‘Bersatulah Kaum Muslimin’
Sep 11th, 2009 oleh Qaiyum
1. Jom kita layankan sebentar video klip Lagu Tema Parti PAS :
2. Pertama kali saya mendengar lagu ini. Menarik jugalah dengar lagu-lagu berentak Nasyid waktu bulan kemuliaan sekarang ini. Banyak kali jugaklah saya replay video ni. Ingatkan UMNO sahaja yang ada lagu Parti.
3. Tapi ada juga yang tidak menariknya. Benarkah PAS melaksanakan seperti apa yang disarankan dalam lagu ini iaitu “BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN!”.
4. Bila gagasan Kerajaan Perpaduan diusulkan oleh Tuan Guru Haji Hadi, ramai yang melenting hingga menggagalkan usaha tersebut. Lebih relalah jika bersatu dengan DAP Parti yang tersangatlah ’suci’ itu. Kini isu penyatuan UMNO-PAS pun telah tiada lagi kedengaran. Apalah nasib umat Melayu-Islam selepas ini?
5. Berkaitan dengan isu Kuil Seksyen 23 Shah Alam, maka tertuduhlah UMNO sebagai dalang yang membuat kerja jahat tersebut. Harakahdaily dalam artikelnya menghentam UMNO bertubi-tubi menuduh ‘kerja jahat’ itu didalangi oleh ahli dan bekas-bekas pemimpin UMNO.
6. Dan sehingga tertuduhnya 12 orang di mahkamah yang dikenalpasti bahawa 7 daripadanya adalah dari UMNO, 2 dari PKR dan seorang lagi dari Parti PAS. Catatan di Rocky’s Bru, ChunWai dan The Star.
7. Apalah nasib apabila berjuang atas nama Melayu Islam, tetapi akhirnya yang mendapat nama buruk hanya UMNO. Inilah yang susah apabila politik tidak matang berorientasikan ideologi politik menerap masuk ke ruangan udara negara. Padahal mereka hanya berjuang untuk memastikan kesucian Islam sentiasa terpelihara. Tetapi perihal politik menyebabkan kelompok mereka ini dipermainkan. Perjuangan asal mereka dilupakan dan hanya cerita sampah bermain di dada² media.
8. Orang² yang kononnya berjuang atas nama Islam hanya mendiamkan diri dan menyokong tindakan kerajaan negeri tanpa mengkaji dan meneliti isu sebenar yang berlaku. Keranalah ianya ideologi politik.
9. Penduduk Seksyen 23 yang telah dituduh itu samada dari UMNO, PKR mahupun PAS mungkin telah sedar hakikat sukarnya berjuang atas nama Islam dengan keadaan sosiopolitik yang ada. Maka terpaksalah mereka bersatu atas nama Muslim untuk mempertahankan kesucian Islam penduduk Seksyen 23.
10. Tetapi dimanakah saranan ”BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN!” seperti yang didendangkan dalam video klip Lagu Tema PAS di atas ?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












itulah lemahnya kita…bangsa melayu yang xnak bersatu…asyik nak berlawan antara satu parti dgn parti yang lain….betul lah ckp tun..melayu mudah lupa
cuba tgk bangsa lain…cina ke india ke…tak kire dah parti apa..
kalau ada sangkut paut diorang akan unite…
melayu kena keluar dari kepompong pemikiran melayu mcm nie…mana semangat melayu masa nak capai kemerdekaan dulu?
Nak Tengok Melayu Bersatu Tunggulah 13 Mei Yang Kedua Nanti. Kemudian Nanti Kita Akan Nampaklah Siapa Yang Berjuang Atas Nama Islam @ Berjihad Dan Kelompok Mana Pula Yang Bacul Yang Hanya Tahu Menyorok.
Orang India Boleh Bersatu Di Bawah HINDRAF. Orang Cina Boleh Bersatu Di Bawah Dong Jiao Zong, Tetapi Melayu-Islam Ini Langsung Tak Boleh Bersatu Di Mana-Mana.
