Dakwaan Ke Atas Sisters In Islam (SIS)?
Jun 16th, 2009 oleh Qaiyum
1. Pendirian SIS selalu membawa fahaman Islam liberal selalu mengelirukan.
2. Amina Waduh beberapa tahun dahulu pernah bertindak mengimamkan Sembahyang Jumaat di Amerika. Beliau turut didakwa pernah menjadi ahli SIS.
3. PAS mendakwa tindak-tanduk SIS boleh mengancam akidah umat Islam kesan daripada kontroversi-kontroversi yang diwujudkan oleh organisasi ini. PAS membawa usul supaya NGO ini diharamkan dengan mendesak kerajaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan.
4. Walaupun anak-anak perempuan dua bekas bekas Perdana Menteri menjadi ahli SIS, NGO terbabit dikatakan rapat dengan kepimpinan pembangkang termasuk PKR & DAP. Wujud isu-isu tertentu membabitkan tentangan terhadap kerajaan disokong mereka secara bersama.
5. Maka tidak hairan apabila DAP dan PKR melenting dan memandang serius usul yang diluluskan dalam Muktamar PAS yang lalu untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan SIS.
6. Kenyataan Teresa Kok, Setiausaha Organisasi DAP :
- Menjadikan alasan kebebasan bersuara, prinsip demokrasi dan kebebasan berpersatuan sebagai hujah kenapa PAS tidak wajar meluluskan usul itu.
- Sebagai rakan dalam pembangkan isu itu perlu dibincangkan bersama terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya diambil.
- Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita.
- Sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat UMNO dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat.
7. Kenyataan PKR melalui Naib Presidennya, Mustaffa Kamil Ayub :
- Pembangkang tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut.
- PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahli SIS menjalani proses pemulihan.
- Nada sama dengan Teresa Kok mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.
8. Kenyataan PAS :
- Penjelasan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Label Islam pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika mempunyai pandangan jelas terhadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif.
- Nasrudin Hassan menyarankan SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis.
9. Pengharaman SIS kelak sebenarnya akan melenyapkan satu lagi sokongan kepada perjuangan pembangkang yang mahu meliberalkan Islam di negara ini selepas usaha menaikkan pemimpin PAS, Datuk Husam Musa gagal pada muktamar lalu.
10. PAS pastinya melihat perkara ini secara halus dan ingin mencabut duri dalam daging sebelum ianya membengkak dan bernanah. Isu SIS dan kerajaan perpaduan yang hangat diperkatakan kini lebih kepada krisis keyakinan dalam hubungan PKR, DAP dan PAS.
11. Anwar tahu tanpa PAS yang mengusai kira-kira 30 kerusi Parlimen, harapannya untuk menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak akan kesampaian.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]













menjawab terus soalan no.6
- itu adalah hak peribadi Teresa Kok, kenyataan itu kenyataan dia sendiri, dan tidak ada media press yang datang daripada partinya.
- tidak ada kena mengena soal pakatan rakyat dengan SIS. Ini adalah hak PAS untuk menyatakan hasratnya. Kenapa yang lain mahu pertikaikan.
- hanya orang yang malas baca dan selak Al-Quran sahaja yang nak perkara ini berlaku.
soalan 7
- PKR tetap PKR, PAS tetap PAS, kalau hanya PAS sahaja nampak SIS itu ada ‘masalah’ yang lain anggap itu ’suci’, kalian rasa kalian nak pilih yang mana? UMNO sendiri tak cakap soal ini. Pegelah!!! Sokong lagi ada!
soalan 9.
- gaya macam mengatakan Husam itu liberal ke? apa buktinya ?
Soalan 9
- Kenyataan Tidak Membawa Maksud Mengatakan Husam Memperjuangkan Islam Liberal. Tetapi Hubungan Baiknya Dengan DSAI Mungkin Akan Menyebabkannya Terperangkap Dengan Agenda Politik Pengaruh DSAI Samada Dalam Keadaan Sedar Atau Tidak.
dia terdidik dengan baik di bawah TG Nik Abdul Aziz, semua orang Kelantan tahu siapa dia dan orang Kelantan tahu siapa itu Nasharuddin Mat Isa.
DSAI…..aku tahu tapi tak mahu komen. cukuplah sekadar ini dulu
2012, jangan lupa undi pakatan rakyat. heheh…