Formula R.A.H.M.A.N
Apr 3rd, 2009 oleh Qaiyum
- Formula ini entah diwujudkan oleh siapa.
- Tetapi formula ini telah menjadi kenyataan dalam menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri seterusnya mengikut turutan :
- R - Tunku Abdul Rahman
- A - Tun Abdul Razak
- H - Tun Hussein Onn
- M - Tun Dr Mahathir
- A - Dato’ Seri Tun Abdullah
- N - Dato’ Seri Najib
- Dato Seri Najib Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 hari ini.
- Tugas dan tanggungjawab beliau yang besar dalam memartabatkan semula UMNO dan mengembalikan semula keyakinan rakyat ke atas kerajaan Barisan Nasional bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah.
- Tetapi pada saya ini lebih sukar berbanding untuk menyatukan orang Melayu suatu ketika dahulu yang dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu.
- Bertambah sukar lagi dengan keadaan ekonomi yang agak meruncing.
- 3 Pilihanraya kecil yang sedang rancak kini walaupun ‘kecil’ tetapi impaknya besar.
- Jika BN kalah dengan jaringan 3-0, maka ini menunjukkan bahawa rakyat menolak Barisan Nasional bukanlah disebabkan menolak kepimpinan Dato’ Seri Tun Abdullah sepertimana yang berlaku dalam PRU-12 tahun lalu.
- Kerana kini beliau telahpun meletak jawatan. Maka analisis yang boleh dikatakan adalah bahawa rakyat menolak kepimpinan yang ada hari ini. Samada di dalam UMNO ataupun berkait dengan parti komponen BN yang lain.
- Atau adakah Khairy Jamaludin yang patut dipersalahkan tatkala baru sahaja dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO jika BN kalah teruk pada 3 PRK nanti ?
- Apapun bersama-samalah kita nantikan keputusan PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai kelak.
- Penilaian paling tepat mengenai prestasi Dato’ Seri Najib hanya boleh dianalisis pada PRU ke-13 nanti.
- Tetapi di sini ada satu persoalan jika benar Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya ‘merampas’ kerajaan persekutuan pada 16 September lalu, maka formula ini akan gagal kerana berbunyi R.A.H.M.A.A . Siapakah RAHMAA ? Entah.
- Atau jika Dato Seri Haji Hadi tiba-tiba menjadi Perdana Menteri maka formula ini kelak akan bertukar menjadi R.A.H.M.A.H. Siapa pula si RAHMAH ini?
- Atau jika rampasan kuasa dilaksanakan oleh ‘kuasa’ tertentu dan YB Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri bukan Melayu Malaysia yang pertama maka formula ini akan diberi nama baru iaitu. R.A.H.M.A.L.
- Ah Tak Sedap Betul Nama.
- Semoga lepas ini ada formula baru yang diciptakan oleh para pakar dalam menentukan siapakah legasi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan seterusnya.
- Ada pendapat mengatakan formula ini adalah legasi Perdana Menteri Melayu. Maka Dato’ Seri Najib kemungkinan adalah Perdana Menteri Melayu Malaysia terakhir. Oh!
p/s : Dah tengok cerita Knowing? Jangan terpesong akidah suda… :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
- Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia
- Majlis Penasihat Ekonomi (MPE) & Selamat Hari Bumi
- Pemilu Malaysia - Barisan Nasional Gagal Menang Mutlak
- Assalamualaikum Dari Jeneral
- Nik Aziz sudah terlalu takbur
- DAP Kedah Keluar Pakatan? Bukti Kerapuhan Pakatan..
- NGO MELAYU - KATALIS PENYATUAN MELAYU & ISLAM [FERIZ OMAR]












bro qaiyum,
terima kasih atas komentar tuan dalam blog pakdi.my
apa yang tuan komen itu ada betulnya. tapi saya rasa tuan sudah salah faham.
kindly read Free Market issues that has been discussed in my blog. itulah mesejnya.
erm akupun tak tau kalau lps Najib:
N:?
A:?
J:?
I:?
B:?