Assalaamu ‘alaikum, Sdr Qaiyum & para pelayar blog ini,
Kenapa ditiruskan skop Muslimin sekerdil yg ada di Malaysia saja? Di luar sana ada lebih drp 1.5 bilion saudara Muslimin kita, yang kalau disatukan lalu digembleng bersama-sama seluruh potensinya; sumber manusianya, kekayaan buminya, [petroleum, gas, uranium, berlian dan segala galian lain), kebenaran akidahnya, keagungan sejarah temadunnya (untuk motivasi) dan Mahakebesaran Allahnya (kalau saja diimani dgn sebenar-benar iman) …woi..hebat… amat hebat…pasti bangun kembali buat kali kedua kegemilangan Islam persis kegemilangan era Nabi saw, era Khalifaur Rasyidun dan era Khilafah-khilafah kemudiannya. Buktinya telah ada : tertegaknya Daulah Islamiyah selama lebih 1300 tahun lamanya; memayungi 2/3 dunia dengan rahmat Allah! Saipa berani menafikan?
Kita saja - semua umat Muslim sedunia - yang sedang menafikannya. Perpecahan negara-negara umat Islam kepada 57 entiti negara-bangsa yang kerdil-kerdil, serba lemah dan serba terkebelakang sekarang inilah yang sebenarnya menafikan kembali tertegaknya kegemilangan tersebut.
Amat memilukan, pada waktu tamadun Kristian-sekular-demokrasi-kapitalis Barat sedang gencar digerakkan untuk membasmi Islam & segala yang berkaitan dengannya, kita umat Melayu/Islam di Malaysia saja, belum menemui hujung pangkal untuk bersatu. Sebenarnya, begitu juga di semua negara umat Islam pun.
Jadi, apa sekarang? Mari bergerak ke arah membentuk satu jumaatul Muslimin sedunia, di bawah satu negara - Negara Islam Daulah Khilafah - dipimpin oleh seorang ketua negara - Khalifah - yang menegakkan syari’at - hukum-hukum Allah - untuk mengurus seluruh aspek kehidupan; politiknya, ekonominya, sosialnya, undang-unadng/uqubatnya, diplomatiknya, pendidikannya dsb. Itulah bentuk negara yang dicontoh-teladankan oleh Rasulullah untuk kita, dipertahankan sampai ke era akhir Khilafah Uthmaniah yg diruntuhkan Kamal Attaturk laknatullah pada 1924M. Sudah 85 tahun kita hidup terpisah drp ‘negara kita’ itu. Terlalu ideal? Memang, kerana Islam saja deen (sistem hdup) yang ideal!
Ya.. Perang Dunia Telah Merubah Segalanya. Kejatuhan Empayar Uthmaniah Adalah Bermulanya Era Kejatuhan Umat Islam Di Seluruh Dunia. Sistem Monarki Yang Wujud Setelah Negara² Ini Dipecahkan Oleh British Seperti Iran, Iraq, Saudi Arabia, Morocco Dan Lain² Hakikatnya Adalah Sistem Beraja Sebagai Boneka Barat. Dan Hingga Hari Ini Kita Dapat Lihat Pergolakan yang Berlaku di Negara² Tersebut Akibat Perpecahan Barat Terhadap Kerajaan Umat Islam Sentiasa Masih berterusan.
Itulah, Untuk Melihat umat Islam Dunia Kembali Bersatu, Kita Perlu Memulakannya Di Dalam Negara. Sekiranya Majoriti Pendokong UMNO Dan PAS Pun Tidak Boleh Bersatu Atas Nama Islam, bagaimana Untuk Kita Menyatukan Umat Islam Yang Seramai 1.5 Billion Itu? Maka Akibatnya Kita Sudah Tahu Bahawa Peperangan Ideologi Ini Tidak Akan Berkesudahan Sampai Bila². Mungkin Akan Lebih Mendukacitakan Daripada Apa Yang Kita Boleh Bayangkan Kelak.