Antara PPSMI, Kes Liwat Anwar Ibrahim, Manek Urai & Kampung Buah Pala
Jul 9th, 2009 oleh Qaiyum

- Tahniah kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang mana perjuangan mereka telah berhasil kini.
- Pemansuhan PPSMI sudah semestinya disambut meriah dengan sorakan para guru dan anak murid “Hurrey! Legaa~”
- Maka kembalilah kita kembali melangkah ke belakang setelah beberapa langkah kita melangkah kehadapan.
- Gagalkah PPSMI?
- Pastinya semua telah jelas apakah matlamat dan objektif Dasar PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan. Jika terlupa silalah melawat ke blog pencetus idea ini, Tun Dr Mahathir. Beliau pastinya antara manusia yang paling kecewa kerana rakyat negara ini tidak memahami hasrat dan niat murni yang beliau cuba bawakan.
- Apapun marilah kita melihat apakah isu sebenar yang melanda PPSMI.
- Saya tidak melihat isu bahasa ibunda sebagai isu yang memperlihatkan PPSMI ini akan memusnahkan bahasa Melayu. Kita di bumi Malaysia ini selagi mana orang Melayu masih bertutur dalam bahasa Melayu, maka tidak akan terhapuslah bahasa ini sama sekali. Apatah lagi bahasa Jawa masih boleh survive walaupun cucu² mahupun cicit² tidak berminat langsung untuk mewarisi bahasa itu. Tetapi mungkin bahasa Jawa akan hilang dari lidah orang Malaysia apabila ia tidak dipertuturkan lagi. Tetapi adakah bahasa Melayu akan terhapus hanya kerana generasi akan datang berbicara dengan bahasa Inggeris di dalam kelas Sains dan Matematik. Adakah generasi akan datang akan juga berbicara sesama mereka dalam bahasa Inggeris di dalam kelas Pendidikan Islam mahupun sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani? Tidak. Isu bahasa bukanlah isunya. “Takkan Melayu Hilang Di Dunia!!” Laung Hang Tuah. Maka sepatutnya pejuang bahasa tidak perlu melenting langsung.
- Tetapi isu yang memperlihatkan PPSMI ini gagal mencapai matlamatnya adalah kerana statistik menunjukkan pencapaian keputusan peperiksaan besar yang merosot dikalangan anak-anak terutamanya yang berada di kawasan luar bandar.
- Yaa.. Apakah puncanya? Banyak hujah yang mengatakan anak-anak tidak berminat lagi untuk mempelajari Sains dan Matematik kerana terasa kesusahannya untuk belajar apabila semuanya dalam Bahasa Inggeris. Tiada lagi minat dan semangat untuk membuat latihan, apatah lagi untuk menelaah mata pelajaran tersebut. Keterpaksaan untuk mempelajari sesuatu sehingga menyebabkan mereka tertekan lalu membuatkan mereka memberontak untuk tidak lagi meneruskan fokus mereka.
- Dilema ini juga melanda “kami guru Malaysia..”. Sedangkan guru juga terkial-kial tatkala belum cukup ilmu di dada, apatah lagi anak murid. Hmm..
- Ibu bapa yang tidak fasih berbahasa Inggeris juga buntu. Apakan daya untuk mereka membantu anak-anak. Untuk hantar ke pusat Tuisyen juga tidak mampu memandangkan gaji bulanan yang rendah dan bilangan anak yang ramai.
- Maka hasilnya pencapaian anak-anak ini jadilah merosot, tertinggal jauh terkebelakang, dan akan menyebabkan potensi mereka untuk ke sekolah berasrama penuh, MRSM, kolej mahupun IPT terbaik terencat.
- Maka dengan sedikit contoh yang diberikan itu, ditambah dengan alasan² lain GMP terhadap PPSMI bolehlah disimpulkan bahawa segalanya adalah kerana SIKAP MANUSIA.
- Ya SIKAP.
- Dan SIKAP.
