Aug 22nd, 2007 oleh Qaiyum
Dua Siri Kegemaran Ramai & Penulis - Prison Break & Heroes. Sebenarnya Banyak Lagi Siri TV Berskopkan Amerika Menerjah Ke Kaca² TV Mahupun Monitor Kita. Namun Hanya Dua TV Siri Ini Yang Meraih Carta Top Tertinggi Di Hati Penulis. Manakala Siri TV Yang Lain Bukanlah Tidak Langsung Digemari Seperti CSI, House, & Lain², Cuma Prison Break & Heroes Ini Telah Memberikan Impak Yang Besar Terhadap Penulis Kerana Kepelbagaian, Cara Olahan, Jalan Cerita & Konsep Yang Terdapat Dalam Kedua² Siri Ini.
Prison Break Musim 3 Dijangka Akan Menerjah Kaca TV Di Amerika Pada 17 September Ini. Tidak Tahulah Bila Kita Berpeluang Untuk Menikmatinya Di Kaca TV Malaysia. Namun Terima Kasih Kepada Teknologi Sedia Ada Kerana Telah ‘Mengizinkan’ Kami Para Pelajar Untuk Mendownload Siri² Berkenaan Secara Percuma Ke Hard Disk Kami. Bukannya Kami Menyokong Industri Cetak Rompak. Cumanya Ini Sahaja Cara Untuk Kami Menikmati Siri Berkenaan Lebih Awal Berbanding Jika Terpaksa Menunggu Berminggu² Lamanya Untuk Ia Sampai Ke Malaysia.
Saya Tidak Ingin Mengulas Apa Yang Akan Berlaku Pada Musim Ke-3 Siri Prison Break Ini. Anda Sebagai Kipas-Susah-Mati Siri Ini Rasanya Sudah Arif Terhadap Kesudahan Pada Musim Ke-2 Dan Boleh Mengagak Apa Yang Akan Berlaku Pada Musim Ke-3 Ini. Sama²lah Kita Nantikan Kemunculannya Di LamanWeb @ Torrent Malaysia & Bersedia Untuk Kembali Teruja.

Jika Kita Perhatikan Filem/Siri Berkonsepkan Super-Hero-Berspender-Terang Lebih Kurang Sama Jalan Cerita & Aliran Ideanya Sebagai Contoh Ditimpa Musibah (Digigit Binatang/Terdedah Kepada Tenaga Nuklear/Radioaktif/Super Nova Yang Berlebihan). Namun Siri TV Heroes Ini Telah Berjaya Membuatkan Sesuatu Yang Mustahil Macam Tak Mustahil Berlaku. Tapi Realitinya Sangat Mustahil Bila Dah Ada Orang Boleh Teleport & Memberhentikan Masa. Bermula Dengan Pengaturan Genetik Oleh Manusia Sendiri Untuk Mencari Manusia ‘Berbakat’ Yang Mampu Mengubah Nasib Manusia. Maka Ramailah Hero² Yang Muncul Di Muka Bumi Ini Disegenap Pelusuk Dunia Termasuk Jepun & India (Malaysia Takde Hero Ke?). Konsep Didalam Siri Ini Sangat Menarik Dimana Satu Manusia Satu ‘Kelebihan’ (Power). Ada Yang Tahu Mengenai Kelebihan Masing² Dan Boleh Meneruskan Hidup Masing². Ada Yang Tahu Dan Tak Dapat Menyesuaikan Diri Dengan Kelebihan Itu. Dan Ada Yang Ditolak Oleh Masyarakat. Namun Ada Juga Yang Tak Tahu Mengenai Kelebihan Yang Ada Dalam Diri Sendiri.
Musim Yang Ke-2 Akan Muncul Juga Di Dalam Bulan September Ini. Sama²lah Kita Nantikan. Namun Tidak Dapat Dipastikan Adakah Jalan Ceritanya Bersambung Dari Siri Pertama Atau Menjadi Jalan Cerita Yang Lain.
p/s : Apa Kelebihan Anda? Dah Muhasabah Diri? Cari, Teroka & Gunakanlah Kelebihan Anda Itu Untuk Kebaikan Sejagat. Jangan Sia²kan Kelebihan Yang Anda. Sesungguhnya Allah S.W.T Telah Menganugerahkan Seseorang Itu Sesuatu Kelebihan Bagi Membantu Mereka Yang Kurang Kelebihan Itu.
