Mencari Damai Dalam Demokrasi - Feriz Omar
Jun 10th, 2009 oleh Qaiyum
UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR
(Edisi : Selasa, 9 Jun 2009, Muka 10)
RENCANA
Mencari damai dalam demokrasi
SEWAKTU ingin menulis artikel ini, saya langsung teringat kepada ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri kita semasa Konvensyen Ulang Tahun UMNO yang ke-50, lebih 10 tahun yang lepas. Setelah sekian lama, hari ini saya semakin terasa akan kebenaran kenyataan Dr. Mahathir. Betapa jauh dan dalamnya kemampuan beliau “berfikir dan menaksir”. Ucapan beliau yang saya maksudkan itu antara lainnya menyatakan:
“Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menganggapnya sebagai satu sistem yang tidak ada siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya. Mereka menciptakan slogan ‘Vox Populi, Vox Dei‘ iaitu suara ramai adalah suara Tuhan.
“Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna, bahkan ia penuh dengan kecacatan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau diktator.”
Hari ini, tatkala kita menjengah suasana politik di beberapa negara jiran, kita dapat melihat sendiri kebenaran peringatan tersebut. Apa yang berlaku adalah setiap kali gagalnya parti-parti yang memerintah di negara-negara tersebut memulihkan ekonomi dan taraf hidup rakyat, dakwaan rasuah dan isu salah tadbir pasti akan timbul yang akhirnya mencetuskan pula demonstrasi jalanan yang tidak berkesudahan.
Pertukaran parti yang memerintah negara bagaikan menjadi kemestian sekalipun parti berkenaan baru sahaja memerintah dan belum pun sempat membuktikan kemampuannya.
Demikian juga halnya jika kita menelusuri sejarah Afghanistan. Gara-gara dambakan demokrasi, sistem monarki sedia ada dijatuhkan. Namun ia berakhir dengan ibu kota Kabul musnah dan ribuan nyawa terkorban.
Dan setelah sekian lama, sudah amankah Afghanistan kini? Negara kita hari ini pun nampaknya tidak lagi terkecuali. Sudah kelihatan bercambahnya bibit-bibit kepada “bencana demokrasi” di negara yang kita cintai ini.
Senario demokrasi sihat menjamin keamanan
Melihat kepada elemen-elemen asas kepada demokrasi yang menjulang suara ramai sebagai penentu keputusan, bolehlah kita katakan bahawa kalau kena gayanya, demokrasi memang mampu membawa kepada kemakmuran, kedamaian dan kemaslahatan rakyat.
Ini kerana, sebarang tindakan yang dilakukan adalah atas kehendak yang “dipercayai dan diterima” oleh sekelompok majoriti. Lazimnya, keputusan majoriti adalah betul. Namun, oleh kerana sifat demokrasi itu sendiri yang tidak sempurna, maka ada kalanya kesimpulan yang dibuat itu tidak begitu tepat dan membinasakan.
Justeru, adalah menjadi suatu tanggungjawab kerajaan yang memerintah bagi menentukan sistem demokrasi yang wujud adalah sistem yang benar-benar sihat dan “menjurus ke arah kestabilan”.
Dewasa ini kita lihat, terdapat beberapa tuntutan yang bersifat “luar batasan”, berniat jahat dan prejudis diusulkan kepada kerajaan. Ada antaranya dilihat berpotensi mengganggu suasana aman dalam negara. Adalah tepat sekali tindakan kerajaan yang telah bertegas untuk enggan melayan tuntutan-tuntutan sebegini.
Malangnya, bila mana tuntutan “mengada-ngada” ini tidak dilayan, ia dibawa pula ke jalanan. Boleh dilayan sebenarnya bagi hal yang berpatutan, tetapi jika ia melampau, mampu merosakkan suasana demokrasi yang stabil dan mengganggu-gugat ketenteraman masyarakat berbilang kaum di Malaysia, maka jalan terbaik adalah untuk mengabaikan saja.
