Malaysia Kita
Feb 23rd, 2009 oleh Qaiyum
1. Orang lebih berminat bercerita mengenai Politik berbanding Ekonomi.
2. Kuasa Politik akan menentukan Kuasa Ekonomi negara berada pada tahap yang stabil. Tetapi wujud politikus yang menggunakan Kuasa Ekonomi mempengaruhi Kuasa Politik. Kedua-duanya saling berkaitan. Namun hari ini kedua-duanya berada pada tahap semakin tidak stabil.
3. Selepas PRU-12 tikam-menikam sering berlaku di arena politik. Samada tikam melalui lidah, melalui mata pena, mahupun melalui papan kekunci. Selagi mana peluang menggunakan platform yang ada, selagi itu musuh-musuh politik akan mencantas, menabur, menyebarkan, mengura-urakan, mencipta, menghambur dan memaki sesiapa sahaja yang cube mengganggu-gugat kedudukan Kuasa Politik dan Kuasa Ekonomi mereka.
4. Sejurus PRU-12 kita dihidangkan dengan pelbagai masalah yang melanda negeri-negeri Bersultan dan Beraja semasa ingin melantik MB dan juga EXCO²nya. Mereka yang tidak mendapat perkenan Sultan dan Raja terpaksa bertindak sehingga di luar batasan dengan melanggar titah Baginda Sultan dan Raja, memboikot majlis, berdemonstrasi, dan mengganggu-gugat keharmonian. Tetapi semangat bertunjangkan Raja Berpelembagaan masih utuh dan masalah demi masalah ini dapat diselesaikan dengan harmoni walaupun wujud perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.
5. Di dalam Parlimen kita dapat menyaksikan ‘pertempuran’ dua puak yang sentiasa bertelagah. Diselitkan juga puak yang ‘membebaskan’ dirinya dari sebarang ideologi yang kedudukan puak ini mengadap Speaker Dewan. Pidato-pidato yang panas sesekali berbau hamburan pedas, tuduh-menuduh, memaki hamun sehingga menyebabkan Speaker dewan pening kepala dan sakit jantung terasa usia akan semakin pendek selagimana beliau berada di kerusi Speaker. Tetapi tidak pernah dalam seumur hidup saya melihat orang berpidato sambil duduk.
6. Ingatkan keadaan akan kembali normal dan harmoni selepas PRU-12. Tetapi semakin hari semakin panas. Media arus perdana dan media alternatif memainkan peranan mereka dengan ‘mengejar’ isu-isu sensasi, panas, bombastik bagi setiap muka surat & rakaman mereka. Kini isu-isu sensasi tidak lagi hanya terpapar di muka ruangan hiburan. Isu sensasi lagi panas ini hasilnya tidak lain dan tidak bukan pastinya melentingkan sesetengah pihak yang sememangnya mudah untuk dilaga-lagakan. Kadang sensitiviti tidak dijaga, umat yang sensitivitinya dan emosinya sentiasa tinggi, ditambah pula dengan semangat juang yang kental sering melakukan aktiviti ‘berkumpulan’ di jalanan.
7. Sebagai contoh wujudnya Pasukan Berani Bogel (PBB, Bukan Pertubuhan Bangsa² Bersatu) yang bangkit menentang MB Selangor yang dikatakan menyeleweng. Sungguh tinggi visi mereka ini namun sehingga hari ini mereka masih gagal untuk melakukan aktiviti ‘mulia’ itu. Mungkin mereka tidak seberani itu. Visi yang cuba dicapai mereka terlalu jauh mungkin. Kenyataan terakhir mereka mendakwa tidak perlu lagi berbogel kerana Elizabeth Wong telah melakukannya bagi pihak mereka.
