Sep 5th, 2008 oleh Qaiyum
Saya merasakan Ramadhan kali ini adalah yang paling tenang pernah saya hadapi.
Ini adalah kerana saya sudah tidak lagi ke BPR. Kontrak saya telah tamat pada 3 September lepas. Memang tiada niat di hati untuk saya menyambung kontrak tersebut. Tetapi masih mempunyai niat untuk kembali ke BPR jika keadaan mengizinkan bagi menyahut seruan perjuangan memerangi rasuah.
Dan minggu ini saya adalah seorang penganggur. Saya amat² menghargai minggu yang tenang ini. Kesempatan ini diambil untuk saya meningkatkan Iman & Takwa saya kepada Allah S.W.T bersempena dengan Bulan Kemuliaan ini. Disamping itu juga saya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ke arah kerjaya selepas ini. Bergelar seorang graduan menyebabkan saya tidak lagi boleh bermain-main seperti dahulu. Bermain-main di sini membawa maksud tidak memiliki kerjaya tetap. Hanya memegang watak sebagai pengkelana menerjah ke seluruh nusantara bagi menyuntik jatidiri Melayu di kalangan warganegara.
Saya kini perlu lebih serius dalam mendepani masa depan. Adakah mungkin saya meninggalkan Roh Perjuangan ini demi masa depan yang menjamin kesejahteraan hidup? Entahlah.. Saya masih lagi mencari-cari ke mana arah tuju yang ingin diterobos. Adakah masa yang singkat ini tidak memungkinkan untuk saya membuat keputusan ? Menyebabkan saya terburu-buru memilih pekerjaan ?
Saya juga baru menghayati ruangan JobStreet. Perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Ini bagi mewujudkan kemungkinan saya akan berkerjaya mengikut apa yang tercatat di dalam Ijazah Sarjanamuda saya. :D=
Seronok juga mendapat panggilan daripada pelbagai pihak supaya hadir ke temuduga. Tetapi sampai saat ini saya tidak lagi membuat keputusan samada akan hadir atau tidak ke temuduga mereka. Heh. Adakah saya terlalu memilih kerja? Wah.. Rupa-rupanya saya kini telah berada pada statistik penyebab graduan menganggur - yakni terlalu memilih perkerjaan. Tetapi bukankah kita perlu memilih kerja yang sesuai dengan jiwa kita ? Yaa.. Marilah perbanyakkan Solat Sunat Istikharah.
Persoalan-persoalan yang wujud dalam blog ini suatu ketika dahulu masih lagi panas berlegar² di kepala saya. Kerajaan atau swasta ? Mana satu pilihan kalbu ? Saya tidak kisah sebenarnya apa juga pekerjaan. Tetapi jika benar saya bekerja demi masa depan, maknanya gaji adalah suatu faktor. Maka dengan gaji yang tinggi saya sanggup untuk ‘kamikaze’kan diri membuat sebarang apa jua pekerjaan. Asalkan halal. Tak gitu ?
Tetapi sebenarnya hingga ke saat ini, saya masih seronok untuk menjadi seorang pengkelana.
… Selamat meneruskan Ibadah Puasa..
2 Komentar »
Sep 1st, 2008 oleh Qaiyum

….
Kuharapkan Ramadhan Kali Ini Akan Lebih Bermakna Dari Ramadhan² Yang Lepas. Sesungguhnya Akan Kuhargai Ramadhan Ini Seperti Tiada Lagi Ramadhan Buatku. Semoga Iman & Takwa Dalam Diri Ini Dapat Ditingkatkan. Insya-Allah.
Kumohon Maaf Kepada Sesiapa Yang Belum Kutemui & Kupohon Maaf Lagi. Semoga Kalian Dapat Menjalankan Ibadah Puasa Kali Ini Dengan Hati Yang Tenang & Sabar..
Optimis Selalu.. :D=
4 Komentar »
Aug 28th, 2008 oleh Qaiyum