Kalau keperluan sampai begitu mendesak dan sudah tidak ada cara lain, gunakanlah ISA dengan sebijak-bijaknya. Pertahankanlah suasana demokrasi yang sihat.
Kuasa memilih di tangan rakyat
Pada ketika ini, secara jelasnya rakyat Malaysia cuma ada dua pilihan pemerintahan, pertamanya Barisan Nasional dan keduanya pakatan pembangkang. Secara peribadi, saya lihat Barisan Nasional sudah pun ada tujuan dan objektif yang jelas berbanding pembangkang yang kelihatannya masih ‘teraba-raba’, mencari ‘titik muktamad’ kepada kesepakatan parti-parti gabungannya. Yang tinggal lagi cumalah ‘menampung yang cacat’, ‘memperbaiki yang kurang’ dan ‘membuang yang sudah rosak’.
Sehingga kini, rasanya masih terdapat keraguan sama ada kesemua objektif perjuangan parti-parti politik dalam pakatan pembangkang dan slogan-slogan mereka seperti ‘Malaysian Malaysia’, Ketuanan Islam, Ketuanan Rakyat dan Pas Untuk Semua, dapat disatukan di bawah suatu ‘bumbung’ parti politik gabungan yang sah.
Dan yang paling penting, apa dan siapa yang harus ‘berkorban’? Soalan inilah yang masih lagi belum ketahuan jawapannya.
Hakikatnya, adalah tidak tepat kalau kita meletakkan untung nasib negara di tangan sekumpulan parti politik yang masih tercari-cari kata muafakat. Kalau sudah dapat kuasa memerintah negara, baru sibuk-sibuk hendak mencari persefahaman dan berakhiran dengan ‘tidak berjaya mencapai kesepakatan’ pula, saya khuatir akan berlakunya persengketaan yang membawa kepada ketidakstabilan negara.
Hari ini pun jalanan kita kadang kala terpenuh dengan rutin demonstrasi ‘aman’ yang ‘tidak aman’ oleh kumpulan-kumpulan sebegini. Apalagi jika kucar-kacir berlarutan nanti? Jika benar bahawa kuasa akhirnya di tangan rakyat. Maka fikir-fikirkanlah.
FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












bapak penulis,
usah mencari damai dalam demokrasi jika pemimpin di atas tidak bisa mendemokrasikan pemikiran mereka dengan acuan Malaysia.
sekarang apa pandangan bapak penulis tentang kerajaan mahu mewajibkan soal Bahasa Inggeris subjek lulus dalam peperiksaan SPM. Bisa bapak ulas kerana saya memandang bapak sangat vokal dalam berbicara soal bangsa Melayu.
rukun untuk menjadi bangsa Melayu harus berbicara bahasa Melayu kan?
ikhlas,
orbitMalaya.blogspot.com
“usah mencari damai dalam demokrasi jika pemimpin di atas tidak bisa mendemokrasikan pemikiran mereka dengan acuan Malaysia.”
- Bagaimana Acuan Malaysia? Adakah Acuan Seperti Gabungan Hak Sama Rata Milik PKR, Malaysian Malaysia Milik DAP & Membangun Bersama Islam Milik PAS? Atau Hanya 1 Acuan Dalam Kerajaan BN Menjadi Agenda Yang Tidaklah Berkecamuk Itu.. Formula Mana Lebih Berkesan Demi Mencari Kedamaian??
“sekarang apa pandangan bapak penulis tentang kerajaan mahu mewajibkan soal Bahasa Inggeris subjek lulus dalam peperiksaan SPM. Bisa bapak ulas kerana saya memandang bapak sangat vokal dalam berbicara soal bangsa Melayu.
rukun untuk menjadi bangsa Melayu harus berbicara bahasa Melayu kan?”
