Majlis Penasihat Ekonomi (MPE) & Selamat Hari Bumi
Apr 22nd, 2009 oleh Qaiyum

- Perdana Menteri Baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, komited untuk memulihkan kembali ekonomi dan mengembalikan kemakmuran negara jangka panjang.
- Dengan ini rakyat juga perlu sama-sama komited dan berada di belakang PM baru kita untuk kembali menstabilkan politik. Bukan hanya duduk termanggu menantikan PRU-13 dengan harapan untuk melihat kerajaan BN tumbang, tetapi hakikatnya tidak membuat apa-apa sumbangan kepada negara dalam masa 3 tahun ini.
- Datuk Seri Najib merancang untuk menubuhkan sebuah pasukan yang terbukti berpengalaman dalam bidang ekonomi untuk bekerja demi Malaysia sebagai sebahagian daripada perancangan memulihkan ekonomi negara.
- Majlis Penasihat Ekonomi (MPE) akan ditubuhkan bagi melaporkan terus kepada beliau disamping memberikan khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif.
- Persoalan muncul mengenai siapakah yang layak untuk menerajui pasukan ini.
- Seorang Ahli Parlimen BN telah mengutarakan di dalam Dewan Rakyat beberapa hari sebelum pengumuman kabinet agar Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik terus sebagai penasihat ekonomi negara.
- Tun Dr Mahathir dilihat sebagai tokoh ekonomi negara kerana telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada dilanda krisis kewangan yang lebih teruk pada krisis tahun 1997. Formula yang sering disebut-sebut sebagai Formula Mahathir yang antaranya bertindak melaksanakan Rejim Kawalan Pertukaran Asing Terpilih telah menyelamatkan ekonomi negara dan syarikat-syarikat daripada muflis.
- Berbanding keadaannya dengan indonesia yang menyembah IMF dan lihatlah apa yang terjadi kepada mereka sehingga hari ini. “Bapak 16 September” juga telah mengutarakan idea untuk meminjam dengan IMF. Tetapi nasib baiklah kan.
- Jika kita telah mempunyai seorang tokoh yang dikenali ramai kerana mempunyai track record yang baik dalam bidang ekonomi, malah dikenali ramai dengan kedudukan politiknya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia, tidakkah baik jika kita menggunakan peluang ini melantik beliau sebagai Penasihat Ekonomi No 1 negara.
- Tidakkah ingin kita melihat Malaysia melepasi krisis ekonomi kali ini sepertimana dahulu dengan langkah yang bergaya demi sesuap nasi tanpa terjatuh maruahnya?
- Singapura telah melantik Lee Kuan Yew sebagai mentor Perdana Menterinya kerana ketokohan dan kelebihan yang beliau ada untuk sama-sama memacu ekonomi Singapura. Tanpa melihat langsung perbezaan ideologi politik. Kesejahteraan rakyatlah yang diutamakan.
- Contoh ini alangkah baiknya jika dapat diambil dan ditiru oleh pemimpin dan rakyat Malaysia sendiri. Bukannya hanya komited berpolitik semata-mata, tetapi juga lebih cenderung untuk mencari formula memulihkan ekonomi negara dan seterusnya hidup dalam kemakmuran dalam negara berbilang kaum ini.
- Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Malaysia. Amin!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]










