5 Perkara Terbaik Yang Anda Ada
Aug 30th, 2009 oleh Qaiyum
Orang ada berkata, “Cukup-cukuplah berpolitik, nanti ramai tak suka kita.” Oleh itu seruan saya kepada ahli politik sekalian, berehatlah sebentar di bulan Ramadhan ini supaya tiada lagi kenyataan² panas yang boleh menggugat ibadah seseorang dan emosi rakyat yang berbilang kaum ini…
Saya ingin respon kepada artikel Catzer di blog beliau. Apakah perkara yang saya rasa sangat bersyukur kerana memilikinya? Jawapan saya adalah seperti berikut :
1) Yang Pertama : Dilahirkan Dengan Roh Islam.
Lahir² sahaja telah didendangkan dengan alunan Azan. Lalu diasuhlah semenjak kecil dengan nilai-nilai keislaman. Belajar mengaji, belajar solat, belajar tulisan jawi, belajar nilai-nilai Islam supaya kelak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Inilah sebenarnya sebuah nikmat paling besar yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada saya maka dengan itu wajiblah saya mensyukurinya setiap masa.
2) Yang Kedua : Dikurniakan Kedua Ibu Bapa Yang Penyayang.
Manakah lagi tempat bergantung utama kita semenjak lahir hingga ke hari ini jika bukan di bawah ketiak mak bapak kita? Semenjak bersaiz tapak tangan mereka kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan belaian mesra, bukankah ini satu penganugerahan dari Yang Maha Esa kepada kita yang sangat besar nilainya? Saya sangat bersyukur dianugerahkan kedua ibu bapa yang memahami diri saya seadanya dan memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu saya galas pada hari ini.
3) Yang Ketiga : Memiliki Sahabat² Yang Brutal Sempoi.
Orang tua-tua kata “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Walau seribupun kawan-kawan saya diluar sana, tetapi tiada yang setanding sahabat-sahabat yang saya berkenalan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri sangat memahami saya walau dalam apa jua keadaan. Memahami tindakan saya, memahami cara saya berfikir, memahami kebaikan dan kekurangan saya, memahami apa yang saya tidak perlu dan apa yang saya mahukan. Inilah sahabat yang sukar dicari. Sahabat yang tidak menikam kita dari belakang, sahabat yang sentiasa mendampingi kita walau dalam susah mahupun senang, sahabat yang boleh diminta bantuan walau dalam apa keadaan sekalipun, sahabat yang “Ikan di laut, Asam di darat, Dalam periuk, Bikin Muafakat”. Ahaha.. Korang memang gilelah!
4) Yang Keempat : Sentiasa Dimurahkan Rezeki dan Dikurniakan Kesihatan Yang Baik.
Alhamdulillah. Semenjak saya meninggalkan bangku Universiti, rezeki saya sentiasa dimurahkan dalam membina kerjaya. Rasanya jarang orang dapat memilih kerjaya yang mereka gemar lakukan yang sesuai dengan jiwa mereka. Tetapi saya sebaik sahaja tamat pengajian (sebelum konvokesyen) saya sering dipanggil bertugas oleh konsultan latihan untuk menjayakan kursus-kursus samada sebagai jurulatih, fasilitator mahupun sekadar urusetia program. Memang di situlah jiwa saya terletak. Dan dalam masa yang sama saya bertugas di BPR (kini SPRM) di Cawangan IT supaya saya boleh mantapkan lagi ilmu saya dalam bidang IT. Dan IT juga adalah bidang yang sememangnya saya minati. Sebab itulah Degree saya pun dalam IT. Selepas konvokesyen saya kembali ke UKM untuk cuba peluang menjadi Pembantu Penyelidik (RA) kerana merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Siswazah. Tetapi apabila ditawarkan tempat di agensi kerajaan sebagai penjawat awam, saya terima juga dan kini saya tetap menyambung pengajian di peringkat Siswazah dalam bidang Ekonomi sambil bekerja.
Saya juga tiada masalah kesihatan yang kritikal, sekali-sekala dijangkiti kuman-kuman benci dan sebab itu juga saya jarang ambil MC. Saya cuma pernah dibedah untuk mengubati penyakit katarak di mata kiri. Setakat ini tidak pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mendatangkan kemudharatan pada diri saya. Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat hidup ini.
5) Yang Kelima : Diberi kesempatan berkenalan dengan seseorang yang bernama SITI NAZHATUL MARINA BINTI MEOR ISKANDAR SHAH.
Ahaha. Siapakah gadis bertuah yang bernama panjang ini ?? Anda tahulah siapa!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Thanks sbb response pada post aku ttg perasaan bersyukur tu. Sebenarnya post tu aku buat bg me refresh kembali nikmat2 Allah dah beri tp kita sentiasa fikir tak cukup jerk..
siape siti nadharul marina tuh??? xkenal pn ;p
Siti Nadharul Marina? Ntah. Adeke Name Tu? Manede.
5 perkara terbaik yg saya ade~
1)ade sebuah family yg penyayang..n cukup kasih sayang
2)rapat dgn ABDUL QAIYUM BORHAN..he is my hero..selalu jd penawar utk virus2 yg menyerang hati nie..
3)dapat masuk ukm..sbb dapat kenal dgn org yg namanya disebutkan di atas
4)dicukupkan segala keperluan hidup oleh Allah..makan minum tempat tinggal dan kemudahan2 yg lain..oleh itu jd laa insan yg sentiasa bersyukur n it a must!
5)masih diberi peluang utk merasai kebahagiaan bersama dgn org2 tersayang dan sahabat2 terbaik dlm hidup!
saje je nk post..cm best je..hehe
Eyp.. Tiru Ke? Hehehe.. Yaa.. Betul Tu. Oleh Itu Pandulah Dengan Cermat. Ingatlah Orang Yang Tersayang.. :P-