- Apa Salahnya? Mewajibkan Lulus Dalam Bahasa Inggeris Tidak Bermakna Menidakkan Kewajipan Lulus Dalam Bahasa Melayu. Masyarakat Melayu Terutama Pelajar Sekolah Harus Sedar Bahawa Mereka Harini Sedang Selesa Walaupun Sistem Meritokrasi Dilaksanakan. Tetapi Kerajaan Masih Mengutamakan Golongan Bumiputera Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti/Maktab/Kolej dll. Tapi Suatu Masa Nanti Mereka Perlu Sedar Bahawa ‘Payung’ Daripada Kerajaan Ini Akan Hilang, Dan Pelajar Sekolah Akan Datang Perlu Bergantung Pada Kebolehan Diri Sendiri Untuk Melanjutkan Pelajaran.
Jika Tidak Bermula Hari Ini Bila Lagi? Tekanan Bermula Di Sekolah Sangat Bagus Berbanding Jika Mereka Hanya Mahu Belajar Erti Tekanan Ketika Berada Di Bangku Universiti.
Saya Juga Tiada Masalah Dari Segi Bahasa. Saya Membesar Di Universiti Memperjuangkan Agenda Bahasa Melayu. Saya Banyak Memperkatakan Mengenai Jatidiri Bangsa Melayu. Tetapi Persediaan Menghadapi Gelombang Globalisasi Sentiasa Perlu Wujud Dalam Diri Masing² Jika Mahu Sama² Berdepan Dengan Ancaman Global & Perang Ilmu Hari Ini.
- mencari kedamaian dalam pentadbiran apabila syariat Islam menjadi keutamaan dalam pembuatan dasar dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Acuan itu terletak pada kita semua, kerajaan penyedia acuan, kita yang mengisinya, tetapi kalau acuan yang dibuat tidak menghala kepada kedamaian, apakah kita akan mengisi acuan itu dengan rasa yang manis?
- bukan soal salah itu jadi keutamaan bagi saya, yang penting sekali adalah pelaksanaannya. Cukup-cukuplah dengan projek mega pendidikan sekolah bestari, ppsmi, semua itu hanya mendatangkan hasil yang sangat sedikit, ibarat projek gajah putih. apa yang kita mahu, jika bersungguh mahu BI jadi subjek wajib, PPSMI minta tolong mansuhkan. tumpukan sepenuhnya kepada Bahasa Inggeris. baru sesuai dengan kaedah dan caranya.
- tapi percaya atau tidak, jatidiri Melayu akan bakal hilang dalam satu dekad masa nanti hasil daripada semua ini. Maka, dalam satu masa, tidak ada lagi yang mempelajari seni bangsa Melayu, oleh kerana sibuk belajar bahasa Inggeris seharian di rumah.
ikhlas,
orbitMalaya.blogspot.com
Salama sejahtera ke atas sdr berdua,
Persoalan sebenar isu PPSMI yang sebenar pada saya ialah “bagaimana memurnikan nawaitu yang baik tanpa menjejaskan apa-apa”.
Saya pohon anda semua diberi kesabaran kerana jawapan kepada kemelut yang satu ini sebetulnya sudah ada. Insya Allah ia bakal memuaskan.
Cuma menanti masa dan ketika. Percayalah Muhyiddin tidak seperti Hishamuddin. He’s listening.
Be patient and tawakkal.
#anwar abrahman
adakah kita perlu bersabar lagi kalau 52 tahun yang lalu, sikap mengaut keuntungan melampau atas dasar kerajaan masih lagi berleluasa? PPSMI jika telus, indeks Sains dan Matematik di setiap sekolah meningkat! adakah sangat meragukan jika indeks pencapaian di peringkat sekolah semakin menurun tetapi indeks nasional ia meningkat? sekarang ini mana indeks yang lebih persis?
