1. Semalam saya menerima sepucuk e-mel dari seseorang yang mendakwa dirinya wartawan dari akhbar Sinar Harian. Beliau menyatakan minat untuk menemubual saya mengenai isu perpaduan setelah membaca artikel saya di salah sebuah blog lain (bukan blog ini) kelolaan saya. Tetapi tidak dapat dipastikan beliau membaca artikel yang saya yang mana satu.
2. Namun sehingga saat ini saya belum membalas mahupun menghubungi wartawan itu. Kerana merasakan diri belum bersedia untuk memberikan pendapat peribadi kerana merasakan ada bait-bait sensitif jika disalahtafsirkan.
3. Isu perpaduan adalah sebuah isu Nasional. Sebuah usaha dan tanggungjawab yang melebihi segala-galanya. Kerana dengan adanya perpaduan barulah bumi bertuah Malaysia ini mampu mencapai kemakmuran seperti hari ini. Mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi GDP pada kadar 5% - 7% pada kebanyakan tahun. Dan paling tinggi dicatatkan pada tahun 1996 iaitu sebanyak 10%.
4. Kerana perpaduan juga kita telah berjaya mencapai status negara membangun. Dan misi utama Wawasan 2020 dalam usaha menjadikan Malaysia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain. Tanpa perpaduan pastilah usaha ini tidak akan tercapai sama sekali.
5. Dan kerana perpaduan juga kita tidak jadi seperti Iraq yang bertelagah antara Sunni dan Syiah. Berpecah seperti Yugoslavia yang telah menjadi negara-negara kecil. Ataupun terjadi seperti Kerajaan Turki Uthmaniah yang telah berpecah-pecah kerana tiupan semangat Nasionalisma.
6. Apa yang pernah terjadi kepada kita adalah kehilangan Singapura akibat daripada insiden² berkaitan rangkaian pejuang komunisme yang wujud. Dan peristiwa 13 Mei 1969 adalah kemuncak rakyat negara ini bermain dengan isu perkauman. Dan kerana peristiwa itulah membuat kita insaf dan berjaya untuk meneruskan perjuangan membangunkan Malaysia.
7. TETAPI apa yang berlaku semenjak akhir² ini menggusarkan ramai pihak. Sikap² rasis yang tidak sepatutnya diungkit telah diungkitkan kembali. Soal perlembagaan dipersoal dan diperlekehkan. Kedaulatan Sultan dan Raja-raja melayu direndah-rendahkan. Pejuang² atau Hero² kaum muncul secara berjemaah. Mereka yang berani melawan pemerintah dan berjuang kononnya untuk mendapatkan hak kaum masing-masing yang tidak terpelihara itu telah diangkat oleh kaum mereka sebagai pahlawan. Lebih malang lagi apabila ianya telah sampai ke tahap menyentuh sensitiviti agama.
8. Adakah kita sekarang ini berada di landasan @ trek yang sepatutnya? Atau sebenarnya kita telah melangkah beberapa ribu batu ke belakang apabila kembali mempersoalkan hak-hak dan tuntutan tidak rasional yang tak sepatutnya dipersoalkan. Perlembagaan Persekutuan yang telah sedia ada itu adalah jawapan bagi segala-galanya. Malangnya ramai yang tidak endah (malah tidak ingin ambil tahu pun) soal perlembagaan ini. Perlembagaan di pandang enteng. Maka itulah puncanya mereka bebas bersuara dan meletakkan diri melampaui perlembagaan.
9. Itukah SUARA RAKYAT? Itukah KEBEBASAN BERSUARA?
10. Maka dengan berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut di atas bagaimanakah ingin saya meletakkan soal PERPADUAN itu?
11. Saya mungkin akan kembali merujuk kepada tulisan Tun Dr. Mahathir di dalam bukunya Dilema Melayu yang menyebut sebelum kejadian 13 Mei 1969, kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bukanlah mencapai tahap KERHAMONIAN. Di dalam diri setiap individu wujud rasa syak wasangka, rasa berhati-hati, rasa tidak selesa jika bergaul dengan kaum lain, dan pelbagai rasa lagi mungkin boleh dimetaforakan seperti lauk Ikan Tiga Rasa (Oh! Puasa ni..)
12. Maknanya kita bukanlah benar-benar harmoni. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir apa yang wujud adalah Harmoni Plastik. Bak kata ulama tersohor kita Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan UMNO mengamalkan Islam Plastik (Bukan Palestin). Mungkin seperti itulah apa yang dianalisa oleh Tun. Keharmonian yang dibuat-buat tetapi pergaulan masih tetap dibatasi oleh perbezaan budaya, perbezaan bahasa dan perbezaan agama.
