Biro Tatanegara (BTN) & Patriotisme
Nov 27th, 2009 oleh Qaiyum
1. Perlukah Patriotisme?
Jawapan : Tidak perlu kerana orang lebih mempercayakan Chin Peng. Kebetulan BTN & Chin Peng telah menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia semalam.
2. Betulkah?
Jawapan : Ya betul. Apa yang lebih kita perlukan adalah jiwa untuk mempertahankan sesuatu. Jiwa untuk mempertahankan kesucian agama Islam, jiwa untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan agar ianya tidak dirobek sesuka hati, jiwa untuk mempertahankan apa yang akan dimakan oleh anak-anak kita suatu hari nanti, ilmu apa yang mereka akan dapat suatu hari nanti, di mana mereka akan berdiri di antara 3 warna kulit yang berbeza, di samping jiwa untuk mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi.
Di antara semua-semua di atas tugas siapa untuk menerangkan dan memberitahu kepada sekalian lapis masyarakat di negara kita ini?
3. BTN rasis?
Jawapan : Tidak pernah berulang pun sebarang peristiwa berdarah akibat ketegangan kaum selepas 13 Mei 1969 dan selepas BTN ditubuhkan pada 1974. Yang saya tahu Islam & Ketuanan Melayu semakin terancam selepas PRU-12 dengan kemunculan Interfaith Commision (IFC), Isu-isu yang dibawa oleh Bar Council, Ladang Babi, Pembinaan Kuil, Hindraf, ditambah pulak dengan Chin Peng. Huii.. Bahya Bahya. Boleh berdarah balik kalau macamni.
4. BTN proses doktrinisasi BN?
Jawapan : Misi & Visi BTN diambil dari http://www.btn.gov.my
- MISI BTN
BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika.
- VISI BTN
Menjadi sebuah organisasi awam yang unggul dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada Kerajaan.
Salah satu komponen dalam semangat patriotisme adalah taat kepada kerajaan yang telah dibentuk. Ini bagi menjamin supaya bumi Malaysia tidak menjadi huru-hara seperti di negara-negara lain yang sentiasa bertelagah untuk menaikkan pemimpin masing-masing. Jadi apa yang boleh kita faham dengan MISI & VISI BTN di atas? Ini bukan bermakna BTN mendoktrin orang supaya setia kepada Kerajaan BN. Ini juga bermakna sesiapa juga yang memegang tampuk kuasa Kerajaan Persekutuan samada BN mahupun Pakatan Rakyat (PR), BTN akan membuat program supaya rakyat sentiasa taat pada kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri.
Catatan mereka-mereka yang menulis sesuatu yang manis mengenai Kursus BTN. Mungkin mereka ini telah dirasuah (kot?). Cuba kita lihat.
1. http://cikgu-ita.blogspot.com/2009/04/kursus-biro-tata-negara.html
2. http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html
3. http://kaklongita.fotopages.com/?entry=794472
4. http://deennasour.com/blog/2009/07/26/birotatanegara-btn/
Dan khabarnya kursus BTN di negeri Selangor telah digantikan dengan S.P.I.E.S . Kursus ni ada unsur-unsur doktrinisasi tak? Ada unsur² rasuah tak disebalik pemilihan konsultan-konsultan? Atau ada tangan-tangan politik (Baca: Kroni) di sebalik setiap konsultan itu? Tidak perlulah komen. Nanti ada orang cakap BN dulu pun sama jugak !!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]













nak temberang saja UM ni…malu la sikit…
Apa Yang Utusan Malaysia Temberangkan? Apa Tidak Benarkah Artikel Bahawa Kerajaan Selangor Telah Haramkan Kursus BTN Itu? Bukankah Ini Telah Menjadi Berita Nasional. Malahan Isu Ini Awalnya Telah Disiarkan Oleh Malaysiakini Terlebih Dahulu Mengenai Tindakan Kerajaan Negeri Selangor.
Asalaamu ‘alaikum Sdr Qaiyum & semua pelayar blog ini,
Ada beberapa perkara, tapi cukup 3 ini untuk muzakarah.
1 Sengketa sesama warga bukan kerana tidak patriotik, sebaliknya kerana agitasi politik kepartian. Tidak patriotikkah Najib dan Nik Aziz - bertelagah pasal hasil minyak [yang sepatutnya dikongsi sama adil]? Para penyokong masing-masing yg ke jalan raya tak patriotikkah? Ramai pun yang BTN dah ‘didik’ mereka; buat kecoh juga. Mantan Ketua Pengarah BTN pun menyebelah. Dia pun tak patriotik. Tambah resepi untuk makin keruhkan, bukan untuk mengamankan suasana.
