Kerajaan Perpaduan ?
Jun 7th, 2009 oleh Qaiyum
- Saya agak sedikit keliru mengapa media arus perdana yang dituduh oleh Pakatan Rakyat lebih berorientasikan kerajaan BN ini memberikan merit kepada parti PAS dalam memaparkan isu? Adakah ini demokrasi sedangkan media pembangkang tiada langsung walau sehama merit diberikan kepada kerajaan BN?
- Tetapi berbeza dengan Perhimpunan Agung PKR mahupun DAP, Muktamar PAS kali ini adalah antara fokus media arus perdana hari ini untuk memaparkan isu yang dibawa semasa muktamar tersebut.
- Bukankah PAS juga berada sebarisan dengan parti politik pembangkang yang lain, tetapi kenapa media arus perdana memberikan kelebihan kepada parti ini di dalam media-media mereka? Tidakkah mereka membuat sesuatu seperti melepaskan anjing yang tersepit?
- ATAU adakah pihak media arus perdana ini beranggapan bahawa PAS telah memiliki sokongan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia, dan apabila berita dan isu muktamar diselitkan dalam media mereka, ini akan meningkatkan kandungan kantung poket mereka?
- ATAU adakah kerajaan BN menggunakan kaedah ini dan memaparkan sesuatu agenda di dalam muktamar PAS yang sedikit sebanyak boleh mengganggu-gugat hubungan di antara pakatan-pakatan parti pembangkang yang lain? Terutama apabila ahli bersuara lantang mendesak pelbagai saranan terutama agenda mereka untuk menguasai arena politik negara ini seterusnya merealisasikan cita-cita mereka mewujudkan negara Islam berteraskan landasan yang tulen Islam - yang sememangnya tidak ‘berapa’ disenangi oleh kerusi-kerusi kepimpinan parti DAP dan PKR.
- ATAU sememangnya inilah usaha murni kerajaan UMNO-BN untuk bekerjasama dengan PAS dalam memastikan agenda Melayu-Islam sentiasa dipelihara demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Kita sendiri sudah pasti terhadap usaha ’senyap’ kepimpinan UMNO dan PAS untuk bekerjasama dalam beberapa perkara demi meralisasikan agenda ini. Namun tidak semua terutama di kalangan sesetengah ahli erdogan PAS yang melihatkan usaha ini sebagai usaha menggabungkan UMNO dan PAS dan bertindak menyekat segala kerjasama antara kedua-dua parti ini.
- Saya melihat usaha kerjasama dan kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah suatu usaha yang tidak merugikan sesiapa, malah lebih akan mendatangkan keuntungan terutama dalam usaha masyarakat islam mendepani isu-isu semasa dan dalam usaha untuk menguatkan jatidiri Melayu-Islam itu sendiri.
- Tetapi saya juga tidak faham kenapa sesetengah pihak cuba memutar-belitkan isu ini dan tidak menerimanya sebagai sesuatu yang positif. Adakah UMNO dilihat terlalu antagonis sehingga tidak layak untuk orang yang sekaum dan seagama dengan puak ini bekerjasama? Jika saya hari ini membuat pilihan untuk mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO, adakah disebabkan ideologi kalian akan mengatakan bahawa saya adalah jin yang jahat?
- Wajib bagi seseorang itu menjawab salam apabila seseorang mengucapkan salam padanya. Begitu juga jika seseorang menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan kita, hendaklah kita juga berjabat tangan dengannya. Berdosalah kita jika tidak berbuat demikian kerana kita mewujudkan permusuhan diantaranya. Maka jika terdapat bibit-bibit permuafakatan yang dengan niat untuk pembangunan Islam bukankah masyarakat Islam perlu menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa sebarang syak wasangka? Bukankah ini adalah salah satu contoh keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang patut kita contohi?
- Syabas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tegas mempertahankan saranan Kerajaan Perpaduan ideanya dan tahniah kepada kejayaan Nasharudin Mat Isa kerana berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS untuk penggal yang seterusnya.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












1. nak bagi merit macam mana kalau depan-depan mata buat rasuah wang. lagi satu, orang tak bukak pintu nak jugak masuk, ikut pintu belakang, tak minta izin pun. itupun nak salahkan PAS? ni bukan soal demokrasi, ini soal atitude
2. sebab media arus perdana dah kena penangan masyarakat yang menyampah dengar cerita tahyul UMNO-BN. Mahu tak mahu, paksalah cari berita. tu je. lagi senang cakap, tv media perdana ni, dah tak laku kalau buat cerita lain sewaktu muktamar berlansung.
3. ini bukan kelebihan, ini hikmah namanya, Allah nak tunjuk, bahawa kebenaran itu ibarat air sungai mengalir, ia tidak mampu ditahan.
4. itu tandanya perjuangan media arus perdana hanya pentingkan wang dan menyampaikan hakikat kepada rakyat.
5. keterbukaan PAS untuk menyatakan pendirian mereka. Biar bertukar pemimpin, dasar perjuangan memartabatkan Islam tetap sama, sekarang ini tagline PAS ‘Islam Memimpin Perubahan’, sudah ada balik perkataan Islam, mahu kata apa lagi ya? PKR dan DAP berlainan idelogi, namun, untuk memberikan keyakinan kepada dukungan masyarakat berteraskan Islam, mereka akan akur dan hormat.
6. bersediakah orang UMNO untuk meninggalkan amalan rasuah politik wang? dan melaksanakan perjuangan bangsa Melayu dalam konteks pentadbiran secara Islam? jelas?
7. ‘agak’ bersetuju tapi tidak wajar dilaksanakan pada ketika ini, mungkin selepas PRU-13 sebagai tapak mula.
