Melayu, Sejarah & Islam
Nov 3rd, 2007 oleh Qaiyum
Saya Ingin Memenuhkan Ruang Blog Ini Dengan Entri Yang Akan Ditulis Bagi Memberikan Sedikit Respon Daripada Pengunjung Qaiyum.Net . Berdasarkan Entri Sebelum Ini “Melayu Mudah Lupa”, Saya Ingin Memanjangkan Sebuah Komen Yang Ditulis Oleh Saudara Musnaz Yang Berbunyi :
- musnaz Says:
November 2nd, 2007 at 3:11 pm
melayu sekarang kurang ‘islam’…
Dengan Tidak Semena² Saya Telah Teringatkan Sebuah Persoalan Yang Pernah Berlingkar Di Minda Saya Pada Suatu Ketika Dahulu Di Zaman Persekolahan Sehinggakan Saya Telah Berdebat Dengan Sahabat Sebelah Meja Mengenai Persoalan Tersebut. Di Dalam Komen Oleh Saudara Musnaz Menyatakan Bahawa - Melayu Sekarang Kurang ‘Islam’. Pernyataan Sekarang Itu Telah Membangkitkan Memori Silam Saya Dalam Cubaan Untuk Mencari Jawapan Terhadap Persoalan Itu. Namun Sehingga Sekarang Belum Ada Bukti Konkrit Bagi Membuat Teori Yang Sesuai.
Saya Strukturkan Semula Persoalan Itu - Pernahkah Masyarakat Melayu Keseluruhannya Benar² ISLAM. Pada Zaman Bilakah Kegemilangan Islam Di Tanah Melayu Sebenarnya?
Adakah Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka? Atau Pada Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun Atau Komunis? Ataupun Pada Pasca Baru Merdeka Iaitu Zaman P.Ramlee, Zaman Mak Kita Pergi Sekolah, Pergi Universiti Pakai Skirt, Zaman Kelab Malam, Zaman Orang Kampung Masih Kuat Berpegang Pada Kepercayaan Tahyul ??? Zaman Kegemilangan Rock Muda Mudi Hinggalah Sekarang. Bila?
Antara Zaman Yang Disebutkan Itu Zaman Mana Keseluruhan Rakyat Melayu Benar² Berpegang Pada Ajaran Islam? Pada Pendapat Saya Hanya Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka Bilamana Islam Mula Tersebar Di Rantau Ini & Para Ulama Dari Tanah Arab Ramai Datang Untuk Menyebarkan Agama Islam. Tapi Itu Hanya Terpusat Di Sekitar Kawasan Istana Dimana Kawasan Tumpuan Itulah Adalah Pusat Kembangan Intelektual & Pusat Menuntut Ilmu. Manakala Kawasan² Yang Berada Di Luar Lingkungan Pengaruh Istana Didapati Masyarakatnya Masih Kuat Berpegang Pada Budaya Animisme Terutama Di Bahagian Pelusuk Pedalaman, Kaki Bukit & Gunung-Ganang. Biasalah Apabila Berlaku Sesuatu Revolusi, Dari Segi Agama Contohnya, Perlu Mengambil Masa Yang Lama Untuk Bertebaran Ke Seluruh Pelusuk Tanah Melayu. Ilmu, Adat, Undang², Politik, Perhubungan, & Sosial Semuanya Disesuaikan Dengan Agama Islam.
Namun Perkembangan Ini Didapati Tersekat Apabila Penjajah Muncul Menghancurkan Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Di Samping Mengaut Hasil Bumi, Tidak Terlepas Sama Sekali Untuk Menyebarkan Agama Kristian & Budaya Masing² Ke Rantau Ini. Maka Bermula Detik Itulah Agama Islam Didapati Tidak Lagi Bersinar Gemilang. Terutama Dari Segi Penyebaran Ilmu Agama. Sehinggalah Merdeka, Kesan Dari Dasar Pecah & Perintah Telah Merubah Struktur Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Perbezaan Di Kawasan Bandar & Luar Bandar Begitu Ketara. Mereka Di Kampung Kebanyakannya Didapati Lebih Kuat Pegangan Terhadap Agama Islam Berbanding Mereka Di Bandar. Mm.. Cukuplah Berceloteh.
Namun Kesimpulannya, Apa Yang Saya Dapati Adalah Kehidupan Melayu Hari Ini Adalah Lebih Baik Pegangannya Terhadap Agama Islam Tidak Kira Di Bandar Mahupun Di Kampung. Berbanding Pada Zaman Awal Pasca Merdeka. Dimana Untuk Kita Berevolusi Dari Budaya & Pengaruh Penjajah British Kembali Kepada Ajaran Islam Sepenuhnya.
Anda Boleh Paham Tidak Apa Yang Saya Cuba Sampaikan? Biasalah Masa Zaman Sekolah Rendah Saya Dahulu Apabila Melihat Gambar² Ibu Saya Sewaktu Muda² Dahulu Memang Pelik. Dengan Hanya Berskirt Pendek Dan Tidak Bertudung Sewaktu Berada Di Sekolah. Bukan Sahaja Ibu, Tetapi Ramai Wanita Lain Sebegitu. Mengapa Sampai Begitu Sekali Saya Berfikir. Berbanding Dengan Zaman Saya Bersekolah Rendah Semua Pelajar Perempuan Semuanya Bertudung & Berkain Litup. Anda Pernah Mengalami Situasi Seperti Saya?
Maka Akhir Kata Dari Saya Iaitu Sedikit Teori Yang Saya Boleh Keluarkan Adalah, Saudara Musnaz Membezakan Antara Masyarakat Melayu Hari Ini Kurang ‘Islam’ Berbanding Dengan Masyarakat Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kerana Saya Berpendapat, Kita Sedang Pulih Daripada Kesan Penjajah. Lama Betul Da!
Ada Satu Soalan Bonus Dari Saya.. Anda Lebih Suka Hidup Pada Zaman Kesultanan Yang Mana Raja Berkuasa Mutlak Atau Anda Lebih Suka Hidup Pada Zaman Rakyat Bebas Memilih Pemimpin Ini? Kalau Raja Buat Silap Rakyat Tidak Akan Berani Melawan. Tapi Kalau Pemimpin Sekarang Buat Silap, See You In Court! Ataupun Boleh Bagi Tekanan Kat Pemimpin Supaya Letak Jawatan. FAM Contohnya..
Mana Satu? :D=













