Teruskan Perjuangan
Sep 30th, 2009 oleh Qaiyum
- Sudah puas berhari-raya? Marilah kita kembali menyambung misi memakmurkan Malaysia.
- Bagaimanakah dengan semangat juang anda? Adakah masih seperti dahulu? Ataupun telah tenggelam dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri? Ataupun telah sugul tatkala memikirkan kantung poket yang kian kosong dan hanya menanti panggilan bertalu-talu dari pihak bank meminta pembayaran kad kredit?
- Apapun hidup mesti terus. Malaysia masih menagih sesuatu dari rakyatnya. Menagih agar bumi ini sentiasa dipelihara kemakmurannya, dipelihara perpaduannya, dipelihara buminya, dipelihara daripada ancaman anasir-anasir dari pihak luar yang sentiasa cuba meneroboh masuk untuk mengaut kemakmuran di dalamnya.
- Bagaimanakah persepsi rakyat terhadap politik negara? Masihkah sama hangat sepertimana tatkala berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu? Atau rakyat sudah bosan melihat telatah lucu para politikus yang tak berkesudahan. Yang mana mereka agung-agungkan waktu itu tetapi kini telah terbukti bahawa mereka tidak mampu mentadbir yang kononnya seperti di bawah payung berkaki tiga.
- Fokus kini tertumpu di Bagan Pinang. Calon²nya mungkin kalian telah ketahui siapa yang telah terpilih bakal bertanding pada PRK kali ini. Dengarnya majlis Pengumuman Calon PAS yang hadir hanya sekitar 500 orang. Berbeza dengan situasi pada PRK² sebelum ini yang mana majlis seperti itu akan menarik ribuan penyokong Pakatan. Adakah mereka hanya menanti untuk berkumpul pada penamaan calon nanti? Atau sememangnya sokongan kurang memandangkan Negeri Sembilan merupakan kem yang sukar untuk ditembusi Pakatan dan mereka mengambil kata putus untuk tidak membuang masa pada PRK kali ini? Bukankah mereka begitu bercita-cita besar untuk menyapu bersih sebarang PRK bagi membuktikan komitmen mereka untuk merampas Kerajaan Pusat dan negeri² naungan BN yang lain?
- Tetapi mengapa Anwar Ibrahim masih berada di luar negara? Masih berusaha memujuk Al-Gore untuk memberikan bantuan kepada beliau dalam menghadapi tuduhan liwatnya? Tatkala PAS Selangor mengalami tekanan apabila Datuk Dr Hassan Ali dikecam hebat di kalangan pemimpin Pakatan berkenaan kritikannya terhadap Selcat, Anwar Ibrahim masih lagi seronok meronda-ronda Amerika. Apalah nasib Pakatan pada PRK kali ini agaknya dengan sikap Anwar Ibrahim ini, meninggalkan PAS dalam keadaan terkontang-kanting melawan tekanan daripada PKR & DAP di Selangor.
- Maka jika semangat juang di kem Pakatan kelihatan pudar, bagaimana pula semangat juang di kem BN? Adakah semakin membara ataupun masih malu dan layu di tasik madu apabila Tan Sri Mohd Isa Samad telah diumumkan sebagai calon?
- Semoga Aidilfitri ini menyemarakkan lagi semangat kita untuk sama-sama memakmurkan Malaysia Bumi Bertuah ini.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]











