Aug 31st, 2007 oleh Qaiyum

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
Waktu Ini Tepat Pukul 3.57 am Di Daerah Bangi, Selangor. Adakah Anda Pada Waktu Ini Sedang Tidur Lena? Tapi Bukan Saya. Entah Kenapa Otak Ini Asyik Berpusing. Selalu Sangat Memikirkan Sesuatu Perkara Itu Dengan Seteliti-telitinya. Entah Ini Perkara Normal Ataupun Tidak. Bila Ada Sesuatu Perkara Yang Merunsingkan Minda, Minda Ini Akan Sentiasa Mengeluarkan Perkataan² Mahupun Gambaran Yang Tidak Dipinta. Lihatlah Uban Dikepalaku Semakin Banyak. Ada Kaitankah? Ini Mungkin Adalah Satu Kekuatan Tapi Mungkin Juga Kelemahan Saya Sebagai Seorang Manusia. Muhasabah Diri Bagus. Betul? Tapi Sejauh Mana Saya Perlu Muhasabah Diri? Sehingga Kini Masih Lagi Minda Saya Muhasabah Diri Walaupun Tanpa Dipinta.
Antaranya :
- Sudah Pun Berumur 22 Tahun Apakah Sumbangan Diri Sendiri Kepada Agama, Negara, Masyarakat Sekeliling & Keluarga?
- Apakah Peranan Yang Telah Dijalankan Sebagai Seorang Manusia?
- Sejauh Manakah Tanggungjawab Sebagai Seorang Hamba Allah S.W.T?
- Sudah 50 Tahun Merdeka Tetapi Kenapa Minda Bangsa Kita Masih Kelihatan Belum Merdeka?
- Adakah Aku Anak Merdeka?
- Adakah Minda Aku Merdeka?
- Aku Lahir Pada Zaman Pasca Merdeka Tapi Mengertikah Aku Apa Itu Kemerdekaan?
- Sejauh Mana Aku Menilai Kemerdekaan Itu?
- …..
Adakah Soalan² Ini Perlukan Jawapan Oleh Aku? (Maaf Dalam Entri Ini Kata Ganti Nama Yang Digunakan Adalah Aku Kerana Aku Banyak Bermonolog). Bagaimana Anda? Anda Ada Jawapan Yang Boleh Dijawab? Sekurang²nya Menjawab Untuk Diri Sendiri…
Semoga 50 Tahun Akan Datang Banyak Yang Akan Kita Sumbangkan Kepada Agama, Bangsa, & Negara. Sumbanglah Sebanyak Mungkin. Susahkah?
2 Komentar »
Aug 29th, 2007 oleh Qaiyum

Gambar Di Atas Dan Seterusnya Adalah Gambar Saya Mengikuti Program Motivasi Ke Tambunan, Sabah. Yang Terlibat Adalah Sekolah Rendah Agama Tambunan & Rumah Anak Yatim Tambunan. Seronok Rasanya Dalam Perjuangan Manusia Memanusiakan Manusia. Berjumpa Dengan Generasi Baru & Melihat Perkembangan Mereka Mengikut Kelompok Masyarakat Yang Agak Berbeza Seperti Yang Kita Ketahui. Masyarakat Islam Di Tambunan Adalah Masyarakat Minoriti Di Tambunan. Agak Sukar Apabila Kita Menjadi Kelompok Minoriti Di Dalam Sesuatu Komuniti. Banyak Kekurangannya. Hmm.. Lihatlah Muka² Anak Kecil Yang Bakal Meneruskan Menjadi Pewaris Di Dalam Negara Ini. Apa Yang Dapat Anda Lihat Sebenarnya? Walaupun Kelihatan Agak Ceria Di Dalam Gambar Tersebut Namun Hakikatnya Mereka Pahit Yang Mereka Telan.
Bercakap Mengenai Pewaris. Entri Kali Ini Saya Akan Dendangkan Sebuah Lagu Kesedaran Untuk Orang Melayu. Walaupun Lagu Ini Hanya Fokus Kepada Masyarakat Melayu, Bukanlah Bermaksud Untuk Meniupkan Semangat Perkauman Di Kalangan Orang Melayu. Ia Adalah Lebih Kepada Peringatan Agar Ada Kesedaran Terhadap Orang Melayu Sendiri Untuk Memajukan Diri Sendiri Seterusnya Menilai Sejauh Mana Kedudukan Kita Pada Hari Ini. Namun Banyak Juga Suara² Yang Mengatakan Lagu Ini Sudah Tidak Relevan Lagi Untuk Didendangkan. Namun Pada Saya Lagu Ini Sesuai Untuk Menaikkan Semangat & Jatidiri Orang Melayu. Dengarkanlah Bagi Mereka Yang Pernah Mahupun Belum Pernah Menyanyikan Lagu Ini…
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Pribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara (3x)
Komposer : YB Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi,
Naib Canselor UUM & Bekas Pengarah Biro Tatanegara
Klik Untuk Teruskan Bacaan »
9 Komentar »
Aug 28th, 2007 oleh Qaiyum
Klik Sini Untuk Artikel Dari Utusan.