3 Komentar »
Aug 21st, 2007 oleh Qaiyum

Hujan? Kedua-dua Tajuk Dan Gambar Di Atas Tiada Kaitan Dengan Entri Saya Kali Ini. Cuma Sekadar Hiasan Semata-mata. Patutnya Saya Menamakan Entri Ini Seperti Fast Update #01 Atau Seumpamanya. Tapi Saya Agak Kurang Selesa Dengan Penggunaan Angka² Tersebut Maka Moleknya Saya Menggunakan Tajuk Yang Mempunyai Unsur Estetika Sebentar.
Tugas
Saya Masih Lagi Adalah Seorang Mahasiswa Yang Bertindak Sebagai ‘Agen Kepada Mahasiswa’. Maka Dengan Ini Tugas² Seorang Mahasiswa Masih Perlu Lagi Saya Garap. Tugas Masih Lagi Datang Bertalu² & Banyak Mesyuarat² Yang Perlu Dihadiri. Saya Mempunyai Tanggungjawab Selain Menyiapkan Projek Tahun Akhir. Beberapa Jam Tadi Hadir Satu SMS Daripada Seorang Rakan Seperjuangan Berbunyi :
“Untuk Wacana Pengantarabangsaan, Anda Dipilih Untuk Menjadi Panel. Presentation Selama 15 Minit. Hari Jumaat 24 Ogos. Bilik Senat Jam 3. Mazuwan Murad - Budaya Pelajar Eropah. Tay See Hwai - Pembangunan China. Rajanee - Perindustrian Thailand. Qaiyum - Bidang ICT Di India. Sila Sediakan Slide. Ada Masalah Mesej Saya. Terima Kasih” (Segala Shortform Telah Diterjemahkan)
Nasib Baik Bukan 25 Ogos. Hmm.. Saya Perlu Mengkaji Lebih Mendalam Lagi Mengenai India Untuk Tugasan Ini. Tugasan Ini Diberikan Berdasarkan Kepada Pengalaman Masing² Yang Pernah Berhijrah Ke Negara² Tersebut. Ini Bukanlah Matapelajaran Dalam Jurusan Kami. Apa Yang Kami Buat Ini Tidak Akan Mencecah Masuk Ke Dalam Pemarkahan PNGK Kami. Namun Inilah Yang Dikatakan Perjuangan Sebagai Seorang Mahasiswa. Berkorban Untuk Kepentingan Bersama.
Rumpun
Ingatkan Saya Rakan² Jika Anda Ternampak Saya Masih Lagi Berlegar² Di Sekitar Bangi Pada 25 Ogos Ini. Jerit Kepada Saya Sekuat Hati “RUMPUN…!!!” Kadang² Saya Lupa Bila Kepada Berserabut Dengan Tugasan. Hihi..
Akuarium
Pembunuhan Beramai² Kehilangan Lobster Yang Comel Telah Saya Gantikan Dengan Beberapa Ekor Ikan Guppy Bagi Mengisi Ruang Kosong Di Dalam Akuarium. Namun Sekarang Saya Masih Menunggu Untuk Sang Betina Melahirkan Anak Bagi Mengasingkan Anak Itu. Ini Untuk Mengelakkan Anak Itu Menjadi Sarapan Mak Bapaknya Sendiri.
Qaiyum.net
Hingga Kini Terdapat 8 Entri Dan 44 Komen Semenjak Kelahiran Qaiyum.net . Ini Merupakan Rekod Paling Cemerlang Saya Dalam Bidang Penulisan Iaitu Menulis 8 Entri Dalam Masa Kurang 2 Minggu. Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Kalian Semua Yang Menyokong Saya Dari Hadapan Dan Juga Belakang. Tanpa Kalian Siapalah Saya. Diharapkan Minggu² Yang Mendatang Saya Masih Lagi Ada Kekuatan Dan Semangat Fanatik Terhadap Blog Ini. Tegur-Menegurlah Kita Sesama Sendiri Bagi Menambahkan Lagi Nilai² Kehidupan Yang Masih Kurang Di Dalam Diri Kita. Masih Banyak Yang Perlu Dikupas Dan Dikembangkan Agar Pemikiran Kita Ini Sentiasa Terkehadapan. Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Kalian Semua Yang Masih Sudi Lagi Membaca Tulisan Saya Hingga Ke Baris Ini…
p/s : Saya Sedang Membangunkan 2 Lagi Laman Blog Di Qaiyum.net . Saya Sedang Dalam Usaha Pencarian Pasukan Saya Sendiri Untuk Menjadi Tenaga Penggerak Kepada Salah Satu Projek Saya Ini. Berminat Silalah Rajin² Menghantar Mesej Kepada Saya. Sebuah Lagi Laman Adalah Sekadar Photoblog Dimana Hobi Sampingan Saya Terhadap Fotogradi Akan Saya Cungkilkan Di Situ. Sekian..
