Antara Kaca Dan Permata
May 1st, 2009 oleh Qaiyum
Pada mulanya entri ini bukanlah suatu entri. Ia hanyalah komen dalam entri saya yang lepas. Tetapi akibat terlalu panjang maka saya jadikanlah ianya sebuah entri untuk menjimatkan masa saya untuk menulis artikel yang lain. Maafkan saya akibat kemalasan saya ini. Heh. Jawapan ini adalah bagi soalan dari sahabat lama saya khairulzchenko dalam entri NGO MELAYU - KATALIS PENYATUAN MELAYU & ISLAM [FERIZ OMAR] .
—————————————
Wa’alaikumsalam Sahabat Lamaku Khairulzchenko. Idola Ke Roman Pavlyuchenko? Mamat Tu Bagi Point Yang Banyak Waktu Aku Main Maxis Fantasy Football Hingga Memenangkan Aku LCD TV 42″. Hehe.. Syabas !!
Apapun Perbezaan Ideologi & Pendapat Yang Mungkin Wujud Antara Kita, Hendaklah Kita Jadikan Sebagai Profesional. Bukannya Kita Bercakaran Seperti Ahli Politik Hingga Tak Sudah². Yang Benar Dikata Salah, Dan Yang Salah Dikata Benar. Itulah Sifat Ahli Politik.
Saya Percaya Pada Perjuangan NGO Seperti Prowaris Dalam Memartabatkan Bangsa Melayu & Islam Khasnya. Terutama Penerbitan Memorandum Buku Merah Hitam Tuntutan 20 Menentang Antara Dasar Yang Terkandung Dalam Projek WPI. Dan Juga Turut Mendesak Agar Tun Abdullah Ahmad Badawi Meletak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Atas Sebab² Keyakinan. Dan Juga Penglibatan Mereka Terhadap Isu² Berat Yang Lain Seperti Rasuah Dan Juga Ekonomi.
Maka Dengan Ini Saya Telah Menjawab Antara Persoalan Saudara Khairulzchenko Berkenaan Dengan Peranan Prowaris. Mungkin Ada Yang Tidak Tahu Disebabkan Kelantangan Saudar Presiden Feriz Omar Sewaktu Analisis PRU-12, Beliau Telah Dihalau Keluar Dari Studio Di Salah Sebuah Stesen TV Yang Sedang Bersiaran Langsung.
Bukankah Check & Balance Begini Sangat Penting Dalam Proses Pentadbiran Yang Efisien & Proaktif. Tetapi Setakat Ini Saya Belum Mendengar Di Antara Pakatan Pembangkang Ada Yang Mengeluarkan Kenyataan Bercanggah Dengan Prinsip Parti & Pemimpin Mereka Secara Terbuka. Mungkin Kerana Terlalu Taksub Ataupun Fanatik. Atau Yang Selalu Didegarkan ‘Menghormati Pemimpin’. Bolehkah Begitu?
Berani Berubah, Harapan Baru Dan Pelbagai Slogan Lain Sering Terungkap. Maknanya UMNO Sekarang Sedang Berada Pada Fasa Transformasi. Tidak Bolehkah Mereka Berubah? Bukankah Yang Untungnya Rakyat? Persaingan Antara Syarikat Telco Memberikan Impak Yang Positif Kepada Pengguna. Bukankah Itu Bagus Apabila Kadar Panggilan & SMS Telah Jatuh Merudum Kerana Persaingan Mereka & Seterusnya Memberikan Kebaikan Kepada Pengguna?
Bak Kata Pepatah. Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih.
Sekali Lagi Diingatkan Bahawa Saya Bukan Orang UMNO & Tidak Pernah Langsung Mendaftar Pada Mana² Parti. Saya Juga Hanya Mewakili Rakyat Yang Sedar Akan Kepentingan Memperjuangkan Islam Dan Hak Melayu Seperti Yang Terkandung Dalam Undang².
Soal Menghina Sultan. Benar Dahulu Juga Wujud Isu Mengenai Kuasa Sultan Dalam Politik. Dan Mungkin Benar Cerita Ahli Politik Yang Engkar Terhadap Permintaan Sultan Suatu Ketika Dahulu. Tetapi Tidaklah Pernah Didengar Sampai Ingin Mengheret Sultan Ke Mahkamah. Apatah Lagi Jika Ada Orang² Kafir Yang Mempersoalkan Pula Kewibawaan Seorang Sultan Melayu Islam. Hanya Baru² Ini Kita Dengar.
Kuasa Yang Dipertuan Agong. Apa Sebenarnya Yang Tun Dr Mahathir Lakukan Hanyalah Meminda Perkara 66 (4) iaitu Jika Yang Dipertuan Agong Tidak Menandatangani (Bersetuju) Dengan Suatu Rang Undang-Undang Dalam Masa 30 Hari, Maka Rang Undang-Undang Tersebut Akan Menjadi Undang-Undang.
Saya Secara Peribadi Agak Tidak Menyokong Pindaan Ini. Mungkin Pindaan Ini Sesuai Pada Zaman Tun Kerana Memudahkan Urusan Membentuk Suatu Undang-Undang. Tetapi Pada Saat Kuasa Orang Melayu Semakin Terhakis Seperti Sekarang, Maka Sebarang Perkara Yang Tidak Diingini Boleh Berlaku.
Berkenaan Dengan Penyatuan UMNO-PAS. Saudara Khairul Menganggap Mana Yang Lebih Baik? PAS Bersama PKR-DAP Kah? Atau PAS Bersama UMNO Dalam Barisan Nasional?
PKR Pernah Ditempelak Kerana Hishamuddin Rais Menjemput Band Carburetor Dung Dalam Suatu Majlis Perhimpunan PR. Penyanyi Band Ini Telah Membuka Seluar Dan Menunjukkan Punggungnya Di Depan Khalayak. Manakah Lebih Buruk Situasi Ini Dengan Situasi Meraikan Majlis Tradisi Kebiasaan UMNO Yang Menjemput Penyanyi² Biasa Tanahair? Ini Hanyalah Contoh Sinis. Yang Lain Fikirlah Sendiri Ye.