2 BTN alat assobiyyah [kalau Anda mahu lihatnya dari perspektif Islam] yang Nabi saw perangi dan Islam musuhi. Kerananya, orang yg tidak sebulu ideologi/warga/kaum diintip-intip, dirisik-sisik sekalipun sama ikatan akidahnya - Islam. Ini apa dalam agama kita? Bukankah “…wa laa tajassasu…”? Tapi sebaliknya. Kenapa? Sebab BTN bukan ‘alat’ Islam, cuma peralatkan Islam. Ada beza dengan Pas? Bukankah Islamnya untuk Malaysia saja? Siapa kenal Pas di Pakistan atau di Indonesia? UMNO yang dukung kuat BTN bukankah lelangit tempurungnya terkepung dalam Malaysia saja? Dia tak bela pun saudara Muslim di Palestin atau di Iraq atau di Tak Bai - perang lawan perang. “OOO, itu isu dalam negeri mereka” . Tak ke assobiyah wathaniyyah/qaumiyah namanya tu. Selain skop kurikulumnya yang ‘tidak jinak’ Islam, itulah antara intipati ideologi yang BTN semaikan - assobiyahisme. Bedekannya sekarang pasti 1 Malaysia.
Sabda Nabi saw: “Bukan daripada golongan kami [umat Muslim] sesiapa yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah].
3 Profseional dalam BTN banyak orang Islam, khususnya bekas-bekas tentera. Kenapa tidak dimanfaatkan untuk menzahirkan, “Islam itu paling tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya” . Tak boleh kerana kemajmukan? “…lakum deenukum wa li yadeen…” Jadikan BTN antara alat untuk menzahirkan itu. Khuatir? Bukankah negara kita ‘Negara Islam’ [?]
Terlalu banyak yang kita ada-adakan, tapi tak banyak yang Islam dapat manfaatnya. Wallahu a’lam.
Wa’alaikumussalam Abu Faiq..
1. Nilai Patriotik Susah Dibezakan Antara Orang Melayu. Kerana Saya Pasti Nilai Kemerdekaan Itu Masih Utuh Dijiwa Setiap Hati Manusia Yang Bergelar Melayu Walaupun Berbeda Aliran Politik. Tetapi Apa Yang Pasti Mudah Untuk Kita Membandingkan Nilai Patriotisme Antara Melayu Dan Bukan Melayu. Cuba Kita Membuat Analisis Kasar Dengan Menyoal 10 Orang Melayu Dan 10 Orang Bukan Melayu Di Jalanan Sana. Berapa Ramai Antara Mereka Itu Yang Mampu Menyanyikan Lagu Negaraku Dengan Lancar Dan Jelas. Atau Mungkin Kita Akan Terkejut Apabila Mendengar Dendangan Lagu Negaraku Versi Namawee Dinyanyikan Oleh Salah Satu Kaum Itu.
2. Kalau BTN Mengamalkan Asobiyah Bagaimana Pula Dengan PAS? Bukankah Agenda Usrah, Baiah Dan Tamrin Itu Menyemai Semangat Anti Kerajaan Dan Benci Terhadap UMNO? Dan Bukankah Juga Penubuhan Parti PAS Itu Adalah Kerana Tuan Haji Ahmad Fuad (Pengasas & Presiden PAS Serta Bekas Pengerusi Biro Agama UMNO) Menolak Kerjasama UMNO Dengan MCA Dan MIC? http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/10/kesedaran-politik-orang-melayu-sudah.html . Maknanya PAS Ini Lahir Daripada Semangat Asobiyah Kebencian Terhadap Bukan Melayu Sewaktu Sebelum Merdeka Lagi.
3. Yaa.. Siapa Kata BTN Tidak Meletakkan Agenda Islam Lebih Tinggi? BTN Saya Pasti Dalam Modulnya Sangat² Menekankan Prinsip Rukun Negara. Yang Mana Kita Sedia Tahu Bahawa Prinsip yang Pertama Adalah Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Hakikatnya Mewakili Terhadap Agama Islam. Pengkuliah² Yang Dijemput Untuk Memberikan Kuliah Pada Subuh, Maghrib dan Waktu² Lain Saya Lihat Bukannya Seperti Kuliah² Jumaat Di Masjid² PAS Yang Mengutuk Kerajaan. Pengkuliah yang Dijemput Adalah Mereka Yang Profesional dan Terdiri Dari Latarbelakang Pendidikan Yang Tinggi Malah Ada Yang Berkelulusan Luar Negara seperti Dari Al-Azhar. Maka bolehlah Dibuat Kesimpulan Di Sini Segala Elemen Duniawi Dan Rohani Diseimbangkan Dengan Sebaik Mungkin Di Dalam Kursus² BTN.