4 Komentar »
Aug 19th, 2007 oleh Qaiyum

NameWee - Nama Seorang Yang Rasanya Dah Cukup Dikenali Kerana Populariti Beliau Yang Meningkat Secara Mendadak. Oleh Itu Tidak Perlulah Lagi Saya Memperkenalkan Personaliti Ini. Diberitakan Semalam Bahawa Beliau Bukan Sahaja Telah Mengarang Lagu Kontroversi Negarakuku, Namun Setelah Saya Semak Di You Tube Hari Ini Ada Beberapa Lagi ‘Hasil Seni’ Yang Telah Beliau Terbitkan. Antaranya Ialah My Friends/Kawanku. Kenapakah Isu Ini Menjadi Terlalu Kontroversi Sehingga Hari Ini?
Mungkin Boleh Saya Kongsi Bersama Beberapa Perkara Untuk Rujukan Bersama Sebagai Seorang Rakyat Malaysia… Mengikut Perspektif Saya Yang Sentiasa Optimis.. :D=
Kontroversi Lagu Negarakuku - Seperti Lagu² Yang Lain Yang Telah Saya Dengar Dihasilkan Oleh Beliau, Lagu Ini Juga Sangat Menyentuh Sensitiviti Terutama Kaum Melayu & Yang Beragama Islam. Walaupun Dia Cube Untuk Berkongsi Realiti Semasa Di Malaysia, Namun Cara Penyampaian Dan Medium Yang Digunakan Telah Mengundang Padah Kepada Beliau. Rasenye Lagu Ni Kalau Tak Silap Die Buat Sebab Die Kene Saman Dulu. Tu Yang Banyak Cite Pasal Polis Tue.. Padah Juga Menanti Beliau Apabila Telah Tersedia Di Dalam Akta Lagu Kebangsaan Tahun 1967 (Kalau Tak Silap Tahun La) Mengatakan Akan Di Ambil Tindakan Terhadap Sesiapa Yang Didapati Menghina Atau Mempersendakan Lagu Negaraku. Berani Betul Beliau Ni..
Isu Terbaru Lagu MyFriends/Kawanku - Di Dalam Lagu Ini Saya Mendapati Bukan Kaum Melayu Sahaja Yang Terlibat Dalam Siri ‘Luahan Perasaan’ Beliau, Adalah Termasuk Juga Kaum Cina Hokkien & Cina Singapura. Apa Yang Boleh Saya Ulaskan Terhadap Pengisian Lagu Ini Adalah Dia Mempersoalkan Kenapa Kaumnya Iaitu Cina Hainan Yang Lebih Ramai Berbanding Cina Hokkien Di Malaysia Ini Tetapi Tidak Mendominasi. Bahasa Kantonis (Bahasa Cina Hokkien) Lebih Banyak Menguasai Ruang Media Di Malaysia Berbanding Mandarin (Bahasa Cina Hainan). Seterusnya Beliau Turut Menyentuh Mereka Rakyat Cina Di Singapura Di Bawah Pemerintahan Lee Kuan Yew Termasuk Pemikiran Mereka & Penerimaan Mereka Terhadap Orang Cina Di Malaysia. Seterusnya Barulah Dia Menyentuh Mengenai Sifat Melayu Yang Antaranya Malas Kerja, Isap Dadah Banyak, Mat Rempit, Dan Lain².
Saya Rasa Tak Perlu Saya Kupas Dengan Mendalam Berkenaan Isu² Ini Cuma Apa Yang Perlu Diambil Perhatian Serius Adalah Komen² Setiap Entri Video Yang Kontroversi Itu Di You Tube. Didapati Beratus² Komen Yang Rata² Berunsur Ancaman Kepada Beliau, Cacian, Kutuk-Mengutuk Antara Kaum, Sumpah-Seranah Dan Lain² Sifat Mazmumah Lagi. Tak Kurang Juga Mereka Yang Cuba Mententeramkan Keadaan Dan Memberi Nasihat. Namun Semuana Sia². Inilah Bahananya Jika Api Perkauman Itu Dimainkan Seperti Bermain Bunga Api Di Malam Raya.
Klik Untuk Teruskan Bacaan »
14 Komentar »
Aug 18th, 2007 oleh Qaiyum
Saya Kini Telah Mempunyai Sebuah Hobi Yang Tidak Saya Komersialkan Dari Dahulu. Cuma Secara Kecil²an. Membela Ikan Di Dalam Akuarium Yang Lengkap Adalah Angan² Saya Yang Hangat² Tahi Ayam Sejak Kecil. Walaupun Waktu Itu Saya Sudah Mempunyai Akuarium, Namun Semangat Kecintaan Terhadap Ikan Belum Memuncak Lagi. Sehinggalah Sejak Akhir² Ini Kelihatan Saya Semakin Fanatik Terhadap Hidupan Akuatik Sebegini.