- Tun Dr Mahathir pastinya seorang yang sentiasa memegang istilah ANJAKAN PARADIGMA. Pemikiran sebegitulah yang telah menjadikan negara ini sepertimana hari ini. Daripada sebuah negara pertanian kepada negara pembuatan dan seterusnya negara industri. Daripada negara mundur ke negara membangun dan menuju misi menjadi negara maju. Ramai orang Melayu suatu ketika dahulu melenting apabila Tun membuat dasar yang pelbagai. Dasar yang masing-masing mempersoalkan “Mampukah kita?”, “Mampukah Orang Melayu untuk membuat demikian?”, “Mampuke orang Melayu berubah daripada memakai kain pelikat di kampung nelayan kepada kemeja bertali leher di pejabat berhawa dingin membawa kereta?”
- Tetapi pastinya mereka yang mempersoalkan itu telah dipatahkan dengan bukti bahawa Orang Melayu boleh berubah selagi mana mereka sanggup untuk berubah sikap yakni dengan PENDIDIKAN. Hanya pendidikan yang mampu merubah orang Melayu. Alhamdullillah peratusan Orang Melayu yang buta huruf telah berkurang dengan mendadaknya semenjak pelbagai dasar pendidikan dilaksanakan kerajaan hingga peratusannya menjadi tersangatlah kecil.
- Tetapi masih SIKAP. SIKAP orang Melayu yang mengharapkan bantuan dan subsidi kerajaan. Mengharapkan segala-galanya datang bergolek dengan senang-lenang tanpa perlu berusaha gigih. Itulah antara SIKAP orang Melayu yang mengecewakan Tun sehingga beliau membuat keputusan ‘Berani!’ dengan mengumumkan perletakan jawatan di Perhimpunan Agung UMNO suatu ketika dahulu. Tun kecewa kerana gagal mengubah jatidiri dan pemikiran kebanyakan orang Melayu. Dan kali ini sekali lagi beliau kecewa kerana Orang Melayu sekali lagi gagal dibetulkan pemikirannya oleh Tun dengan menentang dasar PPSMI.
- Maka kembali pada isunya, mungkin anak-anak generasi sekarang ini masih tidak cukup berusaha. Sepertimana orang-orang tua kita dahulu berusaha untuk mengubah nasib keluarga. Menelaah mata pelajaran di bawah sinaran lampu ayam yang hanya ada masa beberapa jam sahaja setiap malam untuk menjimatkan penggunaan arang batu. Dengan bekalan buku yang tidak mencukupi, kemudahan dan peralatan pembelajaran yang terhad di sekolah dan rumah. Jarak perjalanan yang jauh ke sekolah sehingga berbatu jauhnya tanpa kemudahan pengangkutan seperti hari ini. Habis sekolah pula perlu membantu ibu bapa membanting padi di sawah dan bendang. Ke kebun, menjaga lembu, menyiapkan makan malam, menjaga adik-adik yang masih kecil. Dan bermacam lagi kisah yang sepatutnya menjadi kisah motivasi untuk generasi muda sekarang. Tetapi..
- Apalah sangat kesusahan anak-anak sekarang ini? Hanya perlu memahami istilah sebuah bahasa lain. Hanya 1 bahasa. Bukannya bahasa latin mahupun perancis yang sememangnya sangatlah asing bagi mereka. Adakah benar mereka ini telah berusaha sedaya-upaya? Adakah benar guru-guru telah berusaha sedaya-upaya untuk memberikan pengajaran dengan sebaik mungkin? Atau guru-guru ini hanya berminat terhadap imbuhan lebih jika mengajar 2 subjek ini tetapi tiada inisiatif untuk memperbaiki ilmu di dada? Hmm.. Entahlah.
- …
- Maka apapun keputusan telah dibuat. Kerajaan juga telah mengumumkan langkah-langkah memperkasakan bahasa Inggeris bagi menggantikan Dasar PPSMI.
- Maka kita sama-sama doakan anak-anak ini akan lebih berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris mereka dengan tambahan masa belajar di sekolah. Janganlah disalahkan pula kerajaan jika anak-anak ini nanti gagal menguasai bahasa Inggeris kerana seperti yang telah saya highlightkan banyak kali bahawa segalanya adalah mengenai SIKAP. Janganlah juga disalahkan kerajaan apabila IPT melahirkan graduan-graduan yang tidak kompetetif untuk jawatan yang sepatutnya mereka dapat hanya kerana tidak mahir berbahasa Inggeris. Jangan disalahkan kerajaan kerana anak-anak ini nanti gagal merubah hidup mereka. Jangan disalahkan juga kerajaan kerana Malaysia tidak berkembang langsung ilmu Sains dan Matematik untuk kepentingan pembangunan negara hari esok.
