Penangkapan Mahasiswa UKM Berkempen Di Hulu Selangor
Apr 26th, 2010 oleh Qaiyum
Terkejut saya menonton Buletin Utama pada 23 April 2010 yang lalu tatkala berita mengenai pengangkapan 5 orang lelaki termasuk 2 mahasiswa UKM kerana memiliki bahan cetakan terlarang berupa ribuan cd politik dan risalah berunsur hasutan.
Hulu Selangor 22 April – Sekumpulan mahasiswa dipercayai daripada kampus sekitar Lembah Klang ditangkap polis beberapa jam yang lalu.
Mereka ditangkap dalam suatu sekatan trafik menuju Batang Kali oleh pihak polis.
Beberapa risalah edaran didakwa dijumpai dalam kenderaan yang dinaiki.
Makluman penduduk sekitar menyatakan kumpulan mahasiswa berkenaan didakwa dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948.
Dipercayai kumpulan mahasiswa berkenaan masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebuah kolej universiti.
Kini mereka ditahan di Balai Polis Kuala Kubu Baru selepas dipindahkan daripada Balai Polis Rasa, Hulu Selangor.
Maklumat lanjut akan menyusul. – UMtoday
——–
Setelah diselidiki dengan sumber yang boleh dipercayai, 2 mahasiswa UKM yang ditahan tersebut memang aktif berpolitik di kampus. Malah 2 orang calon itu juga pernah bertanding untuk merebut kerusi sewaktu Pilihanraya Kampus UKM baru-baru ini tetapi tewas. Persoalannya adakah kerana tewas dan kecewa dengan suasana politik kampus makanya mahasiswa ini beralih-arah menghadapi Pilihanraya sebenar pula?
Apapun penahanan tersebut akan menyebabkan masa depan 2 orang mahasiswa ini berada dalam keadaan tenat. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948 bukanlah suatu akta yang boleh dibuat main-main. Tindakan berat dari pihak Senat universiti boleh diambil memandangkan mahasiswa ini telah terlibat dengan jenayah nasional. Kita tidak tahu apakah kandungan video cakera padat dan risalah yang dibawa mereka itu, tetapi jika benar ianya berniat untuk menimbulkan fitnah dan menyebarkannya kepada umum, maka itu adalah satu jenayah yang berat.
Dengan itu pastinya pihak Senat universiti tidak akan mengambil langkah yang teragak-agak kecuali jika wujud belas kasih pihak Universiti untuk tidak melihat 2 orang anak Melayu tercicir dalam akademik dan menanggung susah dalam hidup. Maka cerahlah kembali masa depan pelajar tersebut di Universiti sekalipun berhadapan dengan kes besar di mahkamah pula nanti. Hmm..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
- Edisi PRK Hulu Selangor
- Pilihanraya Kampus UKM Kembali Lagi
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) : Baik & Buruk
- Meneruskan Kehidupan & Soal Jawab Mahasiswa
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- Darah Juang & Parti Mahasiswa Negara (PMN)













Apa la budak2 ni, dah bgtau siswa takle kempen..tak paham bahasa derang ni..
Mungkin Mereka Tak Sedar Yang Mereka Sedang Dikudakan Oleh Parti² Politik Luar. Kononnya Atas Nama Perjuangan…
Anak muda tak takut kerajaan!!!
Hello World