Malaysia Berjaya Melangkah Ke Perlawanan Akhir Setelah Menewaskan Pasukan Singapura 3-1. Seterusnya Bakal Berhadapan Dengan Myanmar Selaku Penyandang Juara Pada Kejohanan Pesta Bola Merdeka Kali Ini. Adakah Benar Tujahan Daripada Pelbagai Pihak Mengkritik Persembahan Pasukan Malaysia Sepanjang Beberapa Penggal Ini? Mungkin Ya Dan Mungkin Tidak.
Kita Masih Lagi Ada Harapan. Selagi Ada Semangat Perjuangan. Selagi Ada Kudrat, Selagi Ada Sokongan Daripada Pelbagai Pihak & Selagi Anda Tidak Hanya Fanatik Terhadap Pasukan Eropah Semata-Mata. Sudah 50 Tahun Merdekah. Tidak Bolehkah Kita Optimis Terhadap Pasukan Bola Sepak NEGARA Sendiri?
Saya Tanya Dengan Jujur Ikhlas. Berapa Ramai Yang Membaca Entri Saya Ini Yang Menonton Perlawanan Bola Sepak Antara Malaysia Dan Singapura Itu Secara Langsung Selama 90 Minit Di Kaca Televisyen Ruang Tamu Anda? Atau Soalan Yang Agak Sinis Sedikit Pernahkan Anda Menonton Perlawanan Bola Sepak Tempatan Samada Di Stadium Mahupun Di Kaca TV ?
Sudah 50 Tahun Merdeka. Adakah Kita Tidak Yakin Dengan Negara Sendiri? Adakah Kita Hanya Tahu Mengkritik Keburukan Negara Sendiri Tanpa Sedikitpun Keikhlasan Untuk Menyokong. Heh. Tidak Semua Saya Rasa. Optimis Tetap Optimis. Ramai Lagi Rakyat Pada Hemat Saya Masih Sayang Terhadap Negara Sendiri. Dengan Kehadiran Hampir 10,000 Di Stadium MBPJ Semalam Membuktikan Kita Tidak Ketandusan Penyokong Bola Sepak Tanah Air. Walaupun Bukan Kesemuanya ‘Orang Kita’.
Mungkin Ini Hanya Sementara. Selepas Ini Status Dan Prestasi Pasukan Bola Sepak Negara Ini Mungkin Akan Terperosok Lagi. Tapi Sekurang-Kurangnya Kita Bukan Hanya Tahu Mengkritis. Mereka Masih Lagi Memerlukan Sokongan Demi Menyuntik Semangat Juang Masing².
Semangat Kesukanan & Semangat Cintakan Negara Sememangnya Seiring. Kalau Menang Kita Akan Merasa Bangga Terhadap Tanahair Sendiri. Namun Jika Kalah Kecundang Jua Akhirnya.. Hilang Semangat Patriotik Itu. Perlukah Begitu?
Yakinlah. Kita Sudah 50 Tahun Merdeka..
p/s : Harap Maaf.. Entri Saya Dalam Masa Beberapa Hari Ini Sebelum Merdeka Sentiasa Akan Menyentuh Isu² Patriotisme. Harap Maklum!
** Mahukan Domain Sendiri Secara Percuma ?? Hafreze.com Ada Cerita **
11 Komentar »
Aug 27th, 2007 oleh Qaiyum

