Politik Matang ?
May 26th, 2009 oleh Qaiyum
- Kayveas VS Murugiah - Berjuang demi rakyat atau demi kuasa? Macam-macam orang buat untuk peroleh kuasa.
- Keputusan Mahkamah Rayuan Zambry VS Nizar. 3-0 lalu Mogok Lapar - Nizar adalah seorang muslim berdarah cina. Mufti telah mengeluarkan kenyataan bahawa mogok lapar adalah haram di sisi Islam.
- Bawa pulang Chin Peng - Layakkah agenda Komunis berada di bumi Malaysia ini? Bukankah fahaman Komunisme itu susur galurnya daripada perancangan Protokol Yahudi? 13 Mei 1969 juga berpunca daripada kelompok ekstrimis ini. Adakah ada puak sedang merancang untuk mengulangi peristiwa 13 Mei itu?
- Tuntutan Hindraf - LTTE sudah kecundang, saki-baki mereka masih lagi berjuang menuntut hak yang bukan-bukan di bumi Malaysia. Sudahlah tu. Janganlah ajak berperang dengan kerajaan. Nyawa, sensitiviti dan keselamatan rakyat tidak berdosa adalah lebih penting.
- Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan pekung PKR. - Biasalah tiada parti di dunia ini yang ’suci’. Tetapi Kak Min dilihat sangat tabah menghadapi gelombang politik negara. Entah apa lagi ancaman yang telah dan bakal beliau terima kerana tindakan berani demikian. Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan beliau agar sentiasa dilindungi Allah S.W.T terhadap orang yang berani kerana benar ini.
- Pilihanraya Kecil Penanti - BN tidak bertanding pun kena cemuh juga sewaktu kempen parti pembangkang? Kesian mereka.
- Hujah TV9 malam ini. Ezam VS Husam - Sesuatu yang menarik. Dapatkah kita melihat kematangan mereka? Sama²lah tontoni di TV atau sesiapa yang terlepas boleh tonton di www.tv9.com.my.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












1. mereka belajar daripada BN ambil alih Perak, sekarang ada 2 presiden.
2. yang mogok lapar adalah orang cina, orang Islam diminta berpuasa sunat dan bermunajat.
3. soal kerakyatan adalah peranan kerajaan Malaysia sendiri, kalau sampai Chin Peng boleh ada, maka, siapa yang benarkan dia berada di bumi Malaysia? kuasa rakyat bagi kepada kerajaan, maka lakukan yang terbaik!
4. - ini aku takde maklumat lengkap lagi.
5. kita perhatikan sahaja, kalau benar seperti yang di dakwa, teruskan sahaja, jangan nanti, selepas pilihanraya, senyap je tanpa sebarang keputusan drpd SPRM.
6. sebab kena cemuh kerana dulu cakap bagai singa lapar, sekarang sudah jadi tikus mondok. mana nilai perjuangan UMNO-BN ?
7. uhuhuhu…ada task di ofis untuk esok
Salam Ziarah,
Aku ada sedikit pandangan mengenai komunisme. Harap dapat berkongsi pandangan.
Ia sekadar pandangan, dan bukan provokasi ke atas kerajaan atau memaksa kerajaan menerima Chin Peng ke Malaysia.
http://meetuncleshah.blogspot.com
1. BN Belajar Daripada De Facto Leader PKR Cara-cara Melompatkan Parti.
2. Berpuasa Sunat untuk menyokong gerakan Mogok? Dimanakah iman mereka? Walaupun niat di mulut niat sunat, tetapi di hati pastinya mereka berniat (walaupun dalam keadaan tidak sedar) untuk menyokong gerakan mogok saranan orang Kafir.
3. Ya. Maka janganlah dipertikaikan kerelevenan ISA kerana akta tersebut masih diperlukan bagi menjamin keselamatan negara.
4. Takpe.
5. Jika calon daripada PKR memenangi pilihanraya, Akta Pilihanraya Malaysia menyatakan jika calon tersebut didapati bersalah oleh SPRM, maka jawatannya sebagai ADUN & YB akan dilucutkan. Pilihanraya sekali lagi ?? Jika keputusan diketahui sebelum pengundian, maka pencalonan daripada wakil PKR akan dilucutkan. Hm.. Wakil bebas akan menang.
6. Tiada relevennya bertanding untuk melayan masalah politik dalaman PKR. UMNO-BN kan bakal bertanding di Manik Urai. Tiada isu hilangnya semangat juang.