Wallahu’alam..
saya pernah mengikuti ceramah BTN yang diberi oleh penceramah BTNH sendiri semasa saya menuntut di universiti (IPTA) dahulu..sepanjang 2 setengah jam ceramah..tidak pula saya mendengar penceramah itu mengaitkan soal politik apatah lagi memimbulkan isu2 perkauman..kami cuma diseru utk belajar rajin2 agar dapat memberi sumbangan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat..kami diminta untuk patuh pada agama, taat setia kepada negara, menghormati ibu bapa, mengamalkan sikap bertoleransi..tidak ada pula pnceramah menyuruh kami menyokong parti A atau parti B..tidak ada pula penceramah menyuruh kami membenci si A atau si B..saya tidak faham kenapakah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang begitu takut kepada BTN?? takut kehilangan kuasa dan pengaruhkah atau takut kepada bayang-bayang sendiri?
kat sini aku nak kongsi juga mengenai btn yang yang mana aku pun tidaak bersetuju kerana apa yang mana seperti kita tahu btn adalah salah satu kursus bagi mempupuk semangat patriotisme bkn utk bn..
Assalaamu ‘alaikum, Sdr Qaiyum, & sdra-sdri Muslimin yg melayari blog ini,
Tak mengapa ‘kan walau terlambat? - asalkan saja dapat membawa sedikit kebaikan drp muzakarah kita, mudah-mudahan,
Banyak pandangan yg berbeza antara kita. Lumrah - dilatarbelakangi berbezanya maklumat yang kita masing-masing peroleh. Yang ini tentang ‘politik’ dulu, yg sdr catat di dlm poin 1: ‘Manusia Yang Bergelar Malayu Walaupun BERBEDA ALIRAN ALIRAN POLITIK”
Politik [Sahsiyyah] - Saya melihatnya drp sudut pandang bagaimana akidah saya mentakrifnya, iaitu: mengatur seluruh aspek urusan kehidupan yang mencakup politik bernegara/berpemerintahan, undang-undang/uqubat, ekonomi, sosial, pendidikan, hubungan luar negara
[diplomatik] dsb, DENGAN BERLANDASKAN HUKUM-HUKUM SYARA” [SYARI'AT] semata-mata, yg sumbernya adalah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ sahabat, Qias, [termasuk ijtihad untuk isu-isu baru].
Demikian fikrah politik saya, dan cara utk melestarikan fikrah-fikrah trsbut adalah sebagimana sunah Rasulullah SAW berpolitik & sunah para sahabat & para khalifah kemudiannya mencontohi & menjejaki langkah ideologi [fikrah & kaedah] berpolitiknya Rasulullah saw; persis 100%. Sebab, bagi saya, kewajipan mengambil tariqah [kaedah] sunnah berpolitik Rasulullah sama tuntutannya sebagaimana wajibnya mengambil sunnah2 baginda saw yg lain, spt kewajipan solat, puasa, haji dsb.
Dgn ini saja sudah dapat membezakan ideologi politk saya drp
bagaimana parti-parti politik arus perdana sekarang [termasuk PAS, atau parti-parti politik org Melayu/Islam lain] melihat politik, atau sdr juga; yg berpolitik dgn bersumberkan ideologi sekular-demokrasi-kapitalis sebagai sah-sah saja, tanpa melihat dengan benar adakah konsep-konsep/
ideologi tersebut sejalan atau bahkan bercanggah dgn Islam.
Selepasnya, segala sesuatu, pemikiran & fahaman tentang pengaturan kehidupan dunia ini [dan juga tentang yg di akhirat] yng terangkum di dlm istilah POLITIK - itulah sahaja tuntunan berfikir yg menjadi ideologi [keyakinan] saya, termasuk tentang bagaimana saya melihat BTN & segala yang berkaitan degannya.