8. ‘Harapan Rakyat’ kemudian tinggi. 16 September adalah misinya. Sejarah negara selepas Tsunami Politik akan tertulis dengan kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional dengan berjayanya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Permatang Pauh adalah kunci utama bermulanya misi penjajahan Putrajaya. Saiful Bukhari datang menjelma. Hilang teruna katanya disebabkan nafsu seorang politikus. Sumpah dilafazkan berjunjungkan al-Quran. Namun politikus itu tidak bertindak serupa. Mungkin takut termakan sumpah, mungkin juga belum mandi wajib lagi untuk membolehkannya menyentuh al-Quran.
9. Dari Permatang Pauh ke Parlimen membawa amanah yang tinggi. Suatu budaya baru akan diperkenalkan di Parlimen. Budaya Lompat Parti diberi nama. Budaya yang diajarkan oleh Ketua Pembangkang ini selaku mahaguru utama adalah bermulanya suatu episod yang berpanjangan. Panjang seperti Sinetron Indonesia. Sekumpulan ahli Parlimen kemudiannya di bawa lawatan sambil belajar. Tetapi ada juga sekumpulan ahli Parlimen yang tiada dalam senarai ingin mengikuti rombongan tersebut. “Saja jalan²” katanya. Tidak diperiksa di dalam bagasi mereka samada kemungkinan wujud Borang Lompat Parti.
10. Sehingga berlalunya 16 September ‘Harapan Baru Rakyat’ tinggal harapan. Rakyat terpaksa menanti hingga PRU-13 untuk melihat tertubuhnya kerajaan serba baru. Tetapi Kerajaan Persekutuan yang baru ini tidak dapat dipastikan sejauh mana akan membolehkan negara berada dalam keadaan harmoni. Kerajaan di negeri P. Pinang, Perak & Selangor selalu menjadi liputan media. Kerajaan Negeri ini adalah KPI (Key Performance Index) Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum mereka mampu untuk bernaung di Putrajaya. Di negeri-negeri ini ada sahaja yang tidak kena. Tetapi masakan pokok bergoyang jika tiada beruk yang bergayut². Namun di Kedah tidak ’semeriah’ di negeri lain. Mungkin kerana Kedudukan Orang Melayu di negeri itu tidak terancam melihatkan MB & EXCO²nya adalah orang Melayu Islam.
11. Dari Permatang Pauh kita ke Kuala Terengganu. Aman Harmoni katanya pilihanraya di sana. Syukur Alhamdulillah kepada pihak PDRM yang berkawal ketat di sana bagi menjamin keselamatan rakyat marhaen. Kalau takde anggota keselamatan ni terjamin tak keselamatan rasanya? Sebab wujud suara yang mempertikaikan kebanjiran anggota keselamatan ke kawasan Parlimen itu. Mungkin kita boleh cuba pada PRK selepas ini untuk tidak meletakkan anggota keselamatan yang ramai. Cuma cukup kita meletakkan anggota RELA bagi memantau proses pilihanraya di kawasan itu. Beranikah bereksperimentasi sebegitu? Mampukah manusia berhadapan dengan provokasi dengan aman? Entahlah..
12. Oh! Isu Panas Of The Year. Budaya lompat yang diajarkan oleh mahaguru telah bermula di Perak. Mula seorang sini lompat sana. Kemudian pula 2 orang melompat dan melayang² di atas angin. Yang lompat tadi pula lompat balik dan melayang² bersama yang 2 orang tadi. Nah! Sultan bertitah supaya MB Perak meletak jawatan dan digantikan dengan yang baru kerana Majoriti mereka sudah tiada.
13. Bermulanya sengketa. Rakyat berbaring di jalan tar yang panas. Kuasa rakyat telah melebihi segala undang² yang wujud di Malaysia. Samada undang² tubuh negeri mahupun perlembagaan negara tiada yang melebihi kuasa rakyat. Rakyat adalah segala²nya. Berpegang pada Prinsip “Raja Mulia Di Sembah, Raja Zalim Di Sanggah”. Orang Melayu bertempik² menghamburkan kata-kata yang tidak enak kepada rombongan kerabat. Orang bukan Melayu tiada dalam jemaah, mereka hanya memegang kamera dan tidak pula berani bertempik. Tetapi ada seorang politikus bukan Melayu yang sering bercakap sambil duduk ingin saman. Saman Sultan. Saman Tetap Saman.
