Oct 26th, 2009 oleh Qaiyum
- “Adakah kita realistik?”
- Sebuah soalan yang hakikatnye perlu kita sentiasa ulang-tanya pada diri sendiri. Realistik yang lawannya emosi ini menentukan apakah tindakan dan pemikiran kita itu adalah berlandaskan kepada falsafah² yang memberikan kesan baik kepada diri kita dan masyarakat lain.
- Bagaimanakah untuk kita menyukat perihal realistik ini? Adakah medium pengukur untuk kita mengukur sejauh mana seseorang itu telah bertindak dengan realistik?
- Susahnya untuk menentukan kerealistikkan sesuatu itu apabila ia memerlukan masa yang lama untuk menampakkan hasilnya. Seperti adakah jika kita tidak menabung hari ini akan membuatkan kita susah di kemudian hari apabila tiada simpanan untuk saat kecemasan?
- Realistik juga kita boleh kaitkan dengan kebijakkan orang. Mereka yang lebih realistik pastinya mereka yang lebih menggunakan otak dan mampu bertindak secara logik, tepat dan efisien. Tetapi adakah ini bermakna orang yang bodoh tidak realistik?
- Perhatikan sekeliling anda sekarang. Adakah anda merasakan orang di sekeliling anda telah bertindak dengan realistik dalam setiap tingkah-laku mereka?
- Kemudian jauhkan jarak pemerhatian anda dan hayati apakah anda dapat menyelami masyarakat di kejiranan anda, di komuniti anda, di daerah anda, di negeri anda, dan seterusnya di negara anda. Letakkan di dalam kepala; Adakah MEREKA REALISTIK?
- Anda boleh ambil contoh dengan menggunakan situasi penularan virus H1N1 hari ini. Adakah masyarakat telah bertindak realistik dengan mengabaikan pemakaian topeng muka? Baik atau burukkah tindakan mereka ini kepada komuniti selain diri mereka itu?
- Dan teruskan mengulang-ngulang bertanya adakah “Adakah anda Realistik?” atau “Adakah saya Realistik???“
- Realistikkah blog ini? Hmm..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
[[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
2 Komentar
Realistik kah penternak2 kecil dibenarkan membela lembu kontot itu tanpa sistem pembentungan yang teratur dan selamat. Di malaysia terdapat beratus (mungkin jg beribu) ladang2 kecil menternak BaBi yg hanya mempunyai sistem pembentungan asas bg merawat sisa najis haiwan2 kotor tersebut. Babi adalah perumah bagi pelbagai jenis VIRUS dan BAKTERIA yg menjadi punca kpd penyakit spt Selsema babi, Nipah dan pelbagai lg penyakit berbahaya lain.
Kerajaan dan masyarakat Malaysia hendaklah mempunyai kesungguhan dalam menangani masalah pencemaran akibat haiwan merah jambu tersebut… Peternak2 babi perlu di beri notis penutupan ladang2 kecil dan di arahkan supaya berpindah ke tempat perternakan teratur yg telah ditetapkan. Lebih baik biar mereka merana dari seluruh rakyat merana.
Saudara qaiyum yg tlh melihat dgn mata sendiri keadaan di ladang2 babi mungkin dpt memberi pendapat yg lebih REALISTIK terhadap isu penternakan BaBi d negara kita.
Terima Kasih di atas pandangan saudara. Saya memang sedang dalam proses menyiapkan Project Paper bagi isu ini yang menyentuh isu pencemaran dan ekonomi sekaligus.
Buat masa ini pemerhatian awal saya mendapati ladang-ladang kecil Kerbau Pendek itu tidak dilengkapi dengan sistem mengawal pencemaran yang teratur. Dasar kerajaan yang tidak memberikan dana kepada ladang² kecil khinzir ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran yang berpunca daripada ladang mereka itu. Dana pembangunan perlu diusahakan sendiri oleh para penternak, tetapi mereka dilihat memandang enteng akan saranan tersebut. Maka banyak ladang-ladang mereka dilihat daif dan tidak sistematik. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penularan Wabak, pencemaran bau, air sungai yang mengalir ke laut, dan juga mengganggu sensitiviti masyarakat terutama yang beragama Islam.
Maka akta-akta yang telah sedia ada perlu dikaji semula terutama yang melibatkan akta Penternakan dan akta Alam Sekitar supaya penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dapat dilaksanakan bagi menjamin persekitaran negara ini sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.