Terlepas dari mencari kesilapan org lain, saya TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT bagaimana org Melayu/Islam yg Allah bekali sumber akidah yg sama [al-Quran], boleh berada di dalam aliran politik yg berbeza, tetapi boleh pula sama cara berpolitiknya dgn kaum-kaum yng tidak memegang apa-apa kitab wahyu pun. Wallahu a’lam.
Assalaamu ‘alaikum Sdr Qaiyum & sdr-sdri Muslim yg melayari blog ini,
{Minta maaf, banyak memakan ruang}
Masih di poin 1: Patriotisme, Bukan Melayu & Negaraku: Penilaian saya kpd hal-hal ini juga bertunjangkan akidah. Satu analogi: Di musim haji, di Arafah, berjuta org, semua Muslim; tak ada batas ras, taraf & darjat, dari sluruh dunia dgn 10001 kelainan. “Minta perhatian seluruh jemaah”, lalu dikumandangkan ‘Negaraku’. Perhati, siapa yg berdiri hormat dgn penuh semangat Malaysia? Jemaah dri M’sia sendiri pun berasa pelik di Arafah
ada ‘Negaraku’ . Mgkin para pentaksub patriotisme drp UMNO atau PAS
bangun berdiri, tapi kembali duduk ketengian sebab org2 lain dari M’sia pun tak kisah. Yang dari Mesir, Thailand, Turki, Jerman, Rep.Cech, US, Iran, Australia, India, China, Jepun, Afghanistan, Sudan, Somalia, UK dll; mereka peduli apa dgn ‘Negaraku’. Mainkan pula ‘Sang Saka Merah Putih’ dari Indonesia - negara paling banyak umat Mulsimnya. Dan seterusnya, semua national anthem negera-negara umat Islam. Akhir sekali kemundangkan seruan agung itu - AZAN. Apa mereka buat: sederap mereka bangun membina syaf, menghadap kiblat yang sama, mendengar khutbah wida’ yang sama, solat dengan kaifiat yang sama, mengaminkan doa yang sama, MENGHADAPKAN HATI-HATI DAN WAJAH-WAJAH MEREKA KEPADA ALLAH MEREKA YANG SAMA. Kenapa? Mereka diikat erat oleh satu ikatan yang sama - ikatan AKIDAH ISLAMIYYAH. Apa erti ‘Negaraku’ kpd jumaatul Muslimin di Arafah? Nil! Tak ada apa-apa. Apa pula makna Azan bagi mereka?. PATRIOTISME ini, apa fungsinya dlm kesatuan umat Islam? Penyatu atau pemecah-belah jumaatul Muslimin? Haq atau bahkan bathil, atau menang TIDAK PERNAH ADA di dlm Islam? Ada ratusan juta fikrah Islamiyah yang dapat menyatukan Muslim, namun krana TIDAK LAKU & tdk diacuhkan di negara-negara umat Islam sendiri [malah disinisi], maka assobiyyahlah mengambil ganti tempatnya. Baru dgn natl. anthem yang diselimuti patriotisme saja - antara kata kunci keramat nasionalisme negara-bangsa - jamaatul Muslimin dipecah-belah. Berapa banyak lagi racun kekufuran berselimut patriotisme ini yang telah dibiuskan ke dalam benak & jiwa umat Islam? Kita cuma di’akali’ oleh bekas-bakas penjajah - pemusaka patriotisme itu. Masih ingatkah ‘divide & rule’? Tentang BTN: tak lebih, ia hanya satu drp picagari untuk membiuskan racun busuk assobiyyah-patrotisme ke dlm darah, jiwa & minda umat Islam. Dan, Bukan Melayu (kaum kufar itukah?]: KITA LEBIH TAKUT JIKA MEREKA TIDAK BERSATU DENGAN KITA , DARIPADA TIDAK TAKUT SEKALIPUN GAGAL UTK MENYATUKAN HAI-HATI SESAMA UMAT ISLAM SEMALAYSIA [apatah lagi sedunia] dengan ikatan akidah. Kenapa? Kerana kita [sudah] tidak lagi faham apa itu HUKUM MENGATUR AHLUZ ZIMMAH yang termaktub di dalam syari’at. Ideologi paling benar ini hanya didukung oleh Daulah Khilafah; bukan BN, bukan PAS. Cuma, jalan ke arah Sunnah Nabi SAW itu saja, pemikiran ramai umat Islam tentangnya masih gelap. Wallahu a’lam.
Wa’alaikumussalam Saudara Abu Faiq.
Terima Kasih Kerana Sudi Menulis Di Blog Ini. Moga Perbicaraan Kita Di Sini Akan Mendapat Hidayah Daripada Allah SWT.