14. Kelompok yang marah bangkit. Berkumpul di jalanan menjeritkan DAULAT TUANKU! Bagus. Masih ada yang sayang Raja & Sultan. Raja & Sultan yang merupakan simbol keislaman negara akan sentiasa dipelihara kedaulatannya. Payung utama rakyat mestilah dibebaskan dari sebarang ancaman untuk menjatuhkan kedaulatan mereka. Mahkamah tidak sepatutnya menjadi platform menyelesaikan masalah. Sensitiviti orang Melayu terletak pada Raja & Sultan. Tetapi wujud kelompok melayu yang tidak sentitif terhadap apa yang berlaku kepada Institusi Kesultanan. Mungkin akibat menjamin ‘hubungan’ di dalam pakatan pembangkang. Maka mereka terpaksa saling sokong-menyokong pemimpin masing². Pemimpin Politik tidak salah. Raja & Sultanlah yang salah.
15. Dan akhirnya dari Kuala Terengganu kita akan ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lenjan (mungkin?). Elizabeth Wong tidak salah. Ini bukan isu Moral walaupun teman lelainya dikatakan lelaki muslim. Chua Soi Lek salah dan tidak bermoral. Maka sememangnya perlulah beliau meletak jawatan.
16. Begitulah episod² sejarah yang tercatit sehingga hari ini. Situasi politik ini tidak akan berakhir selagi mana kononnya Kuasa Rakyat adalah segala²nya. Pemimpin tidak boleh bertindak kejam kepada rakyat. Semuanya kena adil. Adil kepada HINDRAF. Adil kepada golongan paderi gereja yang ingin menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible mereka. Adil kepada mereka yang menggunakan blog untuk mengutuk peribadi Rasulullah S.A.W. Adil kepada segala²nya.
17. Bagaimana dengan Ekonomi jika asyik Politik yang tersemai di hati?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]
- HINDRAF & Malaysia
- DAP Kedah Keluar Pakatan? Bukti Kerapuhan Pakatan..
- Khabar Dari Presiden Prowaris - Feriz Omar. Ayuh Teruskan Sokongan Kita.
- Apa Yang Kita Mampu Lakukan Sebagai Seorang Rakyat Biasa
- Kenapa Kita Lupakan Segalanya?
- Pemilu Malaysia - Barisan Nasional Gagal Menang Mutlak
- Perjuangan Komuniti Blogger Demi Negara












aku dah muak ngan politik.
harus dihumban je mereka semua
Jangan. Kesiankanlah Anak Bini Mereka Semua. Siape Nak Suapkan Mereka Nanti?
entry yang sangat menarik……mungkin semua ahli2 politik ini perlu duduk bermuhasabah dan memikirkan tentang keadaan ekonomi…bolehkah???
Ye. Itu Sememangnya Perlu. Mainkan Politik Matang Dan Letakkan Kepentingan Rakyat Sebagai Keutamaan Itu Sudah Semestinya. Jangan Biarkan Rakyat Menganggur Dan Bergelimpangan Tanpa Arah Tuju.
Skang ni dah naik menyampah bila dengar cerita pasal politik. Semacam tidak ada penghujungnya. Tak tau laa..apa nak jadi tah.
Ops.. aku keje di bawah orang politik. tak leh cakap byk2..
nanti aku kena plak.. huhuhuhuhu..
Salam Semua,
Erm, the best entry tau!!!
hehehehehe
;p
Actually, as a student IPT aku tidak situasi ni dari satu aspek. Bagi aku, our politicians more to pentingkan poket sendiri dari poket rakyat yang pernah undi diorang.
Dari 2008 sampai sekarang, tak abes2 isu murahan and remeh-temeh dibangkitkan!!! Aku da muak dah!!!
Da tu, bila nak start buat keje??!!! Takkan tunggu PRU13 baru gatal kaki; turun sana sini!!! C’on Datuk-Datuk YB!!!
