Selamat Belajar
Jun 30th, 2009 oleh Qaiyum
1. Pertama sekali maafkan saya sekiranya saya membuatkan kalian yang acapkali berkunjung ke blog ini ternanti-nantikan tulisan saya yang tak berapa macam tulisan ini. Tugasan di pejabat dan kembali bergelar pelajar membuatkan masa saya agak menyempit secara tiba-tiba untuk kekal menulis di sini.
2. Walau bagaimanapun tugasan di pejabat agak reda sedikit memandangkan misi utama di bawah unit baru di jabatan tempat saya bertugas telah usai. Misi mendapatkan pengiktirafan sijil MS ISO 9001:2008 berjalan dengan lancar. Hasil penat lelah setelah berhempas-pulas selama setengah tahun terbayar apabila pihak SIRIM mengumumkan agensi saya telah berjaya diangkat untuk memiliki sijil MS ISO tersebut. Syukur Alhamdulillah.
3. Bermula 2 minggu lepas juga saya telah menapak selangkah lagi dalam arena akademik dengan memasuki kelas pertama kursus pascasiswazah dalam bidang Ekonomi Gunaan. Nampaknya rajukan saya tiada kesudahan. Semakin jauh jadinya apabila saya tidak lagi berada di arena teknologi dengan meninggalkan bidang teknologi maklumat terkapai-kapai tanpa saya. Haha.. Seronok juga apabila kembali bergelar pelajar. Terasa masih muda.
Anda bila lagi?
4. Rakan-rakan saya yang lain juga rasanya kini sedang dalam tempoh orientasi bagi mereka yang teringin benar menjadi guru tersebut. Pendaftaran bagi jurusan DPLI & KPLI bagi ambilan tahun ini telah usai. Semoga mereka tidak diragging sewaktu orientasi.
Selamat menjadi guru kepada kalian semua. Didiklah anak bangsa dengan sebaik mungkin kelak. Generasi akan datang sangat bergantung kepada anda..
5. Begitu juga halnya situasi di seluruh IPTA seluruh negara. Minggu ini pastinya minggu yang paling memenatkan bagi pelajar yang baru mendaftar bagi sesi akademik 2009-2010. Kebanyakan dari mereka pastinya merasakan 50% daripada aktiviti orientasi itu tidak perlu. Benarkah?
6. Sedikit nasihat bagi pelajar yang baru menjejakkan kaki ke menara gading itu :
- Jangan datang awal ke dewan kuliah untuk duduk di belakang. Datang awal untuk duduk di barisan hadapan. Hikmah di situ sangat menggunung.
- Jangan malu untuk bertanya kepada pensyarah sewaktu kuliah, tutorial mahupun makmal. Buang andaian negatif takut bertanya kerana khuatir soalan yang ditanya itu dianggap soalan bodoh oleh rakan sekuliah. Itulah gunanya jika kita berada di barisan hadapan, dengan selambanya kita boleh bertanya kepada pensyarah tanpa perlu mencari mikrofon.
- Buat assignment last minute? Jauhkan ia kerana anda akan mati jatuh @ terjatuh dari bangunan 4 tingkat akibat tekanan jiwa dan mental. Jangan jadi bacul dengan berfikiran jika anda menyiapkan assignment awal, rakan anda akan mendampingi anda untuk meminjam assignment tersebut. Disinilah gunanya skil berkomunikasi anda dengan memberikan 1000 macam alasan kepada kawan yang malas buat tugasan.
- Rancang kewangan anda dengan sebaik mungkin. Jangan boros dengan kemasukkan selonggok duit biasiswa samada dari Shell, Petronas mahupun JPA. Apatah lagi PTPTN. Jangan beli telefon bimbit touchscreen. Nokia 3310 masih cool. Untuk membeli laptop dikecualikan. Tetapi tidak perlu ditokok-tambah semata² untuk bermain counter-strike, dotA mahupun Solitaire dengan kawan di bilik sebelah.
- Berpacaran? Hui.. Jauhkan ia. Kerana berpacaran di Universiti seawal anda Tahun 1 sangat tipu. Hahahah.. (Sila jangan andaikan bahawa saya mengalami pengalaman pahit. Bukan begitau tau!). JIKA DAN HANYA JIKA anda pasti bahawa cinta pandang pertama anda benar-benar ialah si DIA barulah anda mengorak langkah. Tetapi utamakanlah akademik dan keluarga terlebih dahulu. Nasihat saya tunggulah sehingga masing-masing sudah berkerjaya kerana manisnya ada di situ :D=
- Libatkan diri dengan aktiviti luar kuliah. Bersukan, berpersatuan, bersosial (bukan di kedai mamak mahupun di panggung wayang), aktiviti masyarakat, badan beruniform dan lain-lain lagi. Banyak faedahnya terutama di saat anda dibezakan oleh bakal majikan anda sewaktu dan setelah selesai sesuatu temuduga.
- Jaga pointer. Pointer adalah ibarat pakaian anda. Semakin kurang CGPA/CGPS anda bermakna semakin kurang pakaian di badan anda. Jangan sampai anda malu kerana sedang berbogel. Fahamkanlah metafora itu.
- Dan yang terakhir, hayatilah kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i Universiti. Dapatkan sebanyak mungkin pengalaman yang anda tidak dapat sewaktu di bangku sekolah. Sesungguhnya hidup bergelar mahasiswa/i walaupun penuh cabaran tetapi itulah pengalaman paling manis akan anda kenang sampai anda bercucu empat kelak. Percayalah.. Dan jangan jadi seperti saya yang kini menjadi pelajar kembali kerana terlalu rindukan saat semasa pra-siswazah dahulu.
:D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]











Sejak bila wordpress ini boleh secara automatik menukar teks kepada Icon Smiley itu??
Salam, sudah berkurun lamanya aku x berkunjung ke laman web saudara. Haha aku pun agak sibuk dgn kerja makmal dan baru skunk ade kesempatan. Hmm taniah la pada saudara AYUM yg telah bertekad utk menyambung pelajaran.
Aku agak tertarik dengan kisah berpacaran saudara semasa di zaman prasiswazah dahulu. Ape pun saudara sendiri telah merasa dan mungkin lebih tahu dari jenis aku yang memerhati dan menganalisa dari tepi… hehehe berpacaran tidak salah kalau MAMPU mengendalikan masa, nafsu, tenaga dll tapi jika rasakan masih belum tunggu sahajalah.