- Dan jangan juga disalahkan GMP dan badan lain yang tampil menentang dasar PPSMI. Kerana perjuangan mereka juga tiada salah dan ada benarnya.
- Tetapi benarlah bahawanya… MELAYU MUDAH LUPA.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Maaflah kerana tajuk artikel direka untuk kelihatan lebih Populis..
Hehe.. Ceria² Selalu~
:D-
Seperti kata Menteri Pelajaran : soal PPSMI dan keputusan berkaitannya tidak seharusnya dikaitkan dengan isu ‘political milage’, PROMAHATHIR, mahu pun nilai Bahasa Kebangsaan. Keputusan dibuat semata-mata kerana kesan PPSMI terhadap pelajar-pelajar sekolah. Sudah terbukti melalui dasar ini gagal membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris ke tahap yang di inginkan, malah pengusaan Sains dan Matematik telah menurun.
Jangan dipergadaikan masa depan majaroti anak-anak demi kecermelangan segelintir sahaja. Di universiti seharusnya mahasiswa berusaha sendiri untuk mengusai Bahasa Inggeris kerana mereka telah matang dan dewasa. Tapi bukan pelajar sekolah yang perlu DIDIDIK dan bukan semata-mata diajar tentang sesuatu.
Dan telah berulang-ulang pakar dalam pendidikan menegaskan bahawasanya untuk menguasai sesuatu pelajaran itu seharusnya ia di mantapkan melalui mata pelajaran itu sendiri dan bukan melalui mata pelajaran lain. Jika di teruskan juga mungkin jadi seperti kata pepatah : Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula tercicir… kita lihat sahaja analisa keputusan UPSR tahun lepas, peningkatan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya malah keputusan Sains dan Matematik pula yang menurun.
nak puaskan hati semua orang mmg x boleh.. tapi langkah kerajaan untuk memperkasakan BI mmg sesuatu yang baik.. itulah keputusan yang ako harapkan dari kerajaan.. cuma, harap janganlah sekadar hangat tahi kuda… cume, yang agak ako kesali adalah menggunakan alasan terhapusnya BM sebagai alasan untuk memansuh PPSMI.. x masuk akal langsung…
tapi, janganlah sesekali kita menyalahkan guru atas kegagalan PPSMI.. ingatlah kata2 ini :
“Pelajar lemah, guru dipersalahkan,
Pelajar cemerlang dan pegi tusyen, pusat tuisyen dikatakan hebat,
Pelajar cemerlang tapi x pegi tusyen, budak punye otak power,
Jadi, guru kita letak dimana….???”
Bukanlah kerana ako seorang guru maka ako berkata begini, tetapi ingatlah bahawa dimana kita berada di usia dewasa ini, semuanya kerana guru jua, walaupun kita seorang perdana menteri ataupun ‘hanya’ seorang guru…
“Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan…”
Wow! itu dia hujah cikgu PONG…. hahaha ko kat klaz pun berhujah mcm ni k?
“Pelajar lemah, guru dipersalahkan,
Pelajar cemerlang dan pegi tusyen, pusat tuisyen dikatakan hebat,
Pelajar cemerlang tapi x pegi tusyen, budak punye otak power,
Jadi, guru kita letak dimana….???”
Tambah 1 Lagi.. Pelajar Kurus Cikgu Gemok, Cikgu Banyak Makan Kat Kantin…
Cikgukan Ibarat Lilin Yang Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain. Cam Tak Biase Pulak. :D=
Tapi Rase Ayat² Kat Komen Encik AzrinBasis Tu Cam Ayat Pengetua SMK Munsyi Abdullah, Melaka Je..