Saya Tidak Menafikan Pendapat Saudara. Saya Sokong 100% Supaya Kita Tidak Langsung Membezakan Umat Islam Di Seluruh Dunia Ini.
Cumanya Di Malaysia Ini Kita Mengamalkan Konsep Perkongsian Kuasa. Hasil Daripada Syarat Untuk Menuntut Kemerdekaan. Walaupun Kita Bumiputera (Melayu, Orang Asli, Penduduk Asal Sabah & Sarawak) Dilihat Majoriti Berbanding Kaum Lain, Tetapi Adakah Kita Pasti Bahawa Islam Adalah Agama Dominan Berbanding Dengan Agama Bukan Islam Yang Dicampurkan Kesemuanya (Kristian + Buddha + Hindu + Sikh + Tidak Beragama dll). Tetapi Masih Islam Adalah Majoriti Berbanding Dengan Agama Lain Di Malaysia Ini.
Dalam Erti Kata Lain Kita Berkongsi Tempat Dengan Pelbagai Ras Warna Kulit Dan Agama. Berbeza Dengan Negara Indonesia, Brunei Darussalam, Negara Timur Tengah Lain Yang Mana Agama Bukan Islam Lain Tetap Minoriti Walaupun Digabungkan Kesemuanya. Maka Disinilah Kita Perlu Berhati² Dalam Berpolitik. Supaya Agama Islam Kita Ini Tidak Akan Ditekan Apabila Muncul Pertubuhan Seperti Interfaith Council (IFC) Yang Secara Terbuka Merendah²kan Islam Dan Menganggap Islam Seperti Agama Yang Lain. Hari Ini Kita Dapat Melihat Islam Diserang Dari Pelbagai Sudut.
Maka Di Sinilah Sepatutnya Individu², Badan² Kerajaan, NGO², Parti Melayu & Islam Seperti UMNO & PAS Untuk Memainkan Peranannya. Menguatkan Front Islam Supaya Sentiasa Teguh Untuk Menepis Segala Serangan² Tersebut. Bukannya Duduk Diam Membisu. Lebih Teruk Lagi Masih Dikalangan Orang Melayu Dan Islam Itu Sendiri Yang Sentiasa Berbalah Dan Saling Menyalahkan Antara Satu Sama Lain Bahawa Ini Tak Betul Itu Tak Betul. Padahal Entiti Lain Sedang Menyelinap Masuk Untuk Menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam Ini.
Dan Disini Pula Kita Tidak Boleh Menafikan Perjuangan Organisasi Lain. Walaupun Anda Rasa Anda Berada Di Platform Yang Betul (PAS), Tetapi Janganlah Menafikan Perjuangan Pihak Lain Yang Tidak Menaiki Kapal Yang Sama Di Dalam PAS. Sebagai Contohnya Perjuangan Organisasi Seperti JIM, ABIM, JAM, UMNO, Tabligh dan lain². Begitu Juga Dengan BTN. Bukannya BTN Mengatakan Bahawa BTN Menolak Kesatuan Muslim Secara Menyeluruh Di Seluruh Dunia. Tetapi Fokus Utama BTN Adalah Untuk Menyatukan Umat Islam Melayu Di Bumi Malaysia Ini Agar Sentiasa Sedar Dan Bersedia Mengenai Ancaman Dan Serangan² Pihak Tertentu.
Mungkin Peranan BTN Tidak Sebesar Peranan PAS. Tetapi Janganlah Dinafikan Peranan Ini Dan Menafikan Peranan² Individu, Golongan, Organisasi Yang Kecil Yang Ikhlas Berjuang Demi Agama, Bangsa Dan Negara. Jangan Menuduh Sesuatu Itu Tanpa Sebarang Bukti Kukuh Hanya Mengatakan Itu Dan Ini Hasil Daripada Cerita Pihak Tertentu. Entah Betul Entah Tidak. Di Dalam PAS Kalau Anda Rasa Anda Berjuang Di Landasan Yang Benar Teruskanlah Perjuangan Anda. Mantapkanlah Islam Bukan Sahaja Di Malaysia, Malah Sehingga Di Bumi Palestin Sana. Tetapi Janganlah Terlalu Taksub Terutama Kepada Ketua Anda (Mursyidul Am) Kerana Manusia Juga Berbuat Silap. Jangankan Kerana Kesilapan Kecil (Besar?) Itu Akan Menggugat Akidah Kita Kelak Seterusnya Meranapkan Kesucian Islam Di Bumi Malaysia Ini.
