
Gambar Di Atas Dan Seterusnya Adalah Gambar Saya Mengikuti Program Motivasi Ke Tambunan, Sabah. Yang Terlibat Adalah Sekolah Rendah Agama Tambunan & Rumah Anak Yatim Tambunan. Seronok Rasanya Dalam Perjuangan Manusia Memanusiakan Manusia. Berjumpa Dengan Generasi Baru & Melihat Perkembangan Mereka Mengikut Kelompok Masyarakat Yang Agak Berbeza Seperti Yang Kita Ketahui. Masyarakat Islam Di Tambunan Adalah Masyarakat Minoriti Di Tambunan. Agak Sukar Apabila Kita Menjadi Kelompok Minoriti Di Dalam Sesuatu Komuniti. Banyak Kekurangannya. Hmm.. Lihatlah Muka² Anak Kecil Yang Bakal Meneruskan Menjadi Pewaris Di Dalam Negara Ini. Apa Yang Dapat Anda Lihat Sebenarnya? Walaupun Kelihatan Agak Ceria Di Dalam Gambar Tersebut Namun Hakikatnya Mereka Pahit Yang Mereka Telan.
Bercakap Mengenai Pewaris. Entri Kali Ini Saya Akan Dendangkan Sebuah Lagu Kesedaran Untuk Orang Melayu. Walaupun Lagu Ini Hanya Fokus Kepada Masyarakat Melayu, Bukanlah Bermaksud Untuk Meniupkan Semangat Perkauman Di Kalangan Orang Melayu. Ia Adalah Lebih Kepada Peringatan Agar Ada Kesedaran Terhadap Orang Melayu Sendiri Untuk Memajukan Diri Sendiri Seterusnya Menilai Sejauh Mana Kedudukan Kita Pada Hari Ini. Namun Banyak Juga Suara² Yang Mengatakan Lagu Ini Sudah Tidak Relevan Lagi Untuk Didendangkan. Namun Pada Saya Lagu Ini Sesuai Untuk Menaikkan Semangat & Jatidiri Orang Melayu. Dengarkanlah Bagi Mereka Yang Pernah Mahupun Belum Pernah Menyanyikan Lagu Ini…
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Pribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara (3x)
Komposer : YB Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi,
Naib Canselor UUM & Bekas Pengarah Biro Tatanegara