sila jelaskan perkara ini sebelum saya mengenali lebih lanjut tentang muhyiddin yassin. sekian
khairulzchenko,
Salam. Saya tak tahu apa lagi yang mahu dan perlu anda rapukan. 52 tahun apa? PPSMI 52 tahunkah? Cakap usah simpang siur. Nak persis2 apa? Kan saya sudah kata jawapan sudah “around the corner”
Dan bila saya kata sudah “around the corner” dan “jawapan kepada kemelut yang satu ini sebetulnya sudah ada”, saya memberitahu anda perkara ini sedang berlaku. Saya bukan mengagak, bukan meneka.. saya memberitahu bakal kejadian…
Pada saya bicara apa2 tidak lagi perlu. Kerana saya benar2 memaksudkan jawapan SUDAH ada. Bagaimana saya tahu dan apa jawapannya tidak penting. Yang perlu anda tahu ialah Insya Allah ia bakal memuaskan.
Wassalam.
Mari kita tunggu dan lihat kata putus dari barisan kabinet yg baru ttg PSSMI. Harap ianya berjaya menangani masalah sebenar dan bukan sekadar untuk memuaskan hati pihak tertentu.
Akan aku beri komen lebih lanjut slps kenyataan rasmi dr Pakcik Muhyiddin
Assalamu ‘alaikum, saudara Muslim saya semua,
Saya baru baca blog ini. Tapi, tentang Melayu/ Islam, bila-bila pun sesuai.
Mencari damai untuk Malaysia melalui demokrasi? Uhh! mahu damai yang bersifat semusim atau yang abadi? Kalau yang semusim, sudah berkali-kali dicapai melalui demokrasi, tapi sebanyak kali itu juga bubar, pun atas nama dekomrasi. Baru di kalangan orang Melayu sahaja, melalui gerakan politik - dgn berideologikan demokrasi yang amat sakral itu - kedamaian tak pernah ada. Sudahnya, terserpih-serpih menjadi UMNO, PAS, Parti Negara , Semangat 46, dll (+ kini yang di dalam PKR). Bahkan, solidariti di dalam parti-parti yang muncul akibat keperpecahannya kesatuan politik Melayu itu sendiri tidak pernah berlaku: perebutan kuasa, berbentes kaki, bercuriga. Dan banyak parti telahpun berkubur. Yang sedang menanti saat mati, hingga sekarang masih belum menemui hujung pangkal bagaimana Melayu dapat mendamaikan melalui rel DEMOKRASI. Yang berlaku kini malah pertelagahan sesamanya yang kian memburuk dan membusuk, sekalipun UMNO, PAS, PKR sama-sama penjunjung tegar demokrasi yang ’suci’ itu. Dengan kebebasan pertempuran politik yang diberi dan dijamin oleh demokrasi, siapa berani menelah Melayu akan dapat dipersatu dan damai 2 PRU lagi, 10-12 tahun dari sekarang? Tak mungkin? OK, 4 PRU!. Sudah masuk 12 kali PRU, kesemua parti politik Melayu yang menjunjung demokrasi (UMNO, PAS, PKR dan lain-lain yang sudah mati), bukan semakin mendamaikan, malah semakin pemporak-peranda dan membelah-belah kesatuan Melayu. Masih mahu DEMOKRASI juga untuk mendamaikan Malaysia? Kedamaian yang abadi hanya dapat diwujudkan jika kelompok manusia (masyarakat/bangsa) mempunyai persamaan pemikiran dan persamaan perasaan apabila diurus dengan satu set peraturan yang sama, peraturan menepati fitrah penciptaannya. Itu hanya ada di dalam Islam, bukan demokrasi! Bergayut kepada demokrasi tak ubah mengejar fatamorgana.
Great Thought Brother~ Keep In Touch
Assalaamu ‘alaikum, Sdr Qaiyum, (dan semuanya),
Insya Allah, asal sahaja bukan untuk mengutarakan sesuatu secara yang dilarang. Kan kita ni disediakannya-Nya hukum perbuatan agar mempastikan setiap perilaku - niat, lisan atau perbuatan - sama ada menjadi ibadah atau maksiat kepadan-Nya. Mari kita jadikan intraksi berblog ini atas dasar kewajipan melaksanakan amaf ma’ruf nahi munkar.