Antara Pejuang Bahasa & Pencetus Wawasan
Mar 9th, 2009 oleh Qaiyum

- Isu PPSMI menjadi semakin hangat kebelakangan ini. Gerakan² muncul dan demonstrasi juga telah berjaya dilaksanakan dengan sedikit kontroversi.
- Tetapi isu ini hakikatnya agak mengelirukan rakyat. Rakyat sendiri tidak dapat menilai dengan tepat mengenai kebaikan dan keburukan PPSMI. Apapun masing² mempunyai pendapat yang tersendiri. Ibu bapa ada yang menyokong ada yang menentang. Para guru juga berbeza pendapat. Politikus dan menteri menyokong dan menentang dasar mengikut ideologi mereka.
- Justeru isu ini perlu dibahas dan diperdebatkan oleh para ilmuan, ahli akademik, strategis, politikus dan golongan profesional lainnya bagi mendapatkan jawapan, fakta dan kesimpulan bagi isu bahasa ini.
- Pada saya isu ini bukanlah isu yang besar. Saya bukanlah seorang pejuang bahasa tetapi saya menghormati bahasa Melayu saya. Saya sentiasa memperdalami bahasa Melayu saya sejak dari bangku sekolah hinggalah hari ini. Walaupun tidak sampai ke tahap memuja pepatah Melayu seperti Karam Singh Walia, tetapi saya cintakan bahasa saya.
- Pejuang Bahasa menentang dasar ini atas beberapa sebab. Yang utamanya adalah takutkan Bahasa Melayu akan ghaib dari mulut anak bangsa 50 tahun dari sekarang. Mungkinkah? Adakah pandangan @ visi mereka ini akan menjadi kenyataan hanya kerana 2 matapelajaran ini diajar dalam bahasa inggeris?
- Bagi Pencetus Wawasan, demi melihat generasi hadapan melangkah ke Wawasan 2020 dengan langkah segak bergaya itulah misi utama mereka. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa asing. Terutamanya anak Melayu yang agak kurang menguasai bahasa selain daripada bahasa Melayu ini. Itulah yang cuba diterapkan seawal di bangku sekolah lagi.
- Tetapi apa yang paling penting adalah hasil akhirnya, iaitu pelajar. Jika statistik menunjukkan pelajar agak kurang menyerlah melalui pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini, maka sesuatu harus dilakukan. Samada memantapkan sistem yang ada sekarang, atau kembali ke keadaan lampau.
- Akan tetapi walau sejauh mana pelajar ini cuba untuk ‘lari’ daripada sistem PPSMI ini, mereka tidak akan dapat lari dari menjengah mata pelajaran yang berorientasikan bahasa inggeris apabila mereka melangkah ke IPT ataupun bahasa lain tatkala bersedia untuk ke luar negara. Takkan lari gunung dikejar !! Hahaha..
- Apapun isu ini perlu diselesaikan dengan profesional dan harmoni. Kedua-dua golongan ini berkehendakkan sesuatu yang bernilai demi bangsa dan negara. Jika boleh carilah formula untuk membolehkan kedua-dua misi dan visi ini berjaya bergerak seiring dan seirama dalam menempuh cabaran globalisasi yang merempuh negara hari ini.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Salam,
Memang, saya akui dalam sesuatu pelaksanaan apa yang penting ialah “Implementation and Effectiveness”. Dalam soal PPSMI ini, terdapat pro dan kontra.
Apa yang menjadi persoalan dalam isu ini kemungkinannya ialah EFFECTIVENESS. Sejauh mana program ini berkesan dalam implementasi pencapaian seorang pelajar. Statistik yang dinyatakan oleh KPM baru-baru ini menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak.
Masalahnya, sudah terang lagi bersuluh!!! Tiada kerjasama!! Maksudnya, terlalu ramai pihak yang “menekan” sehingga isu ini semakin sukar untuk ditangan. Sikap sesetengah pemimpin pula terlalu “celupar” meluahkan pandangan.
Buatlah dalam bahasa apa sekalipun, jika tiada semangat unutk berubah memperbaiki diri; ianya tidak akan berjaya. Bukan mahu menggunakan English sepenuhnya dalam kehidupan seharian, tetapi ia sebagai persediaan untuk pelajar mempelajari Maths and Science term in English.
Kat IPT mana ade Sains and Maths term dalam bahasa Melayu. Apa yang penting, keseimbangan dalam mempelajari kedua bahasa ini- Bahasa Malaysia dan English.
Kepada mereka yang mengeksploitasi isu ini, jangan bermain dengan api!!! Kalau nak kira, anda juga berbahasa English apabila ke luar negara!!
Bukan mempersoalkan perjuangan A.Samad Said!! Bak kata Nabil: “LU PIKIR LA SENDIRI!!!!”