13. Itu dulu. Tetapi bagaimana pula hari ini? Pada saya kita telah pun mencapai banyak kemajuan dari segi isu perpaduan. Dari peringkat rendah anak-anak diajar untuk bergaul dengan pelbagai kaum di sekolah-sekolah kebangsaan. Jarak² perbezaan antara kaum ini cuba dihilangkan sedikit demi sedikit oleh pemerintah. Laungan perpaduan telah terpancar sejak berpuluh tahun dahulu. Kini Malaysia adalah seperti yang kita lihat pada hari ini.
14. Kita di peringkat bawahan (bukan orang Politik) tiada masalah untuk kita bercampur gaul sesama kaum berbeza. Di peringkat tadika, peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, maktab & akademi pengajian, universiti, syarikat swasta & korporat, perkhidmatan awam, di kampung-kampung, di taman-taman perumahan, di bandar, di mana-mana sahaja peringkat bawahan ini tiada masalah kritikal.
15. Cuma yang masalahnya bila ia melibatkan orang Politik ataupun yang mudah difahami sebagai pemimpin atasan sesuatu organisasi. Orang yang berideologi kepartian. Orang yang membawa perjuangan masyarakat masing² di kawasan masing². Mereka inilah yang dikhuatiri akan mencetus kembali 13 Mei yang kedua. Kerana falsafah mereka, kerana perjuangan mereka, kerana bahasa mereka, kerana kenyataan panas mereka, kenyataan yang berbau hasutan dan menanam sifat kebencian di kalangan masyarakat bawahan.
16. Itulah yang dikhuatiri akan merosakkan perpaduan yang telah tersedia terbentuk pada peringkat bawahan ini. Terbentuk dengan bersusah payah semenjak insiden 13 Mei 1969 dahulu dan semenjak merdeka.
17. MAKA, Dimanakah perpaduan kita pada bulan Kemerdekaan ini? Sedangkan di dalam kelompok Melayu sendiri kita berpecah belah. Bagaimana pula keadaannya antara Melayu dan kaum-kaum yang lain?
p/s : Tahun Lepas Saya Juga Banyak Menulis Soal Perpaduan Di Blog Ini. Antara Artikel Yang Menarik Adalah :
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












tak payah la nak kejar wawasan 2020 kalau akal UMNO dulu nak menipu claim lagu Negaraku pun ciplak mamat Salleh punya…haram jadah betul
http://www.youtube.com/watch?v=JPcNnHEsFM0
kasi dengar haaa…
tolong baca balik hakikat 16mei, apa cerita di sebalik cerita sebenar..
error typing 13mei, no 16 mei..nak cepat taip.huh
Error Typing? Kat Mane? Takdepun..
Perpaduan dekat Malaysia sekarang nie mmg OK. Tapi dapat juga tgk perpecahan yg melibatkan politik. Apabila ada pengikut ekstrem… kalau tgk keadaan macam berpecah je contohnya dekat kelantan ada masjid umno dan ada masjid pas.
macam pelik je…kan… kalau 1 kampung ada 2 masjid. tak faham betul la.
#Khairulzchenko - Comment Memulatu Masuk Dalam Moderation. Tu Yang Tak Keluar. Macam Yang Saya Ceritakan, Isu Ni Dah Lama. Dah 2 Tahun Berlalu.
Pada Saya Tak Kesahla Sesiapa Yang Mencipta. Saya Tak Pernah Tahu Pun Siapa Yang Cipta Lagu Sekolah, Siapa Yang Cipta Lagu Negeri, Siapa Yang Cipta Lagu Rakyat, Siapa Yang Cipta Lagu Tepuk Amai². Tapi Yang Penting Lagu Tersebut Dah Jadi Sebahagian Dari Darah Daging Kita. Sebahagian Daripada Jatidiri Kita Sebagai Orang Melayu & Rakyat Malaysia.
Saya Sebagai Salah Seorang Negarawan (Walaupun Tak Masuk Askar) Sentiasa Menyantikan Lagu Negaraku Dengan Penuh Semangat Kerana Berbangga Menjadi Salah Seorang Anak Malaysia Di Bumi Bertuah Ini.
#Fahmi - Rupanya Memang Susah Kita Nak Kejar Perpaduan. Bukan Sahaja Kita Tak Harmoni Antara Kaum. Tetapi Dengan Kaum SEndiri Pun Kita Berpecah Belah. Perkara Ini Boleh Juga Dilihat Di Negara² Islam Lain. Seperti Di Iraq, Iran, Bangladesh. Padahal Sesama Muslim. Tetapi Hidup Berperang Sesama Sendiri…