Ditambah Pula Dengan Kenyataan² Pedas Pimpinan DAP Yang Pernah Melaungkan Jika Kerajaan Islam Ingin Ditegakkan, Maka Perlulah Dilaksanakan Upacara ‘Langkah-Melangkah Mayat’ Mereka Terlebih Dahulu.
Maka Siapakah Sebenarnya Kawan Dan Siapakah Sebenarnya Lawan?
Yang Mana Kaca Yang Mana Permata?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
- NGO MELAYU - KATALIS PENYATUAN MELAYU & ISLAM [FERIZ OMAR]
- BABI : Antara Politik Dan Sensitiviti Masyarakat
- Melayu Berpecah Kampung Tergadai Episod 43
- Melayu, Sejarah & Islam
- Khabar Dari Presiden Prowaris - Feriz Omar. Ayuh Teruskan Sokongan Kita.
- ‘Bersatulah Kaum Muslimin’
- Antara PPSMI, Kes Liwat Anwar Ibrahim, Manek Urai & Kampung Buah Pala












huhu…Sory Ar out of tOpics..
hehehe..
cam ner nak masukkan folder “KomenTar Terkini” tu Erk..
thanks yer..
Mm.. Saya Gune Platform Wordpress Untuk Blog Ni. Bagi Penggunaan Blogspot Saya Tak Pastila Ade Function Yang Same Atau Tak. Kene Tanye Kepade Yang Lebih Pakar. :D=
10 respon untuk artikel ini
1. thanks for info tentang peranan PROWaris, quite clear but not really understand.
2. check & balance adalah satu paradigm yang biasa untuk mana-mana negara demokrasi. tinggal lagi di malaysia, negara kita hanya bersifat quasi-demokrasi, so check & balance hanya sebagai retorik, ada soal menaikkan harga minyak, mohon restu rakyat? banyak lagi perkara yang secara banyaknya tidak mohon restu rakyat.
3. UMNO transformasi berubah daripada tidak baik kepada lebih teruk. pemimpin yang disahkan mengamalkan rasuah dalam pemilihan diangkat oleh mereka ini dengan duit rakyat. sila jelaskan kepada saya mana satu pemimpin UMNO yang berani bercakap bahawa kita patut mendengar kata-kata mufti sebelum membuat sesuatu perkara bersangkut hukum-hakam agama?
4. PAS menyertai BN adalah suatu bentuk inspirasi yang agak magis. PAS bersedia untuk menyertai UMNO dengan syarat UMNO melaksanakan pentadbiran dengan lunas pentadbiran Islam. Jika zaman Rasulullah dapat menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar, apakah di Malaysia ini tidak boleh dijalankan hukum Islam secara telus? Jika UMNO-BN bersedia, PAS akan berlapang diri, persoalan sekarang, di mana kedudukan Islam dalam pentadbiran kerajaan Malaysia? siapa lagi berkuasa di dalam menentukan hukum, jemaah kabinet atau golongan ulama’? tolong jelaskan ini.
5. Kenyataan provokasi datangnya daripada media. adakah kenyataan DAP itu datangnya daripada mulut mereka sendiri? media siapa yang pemiliknya di Malaysia ini? sekiranya editor itu di sogok dengan sekalian wang ringgit, bersediakah untuk menngubah maksud pembangkang? jawapannya sudah pasti ya! saudara hanya melihat dengan satu isu, sedangkan isu berkaitan wang rakyat, skandal maruah pemimpin, isu pembunuhan, kenapa PROwaris tidak ulas secara telus?
6. soal kuasa orang melayu semakin terhakis? siapa yang memerintah negara selama 52 tahun? siapa pula yang mendidik setiap bangsa malaysia dalam tempoh ini? siapa yang memanjakan masyarakat Melayu dengan pemberian subsidi dengan segala macam asalkan rakyat terus menyokong BN. kenapa dari dahulu tidak dikurangkan pemberian subsidi sedikit demi sedikit agar melayu bisa berdikari? sekarang mahu salahkan Melayu lemah, apa intipati perjuangan UMNO dahulu jika benar membantu Melayu? sekarang apabila Melayu meminggirkan UMNO, baru mahu sedarkan diri.
7. Kenapa setiap pertelingkahan tidak kembali kepada Al-Quran? bersedia atau tidak orang UMNO untuk bermuzakarah soal mendaulatkan Islam di negara ini? kalau DAP dan PKR boleh menerima pendekatan Islam Untuk Semua, apa lagi yang perlu ditakutkan oleh UMNO? UMNO itu juga ahlinya orang Islam bukan?
8. saya tidak kisah saudara tidak mengahlikan diri dengan mana-mana parti, tetapi ingin saya jelaskan bahawa, rakan-rakan saudara lebih bijak jika tidak menyertai UMNO, kerana saya percaya, mereka bukan bodoh untuk menilai pemimpin. UMNO dari dahulu menganggap rakyat ini bodoh, bagi duit, rakyat senyap, tetapi sekarang, bagi duit mereka terima, tapi menyokong, minta maaf.
9. kalau menceritakan tentang melayu tanpa akarnya Islam, melayu itu apa maknanya, dahulu pun, rumpun melayu di tanah melayu datang daripada mana? (sila kaji sejarah tamadun asia, anda lebih arif). Jadi, dalam hal ini, melayu dapat didaulatkan jika Islam itu sebagai akar dalam jiwa mereka.
10. terima kasih. keep in touch bro! assalamualaikum
Salam,
Lama tak singgah sejak aku balik Labuan aritue.
Respon kepada entri ni, bagi aku politik sungguh membingungkan! Ape-apehal, kite jangan sangat taksub pada pemimpin.
Bagi aku, mereka yang taksub ni actually come with “politic agenda” bukan pasal rakyat. Nak cover, future life ar, 2nd wife ar! Ntah ape-ape lagi!
Tu, tak kira lagi berapa banyak bergaduh di Parlimen dari membicarakan soal-sal kepentingan rakyat jelata. Bahkan, aku beranggapan Kabinet kita layak di tukar nama kepada Kabinet Gaduh Baru Bersatu!
