26 Disember
Dec 26th, 2007 oleh Qaiyum

26 Disember..
Satu Tarikh Amat Berharga Bagi Diriku Ini. Kerana Tarikh Inilah Menandakan Umurku Akan Bertambah Satu Berbanding Umur Sebelumnya. Maka Tepatlah 22 Tahun Umurku Kini. Hmm..
Namun Tarikh Ini Juga Sering Dikaitkan Dengan Tragedi² Yang Menimpa Dunia. Terutama Bencana Tsunami, Letusan Gunung Berapi Serta Juga Gempa Bumi. Yang Telah Banyak Mengorbankan Nyawa Manusia. Musim Tengkujuh Yang Melanda Di Akhir Tahun Ini Juga Banyak Memberikan Bencana Sepertinya Yang Berlaku Di Malaysia Kini. Banjir! Namun Optimisnya Apabila Banjir. Maka Dapat Dilihatlah Kesepaduan, Semangat Muhibbah Lagi Tolong-Menolong Sesama Masyarakat Bagi Membantu Golongan Mangsa Yang Ditimpa Tragedi. Setiap Ujian Yang Allah S.W.T Turunkan Pasti Ada Hikmahnya..
Namun, Apa Ada Pada Tarikh. Mempercayai Keramatnya Sesuatu Tarikh Itu Boleh Membawa Kepada Syirik. Tiada Tarikh Yang Akan Mendatangkan Musibah Kepada Manusia. Tiada Juga Tarikh Yang Akan Mendatangkan Keuntungan Kepada Manusia. Semua Itu Hanya Datang Dengan Izin Allah S.W.T.
Tarikh Yang Berlalu Hanyalah Sekadar Menunjukkan Hari² Yang Telah Kita Tempuhi Satu Ketika Dahulu. Samada Baik Ataupun Buruk Situasi Tarikh Tersebut, Ia Tetap Tersemai Di Lubuk Hati Kita Sebagai Memori Yang Takkan Mudah Kita Usir Dari Hati Ini. Ia Akan Menjadi Kisah Silam Lagi Bersejarah Dalam Hidup Kita. Yang Mana Mungkin Suatu Hari Nanti Akan Kita Kongsikan Bersama Mereka Yang Tercinta. Mungkin Bakal Isteri Kita, Bakal Anak² Kita, Bahkan Bakal Cucu² Kita Kelak. Pengalaman Dahulu Akan Dijadikan Cerita Yang Menarik Untuk Dikongsi Bersama Ahli Keluarga Terdekat. Begitulah Indahnya Kuasa Memori..
Sedar Tak Sedar, Hari Semakin Hari, Usia Semakin Ditelan Hari. 24 Jam Dirasakan Sangat Sekejap. Seminggu Dirasakan Sekejap. Sebulan Dirasakan Cepat Berlalu Manakala Setahun Seperti Baru Semalam Berlaku. Apa Yang Telah Kita Lakukan Hari Semalam Sepetutnya Menjadi Pendorong Untuk Kita Melakukan Yang Lebih Baik Pada Hari Esok. Dengan Harapan Agar Hari Ini Tidak Seburuk Hari Semalam. Dan Begitulah Rantaiannya..
Selamat Hari Lahir Buat Diriku.. Korang Taknak Wish Ke?? Hihi..
##
Esok Saya Akan Ke Bagan Lalang Untuk Mengendalikan Kursus Training Of Trainer Bagi Mahasiswa UKM Tahun 3 Yang Akan Memperoleh Gelaran Jurulatih UKM Kelak. Apa Yang Senior Saya Pernah Lakukan Dulu Kini Tibalah Giliran Saya Dan Rakan Seperjuangan Yang Lain Untuk Menurunkan Ilmu Kepada Bakal² Jurulatih UKM Yang Terdiri Daripada Kalangan Mahasiswa. Yang Mana Mereka² Ini Juga Bakal Melatih Mahasiswa Lain Untuk Menjadi Lebih Berdaya Saing, Berketrampilan Dan Menjadi Agen Penggerak Masyarakat & Negara Kelak. InsyaAllah..
Cuti Blog 3 Hari.. :D=













