
Abdul Qaiyum bin Borhan. Pengkelana yang meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang manusia. Telah tamat pengajian Ijazah Sarjanamuda beliau dalam bidang Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berasal dan menetap di Kajang namun telah membesar di hampir seluruh negeri di Malaysia kecuali Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Akibat kehidupan nomad sebegini, beliau telah bersekolah di sebanyak 11 buah sekolah di negeri² itu.
Berminat terhadap politik tanahair dan bidang kejurulatihan. Mempunyai semangat cintakan Agama, Bangsa dan Tanah Air yang tinggi. Pernah berlagak sebagai seorang aktivis mahasiswa. Namun kini lebih cenderung kepada menjadi penganalisis politik sebelum terjun sendiri ke arena politik (mungkin?).
Kini menetap di Bandar Baru Bangi. Pernah bertugas di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dan juga di Badan Pencegah Rasuah Malaysia berjawatan Petugas IT sementara. Dan kini ingin mengabdikan diri sebagai jurulatih bebas yang bernaung di beberapa buah badan kerajaan dan konsultan persendirian. Percayakan rezeki ada di mana² dan telah membuat keputusan untuk berkerjaya mengikut kepuasan diri dan bukan mengikut kantung poket.
Sedang memupuk minat membaca terutama bahan ilmiah berkaitan politik, perjuangan agama dan bangsa, sejarah negara, permasalahan sosial serta lain-lain yang berkaitan. Sangat berminat terhadap hasil tangan Faisal Tehrani. Selain itu beliau juga mempunyai hobi membela hidupan akuatik, menjelajah seluruh pelusuk negara, melakukan aktiviti lasak terutama mendaki gunung & merentas hutan, masih lagi berminat terhadap teknologi maklumat (sebab itulah wujudnya blog ini), menonton filem berkualiti dan mendengar muzik puitis.
Tema blog ini telah ditukar daripada “Blog Seorang Pejuang Optimis” kepada “Manusia Memanusiakan Manusia“. Kerana merasakan tagline itu lebih dekat di hati berbanding yang sebelumnya. Tetapi bukanlah tugas saya seorang untuk memanusiakan manusia, kerana saya tidaklah sehebat itu. Diharapkan ianya adalah tugas bersama kita yang prihatin. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dan berusaha ke arah yang lebih baik. Semoga Allah S.W.T sentiasa berada di sisi orang yang beriman dan istiqamah. Amin.
Yahoo Messenger & Friendster : necro_mostwanted@yahoo.com
Terima Kasih.