;p
Jangan marah Ahli-ahli Yang Berhormat!
#Khairulzchenko
10 Respon Kembali :
1 - Untuk lebih clear kenalah bertanya kepada ahli ProWaris sendiri. Saya bukan ahli. Hanya penyokong saudara Feriz Omar.
2 - Kenapa kena mohon restu rakyat? Seronok sangatkah mempunyai kerajaan yang mana rakyatnya terlalu berkuasa? Power To The People? Memang perlu. Tetapi kalau dah sampai tahap Rakyat Menentukan Segalanya maka tidak perlulah Malaysia mempunyai Kerajaan. Kita juga tidak memerlukan pemimpin. Kerana buat apa perlu pemimpin jika setiap masa pemimpin perlu mengikut telunjuk pengikut mereka.
3 - PAS Berubah menjadi lebih baik? Daripada pemimpin parti yang seperti UMNO, kemudian berubah ke arah kepimpinan ulama. Tetapi kini muncul pula kelompok erdogan atau puak yang mengaku diri sendiri sebagai ulama’. Terima Kasih kepada Nik Abduh yang telah membuka mata ahli & bukan ahli PAS.
4 - Islam gemilangkah di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz? Dahulu beliau pernah membuat peraturan supaya semua pemain bola sepak kelantan perlu menutup aurat dan memakai seluar panjang. Tetapi beliau telah dikritik dan tradisi lama (memakai seluar pendek) dilaksanakan semula sewaktu bermain bola sepak. Mengapa? Ini baru hukum yang kecil belum dibahaskan lagi mengenai pelaksanaan Hudud di Kelantan.
5 - Kenapa Harakah tidak langsung walau sekecil hama pun menceritakan kebaikan UMNO mahupun Barisan Nasional? Jahat sangatkah UMNO & BN hingga tiada satupun kebaikan yang dilakukan oleh mereka? Adakah para pemimpin dan ahli UMNO di kaca mata PAS melihatkan mereka ini sangat hina dan jijik? Lebih jijikkah pemimpin dan ahli UMNO daripada ahli Neraka ?
6 - Dulu kuasa Melayu tidak terhakis. Tetapi selepas pembebasan seseorang dari penjara maka segala-galanya berubah. Nekad membalas dendam terhadap kepimpinan BN sangatlah berapi. Menjatuhkan Kerajaan BN adalah misi Utama. Satu Strategi Penting Beliau adalah dengan mendapatkan Sokongan Daripada Kaum Bukan Melayu. Bagaimana Hendak Mendapat Sokongan Kaum Bukan Melayu Ini? Adalah Dengan Menawarkan Apa Yang Kaum Ini Mahukan. Terutama Hak Sama Rata. Maka Hingga Hari Ini Jadilah Keadaan Di Mana Kaum Bukan Melayu Yang Jadi Penentu Pada Kebanyakan Kawasan Mengundi.
Tarik Subsidi Sedikit Demi Sedikit? Tak Payah Tunggu. Lepas PRU-13 Kita Akan Berkongsi Hak Sama Rata Dengan Kaum Lain. Pergi Mampus Dengan DEB.
7 - Siapa Yang Menolak Cadangan Kerajaan Perpaduan Saranan Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi ?
8 - Memilih Parti & Pemimpin Yang Bagus Memang Disarankan. Tetapi Memilih Parti Yang Kononnya Berjuang Membangunkan Islam Tetapi Berkawan Dengan Dasar Parti Lain Yang Tidak Menunjangkan Islam Adalah Satu Perjuangan Yang Tidak Relevan. Takkan PAS Hanya Ingin Mewujudkan Kerajaan Islam Di Negeri Tertentu Bukan Hendak Mewujudkan Kerajaan Islam Di Malaysia. Kalau Macamtu Pecahlah Nanti Malaysia Ini. Kelantan, Terengganu & Kedah - Ditadbir PAS. Negeri Lain Dikongsi Oleh PKR & DAP. Begitu?
9 - Bercakap Mengenai Melayu Lebih Tidak Membawa Maksud Meninggalkan Islam. Islam Masih Diletakkan Dihadapan. Tiada Siapapun Yang Membelakangkan Islam. Anwar Ibrahim Meletakkan Islam Dihadapan?
10 - Wa’alaikumussalam. Kawen Jangan Lupe Jemput.
lawan tetap lawan
10 respon semula
1. * akan dirujuk kepada otai ProWaris sendiri.
2. harus diingat, parti adalah platform untuk rakyat menentukan wakilnya, maka, siapa yang mengangkat pemimpin di atas kalau tidak rakyat? adakah persatuan kecil boleh letak pemimpinnya di parlimen atau dewan undangan negeri?. maka, parti adalah platform, justeru, kerajaan yang dibentuk sebenarnya membawa hasrat rakyat, bukan syok sendiri laksana itu ini, tapi manfaat kepada kroni semata-mata. Habis sewaktu PRK Bukit Gantang, kenapa BN guna tagline Mohon Restu Rakyat? dahulu masa PRK lain-lain tidak minta pula? Jadi kerajaan harus sedar, segala perancangan yang mereka lakukan adalah untuk mengutamakan kepentingan rakyat. Kalau bukan rakyat naikkan wakil rakyat, siapa lagi yang naikkan mereka? wakil kucing? wakil harimau?
3. Adalah lumrah di dalam pentas Sisayah Syariiah berlaku pertembungan pandangan, tetapi lunas perjuangan PAS tetap satu, memartabatkan pejuangan Islam sebagai dukungan pentadbiran kerajaan di Malaysia, itu yang kita mahu. Persoalan berkenaan wujud golongan erdogan dan mengaku ulama’ itu bagi ‘aku’ (kenyataan aku sendiri) adalah satu permainan frasa. Bermohon untuk tuan punya blog nyatakan siapa itu golongan erdogan dan mengaku ulama di dalam PAS. Dan tolong hayati kembali kenyataan yang datang daripada Nik Abduh sendiri, bukan baca ulasan orang lain, Satu soalan, adakah orang lain akan faham maksud aku tulis kenyataan ini kepada tuan blogger melainkan fahaman mereka yang menyatakan niat aku sekadar mahu counter balik. Tentu aku ada pandangan sendiri bukan. Jadi, baca maklumat dari akar sumber, bukan ceduk maklumat orang.
