Nik Aziz sudah terlalu takbur
Nov 25th, 2009 oleh Qaiyum
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
”Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
“Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
“Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
“Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.
“Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
“Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita,” katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
“Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
“Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
“Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,” ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.
Utusan Online, 23 November 2009
——————————————–
PAS sedaya upaya untuk menjaga dan mempertahankan imej Tuan Guru Nik Aziz supaya sentiasa dilihat maksum oleh pihak luar seterusnya menarik mereka bersama-sama dengan PAS. Tetapi manusia tetap manusia. Sekiranya seseorang itu terlalu dibayangi oleh bayang² politiknya sendiri, nescaya kekotoran politik itu akan sentiasa mengotorkan diri pemakainya.
Tidak pasti sejauh mana imej Tuan Guru Nik Aziz tercalar dengan isu-isu terkini seperti pembiayaan mengerjakan haji oleh tokoh-tokoh korporat dan juga perlantikan menantunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Walhal isu perlantikan menantunya suatu ketika dahulu tetapi berjaya diredakan. Tetapi kini bangkit semula malah ditambahkan lagi dengan kontroversi pembiayaan haji beliau yang disedekahkan (dibaca oleh SPRM : rasuah) oleh individu korporat tertentu.
Tetapi apabila Persatuan Pondok Kelantan telah mengeluarkan kenyataan sebegini rupa, rasanya bertambah calarlah imej Tuan Guru Kesayangan kita ini. Dan persoalan sampingan yang boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri sekarang ini, “Ulama yang mana satukah patut kita pilih sekarang ini? yang berada di platform politik atau ulama yang tiada kepentingan tertentu?”.
p/s : Akidah siapa yang terpesong? Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Tuan Guru Haji Lah
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












agaknya terlampau lama pegang jawatan kot. pas kena keluarkan pemimpin baru untuk naikkan balik parti. awal2 susah la kot nak terima cr baru tapi lama2 kalau pemimpin baru tu ok, mesti semua ok
bukan senang nak jd pemimpin. lagi susah nak kekalkan kepimpinan yang rakyat perlukan.
Dipetik dari http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/10/takkanlah-kerana-sayangkan-orang-itu.html
“Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan ‘Majlis Syura Ulama’ pada bahagian 4 kurungan (d) adalah ditegaskan mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ulangan: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekarang rasanya ada keperluan untuk tidak memperbaharui kedudukan beliau di situ). Dari segi lama memerintah beliau sudah hampir menyamai lamanya rekod Mahathir, Isa Samad dan mungkin juga mendiang Deng Xiao Ping. Kalau alasannya untuk terus memerintah kerana dapat buat pahala, maka tidakkah itu semacam menutup peluang orang lain untuk buat pahala juga?”
have u read kickdafella blog post baru2 nie. aku rasa nik aziz should focus on masalah dalaman dulu sblm nak kecoh salahkan org tu ni. syg kalau parti politik yang memperjuangkan islam. yang should ties org islam tp dia carca marba. long time story yang ckp sokong umno masuk neraka. aku betul2 bengang. siapa dia nak tentukan org lain masuk neraka ke dak. itu kerja tuhan, Dia lebih tau.