Heheheh,walau bagaimanapun aku harap byk perubahan yang lebih memfocuskan kepada hal ekonomi akan diberikan perhatian selepas ni. Sianlah rakyat yang tak mo pening isu politik mcm aku ni.
#pakdi - Hehe. Saya Memang Fail Sket Kalau Nak Cerita Bab Ekonomi Ni Sebab Pendidikan Saya Tidak Merangkumi Ilmu Ekonomi. Apapun Yang Dilakukan Oleh Pemimpin Kita, Kuasa Politik Itu Perlu Berada Pada Tangan Orang Melayu Agar Perlembagaan Yang Sedia Ada Tidak Akan Diubah. Yang Mana Nanti Akan Meragut Semua Keistimewaan Yang Ada Pada Orang Melayu Sekarang.
#catzer - Pening Kan? Ambillah Indonesia Sebagai Contoh. Negara Mereka Kaya Dengan Hasil Bumi. Tenaga Kerja Yang Sangat Ramai. Tetapi Rakyat Tetap Tak Ke Mana. Ini Kerana Pemimpin Mereka Hanya Pandai Berhujah Tetapi Tidak Pandai Mentadbir Negara Dengan Baik. Ikut Pada Keadaan sekarang Ni, Negara Mana Yang Boleh Kita Ambil Sebagai Contoh Dalam Menangani Krisis Ekonomi Yang Melanda Eh ?
Syabas buat DS Najib atas pertaulihan beliau sebagai PM Malaysia ke 6. Diharapkan apa yg dijanjikan oleh pemimpin sebelum ini tidak diabaikan. Malah, seharusnya PM ke 6 kita bekerja lebih tekun berbanding mantan2 sebelum beliau…
Semoga masa yg ada sebelum PRU 13 nanti diguna sebaik mungkin oleh DS Najib untuk membuktikan kemampuanya memimpin tanah air. Jika tidak bersedialah menerima penangan kami pemangkah generasi baru
#Jebat - Hei Jebat. Masih Hidup Lagikah Tuan Hamba? Adakah tuan hamba ini immortal? Lama Lagi Nak Tunggu PRU13. Mungkin waktutu hamba telah mempunyai 2 orang anak. Wahaha. Syoknya pegi mengundi sambil mendokong anak-anak yang masih kecil.
amboi.. rajin plak bace web pakdi ye..
ala, takhta aku dah diambil oleh catzer. ni yang nak tambah komen ni.
hehe..
aku setuju ngan pakdi. ko kena bace pasal free market. free the market!!
yeh, akhirnye aku adalah komentator terajin. good work!
Peh. Memain Komen Plak Dah. Tak Payah Komen Bebanyak. Biar Aku Afundi Ko Je Musti Leh Dok Carta Atas. Huhu.. Free Market? Sape Yang Monopoli Sekarang Ni?
teori RAHMAN ni kalau xsilap aku dinukilkan oleh SH Alattas dalam buku.. hm.. da lupa. masa zaman Tun Mahathir jadi PM.
xsangka.. rupanya benar teori tu.
maaf klu tersilap fakta.
semoga yg terbaik untuk Malaysia.
……..dan apabila lengkap formula itu yang diakhiri dengan N, adakah dunia akan kiamat???
dan adakah RAHMAA atau RAHMAH itu adalah nickname kepada dajal yang akan keluar nanti??
owh tidak. *kelakar tol entry kali ni
ada org bagi idea ni kat page chedet:
Remember Teori RAHMAN telah berakhir dan adakah akan bermula Teori MAHATHIR (MUHYIDDIN (MUKHRIZ mungkin juga), AHMAD ZAHID, HISHAMUDDIN , A=……., T=…….., H=…….., I=………., R=……….)
haha menarik tul.
tiba2 teringat ceta Wanted yg bunuh org berdasarkan code/error dlm thread mesin jahit…mengarut nk mampos! sib baik effect/action leh tahan..rugi je 2 jam.
haha…macam2 teori lak keluar…asalkan orang yg jadi PM tu amanah lagi berdedikasi sudah…kalau tak amanah faham2 je la…