4. Menggemilangkan Islam itu adalah tanggungjawab seluruh umat manusia termasuk tuan blogger dan saya juga. Tidak ada yang tertinggal hatta seorang yang buta dan cacat. Bukan tanggungjawab Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja, betul tak?. Untuk pengetahuan juga, Persatuan Bola Sepak Kelantan adalah di bawah pengurusan Datuk Annuar Musa, kenal kan dengan lelaki ini? Tuan Guru sudah menegur, pendekatan berhikmah, tinggal lagi pimpinan bolasepak ini menilai sama ada mereka akur dengan peringatan Allah. Manusia itu beragam-ragam bukan?
5. Saya minta saudara, tolong potong akhbar ataupun bagi saya URL akhabar-akhbar yang menceritakan tentang usaha-usaha dan nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahupun pimpinan lain untuk dijadikan koleksi amalan harian dalam Utusan, Harian. Kalau ada, saya akan bayar setiap artikel itu kerana saya sendiri tak terjumpa dalam akhbar pro-BN ini. Ok? Berkenaan dengan kebaikan oleh UMNO-BN memang ada, tapi permainan untuk menunjukkan kebaikan itu menggunakan plan yang tidak baik, senang sahaja aku bagi contoh, program pemberian bantuan bumi hijau, bagus tu, baik UMNO-BN ini, tapi bagi kepada orang kaya BN-UMNO, miskin PAS,PKR,DAP minta maaf. Sedangkan duit yang mereka guna nak laksanakan semua ini guna duit cukai roadtax kereta saudara juga, roadtax kereta dan motor saya juga, cukai rokok saudara hisap juga (kalau smoker), mereka ini pegang amanah untuk agihkan sahaja.
Lagi satu saya nak tambah, nak jadi orang yang elegan dalam menjelaskan isu politik, baca kesemua akhbar, baik kerajaan punya, Pakatan Rakyat punya, kemudian buat perbincangan. Ok saudara?
6. Kuasa Melayu tidak terhakis? apa bukti saudara kata kuasa Melayu tidak terhakis? pemimpin negeri BN dahulu jual tanah kepada orang Cina ada saudara tahu? Saya bukanlah nak main perkauman, tapi dah saudara bangkitkan? ini hujah saya juga. Malaysia ini untuk Melayu sahajakah? adakah pembangunan Malaysia ini semua di karang oleh orang Melayu, macam mana pula dengan Tan Cheng Lok, n pemimpin Parti Perikatan dahulu. Mereka ini tidak menyumbang kah kalau kata kuasa Melayu sahaja yang memajukan Malaysia? Kalau kata Pakatan Rakyat hanya menang dengan undi kaum lain, adalah satu petanda yang baik, mereka tidak mahukan kepada parti perkauman yang ekstrim seperti UMNO. Mereka mahukan keseimbangan dan lebih toleransi, bukan sama rata, mereka menghormati perlembagaan negara. Ok? Jadi, minta saudara pergilah bertanya kepada orang India atau Cina miskin, apa BN sudah buat kepada mereka selama 52 tahun dari zaman awal merdeka?
sekali lagi, bukan dasar sama rata, keseimbangan dan toleransi. Sebab ini Malaysia bukan UMNO yang punya, ini Malaysia, kita semua yang punya.
7. Saya sendiri tidak merasakan ianya ditolak, kenyataan Ulama’ ada asasnya, biarpun sebagai manusia yang lemah, kita mungkin agak goyah, tetapi, kita ada majlis syura Ulama’. Maka perdebatan itu di tuntut oleh Islam bagi menemukan kebaikan kepada seluruh umat manusia. Di dalam Islam, perdebatan bukan mencari siapa yang menang, tetapi siapa yang dapat menemukan kebenaran yang telah di tentukan oleh Allah SWT. Sedikit joke untuk saudara, percaya nasihat ulama’ PAS atau percaya kepada jampi bomoh undangan Zambry UMNO di Sidang DUN Perak Khamis ini? dan Islam mengajurkan kita untuk berdampingan dengan golongan ulama’ atau bomoh?
8. Sekali lagi saya jelaskan, Malaysia ini bukan untuk Melayu sahaja dan Islam itu bukan untuk Melayu sahaja. Maka, Islam itu untuk semua, dan jika ada rakan-rakan kita yang mahu berkawan untuk sama-sama meletakkan Islam pada landasannya, kita alu-alukan? Perjuangan parti memang berbeza, tetapi UMNO dan saudara harus faham, PAS memperjuangkan Islam agar martabatnya Islam dihormati, dan Parti PAS itu sendiri sebagai wadah untuk memperjuangkan ke arah itu, UMNO tidak ada manifestonya untuk memperjuangkan Islam ini, biarpun mereka semua adalah Islam. Barangkali. jadi, tidak timbul soal perjuangan tidak relevan, itu sebab kami tidak berbaris seperti Barisan Nasional, kami berpakat untuk rakyat.
9. kenapa saudara mahu Anwar Ibrahim sahaja yang membawa Islam? sepatutnya kita semua diwajibkan untuk membawa Islam ini pada landansannya. dan kami pendukung PAS menjadikan wadah politik untuk membawa Islam berada di atas, bukan di hadapan, bila di atas ia memayungi semua. bila di hadapan, bisa kita akan ketinggalan jika kita tidak mengikutinya.
10. calon takde lagi la,…nak kawen macam mana..hahahahah
Pakat Main 10 Respon Pulak? Layankan..
1. * Isu Selesai.
