Melayu Berpecah Kampung Tergadai Episod 43
Mar 26th, 2009 oleh Qaiyum
1. Perhimpunan Agong UMNO sedang berlangsung.
2. Saya baru pulang dari Bengkel Juruaudit untuk pensijilan MS ISO 9001:2008 jabatan saya. Bengkel selama 3 hari ini amat menyesakkan kepala kerana perlu memahami Manual Kualiti, Prosedut Kualiti (Teras, Pengurusan & Sokongan) termasuk juga Arahan Kerja. Peningnya ISO…
3. Benarkah itu Saudara Feriz Omar Presiden PROWARIS yang meninggalkan mesej di blog ini? Agak bangga juga jika Penganalisis Politik muda tanahair ini sudi melawat ke blog ini. Tetapi sehingga hari ini saya masih belum dapat bercakap dengan beliau untuk mengetahui apakah tujuan beliau ingin menghubungi saya. Mungkin sedang sibuk di persidangan di PWTC agaknya.
4. Persidangan? Tatkala entri ini ditulis, kita telah mengetahui siapakah Ketua Pemuda UMNO yang baru. Saya tiada komen membina yang boleh diberikan. Ahli UMNO sendiri ada pelbagai reaksi. Apatah lagi situasinya dengan rakyat marhaen di luar ini. Namun diharapkan Ketua Pemuda baru ini dapat benar² berjuang demi Orang Melayu.
5. Saya ingin mengulas sedikit sebuah artikel karangan Zaini Hasan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Mac 2009 dengan tajuk Melayu Bukan UMNO Lagi, Melayu Sudah Minoriti.
6. Dalam artikel ini penulis mengeluarkan teori bahawa Melayu hari ini telah terbahagi kepada enam golongan iaitu :
- Golongan Melayu Liberal. Mereka ini sudah hilang ‘’semangat dan roh” (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.
- Golongan Melayu Ulama (yang menolak semangat ke-Bangsa-an). Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pas aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan Pas, UMNO perlu ikut cara Pas. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaannya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutakhir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran Hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik Aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.
- Golongan Melayu PKR (yang menolak UMNO kerana ia menolak master mereka Anwar Ibrahim). Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan liberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau Pas, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan Pas. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang, PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.
- Golongan Melayu DAP. Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.
- Golongan Melayu Atas Pagar. Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah: ”Aku Sudah Muak”. Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.
- Golongan Melayu UMNO. Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.
7. Teori ini tidak dapat dipastikan sejauh mana ianya boleh digunapakai. Walaupun begitu, pecahan ini adalah antara yang menyumbang kepada perpecahan utama umat Melayu. Pecahan² lain seperti kepada NGO² yang tidak berpendirian politik atau mungkin juga golongan Tabligh, tetapi pecahan itu tidak menyumbang kepada angka yang besar.
8. Sepatutnya perbezaan ideologi politik tidak menjarakkan penganutnya terhadap aktiviti ekonomi, sosial, keagamaan, pendidikan dan sebagainya. Tetapi orang Melayu susah untuk memisahkan ideologi politik dengan kehidupan mereka. Orang PAS akan berkumpul sesama mereka di masjid cat hijau mereka ataupun di markaz tarbiyah mereka dan membincangkan bagaimana untuk membangunkan ekonomi ahli² PAS. Manakala ‘Pejuang’ UMNO akan duduk berbincang di lobi hotel atau bilik gerakan bagi membincangkan aktiviti riadah bagi mengeratkan hubungan sesama ahli. Projek² akan dibahagikan sesama ahli parti yang bekepentingan. Ini berlaku terhadap semua parti yang wujud di bumi Malaysia ini, yang mana bukan sahaja berkisarkan pada parti Politik Melayu.
9. Contoh sebegini yang membuatkan titik pertemuan bagi setiap apa juga bidang tidak dapat ditemukan. Orang Melayu tidak berpolitik seperti orang bukan Melayu. Jadi bagaimana mahu menemukannya?
10. Orang UMNO memasuki PAS atau Orang PAS memasuki UMNO ? Bagaimana pula dengan Melayu PKR? Keadaan ini akan bertambah sukar apabila kekuatan ketiga² parti umum orang Melayu ini kelihatan mempunyai kekuatan yang seimbang. Agenda penyatuan Melayu akan semakin sukar.
11. Ini amat memudaratkan masa depan generasi akan datang orang Melayu. Survival Melayu kelak bagaimana?
12. Saya tiada jawapan itu. Mungkin ketua pemuda UMNO baru ada jawapannya. Mungkin juga pemimpin veteran UMNO lain boleh menyelesaikan kekusutan ini. Atau mungkin keadaan akan bertambah parah dari hari ke hari.
13. Insaflah Melayu.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Salam,
Melayu ku!
Tak hairan kenapa Melayu terus meLAYU-LAYU!
p/s:
komen ini bukan menunjukkan aku ni tergolong dalam melayu yang disebutkan diatas. artikel yang aku baca beberapa hari lalu itu, menyedarkan aku, reformasi melayu perlu dilakukan.
bukan perpecahan yang aku mahukan! bukan autoriti yang aku mahu berikan! macam kata datuk najib, berikan saf perpaduan kepadanya!
melayu jangan runtuh kerana pangkat!
jangan angkuh kerana darjat!
humm..ayahku nombor 6
dan masih tegar..
aku..mungkin di mana mana nombor di atas..
aku punya suka..haha
owh..dh dapat baca dah tulisan entry. td masa bukak blog ni xkuar pon tulisan..
berbalik ttg isu di atas:
melayu berpecah?
kita kena faham manusia di mana-mana pun tidak akan bersatu. Ini hakikat yg jelas. agama, bangsa, bahasa juga tidak mampu menyatukan manusia. Islam juga umatnya berpecah belah. Apatah lagi bangsa melayu.
