
Diberi Nama Abdul Qaiyum bin Borhan Dan Sedang Menghabiskan Sisa-Sisa Terakhir Kehidupannya Sebagai Seorang Mahasiswa Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berasal Dan Menetap Di Kajang Namun Telah Membesar Di Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Kecuali Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Pernah Juga Bersekolah Sebanyak 11 Buah Sekolah Akibat Kehidupan Sebagai Nomad Ini. Seorang Yang Telah Dilatih Untuk Menjadi Seorang Pejuang Dalam Mendidik Diri Sendiri Dan Anak Bangsa. Seorang Yang Sentiasa Mengamalkan Sifat Positif Bagi Mengelakkan Unsur Negatif Menguasai Diri. Mempunyai Semangat Patriotik Yang Sangat Tinggi Dan Mempunyai Matlamat Hidup Yang Agak Jelas. Banyak Perkara Menarik Yang Boleh Dikongsi Mengenai Kehidupan Seorang Manusia Bernama Abdul Qaiyum Borhan Ini.
Blog Ini Terhasil Dari Kesinambungan Blog-Blog Abdul Qaiyum Borhan Yang Lepas. Mula Melibatkan Diri Dalam Penulisan Blog Semenjak Di Bangku Sekolah Lagi Namun Tidak Sebagai Penulis Profesional. Maka Dengan Lahirnya Blog Qaiyum.net Ini Adalah Bagi Memantapkan Lagi Penulisan & Perkembangan Idea Beliau. Blog Ini Adalah Mengenai Kehidupan Abdul Qaiyum Borhan Secara Totalnya Di Samping Senario Kehidupan Dari Perspektif Anak Matanya. Kenapa Blog Ini Dinamakan [[ Blog Seorang Pejuang Optimis ]] ? Itu Adalah Kerana Gabungan 2 Sifat Yang Digunakan Sebagai Cetusan Dalam Penulisan Abdul Qaiyum Borhan Iaitu Semangat Seorang Pejuang & Pemikiran Optimis.
Sokongan Dari Kalian Adalah Amat Diharapkan Sama Sekali Dalam Usaha Membantu Para Bloggers Yang Masih Bertatih Seperti Aku. Nilailah Diri Aku Disamping Juga Menilai Diri Sendiri. Sesungguhnya Kehidupan Adalah Sebuah Perkara Yang Menarik Lagi Mencabar Untuk Diterokai. Janganlah Timbul Sebarang Hasad Negatif Dalam Proses Pembangunan Blog Ini. Jika Ada Penulisan Aku Yang Menganggu Sensitiviti Sesetengah Pelawat, Aku Dahulukan Dengan Ribuan Kemaafan.
Yahoo Messenger & Friendster : necro_mostwanted@yahoo.com
Terima Kasih.