2. Ya Betul Apa Yang Disampaikan Saudara. Tetapi Biarlah Saya Memberi Analogi Sedikit. Berkaitan Kepimpinan Seorang Wakil Rakyat. Jika Seorang Wakil Rakyat Yang Diangkat Dari Satu Kawasan Itu Adalah Seorang Peniaga Mee Yang Telah Memenangi Pilihanraya Kerana Mendapat Sokongan Padu Daripada Persatuan Peniaga Mee. Maka Pastinya Beliau Perlu Mengutamakan Penyokongnya Yang Telah Memberikan Sokongan Kepada Beliau. Jika Tidak Diberi Perhatian Pada Peniaga-Peniaga Mee Lain. Nahaslah Beliau Dicerca Dan Di Maki Hamun. Tetapi Bagaimana pula Keadaannya Dengan Peniaga Laksa Yang Tidak Mengundi Beliau Tetapi Berada Di Kawasan Sama. Tidakkah Nasib Mereka Terbela Lagi Kelak? Mungkinkah Kawasan Berniaga Laksa Mereka Akan Dirampas Dan Disita Oleh PBT Kerajaan Negeri? Maka Bangkitlah Persatuan Peniaga Laksa Untuk Menentang Wakil Rakyat Mereka Supaya Kehendak Dan Hak Mereka Terjaga. Maka Persoalannya Di Sini Siapakah Yang Perlu Diutamakan Oleh Wakil Rakyat Ini? Rakan² Dari Persatuan Peniaga Mee Atau Kehendak ‘Rakyat’ Peniaga Laksa?
Soalan Tambahan, Adakah PAS Akan Berlaku Adil Pada Penyokong² Dan Ahli BN Kelak? Sejarah Membuktikan Bahawa Presiden PAS Sebelum Ini Pernah Menutup Sebuah MRSM Sewaktu Berkuasa Di Terengganu Dahulu.
Soalan Tambahan Kedua. Kenapa PAS Juga Berubah Daripada Slogan “Membangun Bersama Islam” Kepada “PAS Untuk Semua”? Adakah Takut Menggunakan Perkataan “Islam” Dalam Slogan Mereka Akan Menyebabkan Undi Tidak Akan Diberikan Oleh Golongan Kafir Kepada PAS?
Slogan Boleh Berubah-ubah Kerana Ianya Mainan Politik Demi Meraih Sokongan. Tetapi Apalah Ada Pada Slogan. Pada Saya Ia Tidak Membawa Apa² Makna. Hanya Mainan Politik.
3. Pertembungan Pandangan? Adalah Lebih Baik Kita Berterus-Terang Bahawa Ianya Adalah Masalah Dalaman Parti. Rasanya Semua Orang Pun Tahu. Tetapi Sikap PAS Sering Berusaha Untuk Tidak Membuka Pekung Di Dada Sendiri Demi Menjaga Maruah Parti Akan Menampakkan Kelemahan Mereka. Nampaknya UMNO Lebih Berani Mengaku Kesalahan Dan Kelemahan Parti. Ya. Rakyat Sudah Tahu UMNO Mengamalkan Politik Wang. Bukankah Lebih Baik Mengaku Kelemahan Daripada Cuba Menyembunyikan Kelemahan Diri? Maka Saudara Simpanlah Pandangan Saudara Itu Sebagai Pandangan Peribadi. Kerana Memang Sebenarnya Apa Yang DIceritakan Di Ruangan Komen Ini Dari Dahulu Adalah Pandangan Peribadi Saya.
4. Siapa Datuk Annuar Musa? Saya Jujur Tidak Mengenali Beliau. Maka Jika Ada 50 Orang Seperti Beliau Di Dalam Sebuah Negeri Seperti Kelantan, Maka Kerana 50 Orang Ini Tidak Akan Memungkinkan Agenda PAS Dalam Membangunkan Islam Berjaya? Memang Manusia Pelbagai Ragam. Tapi Jika Dengan Isu Kecil Pun PAS Gagal Untuk Menyelesaikannya. Apatah Lagi Isu Nasional Yang Melibatkan Ramai Puak Liberal, Plural, Kapitalis, Komunis, Kafir Harbi, Terroris Ekstremis, Anti-Establishment Dan Pelbagai Lagi Puak Perosak Alam.
5. Berkenaan Soalan Di Nombor Ini, Saya Sebenarnya Saya Fokus Kepada Kenyataan Saudara iaitu “Media Siapa Yang Pemiliknya Di Malaysia Ini.” Maka Kalau Mengikut Kepada Apa Yang Ditonjolkan Oleh Media PAS, Apabila PAS Mentadbir Negara Ini Kelak, Adakah Mereka Tidak Akan Mengawal Media? Adakah Mereka Akan Memberikan Kebebasan Sepertimana Kerajaan BN Memberikan Kebebasan Kepada Media Parti Lain? Saya Dapat Rasakan Situasinya Akan Sama Seperti Hari Ini Bila Kerajaan Pakatan Rakyat Memerintah. Mungkin Lebih Teruk Lagi. Bila Diambil Contoh Seperti Harakah Yang Mendewakan PAS Dan Menjijikkan UMNO. Sekurang-kurangnya Ada Juga Artikel Dari Media Cetak & Elektronik Milik Kerajaan BN Ini Yang Mengkritik Salahlaku, Penyelewengan, Salah Guna Kuasa, Rasuah, Masalah Rakyat Yang Berpunca Daripada Pemimpin Parti UMNO Mahupun Ahli²nya. Tetapi Media Pakatan Rakyat Saya Tidak Langsung Pernah Membaca Artikel Memburukkan Pemimpin Mereka. Seolah² Semua Pemimpin Yang Datang Dari Pakatan Rakyat Adalah Dewa Yang ‘Mr. Clean’.
Saya Memang Membaca Akhbar Yang Pro-Pembangkang. Setiap Hari Saya Akan Membuka Harakahdaily.net, Malaysiakini, Blog² Mereka. Disamping Juga Membeli Akhbar Keluaran Mereka Walaupun Tidak Selalu. Dengan Harapan Untuk Mencari Artikel Yang Mengkritik Keburukan @ Kelemahan Pemimpin² Mereka. Malangnya Usaha Saya Kekal Sia² Kerana Tidak Pernah Terjumpa Walau Sebesar Hama Kenyataan Yang Memburukkan Pemimpin Mereka Walaupun Telah Jelas Bahawa Mereka Melakukan Kesalahan Yang Telah Diputuskan Oleh Mahkamah Tidak Kira Dari Segi Salah Laku Atau Kesalahan Moral.
