperti Bailey, Booth, Buckley, Collin, Hatfeild, Humphrey, Freeman, James, Phelps, Reagan, Russel, Smith dan Fitzpatrick.

Perkahwinan antara keturunan Kennedy dengan keturunan Collin, Freeman, Russel dan lain-lain tidak perlu disebutkan di sini kerana yang penting ialah menjejak perkahwinan antara Kennedy dengan Fitzpatrick.

Fitzpatrick menurut satu sumber, dikatakan berasal daripada garis keluarga yang mempunyai pengaruh di Ireland dan mempunyai pecahan lain di Perancis, malah dikatakan mempunyai pertalian dengan golongan Yahudi yang terlibat dengan komplot mengubah Taurat dan Zaboor di Babilon.

Dalam rekod lain pula, keturunan Kennedy turut mengahwini keturunan Onassis yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Auchincloss, iaitu salah satu keturunan Illuminati dari Scotland (bukan dari senarai Top 13 Illuminati).

Nama keturunan Kennedy berasal daripada nama O’Kennedy, Cinneide dan Caeneddi dari Ireland. Keturunan ini menjadi semakin berpengaruh pada abad ke-17 apabila berpecah kepada tiga pecahan utama iaitu Don, Fionn dan Rua. Kemudian keturunan ini berhijrah ke Scotland, England dan Perancis bermula tahun 1600, mereka terus berkahwin dengan orang tempatan dan menukar nama keturunan.

Menurut buku The Widow’s Son: The Historical Illuminatus Chronicles yang ditulis oleh seorang Freemason bernama Robert A. Wilson, dia mengaitkan Brian Caeneddi sebagai Kennedy pertama yang dikenalpasti dalam gerakan Illuminati di sekitar Eropah dan Amerika. Malah dikatakan Caeneddi yang menjadi Kennedy juga mempunyai hubungan darah dengan Merovingian.

Pada 22 November 1963 di Dealy Plaza, Dallas, Texas, Presiden Amerika ke-35 iaitu John. F.Kennedy (JFK) dilaporkan mati selepas ditembak dalam satu majlis perarakan. Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Pages: Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 ...60 61 62 Next