xdelah… itu ayat kami semua…
Kami Guru Malaysia…
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putera Puteri Negara Kita…
[Dari Sinar Ilmu Di Utara Ke P3]
-kesenangan itu ditarik sedikit demi sedikit-
Masih ada ruang untuk meningkatkan kemahiran bahasa inggeris dikalangan pelajar, ajar mata pelajaran sejarah atau geografi atau kajian tempatan dalam bahasa inggeris kerana mata pelajaran tersebut lebih mudah difahami jika dibandingkan mata pelajaran sains dan matematik sekiranya diajar dalam bahasa inggeris. Untuk menguasai sesuatu bahasa memerlukan masa yang cukup. Tidak cukup sekiranya bahasa inggeris hanya dipraktikkan dalam waktu pembelajaran bahasa inggeris sahaja. Ada cadangan untuk menambahkan waktu pembelajaran bahasa inggeris, persoalannya ialah mata pelajaran apa yang akan dikorbankan? Mata pelajaran apakah yang akan ‘dibuang’ bagi digantikan pembelajaran bahasa Inggeris ? Semua mata pelajaran adalah penting tetapi waktu persekolahan terhad. waktu yang sedia ada pun tidak cukup untuk menampung bermacam-macam mata pelajaran yang sedia ada .
Para menteri selalu menyebut mata pelajaran MUSIK akan menjadi korban. Tetapi cukupkah masa yg diambil dari mata pelajaran tersebut jika ianya cuma diajar seminggu sekali. Aku rase akan ade mata pelajaran lain yg turut terkorban… tp para menteri x nak sebut supaya x jadi isu…. kita tengok j la mata pelajaran ape yg akan jadi mangsa nanti
Salam Ziarah Saudara,
Lama tak berkunjung berkongsi idea disini.
PPSMI:
ramai yang melihat kepada pelaksaan, tetapi tidak melihat kepada pengisian. takut kepada bahasa ibunda pupus, bukan masalah utama. sebagai pemimpin, pastinya mereka mahukan yang terbaik.
apa yang disebutkan kegagalan PPSMI tidak dinyatakan secara jelas. apa yang pasti, bagi aku ia gagal kerana tidak dipertahankan. gagal kerana serangan politik.
erk…
mane isu Manek Urai dn Kampung Buah Pala…???
salam…lama sungguh tak berkunjung..
hmm..payah juga orang promahathir ni kalau bercakap….idea memang la bagus..sekarang ini tolong fikirkan realtiti…budak sekadar idealisma sahaja….idealisma takkan jadi realiti kalau sikap bangsa tak di ubah…
siapa yang membentuk sikap ini…. acuan siapa yang menyediakan kalau tidak kerajaan kita?
maka, jangan agungkan pemimpin dengan ideanya kerana belum tentu ideanya dapat diterjemahkan dengan sempurna.
orang melayu bangga kalau cakap bahasa inggeris,tapi malu kalau cakap melayu..walhal dengan cashier kat kenny rogers tu melayu dari ceruk kampung mana tah…
bila kita bercakap tanpa asas..inilah jadinya.
Hidup Mahathir!!
Hidup Nik Aziz!!
suria muncul di pagi hari,
kita bangun sederap kaki,
menara bangsa akan kita bina,
perkasa tiada rebah lagi….
*kalau aku jadik PM, semua penjawat awam mesti menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar……. haha
#deennasour - ni lagi tak guna. sekarang ini kamu duduk di negara mana? nak guna bahasa inggeris selalu. kalau macam tu, mansuhkan sahaja bahasa melayu, biar orang melayu hanya belajar daripada perbualan di rumah. ok kan? utamakan bahasa inggeris.
satu je masalah orang melayu, belagak kalau pandai cakap bahasa inggeris, tapi malu nak cakap bahasa melayu. macam **mp*ng
Salam…
Pertamanya, kita perlu mengakui hakikat dunia pada hari ini jauh berbeza dengan dahulu. Begitu juga dengan remaja dan pelajar pada hari ini, langsung berbeza dengan remaja dan pelajar pada masa dahulu. Dengan kata lain, generasi muda hari ini jauh berbeza dari segi pemikiran, pertuturan, gaya berpakaian dan bermacam-macam lagi perubahan yang ditiru oleh generasi muda pada hari ini, kononnya mahu kelihatan seiring dengan perkembangan zaman.