6. Benchmark Untuk Menentukan Samada Kuasa Politik Melayu Semakin Terhakis Atau Tidak Adalah Bilangan Ahli Parlimen @ Ahli DUN Orang Melayu Di Dalam Dewan Rakyat @ DUN. Dahulu Berbeza Dengan Sekarang. Apa Kaitan Jual Tanah Kepada Orang Cina dengan Kuasa Politik? Setahu Saya Itu Sememangnya Sikap Orang Melayu Sendiri. Tidak Semestinya Kerajaan Yang Menjual. Ramai Sahaja Cerita Orang Melayu Menjual Tanah Mereka Di Kampung² Demi Mendapat Kekayaan Segera. Memang Bodoh Orang Melayu Jika Begitu Tindakan Mereka.
Mengenai Perjuangan Pemimpin Bukan Melayu Dari Parti Perikatan Dahulu, Itulah Yang Dipanggil Power Sharing. Bukannya Seperti Amalan Pakatan Rakyat Hari Ini Yang Bercelaru Dasarnya. Sekejap Islam, Sekejap Malaysian Malaysia Sekejap Hak Sama Rata. Ini Membuatkan Konsep ‘Power Sharing’ Yang Diamalkan Tidak Lagi Mahu Diterima Oleh Orang Bukan Melayu. Kerana Orang Bukan Melayu Ini Lebih Sukakan Tawaran Daripada Pemimpin Pakatan Rakyat Yang Akan Melebihkan Mereka. Maka Tertuduhlah UMNO Sebagai Parti Rasis Sedangkan Mereka Hanya Mempertahankan Hak Melayu Islam Seperti Yang Terkandung Dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lebih Malang Lagi Apabila Hanya UMNO Dan NGO Melayu Yang Terhoyong-Hayang Mempertahankan Hak Melayu Yang Semakin Ditekan Hebat Oleh Orang Bukan Melayu. PAS Yang Sememangnya ‘Bertoleransi’ Itu Tidak Mahu Terlibat. Mungkin Mereka Lebih Selesa Membiarkan Hak Orang Melayu Hilang Kerana Mereka Sedang ‘Bertoleransi’ Dengan Kaum Lain.
7. Kalau Ianya Tidak Ditolak Maka Adakah Ianya Diterima? Maka Jika Ianya Diterima Ayuhlah UMNO Dan PAS Bersatu Membentuk Kerajaan Baru. Tak Gitu? Tidak Perlulah Bergurau-Senda Dengan Saya Sewaktu Membincangkan Hal Agama, Bangsa Dan Tanah Air. Jika Ingin Berjenaka Juga, Silalah Menonton Filem Lagi-Lagi Senario Alahan Aziz M. Osman. Tatkala 2 Orang Peniaga Melayu Bergaduh Menjatuhkan Antara Satu Sama Lain, Tiba-Tiba Tanah Tempat Mereka Berniaga Telah Dirampas Oleh Orang Lain. Oleh Siapa? Oleh Orang Yang Bermain Sport Toto. Itulah Persamaan Yang Mungkin Boleh Disamakan Dengan Situasi Seperti Di Perak. Saya Tidak Menyokong Sesiapa Samada Zambry Mahupun Nizar Dalam Hal Ini. Tetapi Tindakan Sultan Perak Tetap Tiada Salahnya. Buat Apala Pegi Saman Mempersoalkan Tindakan Sultan.
8. UMNO Tiada Manifesto Untuk Memperjuangkan Islam? Semenjak 52 Tahun Ini UMNO Tidak Lakukan Apa² Demi Pembangunan Islam? Hanya PAS Yang Berjuang Bermati-Matian Demi Islam? Saya Rasa Itu Suatu Kenyataan Yang Agak Takbur Jika Dikeluarkan.
Siapa Yang Mewujudkan Sistem Pendidikan Aliran Islam (Sekolah Agama?). Siapa Yang Membawa Sistem Ekonomi Islam Ke Dalam Malaysia? Siapa Yang Membangunkan Bank Islam? Siapa Yang Membuka Biasiswa Untuk Anak Melayu Melanjutkan Pelajaran Ke Al-Azhar, Mesir, Jordan, Dan Lain² Sehinggakan Anak Melayu Ini Apabila Balik Menentang Kerajaan Malah Ada Yang Menganggotai Gerakan Bawah Tanah. Siapa Yang Mewujudkan Tabung Haji? Tiada Langsungkah Sebarang Usaha Tun Abdullah Ahmad Badawi Semasa Pemerintahan Beliau Diangkat Sebagai Satu Usaha Mulia? Terutama Dari Segi Budaya Dan Kesenian Islam Pun Tak Boleh Diterima? Eh!?
Saya Sendiri Tidak Menafikan Usaha PAS Dan Gerakan Lain Seperti ABIM, PERKIM, Dan NGO² Lain Dalam Pembangunan Dan Perjuangan Islam. Terutama Dari Segi Sahsiah Diri Muslim. Tetapi Janganlah Kita Menidakkan Usaha Murni Kelompok Lain Di Malaysia Ini Dengan Merasakan Diri Sendiri “Cambest”. Takbur Namanya.
9. Masalahnya “Bapak 16 September” Itu Memperkenalkan Liberalisasi Alias Pluralisme Yang Pastinya Akan Menghancurkan Islam (Sila Baca Novel Tuhan Manusia Karya Faisal Tehrani). Lebih Malang Beliau Mempunyai Penyokongnya Yang Menyokong Agenda Senyapnya Itu. Apatah Lagi Jika Penyokongnya Itu Adalah Dikalangan Ahli PAS Sendiri (Ada @ Tak?). Jika Ada Maka Itulah Kumpulan Erdogan Seperti Yang Saudara Tanyakan Pada Soalan Sebelum Ini.
10. Ayohh!! Panjang Pulak Balasan. Calon? Tak Payah Carik Calon. Jadi Calon Pilihanraya Sudah…
Assalamualaikum wbt.
