4108 Posts in 184 Topics- by 22 Members - Latest Member: suhaila

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: ZAKAT  (Read 494 times)
Suhaib_SCaR+FaCe
D ButterFly Catcher
Global Moderator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 507


Life is like a box of chocholate


View Profile WWW
« on: February 28, 2009, 12:38:57 PM »

Maklumat yg aku rase patut dikongsi bersama  Grin

 ZAKAT PENDAPATAN

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.
 
Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

    * Gaji tahunan
    *Tunggakan gaji
    *Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
    *Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.
      Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang
      merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:


    *Khidmat guaman
    *Khidmat nasihat
    *Juru perunding
    *Rawatan perubatan
    *Kejuruteraan
    *Seniman
    *Lain-lain

DALIL WAJIB ZAKAT

 
Firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267)
 

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

 
Sabda Rasulullah s.a.w:

"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".
 
 
SYARAT WAJIB ZAKAT

    1.Islam.
 
   2.Merdeka.
 
   3. Sempurna Milik.
 
   4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.

Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.
 
   5. Cukup nisab.
     
KADAR NISAB TAHUN 2009:
 
 BULAN     KADAR NISAB
 January             RM 7,985.10
 February     RM 8,288.66

Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.
 
   6. Cukup haul.

Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

 
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

 
Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1
 
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

CONTOH:

Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00
 
KAEDAH 2
 
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan

 
KAEDAH 3

Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

 
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun)    

RM
Gaji                                    24,000
Elaun                              5,800
Bonus                              4,000
Lain-lain                            5,000
JUMLAH PENDAPATAN    38,800
 
B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun)    

                                                                                                                                  RM
Diri                                                                                                                            8,000
Isteri                                                                                                                    3,000
Anak-anak (1,000 x 4 orang)                                                                                    4,000
Pemberian IbuBapa                                                                                            2,400
Caruman KWSP                                                                                                    2,400
Caruman Tabung Haji                                                                                               600
Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli.    1,200

JUMLAH TOLAKAN                                                                                               RM 21,600
 
C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B)                              RM38,800 - RM 21,600
Nilai melebihi paras nizab, (contoh: nisab bagi tahun 2006 (April) = RM 6,297.96)    17,200
 
D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%)                         RM17,200.00 x 2.5% =430.00

 

NOTA:

   1.Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan 
      (berdasarkan kaedah kedua).

   2.Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah
      ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengankutan, pendidikan dan
      tempat tinggal.

   3.Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi yang telah
      membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Maklumat lanjut sila layari www.zakatsel.com.my
« Last Edit: February 28, 2009, 12:43:56 PM by Suhaib_SCaR+FaCe » Logged

Life aint about how many butterflies you caught, its about how you appreciate its beauty and share it with the one's you loved
herda
Global Moderator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 236


Selamat menyambut thn Baru 1430H dan 2009


View Profile
« Reply #1 on: March 03, 2009, 12:22:01 PM »

Complicated nye suhaib.. ko kirakan utk ak leh ke???
Logged

hidup mesti ceria.. =)
Suhaib_SCaR+FaCe
D ButterFly Catcher
Global Moderator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 507


Life is like a box of chocholate


View Profile WWW
« Reply #2 on: March 04, 2009, 11:51:41 AM »

Boleh, pastu nnt ko bg duit zakat tu kat aku. Aku ni kire layak menerima Zakat... kot hehehe.

Ala che lem x susah pun. Ko mane ade tanggungan, kire tolak duit pembelanjaan sara hidup ko je lah. Xpun ko la pakai skim potongan gaji, automatik tiap2 bulan die tolak dr gaji ko.
Logged

Life aint about how many butterflies you caught, its about how you appreciate its beauty and share it with the one's you loved
securito
Global Moderator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 318



View Profile
« Reply #3 on: March 04, 2009, 04:22:09 PM »

kirenye bape pendapatan sebulan yg wajib berzakat ha??

sebulan lebih kurang 6000 ke
Logged
Abdul Qaiyum Borhan
[[ Seorang Pejuang Optimis ]]
Administrator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 951


Kita Datang Ini Hanya Sebagai Tetamu Senja...


View Profile WWW
« Reply #4 on: March 05, 2009, 02:41:31 PM »

Ntah Ko Ni. Bayar Zakat La Oi..

Ni Duit Gaji Asek Abes Pegi Karaoke. Mane Nak Ader Keberkatan Dalam Hidup. Huhu..
Logged

securito
Global Moderator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 318



View Profile
« Reply #5 on: March 10, 2009, 02:04:23 PM »

bongok..

2 ak tny
skang ni kadar gaji sebulan bape yg wajib bayar zakat....
Logged
Suhaib_SCaR+FaCe
D ButterFly Catcher
Global Moderator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 507


Life is like a box of chocholate


View Profile WWW
« Reply #6 on: March 27, 2009, 05:33:45 PM »

HAHAHA setelah hampir sebulan forum ni di block, akhirnya aku berjaya juga melepasi sekatan dunia maya inI. AHHHH banyak gile plak nak kene bace. So aku reply yg mane sempat dulu je la ye.

Huhu nisab zakat kira utk tempoh haul yakni cukup setahun. Nisab adalah nilai yg bersamaan dgn 85 gram EMAS. Cth harga emas tu pada bulan  Februari  adlh   RM 8,288.66. Maksudnya kalo gaji TAHUNAN anda lebey dari nilai tu. So kena la cukai 2.5% drpd jumlah gaji anda utk setahun itu.

Sekian harap maklum. HAHAHA bestnya dapat join forum balik  Cheesy
Logged

Life aint about how many butterflies you caught, its about how you appreciate its beauty and share it with the one's you loved
Abdul Qaiyum Borhan
[[ Seorang Pejuang Optimis ]]
Administrator
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 951


Kita Datang Ini Hanya Sebagai Tetamu Senja...


View Profile WWW
« Reply #7 on: April 01, 2009, 09:19:03 AM »

Ho..
Logged

Pages: [1]
  Print  
 
Jump to: