Eksklusif Temubual Bersama YB Zulkifli Nordin di NSTLive
Mar 11th, 2010 oleh Qaiyum
Semalam saya berkesempatan untuk turut serta berbual secara maya bersama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli b. Nordin yang baru sahaja dipecat dari PKR. Temubual ini telah dikendalikan oleh akhbar New Straits Times di http://www.nst.com.my/NSTLIVE/pix/zoldinst1/index.html . Arkib apa yang dibicarakan selama 2 jam sesi ini boleh didapati di laman web berkenaan dan dibawah ini saya selitkan 4 soalan saya yang telah dijawab oleh YB semasa sesi berkenaan.
Jawapan YB Zul terhadap soalan saya ini amat mengujakan saya. Tidak disangka-sangka impak kontroversi yang melanda YB dan PKR hari ini telah membawa kesan yang mendalam bagi diri YB Zul sehingga terungkap kata-kata bahawasanya pakatan antara PAS, DAP dan PKR itu adalah suatu malapetaka sejak dari awal lagi. Mungkin pendiriannya telah berubah kini.
Jika itu benar makanya pendirian saya dan beliau adalah sama. Persoalan mengenai ‘kejujuran’ dan kemampuan parti-parti ini untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional bagi menerajui Malaysia kelak sebenarnya lebih merupakan malapetaka daripada membawa apa-apa makna yang menguntungkan untuk negara seperti telah menemui jawapannya. Malangnya masih ramai yang belum ataupun mahu membuka mata.
Jawapan soalan saya ini juga telah di’highlight‘kan dalam akhbar New Straits Times hari ini (11/3/2010) di muka surat 13.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
















wow..wow..wow…good question n great conversation! impresssss~
coalition of doom all right. couldn’t agree more.
good question qoi… i’m solute with u… hoho
Tak Mau Pasal Politik? Bolehkah Kita Lari Dari Politik ??
Salam..kita xkan mampu lari dri politik..ia disekeliling hari2…terus dedahkan dan berhujah!