1. Di Jepun kita biasa mendengar ceritera dahulukala bahawasanya jika terdapat Ninja-Ninja yang gagal menjalankan misi atau melanggar kod-kod ninja, mereka akan bunuh diri demi maruah mereka sendiri dengan cara menikam dengan pedang samurai mahupun meminta rakan Ninja mereka memancung mereka hingga terpisah kepala dari badan.
2. Kita juga mungkin pernah mendengar gerakan Yahudi Freemason di bawah pengaruh Illuminati bahawa sesiapa yang mengkhianati gerakan itu, mereka akan dirampas harta-benda mereka, dibunuh dengan kejam, begitu juga dengan ahli keluarga mereka tidak akan terkecuali dari dihapuskan dari muka bumi ini. Ini bagi memastikan semua ahli mereka adalah benar-benar taat setia kepada gerakan dan tidak sekali-sekali terfikir untuk lari keluar kerana kesan akhirnya adalah sebuah mimpi ngeri bagi mereka.
3. Tapi hari ini kita mendengar di dalam PAS juga perlu berbai’ah untuk menjadi calon wakil rakyatnya. Bukan kepalang lafaznya sewaktu mengangkat bai’ah. Mereka perlu memberi kata dua samada untuk terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri. Bagus memang bagus. Kaedah ini memang tidak dinafikan lagi keberkesanannya untuk mengelakkan sindrom lompat parti.
4. Tetapi mengapa tiada pula bai’ah-bai’ah lain yang disertakan seperti ‘akan berada di barisan paling hadapan, lebih depan daripada barisan Angkatan Tentera Malaysia, sambil menompang dada, jikalau Malaysia diserang oleh tentera Yahudi dan Nasrani’. Bukankah itu lebih besar nilai perjuangannya di sisi Islam berbanding hanya mempertaruhkan masa depan rumahtangga ?
5. Kenapa sebelum ini tidak kedengaran perkara-perkara seperti ini? Oh! Inilah hasil kebebasan bersuara. Demokrasi siapalah ini. Pandai rupanya mereka sembunyikan isu ini dari pengetahuan umum. Atau mungkin sebelum ini ahli² PAS kecut perut dan terkunci mulut tidak berani melawan kepimpinan? Nah! Sekarang mereka yang terlibat sudah boleh menarik nafas lega. Isu ini sudah didebatkan di luar parti. Tidak perlu lagi mereka mencongak² bagaimana mahu dibawa naik isu ini diperingkat tertinggi supaya ianya kembali diperhalusi semula oleh kepimpinan parti. Kerana segalanya telah tersedia oleh media. Adakah selepas ini sekali lagi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menyuarakan supaya dilaksanakan juga EGM? Entahlah!
6. Dalam parti-parti lain bagaimana pula ni? UMNO berbai’ah bagaimana untuk setia pada parti? PKR bagaimana? MIC bagaimana? Adakah ritual yang pelik² digunakan untuk menjamin kesetiaan ahli terhadap parti? Seperti kita menonton cerita-cerita wayang yang menunjukkan budaya pelajar-pelajar kolej yang setia pada Fraternity mereka. Theta-Gamma-Phi. Yeah Yeah! Ritual mereka sangatlah peliknya. Korek-korek lagi cerita ini jikalau ada ya.
7. Kesian wanita yang nasibnya ditentukan oleh Parti.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Dlm banyak2 aku tertarik ngan satu je…yang last skali
*kesian wanita yang nasibnya ditentukan oleh parti
hangat nie..marah nie…mmg kureng la kalau betul…kalau jatuh betul talak wanita kena bangkit jgn ikut arus je nak teruskan hidup, kena berani dan bangun majukan diri
rezeki mmg ada dimana2 tapi rezeki tak dtg bergolek sendiri
Ya Benar. Pada Saya Ini Satu Perbuatan Yang Bacul Kerana Ini Bukan Sahaja Untuk Mengelakkan Ahli Melompat Parti, Tetapi Juga Bagi Menutup Mulut² Wakil Rakyat Yang Ingin Menegur Kepincangan Yang Mungkin Berlaku Di Dalam Parti, Atau Penyelewengan Yang ‘Terkantoi’ Dilakukan Oleh Pucuk Pimpinan Parti. Kerana Pada Mereka Jika Mengkhianati (Baca: Menegur Terhadap Penyelewengan/Penyalahgunaan Kuasa) Pucuk Pimpinan Parti, Bermakna Mereka Telah Melanggar Bai’ah Maka Jatuhlah Talak. Sebab Itu Kita Lihat Ramai Wakil Rakyat PAS Tidak Berani Bersuara Menegur Kepincangan Kepimpinan Kerana Rupanya Mereka Telah Berbai’ah.
Tetapi Lebih Malang Apabila Isteri Yang Tiada Kene Mengena Terpaksa Menanggung Tempiasnya Kelak..