Salam Maulidul Rasul,
Dalam isu PPSMI ini, secara keseluruhanya aku tidak bersetuju. Sebabnya, menurut kajian Prof Datuk Dr Isahak Haron (UPSI) 70% pelajar Melayu di luar bandar tidak dapat mempelajari Matematik dan Sains dengan baik apabila ianya diajar dalam bahasa asing.
Secara sempitnya pula aku bersetuju. Sebabnya, diharapkan nanti akan lahir segelintir pelajar Melayu yang mampu berbahas dengan pelajar asing di persidangan Sains antarabangsa.
Bahasa JIWA bangsa…
Salam Selawat..
Qai, bagus isu ini ditengahkan.
Aku pernah tolong adik aku siapkan kerja sekolah dia (matematik tambahan dan fizik). Istilah yang buku tu guna memang aku tak faham apa pun.. maklumlah, aku dari SMK, pastu masuk sekolah agama, pastu masuk pulak UKM.
Tapi memang teruk adik aku nak faham apa soalan tu nak (Aku apatah lagi).
Nampak sangat kesan berbahasa melayu dalam matematik dan sains pada aku kan? ‘Bodoh’ English yang ketara.
WALAUBAGAIMANAPUN…
Terus terang, aku tak setuju matematik & sains dalam bahasa inggeris. Itu bukan cara untuk ‘ajar’ rakyat supaya boleh berbahasa inggeris.
1. Jika bahasa inggeris menjadi masalah, aku salahkan Cikgu Bahasa Inggeris. Dari tadika sampai la universiti. Ajar English, tapi dalam kelas cakap BM. Apa kes??
Ok, aku dari SMK. Tapi, aku boleh berbahasa inggeris kerana CIKGU English aku masa tingkatan 4 betul-betul ENGLISH. Ya, dia seorang perempuan Inggeris! Maka, kami memang tiada pilihan, terpaksa berbahasa Inggeris dalam kelas. (Takkan nak cakap BM pulak!). Dan alhamdullilah, cikgu-cikgu BI kat sekolah tersebut pun memang tak pernah cakap bahasa malaysia (dalam kelas atau luar kelas). Bila murid cakap BM, mereka masih jawab dalam BI.
2. Memang ada kajian oleh prof dari UKM (FSSK tentunya) tentang penggunaan BI dalam mat&sains. Tak payah la panjang-panjang lebar, cuma sedarkah anda negara-negara maju seperti Jepun, Perancis, German termasuklah US sendiri menggunakan bahasa ibunda 100% dalam sistem pendidikan mereka? Prof tu kata, kalau nak jadi negara maju, memang kena pakai bahasa ibunda!
3. Masalah jugak kat budak-budak luar bandar. Kesian aku tengok adik aku terkial-kial. Pada yang menjerit sana menjerit sini terutama ibu bapa, memang mereka faham apa yang berlaku, sebab anak mereka mengadu susah nak belajar dalam BI!
4. Bahasa jiwa bangsa. Penat dah dari zaman aku sampai la zaman adik-adik aku, tak habis-habis di-experiment dengan macam-macam rancangan kerajaan.. Bagi aku, sebenarnya, kerajaan tak pandai/tak pandang langsung pendapat pakar dalam macam-macam hal. Tengok saja budak-budak genius dalam Malaysia. Apa dah jadi dengan mereka? Hilang macam tu saja sebab kerajaan tak tau nak gunakan otak dan kepandaian mereka. Akhirnya adiputra masuk UNISEL selepas kecewa dengan ‘experiment’ kerajaan dan kecewa sebab dia kena “follow the flow” nak masuk U (kena ambil UPSR>PMR>SPM).
Kalau dia kat UK dah lama dah lulus A-level (tak perlu ambil peperiksaan awam!).
Maaf la Qai. Ni kira update blog aku la jugak eh.. hehehhehe…
#Meet Uncle Shah - Biasa. Bila Seorang Politikus Berkata², Apa Yang Keluar Dari Mulut Mereka Adalah Demi Perjuangan Politik Mereka. Bila Itu Yang Berlaku Maka Susahla Masalah Nak Selesai.
#Jebat - Salam Maulidur Rasul. Abistu Geno? Takkan Nak Buat Pelajar Bandar Wajib PPSMI. Pelajar Luar Bandar Tak Wajib PPSMI???
#hawa - Tulatu. Betul La Pernyataan Tu. Tapi Yang Menghairankan Aku Bak Kata Tun Dr M. Dalam Blog Beliau Bagaimana Orang Melayu Zaman Dahulu Boleh Bersekolah Di Sekolah Aliran Inggeris Dan Akhirnya Berjaya Menjadi Golongan Profesional Seperti Peguam, Doktor, Pegawai Kerajaan Dll Lagi.
Utk penerangan lanjut sila layari lawan web patik. Namun begitu tuan hamba patut dapat menangkap maksud sebenar tulisan patik sebelum ini. Rata2 majaroti anak bangsa kita masih belum mahir dalam Bahasa Inggeris, apakan lagi hendak menuntut ilmu alam menggunakan bahasa asing itu. Kata2 patik ini bersandarkan pendapat dan ujikaji yang telah dilakukan oleh ahli nujum negara. Malah ahli nujum tertinggi Prof Diraja Ungku Aziz pun membangkang pelaksanaan PSSMI.