Tada.. Inilah hadiah yang telah sekian lama saya nantikan dahulu. Hasil titik-peluh saya bermain permainan Maxis Euro Fantasy League semasa demam Euro yang lalu. Sebuah Samsung LCD TV 40″. Huhuhu.. Jangan jeles tau. kini LCD 40″ ini telah selamat tersergam di rumah keluarga saya di Kajang. Ingin saya membawa TV ini ke rumah sewa. Tetapi ayahanda saya telah melobi TV ini. Maka saya terpaksa melakukan sistem barter dengan ayahanda saya untuk menukarkan TV 40″ ini dengan TV 20″ yang sebelum ini berada di atas rak TV tersebut. Hoho.. Habis madu sepah dibuang. Tidak mengapa. Saya akan meneruskan perjuangan TV 20″ itu untuk menghiburkan manusia. Haha.. Maka berpindahlah TV 20″ itu ke rumah sewa saya dan LCD TV 40″ ini akan menghiburkan ayahanda dan bonda saya. Huu…
Lagi gambar untuk mengiri-hatikan pembaca :

Cayang TV..

Baby Siti takut melihat wajah penjenayah di kaca LCD TV :D=
Tamat sudah penceritaan sebuah LCD TV 40″ ………….. Klik Untuk Teruskan Bacaan »
7 Komentar »
Aug 26th, 2008 oleh Qaiyum
Akhirnya tugasan saya menjadi Ahli Kaji Masyarakat dan pemerhati politik di sekitar suasana kempen pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh akan sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah segala-galanya telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat halangan sedikit terutama dari segi perubahan cuaca. Hujan agak kerap turun di sekitar sini. Semoga waktu pengundian esok cuaca akan baik supaya tida menyukarkan para pengundi..
Rupanya agak lama saya telah meninggalkan Bangi. Rasa rindu pada teman serumah, pada kawan-kawan, pada Universiti, pada restoran makanan kegemaran, pada ikan peliharaan, pada gadis-gadis yang comel, pada komik-komik/majalah-majalah/novel-novel, pada Kancil CJ7, pada TV 40″ hadiah hasil daripada pertandingan Maxis Euro Fantasy League tempoh hari dan yang paling penting adalah rindu saya kepada ayahanda dan bonda. Termasuk juga anak buah saya bernama Siti Khadijah yang comel. Malangnya ayahanda Siti Khadijah terpaksa meneruskan perjuangan di bumi Permatang Pauh bagi menjaga keselamatan penduduk setempat. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja ketika ini. Nantikanlah kepulanganku wahai warga Kajang/Bangi.
Ecewah.. macam sadis pulak.
Apapun pengalaman berada di Permatang Pauh adalah suatu pengalaman yang berharga. Saya telah lebih mengenali suasana politik & pilihanraya, menerobos kepada pemikiran, emosi & provokasi yang wujud sewaktu proses pilihanraya ini dijalankan, melihat jauh ke dalam lubuk hati masyarakat Melayu Permatang Jauh sejauh mana mereka nampak dan arif mengenai situasi politik tanah air dan pelbagai lagi pengalaman pahit manis berada di sini. Tetapi rasanya tiada yang pahit. Segalanya manis² belaka tatkala bertemu dengan gadis² ‘utagha’ yang comei² belaka.
Selepas ini adalah persediaan untuk menyambut semangat MERDEKA dan juga menyuntik ROH RAMADHAN ke dalam diri. Oh! Selepas ini juga saya perlu kembali ke dalam pejabat. Hmmm…
Selamat Mengundi, Menyambut Kemerdekaan & Menanti Ramadhan.
Wassalam..
4 Komentar »
Aug 24th, 2008 oleh Qaiyum
Walaupun mempunyai masalah dengan kamera yang kekurangan bateri dan tertinggalnya charger di Bangi, maka inilah hasil yang berkesempatan saya snap. Jangan risau, saya telah membida sebuah telefon bimbit yang canggih di laman eBay yang mana telefon bimbit ini mempunyai kamera berkuasa tinggi. Hahaha..

Tempat Tumpuan - Permatang Pauh

Perang Poster
Klik Untuk Teruskan Bacaan »
6 Komentar »