Isu PPSMI saya kira, bukan sahaja isu untuk menyelamatkan bahasa Melayu malah lebih daripada itu. Anda seharusnya bersyukur tergolong dalam golongan yang bijak pandai berbanding dengan golongan generasi muda yang masih jauh ketinggalan di belakang, khususnya dalam pelajaran. PPSMI saya kira telah membunuh jiwa anak-anak yang mahu mempelajari Sains dan Matematik. Kalau dahulu, masih ada lagi murid yang dapat mempelajari dan mengikuti malah berminat mempelajari kedua- dua subjek tersebut, tetapi apabila dasar PPSMI diperkenalkan, mereka jadi termangu dan bosan, kerana tidak memahami bahasa penjajah Barat. Saya kira, saudara cukup mengetahui kondisi para pelajar pada masa kini yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan bermacam2 lagi masalah lain yang kebanyakannya disebabkan oleh pengaruh persekitaran. jika permasalahan yang mereka alami pun masih belum ada jalan penyelesaian, mengapa mahu menambah permasalahan lain dengan menggangu gugat dalam isu pendidikan pula???
Adilkah kepada para pelajar yang masih keciciran, adilkah kepada pelajar yang tinggal di pedalaman, adilkah kepada para pelajar yang berminat mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, Adilkah????
Tepuk dada tanyalah iman. Tiada orang yang boleh mencipta masalah yang serius dalam sesuatu kaum, melainkan bangsa itu sendiri yang menjadi petualang, kerana, hanya orang tersebut sahaja yang mengetahui letak duduk kekuatan dan kelemahan bangsanya sendiri.
Salam Alaik…
mantap la qai artikel ko yg nih dpt smabutan tol.. terpulang pd individu nk wat penilaian.. tp ak suka pemansuhan PPMSI nih.. sbg guru yg belajar dlm BM masa sek dulu agak ssh nk mengajar dlm BI ni sbnrnye.. mmg cabaran tol.. tp wat setakat nih ak mmg ade mslh sket nk ajar student in english coz byk term yg ak kena belajar balik.. siap ak kena komen ngan student diorg xpaham ape ak ajr.. msalah tol.. ak tgh down skrg.. huhu
Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan
1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.
The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
Click here to view more details
saya seorg guru sains d skolah rendah..saya takde masalah nk ajar sains dlm bahasa inggeris,tp bkn tu isunye….
smasa masih blaja d upm,masa PPSMI masih baru,saya dh baca byk jurnal2 yg brkait dgn pengajaran n pembelajaran sains dr sluruh dunia..ade brpuluh puluh malah bratus jurnal yg berkait dgn pgunaan bahasa dlm P&P sains…sume jurnal tu dhasilkan bdasarkan kajian2 @ujikaji yg telah djalankan…saya bole katakan,hampir 100% pengkaji brsetuju yg “bahasa yg paling tepat untuk belajar sains serta menguasai kemahiran proses sains untuk kanak-kanak ialah bahasa ibunda kanak2 itu”…..inilah isu sbenarnya PPSMI..
ade 2 perkara kita kene tau..ini fakta bkn pendapat..
pertama,nak menguasai bahasa inggeris mestilah blaja dgn kaedah yg btul…story-telling,role play,nyanyian,repeat,repeat n repeat…cuma mungkin kita mesti baiki ape2 klemahan yg timbul..jumlah jam x jadi masalah sbenanye..
kedua..kita mesti paham tujuan blaja sains..perkara pokok dlm P&P (pengajaran & pembelajaran) sains ialah “menguasai kemahiran proses sains” dan strusnye kemahiran berfkir (critical thinking skills n creative thinking skills)…untuk menguasainye,bahasa memainkan pranan penting krana ia melibatkan kognitif iaitu otak..kalo bahasa ibunda atau bahasa kbiasaan kita melayu,scara normal kite brfikir dlm bahasa melayu jgk..contohnye, kanak2 sedia tau pokok tumbuh n membesar,dan dr pngetahuan sedia ada tu,kite nk kanak2 BERFIKIR bagaimana n knape pokok bole membesar….itula tujuan blaja sains..mngasah kemahiran berfikir yg strusnye membantu mguasai ape2 bidang skalipun..
jd kita dh mncelarukan pemikiran bdk2 kita sbenarnye bila PPSMI dilaksanakan..pembuat dasar sndiri celaru, rakyat lg keliru…buktinye….tanyelah guru sains mcm saya ni..
betulX3… kalo upin n ipin d tayang kan dlm BI pasti sambutan nye x seperti skrg… sbb majoriti budak2 n x lupa org dewasa yg tonton kartun tu berfikir dlm BM.
PS: Teknik berbahas dgn konsep metafora ;D