Pintu pejabat saya luas terbuka untuk bertemu saudara berdua. Sila hubungi Saudara Muzamil Hamidi, Pembantu Khas saya di talian 03-2164 6488.
Wassalam.
FERIZ OMAR
Presiden ProWaris Malaysia
http://www.prowaris.org
Wa’alaikumsalam Saudara Feriz Omar. Maafkan Saya Kerana Komen Saudara Masuk Dalam Spam Box. Saya Baru Approve.
Terima Kasih Di Atas Jemputan Saudara Presiden. Tetapi Saya Rasa Saya Bukanlah Seorang Tokoh Pejuang Yang Boleh Diangkat Untuk Berdiri Bersama² Dengan Prowaris. Saya Berjuang Di Medium Yang Saya Rasa Selesa. Frasa ‘Profesional’ Itu Dilihat Terlalu Jauh Dengan Diri Saya. Cukuplah Sekadar Saya Turut Menyokong Perjuangan ProWaris Dalam Membentuk Agenda Melayu Islam Versi Bersih.
Terpulang Pula Kepada Sahabat Saya Khairul Jika Beliau Berminat Bertemu Mata Dengan Saudara Presiden. Dengan Harapan Bukanlah Untuk Menegakkan Benang Yang Basah. Tetapi Demi Memastikan Perjuangan Melayu Islam Itu Adalah Sebenar-benar Perjuangan.
terima kasih atas undangan,
pastinya bukan untuk menegakkan benang yang basah, tetapi menegakkan kebenaran. itu matlamat kita bersama
titik penyatuan bukan semudah untuk dicari, bukan semudah untuk ditinggalkan, justeru, saya di sini melihat perjuangan Melayu Islam itu kecenderungan adalah terletak kepada sejauh mana pemimpin di atas memprihatinkan kita semua, tidak kira PAS atau UMNO hatta NGO lain sekalipun.
kelemahan Melayu bukan berpunca daripada persaingan bangsa lain semata, yang lebih pasti adalah Melayu sendiri tidak membenarkan keberanian diri mereka untuk dipentaskan di khalayak pemimpin atasan. Ketakutan yang dijelmakan oleh pemimpin atasan agar tidak melebihi mereka menimbulkan dilema diri Melayu sendiri, lantas mereka beralih arah untuk mencari pentas yang mana Melayu ini lebih dihormati. justeru, kerana Islam Melayu itu dapat dimartabatkan, inilah destinasi baru mereka.
Maka, perjuangan bagaimana yang harus dicanai jika membenarkan keberanian dapat di angkat? Demonstrasi tidak dibenarkan, perhimpunan diharamkan, kenyataan dipalsukan, idea dimansuhkan, maka, apa lagi tinggal Melayu seperti kita golongan marhaien ini untuk menyatakan keberanian kita?
justeru, PRU-13 akan membenarkan keberanian kita semua. Insya-Allah.
untuk YB Qaiyum, jawapan untuk respon akan saya jawab kemudian, kerja agak banyak sekarang ini. tq
Hui. Biler Pulak Aku Bertanding Pilihanraye Sampai Jadi YB? Heh.
Masih Banyak Platform Untuk Memperbaiki Kelemahan Orang Melayu. Bukan Hanya Memberanikan Diri Di Jalanan Sahaja. Apapon Marilah Kita Bekerja Keras Membangunkan Negara Disamping Mencari Rezeki.
:D=
salam, aku kembali untuk jawab ulasan lepas.
1. * tamat
2. maka kerana itu kita mahu pemimpin yang boleh merasai segala jenis makanan, baik mee, laksa, bihun sup, dsb. Pemimpin yang bersandarkan kepada rakyat, tidak akan memilih untuk membelakangkan mereka dalam suatu keputusan. Biarkan rakyat yang menyokong mee, adakala mereka perlu juga makan bihun, laksa. Justeru, siapa yang di berikan amanah, maka, jaga kepentingan rakyat. Amanah pimpinan akan dihitung di hari pembalasan kelak. Bukan bagaimana kuasa untuk terima wang harta semata-mata.
***jawapan soalan tambahan 1 : - dalam Islam mengajar kita untuk bertoleransi, dan PAS sebagai wadah melaksanakan apa yang dituntut sebagai siyasah syariaah Islamiah. Apapun, agak hebat juga TG Abd. Hadi Awang apabila mampu menutup satu MRSM milik kerajaan pusat. Makanya kerajaan pusat akur kah? saya mohon YB sila semak balik kenyataan DS Nazri Aziz terhadap Yayasan Terengganu, dan kerajaan Terengganu. Siapa yang jaga kepentingan anak negeri, siapa pula yang jaga kepentingan politik sempit?
***jawapan soalan tambahan 2 : - satu Malaysia sudah tahu PAS adalah parti untuk orang Islam dan Melayu Islam juga. Slogan adalah satu simbolik bagi mana-mana parti hatta UMNO sekalipun. Maka, situasi politik sekarang membawa kepada satu kaedah pemurnian kepada slogan. Maka PAS untuk semua menggambarkan bahawa PAS ini mampu diterima oleh pelbagai segmen masyarakat. Persoalan Islam tidak diletakkan atau tidak adalah satu perkara terpencil kerana semua orang tahu PAS kekal sebagai parti yang melaksanakan perjuangan Islam sebagai agenda pemerintahan negara kelak. Jika UMNO sendiri, mengapa tidak mahu kekalkan slogan DULU,KINI,dan SELAMANYA, jika benar UMNO mampu untuk kekal selamanya?
3. Ya, mengaku itu adalah cara terbaik, berterus terang adalah yang sepatutnya. Bukan berdiam diri, tetapi PAS mempunyai Majlis Syura Ulama’ yang berperanan untuk menjelaskan sesuatu perkara sebelum di nyatakan di pihak media. Media mempunyai segala macam kekuatan untuk memutarbelitkan kenyataan yang datang daripada editor yang dibayar ‘elaun tambahan’. Ini berbeza dengan UMNO, perpecahan itu yang membawa rasa tidak puas hati, lalu puak-puak yang berdendam menggunakan media untuk menyuarakan rasa kesal mereka. PAS tidak mencari media, media yang mencari PAS.