8. tak salah jadi ahli UMNO, tapi ibarat seperti bayi yang terjatuh dalam air longkang tanpa rawatan. anda tidak layak jadi jin, kerana anda masih bayi dalam UMNO, tapi jin jahat UMNO akan ajar awak macam mana mahu jadi jahat. tidak mungkin bayi boleh lawan jin jahat dalam UMNO. adapun jin baik, selalunya diam je.
9. Keperibadian Rasulullah SAW meliputi segala perkara, bukan sekadar salam sahaja dan bebaik sangka, tapi sepanjang 52 tahun merdeka ini, siapa yang buruk sangka kepada siapa sebenarnya? jika hanya duduk di hadapan laptop dan komputer dan membaca penulisan orang lain menceritakn itu dan ini, selepas ini, sila turun bersama-sama penduduk kampung, bertanya kepada mereka, apa beza UMNO dan PAS.
10. tukul sudah diam, pahat masih berbunyi.
edit pada no.4 :
4. itu tandanya perjuangan media arus perdana hanya pentingkan wang dan untuk menyampaikan hakikat kepada rakyat, fakta diseleweng.
tumpang lalu
http://qaiyum.net/2009/05/26/politik-matang/#comments
6. UMNO Pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Mereka Akan Membentuk Sebuah Rang Undang-Undang Anti-Politik Wang Di Dalam Parti Mereka Dalam Masa Yang Terdekat Ini. Ini Pastinya Suatu Permulaan Yang Bagus Agar Tiada Lagi Pemimpin Gila Kuasa Yang Dinaikkan Menjadi Pemimpin.
PAS Juga Mempunyai Agenda Yang Serupa Tetapi Tidak Dipanggil Politik Wang, Tetapi Diistilahkan Sebagai “Sedekah”.
9. Sudah Pasti Jika Saya Turun Di Kampung Sememangnya Kubu Kuat PAS Mereka Akan Mengatakan Keburukan UMNO Dan Begitu Juga Sebaliknya Jika Saya Turun Ke Kampung Yang Merupakan Kubu Kuat BN Akan Mengatakan Keburukan Pembangkang. Apalah Gunanya?
Janganlah Terlalu Taksub Mahupun Riak Dengan Kebangkitan PAS Dalam Pilihanraya Yang Lepas. Pastinya Saudara Sudah Pasti Antara Faktor Penyumbang Kegagalan UMNO-BN Adalah Kerana Banyak Bahagian-Bahagian, Cawangan Dan Ahli² UMNO Yang Memboikot Pilihanraya Yang Lepas, Tidak Menggerakkan Jentera Dan Memberi Undi Kepada Pembangkang Atas Dasar Protes Terhadap Kepimpinan Parti Sebelumnya..
Bukanlah Kerana PAS Sudah Diterima Secara Total Oleh Rakyat Maka Mereka Memperoleh Kemenangan Itu. Kemenangan Itu Tidak Mutlak Milik PAS Dan Perjuangan Mereka.
6. oleh kerana itu Pakatan Rakyat bukan juga gilakan kuasa mahu tadbir Malaysia, tetapi mahu ambil kuasa daripada orang yang gila (UMNO-BN). Untuk soal ’sedekah’ itu, ia tergantung kepada nawaitu seseorang, kalau niat salah, itu saya serahkan kepada Allah SWT, kita di bumi ini, wajib menegur kalau benar salah, setuju ye En. Qai?
9. gunanya pada kita, kita ini harus menyampaikan kebenaran secara berhikmah, kalau ada di pihak BN yang benar dan ikhlas, boleh jadi juga ada orang PAS yang akan menyokong BN, itu adalah kemungkinan.
PAS bangkit dengan izin dan peluang yang diberikan oleh Allah. Ahli-ahli PAS sudah diingatkan kemenangan ini adalah sementara, mempertahankan adalah lebih sukar daripada menang sekali. Apa yang penting adalah kerja-kerja jamaah, dengan menambahkan ilmu pengetahuan, menghadiri majlis-majlis ilmu, bersama-sama golongan agama, dan menyampaikan risalah dakwah, dengan jalan dan cara kita.
Satu sahaja UMNO tidak dapat kikis daripada hati setiap ahli jentera pilihanraya mereka, orientasi kerja mereka adalah wang didahulukan, kerja dikemudiankan. Tidak ada wang yang secukupnya, mereka boikot. Ini hakikat. Apabila wang menjadi taruhan, apa lagi nilai perjuangan bangsa kita di mata masyarakat?
sekian
orbitMalaya.blogspot.com
Sokonglah ISLAM. Siapa yang berjuang untuk Islam wsajib disokopng.
Hj Ab Hadi dan Tok Guru Nik Aziz sebenarnya tiada perbezaan pendapat yang ketara. Umpama pasukan bola sepak, Hj Ab Hadi sebagai kapten pasukan tetapi Nik aziz adalah jurulatih. Matlamatnya sama iaitu nak berjaya. Cuma kadang-kadang apa yang diingatkan jurulatih ialah bermain berhati-hati, jangan terlalu ghairah sampai lupa strategi pasukan.
Sekian dan Wassalam.
Apa pula kata Husyam. Saya teringin agar Husyam baca komentar saya ini.
Dari rakan lama Husyam
Al ashaario
Nilam Puri
Kelantan.
UMNO - Untuk memuaskan nafsu orang
PAS - Pasti Anda Sayang
DAP - Duduk Atas Pagar
KEADILAN - Keluar Entah Apa Dasar Ingin Le Ambilalih Negara
Bagus Betul Akronim Saudara Ashaario. Leh Buatkan Untuk Parti PASOKMOMOGUN-KADAZANDUSUN ?