Pada pandangan patik tidak wajar diperjudikan masa depan anak bangsa kita semata2 ingin melihat keberjayaan empayar kita melahirkan beberapa hulubalang, ahli nujum serta tukang tilik yang boleh bertikam lidah dengan bangsa penjajah itu.
Jika cadangan bendahara mahu diturut juga, patik sarankan pelaksanaan PSSMI hanya bermula pada sekolah menengah. Itu pun setelah anak2 kita mahir dalam bahasa kulit putih dahulu semasa di sekolah rendah.
Dengan rendah diri patik mengundur diri, diharap tuan hamba dan pembesar2 yang lain dapat mempertimbangkan pendapat patik serta rakyat jelata yang lain….
pasal benda ni kan qai aku pon blurr gak nak cakap sape yang salah
tapi apa yang penting jurang perbezaan akan semakin jauh sebab taraf pendidikan yang berbeza. kalau dah lidah dari kecik makan belacan, budu, cencaluk, petai dan sebagai nyer tetiba nak suh makan mayonis n keju pelik gak rase nyer
Salam,
Tapi, kita perlu sedar kalaulah PPSMI ini diolah semula kedalam B.Malaysia, bukan setakat guru-guru bahkan pelajar akan turut tertekan dan menerima tempiasnya.
Isu ini tidak perlu dipolitikkan sebenarnya. Bahasa Jiwa Bangsa!!! Ya, saya akui itu semua!!! Tetapi, perlukah kita terpekik terlolong membuang masa ditengah jalanan (memperjudikan keselamatan sendiri) sedangkan mereka yang “diatas” tersenyum” bangga melihat kebodohan bangsa sendiri.
Perlu diingat, banyak masa telah terbuang bahkan duit rakyat telah dibazirkan begitu saja kerana sewaktu awal pelaksanaan PPSMI ini, guru-guru telah dihantar berkursus.
Bukankah ianya sesuatu yang memalukan dan dibodohkan!!!???
Ya.. Patik Sedar Apa Sebenarnya Yang Tuan Hamba Maksudkan. Alang² Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan. Apapun Masalah Utama Yang Perlu Dikenalpasti Disini Adalah Pelajar Susah Memahami Konsep Sains & Matematik Jika Tidak Diajar Dengan Bahasa Ibunda. Bahasa Ibunda Memudahkan. Bahasa Asing Menyusahkan. Tetapi Kita Ingin Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris.
Oleh Itu, Di Dalam Dewan Yang Mulia Ini, Patik Ingin Mengusulkan Supaya Pengajaran & Pembelajaran Subjek Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Ditukar Ke Pengajaran & Pembelajaran Subjek Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Seni Dalam Bahasa Inggeris (PPPJPSI).
Sekian, Mohon Bersidang.
Pada aku, kita kena tengok dulu tahap penguasaan kedua-dua subjek tersebut secara keseluruhannya di seluruh Malaysia. Walau saban tahun dikatakan peratusan yang berjaya menguasai kian meningkat, adalah ia secara menyeluruh? Perhatikan prestasi anak-anak yang hidup di pedalaman. Ada kemungkinankah bahasa melayu kita sempat mereka kuasai? sedangkan guru-guru sendiri perlu mengikuti kelas atau kursus intensif semata-mata untuk mereka memahami subjek itu, inikan pula anak-anak yang baru sahaja ingin mengenal apa itu what, when, who, where dan why? sama-samalah kita renungkan..
Salam,
Setuju!!!
Apapun jua alasannya, bak kata karton wonderpad “Apa Yang Penting, Kerjasama!!!”
huhuhuhhuhuhuuuh
;p
[...] aku terfikir ada betulnya. Basuh baju mahu PPSMI diberhentikan. Dan aku sokong pendapat saudara Qaiyum yang tidak menyokong,tidak pula membantah. Diplomat kata orang. Dilemma eh. Tetapi aku rasa semua [...]
pada dasarnya PPSMI banyak membantu dalam memperkenalkan anak-anak bangsa kita ke mata dunia…tapi tak kan la kita nak berbangga dengan kejayaan tersebut sedangkan ia menggunakan bahasa asing iaitu tidak lain dan tidak bukan bahasa penjajah nusa dan bangsa kita sendiri..seolah-olah kita ni nak memperlekehkan bahasa ibunda kita sendiri yang dah sedia maklum sebagai bahasa kelima terbesar di dunia…dan kita sebagai orang melayu harus berbangga dengan pencapaian tersebut…bukan memperlekehkan bahasa sendiri…bangunlah anak bangsa…sama2 kita perjuangkan bahasa ibunda kita demi masa depan negara yang tercinta…