Bermula Beberapa Bulan Yang Lepas Dengan Bajet Seorang Mahasiswa Yang Miskin Minima, Saya Bermula Dengan Membela Beberapa Ekor Ikan Laga Di Dalam Botol. Setelah Beberapa Siri Kematian Dan Kehidupan Semula, Saya Beralih Arah Pula Untuk Menternak Ikan Gapi Yang Memang Rajin Beranak. Namun Akibat Ketidaklengkapan Habitat & Kesibukan Tukang Bela, Maka Berlaku Lagi Beberapa Siri Kematian Ikan Gapi Yang Menyayat Hati. Namun Disebabkan Harga Ikan Kecik Itu Yang Murah Di Pasaran, Tidak Susah Untuk Menghidupkan Spesis Itu Kembali.
Sehinggalah Saya Telah Berpindah Ke Rumah Sewa Yang Lain. Maka Tuan Rumah Telah Menyediakan Sebuah Akuarium Percuma (Tak Tau Sape Punya Sebenarnye) Untuk Kami. Maka Dengan Tidak Ingin Mensia²kan Akuarium Itu, Maka Aktiviti Merekabentuk Dan Mewarnai Akuarium Itu Pun Berlangsung…
Siri Pembaikpulihan & Keceriaan Akuarium Ini Bukan Baru Bermula. Sebelum Ini Telah Terjadi Beberapa Siri Keceriaan Akuarium Serta Penternakan Ikan. Bermula Dengan Spesis Ikan Kap Sebagai Percubaan. Daripada 65 Ekor Sehingga Kini Hanya Ada 1 Ekor Yang Menjadi Survivor. Sehinggalah Kepada Kelengkapan Habitan Yang Semakin Lengkap Termasuk Pembelian Motor Untuk Oksigen, Pengaliran & Penapisan Air, Batu², Pokok², Batu Karang, Kayu Dan Wallpaper.
Klik Untuk Teruskan Bacaan »
14 Komentar »
Aug 17th, 2007 oleh Qaiyum
Di Atas Adalah Antara (Diulangi, ANTARA) Buku² Yang Menjadi Sumber Rujukan Saya Bagi Menyiapkan Projek Tahun Akhir (Dikenali Juga Thesis) Bagi Semester Ini Sebagai Syarat Untuk Mendapat Ijazah Sarjana Muda Seterusnya Boleh Berkonvo.
Tajuk Yang Dipilih Adalah Berdasarkan Kepada Teknologi Mobile, WAP & Web-Based. Antara Skop Projek Ini Adalah Untuk Membolehkan Mahasiswa/i UKM Menyatakan Masalah Kebajikan Mereka Kepada Badan Kepimpinan Pelajar Universiti (Majlis Perwakilan Pelajar UKM), Mengetahui Perihal Semasa Di Kampus Serta Lain² Fungsi Yang Difikirkan Molek Diskopkan Sekali. Semua Fungsian Itu Boleh Didapati Terus Ke Telefon Bimbit Masing² Yang Mempunyai Keupayaan GPRS & WAP.
Nampak Seperti Mudah Tetapi Apa Yang Membebankan Adalah Saya Perlu Berusaha Untuk Mengaplikasikan Sistem Saya Ini Agar Betul² Berfungsi Di Dalam Kampus Untuk Kemudahan Semua Mahasiswa/i Kelak. Skop Projek Ini Juga Agak Besar Dimana Ia Melibatkan Pembangunan Pada Teknologi WAP, Teknologi Mobile & Teknologi Web Sekaligus. Dengan Itu Banyak Bahasa Pengaturcaraan Yang Perlu Saya Kuasai Yang Mana Tiada Kursus Khas Ditawarkan Untuk Bahasa Pengaturcaraan Itu Seperti WMLScript, PHP, SQL, XML. Hanya Java Sahaja Yang Saya Belajar & Akan Digunakan Dalam Proses Pembangunan Projek Ini.
Ini Sudah Minggu Ke-6 Dalam Semester Ini Dan Saya Masih Lagi Dalam Peringkat Perancangan Skop Projek (Hehe). Maka Dengan Ini Bermulalah Minggu² Kesibukan Saya Sebagai Seorang Mahasiswa Yang Belum Konvo Lagi. Saya Perlu Banyak Lagi Mentelaah Buku², Tesis² Lepas, Jurnal, Artikel, Sumber Rujukan Internet & Lain² Yang Semua Itu Amat Malas Saya Lakukan. Saya Lebih Gemar Baca Buku Motivasi & Komik (Hehe).
Yah! Berusaha!
10 Komentar »