Sungai Ramal & Leftenan Adnan
Jan 18th, 2010 oleh Qaiyum
Saya adalah anak jati Kajang selangor. Walaupun telah hidup secara nomad semenjak kecil, tetapi kini telah menggunakan alamat tetap di Sungai Ramal Luar, Kajang. Rumah yang didiami oleh keluarga saya sekarang dibina sebagai kelengkapan kami sekeluarga untuk tinggal selepas bapa saya pencen. Dibina di atas tanah yang dibeli oleh bapa saya dengan harga RM30,000 (hampir 20 tahun dahulu), kini telah meningkat harganya sehingga 500%.
Jangan kita lupakan bahawa Sungai Ramal adalah mukim kelahiran seorang pejuang negara melawan Jepun bernama Adnan Saidi @ Leftenan Adnan. Kisah kehidupan dan pengorbanan beliau telah difilemkan. Maka saya selaku permaustatin di sini menumpang bangga tinggal di kawasan tempat lahir seorang wira nombor 1 negara.
Semalam sewaktu saya dalam perjalanan untuk bermain badminton berdekatan dengan kawasan rumah saya bersama kawan, kami melalui sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Maka berfikir saya sejenak ketika itu bahawasanya :
1. Apa perasaan Allahyarham Leftenan Adnan jika beliau masih hidup dan mendapat tahu bahawa di kampung kelahiran beliau kini tersergam indah sebuah gereja yang lebih besar dan lebih indah berbanding masjid di mukim itu.
>> http://wikimapia.org/221647/Church . Sila lihat perbandingan gereja di dalam petaknya dengan masjid (ditulis Sg Ramal Mosque) yang terletak di barat daya gereja itu. Sila lakukan navigasi menggunakan anak panah di peta itu.
2. Tidak kecewakah Leftenan Adnan apabila beliau mendapat tahu bahawa negeri yang dipertahankan sewaktu pertempuran di Bukit Candu, Singapura itu kini tidak membenarkan Azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid²?
>> http://ms.wikipedia.org/wiki/Azan_dan_Iqamat#Azan_di_Singapura
3. Dan akhirnya tidak pilukah beliau sekiranya mendapat tahu bahawa tarikh 14 Februari tidak dikenang sebagai hari pengorbanan beliau menentang tentera jepun yang mana mayatnya telah diseksa dan digantung di pokok. Malangnya tarikh itu lebih dikenang oleh muda-mudi Generasi Y hari ini sebagai “Hari Kekasih”…
Rujukan :
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












dulu..marina penah minat sgt2 kat leftenan adnan nie..abes sume pasal perjuangan die marina tau..name ank2 die pun marina tau..tp mase tu taun 2000..skrg da x ingat dah..leftenan adnan nie ensem kan?hihi
Oo.. Yeke? Time Tu Nama Kucing² Belaan Die Tau Tak Name Ape? :P~ Mm.. Hensemla Jugak Die Ni. Tapi Abang Lagi Hensem Laa.. Hehe..
Ni sbnrnye nk cite pasal Left Adnan or Kisah masjid sg ramal dibandingkan dgn gereja?
Corak dan gaya penulisan yg kdg2 bleh buat “kita” berfikir.
2+1
: )=
Semoga Kita Lebih Banyak Berfikir Lepas Ni..
Sebagai anak MALAYSIA aku BENCI JEPUN,jepun JAHANAM lagi GILA
Bro Veteran Perang Ke Bro? Meluap Nampak.. :D~
ss
salam.. boleh sy tau alamat pnuh rumah leftenan adnan?? skrg nie sy dalam proses utk wat assignment ttg leftenan adnan.