4. Pendekatan TG Nik Abdul Aziz adalah berhikmah, tinggal lagi tanggungjawab mengurus pasukan itu adalah Dato’ Annuar Musa. Agak keterlaluan kita apabila menyerahkan segala amanah dan tanggungjawab agama kepada TG sahaja. Sedangkan tidak pula menyuruh Dato’ Annuar Musa itu menjalankan amanah yang di buat?
Itu sebab semua pemimpin yang dipilih perlu yang beragama dan bertamadun. Supaya dapat menghadapi golongan-golongan seperti yang YB katakan. Kita ini sebagai pemimpin kecil harus bertindak juga, jangan hanya sekadar menulis tanpa ada manfaat untuk difikirkan oleh orang lain.
5. kenyataan ini saya ulas di dalam point no.3, tidak perlu memalukan sesiapa di dalam akhbar, kehormatan orang perlu dijaga. Jika benar bersalah, kita akan tampil berikan kenyataan. Jika agak ragu, kita akan dengar penjelasan dahulu, adab perlu di jaga. Itu yang Islam ajarkan.
6. itulah kesilapan kita, melihat struktur politik melayu sempit hanya di sudut kuasa kerusi di Parlimen. Kalau yang ada di Parlimen itu Melayu tetapi perangai mengalahkan orang bukan Islam, YB nak kata apa? kuasa Melayu semakin terhakis? Setakat ini, pengagihan kerusi untuk bertanding akan merujuk kepada komposisi kaum di setiap kawasan bertanding. Semua perkara ini dibincangkan. Bukan pakai letak je. Sekarang ini pun, banyak kerusi yang dipertandingkan ikut kepada pencalonan dari dahulu. BN letak calon Melayu, kita letak calon Melayu juga, jadi apa masalahnya dengan kuasa Melayu semakin terhakis? siapa yang menghakis sebenarnya? Malaysia ini majoriti bangsa Bumiputera, bukan Melayu semata, dan Malaysia ini juga bukan semua Melayu.
7. yang ini saya tidak mahu ulas panjang. Saudara lebih bijak rasanya apabila mengetahui hubungan perniagaan pihak-pihak tertentu. Dahulu UMNO juga kata Sultan jangan masuk campur hal politik? ni sekarang apa sudah jadi, jilat ludah sendiri ka? dan YB kena tahu, kaji dan FAHAMkan undang-undang tubuh negeri Perak. Law mereka ada perbezaan dengan negeri lain, jadi kita jgn samakan hal ini dengan negeri yang lain seperti Kelantan. Tambah lagi, PR menghormati Sultan, oleh sebab yang demikian, PR mohon Sultan perkenan bubarkan DUN, kembalikan kembali hak rakyat, itupun salah ka? ni tidak sudah-sudah dengan majoriti-majoriti.
8. Mohon YB untuk memahami maksud manifesto terlebih dahulu, seterusnya kaitkan dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
analogi aku ringkas sahaja :
Rukun Iman ada 6 perkara,
kalau buang satu rukun keimanan dari diri kita tinggal 5 rukun ke atau 0 rukun?
jika solat itu sekadar duduk di sejadah, tidak perlu angkat takbir, baca ayat sekadar perlu, rukuk sujud buat seperti biasa, dan tidak perlu di akhiri dengan salam. Solat itu di laksanakan bukan? tapi sah atau tidak solatnya?
maka, itulah yang PAS perhatikan dalam kerajaan ini, buat masjid begitu indah bagai dicanang sampaikan kiblat pun salah ( Masjid Kristal, ada YB tahu? ) tapi tempat disko n lesen rumah urut bertambah. Ini Melayu yang YB mahukan dalam Parlimen? Ini baru sikit saya paparkan, kalau mahu lagi, panjang karangan ini.
maka, kami di PAS bukan takbur, kami mahu kerajaan laksanakan semua terkandung di dalam Al-Quran secara jelas. Undang-undang Islam bukan menjadi pilihan kedua. kalau kata melayu itu sungguh Islam, soal menentukan anak bertukar agama, Dato’ Seri Nazri Aziz tu siapa? Mufti ke YB? Ulama’ ke YB? dia orang Melayu kan? kenapa orang Melayu sendiri tak hormat orang agama dia sendiri ?sila jawab.
9. suatu elemen kekuatan pada Pemuda PAS adalah pelaksanaan Tarbiyyah dan Usrah. isu erdogan itu hanya permainan pihak BN-UMNO. golongan PAS konsisten dan sentiasa berdampingan dengan golongan agama untuk mendapatkan penjelasan. apa yang saudara katakan itu adalah kelompok-kelompok muda segar di dalam perjuangan PAS, ada yang energetik, tetapi yang pasti, orang yang berakal mampu untuk menilai setiap perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. menjelaskan perjuangan Islam adalah lebih sukar dan mencabar daripada menjelaskan golongan muda dengan wang ringgit dan hiburan seperti yang UMNO-BN lakukan. Kesimpulan, ada dua golongan di malaysia ini yang tidak boleh dipercayai selain daripada penipu dan pendusta, iaitu golongan yang tidak solat dan orang UMNO yang karat.
10. *** isu selesai
————————————-
nyatakan plaform mana yang boleh digunakan untuk orang Melayu dibenarkan memperbaiki kelemahan? kalau diberikan pilihan untuk berada di pentas umum disaksikan oleh jutaan rakyat secara lansung tanpa tapisan siaran dan mendapat liputan satu dunia, mari kita persembahkan Dilema Melayu dalam Memperjuangkan Islam atau Dilema Memperjuangkan Melayu dalam Malaysia. Minta seluruh pemimpin turun menghujahkan jika mahu melihat Melayu bangkit semesta Malaysia. kerajaan ini ditadbir oleh UMNO-BN, maka jantannya mereka ini, aturkan. Pasti PAS-PR malah NGO termasuk PROWaris sendiri akan berpidato, bangkitkan Melayu. Kalau ini bisa dilakukan, aku percaya, orang jalanan seperti PR tidak akan disembur gas pemedih mata lagi. Sekian