DAP Kedah Keluar Pakatan? Bukti Kerapuhan Pakatan..
Jul 3rd, 2009 oleh Qaiyum
Thomas Su Membuat Kenyataan Media
- DAP Kedah hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri termasuk isu babi. - DAP Kedah semalam mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana hilang keyakinan terhadap kerajaan Kedah termasuk isu merobohkan pusat ternakan babi di Alor Setar.
- Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su. Beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad kepada pemimpin DAP Pusat.
- Menurut Thomas, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah berkata bahawa Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik.
- Azizan dalam reaksi segeranya berkata, beliau tidak akan menghalang DAP jika mereka berhasrat untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri ini. - Ini pastinya satu tamparan hebat bagi Pakatan Rakyat. Belum pun sempat merampas Kerajaan Pusat dari tangan BN, masalah-masalah sering muncul di negeri-negeri kuasaan PR. Bagaimanakah sekiranya kelak mereka berjaya merampas Kerajaan Pusat dan seterusnya mentadbir negara ini?
- Adakah gabungan PKR-DAP-PAS akan berjaya mewujudkan keharmonian di negara ini? Atau sensitiviti kaum akan semakin tergugat dan mengundang bencana sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 apabila setiap parti dalam Pakatan Rakyat berpegang pada prinsip dan ideologi parti masing-masing dan tidak dapat mencapai kata sepakat sepertimana yang ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional?
- Namun perkara yang paling kelakar apabila Ketua Pembangkang memberi respon isu ini dengan menyalahkan pihak media.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
- Beginikah pemahaman demokrasi importannya dari Barat? Dengan hanya menyalahkan media yang tidak menyebelahi pihaknya maka segala masalah akan dapat diselesaikan? Mudahnya..
- Namun lain pula luahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang agak tidak selesa dengan ketidakmatangan permainan politik DAP yang suka mengugut jika tidak berkenan terhadap sesuatu keputusan mahupun dasar yang diputuskan oleh sesuatu pihak di dalam Pakatan Rakyat dan suka mengugut untuk bertindak keluar pakatan. Pastinya rakyat dapat melihat sejauh mana keikhlasan DAP dalam berperjuangkan nasib rakyat (atau kaumnya?).

- Apa pula Tuan Guru Nik Aziz akan komen berkenaan isu ini? Sehingga waktu ini Kerajaan Kedah masih belum menerima sebarang surat daripada pihak DAP Kedah memberitahu bahawa mereka telah keluar pakatan. Dan sehingga waktu ini juga 3 Julai 2009 jam 12:46 am masih tiada sebarang artikel dikeluarkan di Harakahdaily.net bagi mengupas isu ini. Adakah mereka tidak berani untuk membuka pekung di dada seperti biasanya? Atau hanya menunggu amanat daripada Tuan Guru Nik Aziz? Artikel di laman web itu yang bertajuk “Mesti tegas jika libatkan dasar Islam” mungkin memberikan makna tersirat mengenai pendirian PAS terhadap isu ini.

- Rakyat biasa yang tidak berpihak kepada sesiapa mahupun yang menyokong Barisan Nasional pasti dapat menghidu masalah ini sejak dari awal lagi Pakatan Rakyat ini berkahwin secara paksa. Ini pastinya satu berita gembira buat golongan itu. Melihat perpecahan Pakatan Rakyat ibarat menanti sesuatu yang sudah pasti tetapi tidakkan tahu bilakah masanya. Dan cita-cita golongan ini lagi pastinya untuk melihat perpecahan di negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat yang lainnya kerana telah terbukti bahawa Pakatan Rakyat masih tiada FORMULA yang berkesan untuk mentadbir negara berbilang kaum ini. Inilah hakikat.
- Rupanya mencari FORMULA KIMIA adalah lebih mudah daripada mencari FORMULA MENYATUPADUKAN PAKATAN RAKYAT. Semoga ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang tidak pening kepala untuk mencari FORMULA itu sekarang. Adalah molek jika formula mencari vaksin virus Influenza A (H1N1) sama-sama kita fikirkan ataupun sekurang-kurangnya memikirkan cara mengelakkan ianya menular lebih teruk lagi di kalangan masyarakat kita.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












cerita ini dah berlansung sejak 30 tahun dulu, cari maklumat yang betul, baru tulis dalam artikel.
Anda Mencari Maklumat Dari Sumber Mana? SMS? Ceramah?
dulu masa aku kat derma ada sorang cikgu sejarah…lam kelas ckp dia tak daftar mengundi dan xpernah mengundi pun…walhal cikgu sejarah…hoho
bergerak ke depan tapi jgn lupa apa yg terjadi di belakang…baru ingat asal usul…baru tau nak berpolitik atas dasar apa…
juz my 2 cents..
haha ntah makin lama makin kritikal lak isu politik masa kini. yg jd mangsa adlh rakyat… kepimpinan melalui tauladan itu yg terbaik…