Projek Babi Mega Diteruskan Secara Senyap
Nov 19th, 2009 oleh Qaiyum
Diambil dari : http://selangordaily.blogspot.com/2009/11/projek-babi-mega-diteruskan-secara.html
—————————-
Projek Babi Mega RM 100 juta yang menjadi kontroversi pada tahun lalu sekali lagi muncul dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 4 & 11 Februari 2009. Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan projek tersebut secara senyap.
Malahan YAB Menteri Besar mengingatkan EXCO agar merahsiakan kelulusan ini supaya tidak dijadikan isu oleh UMNO.
1. Yang mengelirukan kerajaan negeri bercadang mengambil alih Tanah di PT 3420, PT 3425 dan PT 3426 seluar 337.09 ekar di Mukim Batu, daerah Kuala Langat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik tanah 1960.
Soalan:
Mengapa pemodenan penternakan babi perlu mengambil alih tanah menggunakan Seksyen 3(1)(a)yang sepatutnya digunakan untuk projek yang prasarana awam sahaja.? Sedangkan penternakan babi merupakan satu industri yang menguntungkan mencecah billion ringgit setahun.
Mengapa perlu diambil semula tanah milik orang Melayu untuk penternakan babi tersebut? Apakah kerajaan negeri telah kehabisan tanah untuk dipajak kepada syarikat penternakan babi tersebut?
Kedua, mengapa kerajaan negeri memperuntukkan RM 100 ribu lagi untuk menjalankan satu lagi kajian sedangkan kajian sedia ada telah pun dibuat oleh pihak berkaitan.
Untuk dokumen berkaitan isu ini boleh layari blog http://selangordaily.blogspot.com/2009/11/projek-babi-mega-diteruskan-secara.html
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












hang nie terkejut aku tajuk babi mega hehe
elok musnahkan semua babi
bukan bawak satu kebaikan pun
bawak penyakit ja
Yalaa.. Aku Ada Project Paper Pasal Babi Nih. Alang² Masukkanla Info Sikit Pasal Babi Nih. Walau Secanggih Mana Pun Teknologi Pembangunan Babi Ni. Tapi Kesucian Air Di Kawasan Selangor Kelak Akan Membawa Padah Pada Penduduk Disekitarnya..