7. Hehe..
1. takde istilah de facto PKR pun, kalau salah tetap salah, PAS tidak akan menerima prinsip orang begini, mereka berdua tetap salah, maka, biarkan rakyat menghakimi mereka.
2. soal iman adalah berhubung terus dengan Maha Pencipta, apa yang penting adalah kesediaan orang Islam dan sanggup untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh-Nya. Orang yang beriman tahu apa niat mereka kerana apa dan kepada siapa.
3. kita pertikaikan ISA sebab tahan orang yang mahu menegakkan kebenaran, membantah kebatilan. senang cerita, suka atau tidak jika kamu ditahan atau dikurung tanpa tahu salah sebenar kamu? secara jujurlah?
4. skip coz tak sempat cari maklumat
5. sekarang PKR dah menang majoriti 5,558. Dipersilakan siasat, n sekarang kami nak tau hasil siasatan oleh SPRM tentang aduan Kak Min di Minah Ronggeng. tak malukah UMNO?
6. masalah dalaman PKR atau masalah ‘memalukan bangsa Melayu’ ?
sekadar berkongsi pandangan:
http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/05/isu-komunis-komunisme.html
1. Politik… Sejak bila untuk rakyat?
2. Orang bukan muslim terpingga2 keliru.. Orang luar negara akan buat presepsi “gini rupanya melayu muslim.” Penyokong knoni masing2(PAS KE, PAS KE) “Dorang buat pe tu? ahh tak kisah la.. bos kita cakap betul kita ikut je…”
3. ntah no komen… asal benda tak buat kacau saya tak kisah… Sentimen2 ni buat kaco kepala lah…
4. Satu lagi contoh yang dibawah oleh perkataan sentimen.
5. Asal calon a.k.a. parti dorang semua benda dorang cakap betul. Pak Lah punya hadari jadi betul, kata pembangkang tak betul. DSAI ajak lompat parti betul, kalo BN buat SALAH… Dgn kata lain SALAH adalah perkataan yang kene guna apabila parti terancam. Orang bukan melayu gelak di tepi…. Orang bukan muslim membuat impresi…
6. Percayalah… Lepas ni PKR/PAS akan terus mengamalkan strategi pilihanraya kecil ni sampai PRU akan datang… Yelah melepaskan tempat sendiri lepas tu bertanding, bila menang di kawasan sendiri akan menimbulkan impresi yang PKR/PAS mendapat sokongan yang kuat. Kalo ni berterusan sampai PRU akan datang BN akan gigit jari je lah… Pengundi2 atas pagar akan beralih ke PKR/PAS.
7. Nak tengok tahap dorang cakap mcm debat budak skolah menengah atau debat antara mahasiswa… Sorry tu tahap paling tinggi yang dilihat pada orang2 politik ni.
1. Politik… Sejak bila untuk rakyat?
2. Orang bukan muslim terpingga2 keliru.. Orang luar negara akan buat presepsi “gini rupanya melayu muslim.” Penyokong kroni masing2(BN KE, PAS KE) “Dorang buat pe tu? ahh tak kisah la.. bos kita cakap betul kita ikut je…”
3. ntah no komen… asal benda tak buat kacau saya tak kisah… Sentimen2 ni buat kaco kepala lah…
4. Satu lagi contoh yang dibawah oleh perkataan sentimen.
5. Asal calon a.k.a. parti dorang semua benda dorang cakap betul. Pak Lah punya hadari jadi betul, kata pembangkang tak betul. DSAI ajak lompat parti betul, kalo BN buat SALAH… Dgn kata lain SALAH adalah perkataan yang kene guna apabila parti terancam. Orang bukan melayu gelak di tepi…. Orang bukan muslim membuat impresi…
6. Percayalah… Lepas ni PKR/PAS akan terus mengamalkan strategi pilihanraya kecil ni sampai PRU akan datang… Yelah melepaskan tempat sendiri lepas tu bertanding, bila menang di kawasan sendiri akan menimbulkan impresi yang PKR/PAS mendapat sokongan yang kuat. Kalo ni berterusan sampai PRU akan datang BN akan gigit jari je lah… Pengundi2 atas pagar akan beralih ke PKR/PAS.
7. Nak tengok tahap dorang cakap mcm debat budak skolah menengah atau debat antara mahasiswa… Sorry tu tahap paling tinggi yang dilihat pada orang2 politik ni.