Kami bukan bodoh, nak berdepan dengan isu macam ni. Bogel ar, lompat katak ar, ambil alih negara????!!!! s**pi*!!!
p/s:
Sori, kalau komen kali ni agak kasar ckit!!
Aku da muak ngan situasi yang membebankan ni!!
Malu tengok golongan “INTELEKTUAL” tunjuk perangai terlebih “kredibiliti”!!!!
http://meetuncleshah.blogspot.com
#Shaffik - Huhu.. Tengok Bila Rakyat Sudah Menyampah. Parah Jadinyer ye Tak?
#zool - Hehe.. Shhhh.. Simpan Untuk Diri.
diaorang dah bersuara,suara rakyat perlu juga didengar..
Betul. Suara Rakyat Adalah Penting. Tetapi Rakyat Yang Mudah Dipergunakan Oleh Pemimpin Politik Untuk Kepentingan Karier Politik Mereka Sangatlah Tidak Bermaruah.
dah boring dah ngan mainan politik bodo kat mesia nie…hmm…
Salam Semua.
adalah lebih jika YB ni buat keje balas budi rakyat yang beri mandat. bukan sibuk berpolitik dan bermain dengan isu murahan. takkan nak tunggu PRU13 baru nak buat keje???
gatal kaki nak turun sana-sin. betul tak??
Dikala ekonomi yg meruncing ini, bbrp tindakan perlu diambil kerajaan bg menjamin kesejahteraan rakyat Mlys.
1. Menurunkan lagi harga minyak dgn menambah subsidi / menggunakan sistem harga apungan.
2. Membantu sektor elektronik dan pembinaan negara dgn menambah pelaburan dlm sektor tersebut.
3. Mengarah sistem perbankan utk menurunkan lagi kaedah faedah dah memudahkan proses peminjaman wang bg melancarkan pengaliran wang tunai
4. Menjana lebih banyak perusahaan sederhana dan kecil dgn urusan peminjaman modal yg mudah dan efisien
5. Kurangkan pembaziran dalam menguruskan negara TERUTAMANYA dgn menilai semula kadar SUBSIDI yg diberikan kpd penjana tng swasta, IP
6. MENGHAPUSKAN sistem AFTA bg penjualan model kereta yg diimport. HARGA KETA JEPUN dpt dijual pd harga keta proton dan proton tpaksa jual keta mereka dgn harga >20k \(^^,)/ YEAYYYY!!!!
7. Merangka dan memulakan akta perdagangan bebas dgn negara INDIA, CHINDA & RUSSIa
#semata2 pendapat dan saranan dr seorang graduan BIOTEKNOLOGI =D
negara baru gua CHINDA hahaha
#aman - Politik Tidak Bodo. Pengamal Politik Itu Yang Membingungkan..
#Meet Uncle Shah - Memang Ramai YB² Yang Berkhidmat Untuk Rakyat. Tapi Biaselah. Sambil Berkhidmat Sambil Berpolitik Juga..
#Jebat - Chinda? Negeri Mana Tu Tuan Hamba? Hahaha.. Bagusla Tuan Hamba Jebat Ni. Nanti Kanda Akan Sarankan Kepada Baginda Sultan Supaya Melantik Tuan Hamba Menjadi Perdana Menteri Jebat. - Tuah.
Sori Meet Uncle Shah. Comment Yang Engko Tulis Memula Tu Masuk Dalam Spam Comment. Aku Baru Approve. Hehe..
Haha CHINDA tu sebuah negara yg terletak di antara CHINA dn INDIA. Negara tersebut di terajui oleh Raja KAPAL karam SINGH dan pembantu beliau LIM KIT ckp SIANG x pandang ckp MALAM x dengar. Mereka dibantu pejuang berani MAMPUS Gobind Singa Lapar dan Lim Guang Kering.
*Semakin kurang hajar tindak-tanduk bbrp ahli politik di Mlys ni.
Bak sini Taming Sari kau Tuah, biar ku robek saja perut mereka.