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Maaf Kerana Lambat Untuk Mengupdate Entri Berkenaan Dengan Rumpun Yang Telah Selamat Dijalankan. Terima Kasih Kepada Semua Yang Menjayakannya Samada Secara Langsung & Tidak Langsung. Terima Kasih Kepada Mohd Ismail & Bat Infomalaya Kerana Telah Berhempas Pulas Untuk Merealisasikan Projek Ini. Tidak Dilupakan Kepada Brother Josh Lim Dari Advertlets Yang Telah Menajakan Makan & Minum Kami : )= Dan Tidak Lupa Juga Kepada Mereka Yang Telah Menyumbang Sedikit Sebanyak Dalam Program Ini. Maaf Mael Aku Tidak Dapat Menyumbang Banyak Sebab Aku Pun Sesat Da.. Ampesh..
Tidak Perlu Rasanya Saya Mengulas Panjang Mengenai Program Rumpun ‘07 Seperti Yang Sudah Sedia Maklum Hadirin Semuanya Adalah Dikalangan Blogger², Maka Ramai Jugalah Yang Telah Memasukkan Entri Berkenaan Dengan Rumpun Ini. Pandai²lah Anda Menyiasat Entri² Yang Berkaitan Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut. Cuma Disini Saya Ingin Berkongsi Sedikit Gambar Yang Tidak Seberapa & Peristiwa Selepas Rumpun.
Klik Untuk Teruskan Bacaan »
21 Komentar »
Aug 25th, 2007 oleh Qaiyum

Uhuk.. Uhuk.. Nasib Baik Untuk Menulis Entri Saya Tidak Diperlukan Untuk Bersuara. Hanya Menggunakan Jari-Jemari Untuk Mengetik Papan Kekunci. Suaraku Kini Telah Diserang Sebuah Anasir Jahat. Telah Mengubah Pitching Suaraku Menjadi Serendah-Rendah Sharp (Suara Nobita). Tapi Kadang² Juga Telah Mengubahnya Menjadi Setinggi-Tinggi Flat (Suara Rikishi). Huh! Virus..
Kini Tugasan Major Yang Agak Menggunakan Suara Sendiri Iaitu Berbincang Dengan Penyelia Thesis, Bermesyuarat Berprofil & Berprotokol Tinggi, Dan Yang Terakhir Wacana Pengantarabangsaan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia Di Bilik Senat, Canselori UKM Tadi. Kini Bolehlah Nafas Lega Ditarik. Hanya Tinggal Tugasan Minor Sahaja Dalam Penyumbangan Aktiviti Suara Iaitu Pada Petang Ini Sempena Rumpun ‘07. Apa Akan Berlaku? Nantikanlah Bersama. Untuk Anda Semua Yang Bakal Menghadiri Rumpun, Telah Siapkan Diri Sendiri? Jangan Lupa Bendera Kecil Sebagai Tanda Semangat Merdeka. Kita Gegarkan Kuala Lumpur Petang Ini..
Wah! Wajah Baru!!
Uhuk..Uhuk.. Akibat Daripada Ketidakseimbangan Dan Ketidakpuashatian Saya Sendiri Terhadap Theme Yang Lama. Maka Kini Anda Dihidangkan Dengan Theme Yang Baru Daripada MangoOrange Yang Diberi Nama i3Theme. Seperti Yang Telah Dapat Anda Lihat Unsur² Mac Telah Diserapkan Dalam Tema Ini. Saya Agak Berpuas Hati Dengan Prestasi Theme Ini Buat Masa Ini. Jika Anda Menghadapi Sebarang Kesulitan Sewaktu Melayari Blog Ini, Sila Kritikkan Kepada Saya. Apa Yang Menarik Berkenaan Dengan Theme Ini. Anda Boleh Drag & Drop Sidebar Di Kiri Dan Kanan Blog Ini Sesuka Hati Anda. Menarik Bukan? Cubalah!
Klik Untuk Teruskan Bacaan »
4 Komentar »