Sebenarnya perpecahan ini tidak salah. Ini menunjukkan kepelbagaian dlm masyarakat kita. kita juga kena ingat, UMNO itu melayu tetapi melayu BUKAN UMNO.
Samalah juga dengan PAS. PAS orang Islam tetapi orang Islam BUKAN PAS.
Apa yang penting. kita jangan terlalu taksub terhadap mana2 golongan. Kita menyokong apa yg betul menolak apa yang salah. Tidak kiralah PAS, UMNO, PKR, liberal. Itu yg penting. Kan?
ps:
melayu bersatu bukan dalam UMNO. Macam mana kalau lagi ramai melayu yang bersatu dalam PAS berbanding dalam UMNO, Adakah ia masih belum dikira bersatu? (hanya satu persoalan- bukan terikat dengan mana2 golongan)
Aslkm,erm nice blog ler,erm sye nk jmput tuan rmh atau sesape je dtg ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe letak link blog ni yer di sini,ok bye,,,
Salah Satu Syarat Untuk Memperoleh Kemerdekaan Adalah Dengan Menunjukkan Bahawa Rakyat Di Tanah Melayu Ini Bersatu Bukan Sahaja Di Kalangan Orang Melayu Tetapi Juga Melibatkan Golongan Pendatang Iaitu Imigran Dari Cina Dan India.
Pilihanraya Kali Pertama Tahun 1955 Membuktikan Bahawa Dengan Kesepakatan Dan Perpaduan Yang Dibuktikan Oleh Rakyat Tanah Melayu, Tidak Dapat Lagi Membuatkan British Memberikan Sebarang Alasan Untuk Tidak Memerdekakan Tanah Melayu.
Dengan Kata Yang Lain Kita Berjaya Mengusir British Setelah Lama Mereka Berkuasa Dengan Bukti Bahawa Kita Mampu Bersatu-Padu Sesama Rakyat.
Tetapi Hari Ini Keharmonian Tidak Dilihat Berada Pada Tahap Yang Membanggakan. Bukan Sahaja Di Kalangan Kaum, Tetapi Di Kalangan Orang Melayu Sendiri Berpecah. Kita Juga Semestinya Mengerti Bahawa Ini Tidak Akan Membawa Apa² Kebaikan. Kesan Buruk Mungkin Tidak akan Kita Rasai hari Ini. Tetapi Implikasinya Akan Melibatkan Anak Cucu Generasi Akan Datang.
Orang Tua² Kata BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH. Sedangkan Semut Pun Paham.
Berbeza IDEOLOGI boleh jugak ditafsirkan sebagai berbeda pegangan prinsip… Ade Melayu yg menganggab merokok itu HARAM, ade pula yg kate MAKRUH sahaja.
Ada Melayu yg kata boleh pegi clubbing, semata2 nak menari dan dengar muzik… ada pula yg kata masuk ke tempat tu sahaja dah berdosa.
Dan wujud juga Melayu yg merasakan memberi hadiah dan habuan demi mendapatkan sesuatu adalah prosedur biasa pada zaman ini. Tetapi ada Melayu yg lain mendakwa perbuatan tersebut adalah sama dengan memberi RASUAH….
Tak lupa juga ada yang mahukan perundangan sebuah negara Islam bersandarkan kepada hukum2 Islam sepenuhnya. Ada yang membantah mengatakan ianya kolot dan sesuai digunakan pada zaman Rasulullah sahaja….
Dari segi fizikal Manusia itu berbagai macam dan rupa, dari segi pemikiran dan cara hidup lebih banyak kepelbagaian kita boleh jumpa. Tapi semestinya ada yg boleh menyatukan mereka…. untuk menjadi SATU kita hendaklah kembali kepada yang SATU juga….
saya golongan kelima.
orang-orang muda yang baru menginjak 21 tahun yang masih pening sebab?
sebab sudah berjumpa dengan 2 orang kuat pemuda. sorang umno, sorang pkr.
2-2 kata pertubuhan masing2 bagus.
tapi bila baca internet, dua-dua tu ada yang tak bagusnya.
dilemma
Ramai Sekarang Ini Memilih Untuk Menjadi Golongan Tengah Yang Berdiri Di Atas Pagar. Walaupun Kelihatan Tidak Berpendirian, Tetapi Hakikatnya Merekalah Bakal Menentukan Keputusan Sesuatu Pilihanraya Itu…
Salam,
Kita tidak pernah belajar dari sejarah Para Nabi, Sahabat, Tabi’ Tabien. Kejayaan bangsa arab adalah kerana Islam. Saidina Umar pernah berkata: “Dulu kita adalah bangsa yang hina, lemah dan berpecah belah, maka Allah muliakan (bersatu) kita dengan Islam. Barang siapa yang mencari kemuliaan selain Islam. maka Allah akan menghinakannya kembali”..