Walla’hualam..
Assalamu ‘alaikum Sdr Qaiyum, yg ini khas untuk Anda,
PENJELASAN: [Untuk Sdr, dari saya]: Salah mencerna catatan saya sehingga betul-betul khilaf tentang platform politik saya. Saya quote antara catatan saya:
[i] ‘…para pentaksub patriotisme drp UMNO atau PAS’…[Bagaimana mungkin saya drp PAS kalau saya 'sindir' parti itu, dan 'bedal' patriotisme?
Apatah lagi drp UMNO]
[ii] ‘Ideologi yg benar ini hanya didukung oleh Daulah Khilafah; bukan BN, bukan PAS’ [Untuk faedah apa saya bersama-sama UMNO atau PAS - parti-parti yang tidak mendukung 'Ideologi yang paling benar ini?]
[iii] Frasa mana dlm catatan saya yang mendorong Sdr ‘menuduh’ Mursyidul PAS itu ketua saya? Drp persepsi? ..Sangat tak betul tu!
[iv] Saya tak ada apa-apa masalah, atau tuduhan, atau apa-apa hingga menggugat akidah JIM, ABIM, JAM, Tabligh, NGO atau UMNO atau akidah saya, atau akidah sesiapa. Persepsi lagi? … Salah cerna lagi!
[Ada ayat berbunyi: 'Jangan menuduh sesuatu itu tanpa bukti yang kukuh'
So, janganlah!]
Sila ulang baca catatan saya supaya lebih jelas, kalau perlu. Sekian, untuk yg ini saja dulu, dan maaf.
Wa’alaikumussalam Saudara.
Ooh Yaa.. Mungkin Saya Telah Salah Intepretasikan Saudara. Maaflah. Patutlah Hujah Saudara Tidak Seperti Hujah² Ahli PAS Yang Kadang² Entah Dilontarkan Ke Mana.
Saudara Anggaplah jawapan Saya Di Atas Ini Adalah Serampang 2 Mata yang Ditujukan Bukan Untuk Saudara Tetapi Khas Untuk Sesiapa Sahaja Yang Terasa.
Apapun Yang Saudara Hujahkan Memang Saya Tidak Nafikan. Cuma Ingin Saya tekankan Sekali Lagi Bahawa Biarlah BTN Terus Melakukan Fokus Kerjanya Untuk Memahamkan Rakyat Perihal Kepentingan Perlembagaan Negara Dan Betapa Pentingnya Untuk Ianya Dipertahankan. Dan Jikapun Ingin Diubah Perlembagaan Negara Ini, Kita Hendaklah Memastikan Bahawa Ianya Memberi Kebaikan Kepada Agama, Bangsa & Negara. Bukan Untuk Menjahanamkan Lagi Apa Yang Telah Kita Sedia Ada.
Manakala Fokus Untuk Memantapkan Daulah Islamiyah Marilah Kita Sama² Berusaha Tidak Kira Manapun Platform Kita Agar Kita Dapat Bersatu Sebagai Muslimin Seantero Dunia Tanpa Dibezakan Fahaman, Ideologi Politik Dan Warna Kulit. Selagi Mana Ianya Tidak Melanggar Hukum Syarak Dan Roh Islam Itu Sendiri.
Wassalam..
bila orang tanya aku, betul ke BTN tu pro-kerajaan, aku akan kata YA!.
bila orang tanya,salah lah tu! sbb mana boleh camtu.
dan aku jawab, kalau kau memerintah jadi kerajaan, kau juga akan cari jalan utk menstabilkan status.
kalau PR sbg kerajaan pusat, aku pasti gila diorang pun akan buat menda yang sama!
Ya.. Begitulah.
Sebab Itu Kerajaan Negeri Selangor Menggantikan Program BTN Dengan S.P.I.E.S Kerana Dalam PRogram S.P.I.E.S Mereka Boleh Menceritakan Segala Dasar Kerajaan Negeri. Sebab Itu Mereka Mengharamkan BTN Kerana BTN Hanya Akan Menceritakan Dasar Kerajaan Pusat Kerana Mereka Adalah Agensi Kerajaan. Perlu Faham Itu.
Dan Saya Khuatir Jika Program S.P.I.E.S Ini Ada Unsur Kronisme Di Sebaliknya Bagi Melantik Konsultan² Yang Menjalankan Kursus² Mereka Itu.