Pilihanraya Kampus UKM Kembali Lagi
Jan 14th, 2009 oleh Qaiyum
1. Gambar di atas adalah keratan akhbar The Star beberapa tahun lepas yang membuktikan saya juga adalah antara bekas aktivis pelajar suatu ketika dahulu.
2. Gambar itu diambil pada pukul 2 pagi di salah sebuah kolej di UKM. Dalam keadaan kepenatan selepas pengundian, kemudian dipaksa pula melompat-lompat beberapa kali oleh pihak akhbar untuk mendapatkan shoot terbaik. Semua ini sudah tinggal sebagai memori saya bergelar mahasiswa.
3. Namun biasanya anda akan dapati bahawa di dalam sebuah gambar tercatat berjuta kata².
4. Setiap IPTA biasanya mempunyai ceritera yang tersendiri, yang panas, yang menendang, yang membakar dan segala-galanya lagi. Di UKM juga membawa ceriteranya tersendiri.
5. Hampir sama dengan situasi IPTA lain, perlawanan pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan diistilahkan oleh media dan juga warga kampus sebagai perlawanan antara Pro-Aspirasi & Pro-Pembangkang.
6. Istilah yang wujud ini memaksa kita menerima pandangan bahawa calon yang Pro-Aspirasi adalah calon yang menyokong kerajaan dan calon Pro-Pembangkang adalah yang menolak kerajaan dan menyokong parti pembangkang negara ini.
7. Begitulah penerimaannya apabila kita dapat melihat ke mana calon ini akan meletakkan ideologinya. Sekiranya beliau Pro-Aspirasi maka ke UMNO lah beliau dan sekiranya beliau berideologi Pro-Pembangkang maka parti PAS adalah pilihan di hati.
8. Namun tidak semuanya berkeadaan dan mengikut aliran sebegitu semata-mata.
9. Saya adalah antara mereka yang mendokong Aspirasi Universiti dan Negara. Tetapi setelah setahun meninggalkan kampus, saya tidak lagi mengisi mana-mana borang menyertai Parti Politik.
10. Sepertimana yang ditulis sebentar tadi bahawa terdapat sejuta ceritera di dalam gambar di atas.
11. Hakikatnya walaupun saya adalah calon Pro-Aspirasi, namun tidak semua dari calon Pro-Aspirasi itu berideologi sama dan seiring.
12. Ada antara rakan-rakan yang bertanding melalui tiket Pro-Aspirasi, sebenarnya mereka secara tegar berdiri dengan ideologi untuk bersama parti pembangkang sehidup-semati. Mereka telah mengasingkan antara berpolitik di kampus dan berpolitik cara di luar.
13. Ini menunjukkan budaya politik mahasiswa adalah tidak sama dengan budaya politik di luar kampus.
14. Tetapi walaupun berbeda ideologi politik, kami tetap bersama-sama duduk di kerusi atas demi untuk menjaga kebajikan pelajar. Begitulah yang sepatutnya.
…
15. Pilihanraya Kampus UKM Kembali lagi. Penamaan calon telah berjalan dengan lancar pada 8 Januari lepas.
16. Keadaan sudah banyak berubah. Setelah pilihanraya Umum 8 Mac lepas, keadaan itu juga turut menular ke arena kampus.
17. Tidak dapat dipastikan benar-benar wujudkah gerakan yang benar-benar tulen daripada diri mahasiswa/i.
18. Situasi 50/50 menunjukkan bahawa kedua-dua pihak kali ini bersaing dengan sengit. Perlu diingatkan bahawa Selangor kini di bawah Parti Pembangkang dan UKM bertunjangkan KPT di bawahnya daripada Kerajaan Pusat.
19. Adakah aliran wang untuk pilihanraya kampus kali ini mengalir dengan banyaknya ke kedua-dua kem?
20. Jika begitu siapakah yang akan berdiri atas nama mahasiswa sekiranya kedua-dua kem terikat dengan di belakang mereka berdirinya parti politik yang bersembunyi ??
21. Apapun selamat berkempen kepada sekalian calon-calon.
22. Untuk merasai bagaimana hangatnya pilihanraya kampus tahun ini anda boleh lawati ke http://aspirasi-ukm.blogspot.com dan http://gm-ukm.blogspot.com . Bertembungan antara 2 kem berbeza.
23. Heh. Rindukan zaman muda² dulu.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]














Salam PRK,
Hmm pelik knp kali ni prk diadakan pd penggal ke-2? Bukan biasanya pd penggal pertama k… mcm Unimas dah buat sem lps. Tp x hangat la lebih kpd HANGIT. Hehehe
Ntahla. Maybe KPT Di Bawah Menteri Baru Ni Still Pening² Ngan PRK.
Erm… Tak sabar nak undi. Esok.
Harap calon yg diundi dapat menjadi barisan pemimpin yang mengambil berat akan kebajikan pelajar lain.
Saya ada dengar cerita drpd beberapa sumber kenapa mengapa PRK dibuat pada sem 2 tapi no comment. Tak mahu ulas lanjut di sini…
Ya.. Jangan Lupa Tunaikan Kewajipan Esok.
Jangan Tertipu Dan Menipu. Heh. Carilah Calon Yang Benar² Berjuang Demi Mahasiswa. Bukan Kerana Di Belakangnya Wujud Ahli Politik Yang Berselindung.
Erm , no comment about PRK.
Just, be smart!!! Jangan sampai terbawa politik semasa.
MeeT uNcLe sHaH:
alangkah baiknya, kalau IPTA diseragamkan bersama IPTS!!
kebajikan kami diabaikan!!!!
hahahaha
aku rase mmg ramai ahli politik malaysia nak join politik kampus to build leader in future!!!
especially pembangkang!!!
;p
Tertawa kecil di dalam hati apabila lunch bersama seorang calon.
Manifesto yang cuba disampaikannya membuatkan saya tertanya-tanya. ??? Do we really need a very big cafe? Sedangkan cafe yg ada agak lengang pada kebanyakan masa.
Ada pula calon yang hanya ‘mesra pengundi’ ketika kempen berlangsung. Sekali lagi buat saya menggelengkan kepala.
Ada unsur memanipulasi minda 1st year students like us. As usual, I have to keep my mouth shut. But I do realise and know that I’ve to be smart and choose the right one. Huh.. Tomorrow is the day. :-S
mcm2 berlaku skrg ini. tapi, aku tetap menyokong sekiranya pemilihan pelajar lebih kepada individu, dan bukan parti. nanti kalau berdasarkan parti semata-mata, janganlah bising kalau ada yang cuma wujud pada nama sahaja ye?
btw, dah jawab dah komen kanda. ada di page saya..
Undilah dgn ikhlas n jujur… jgn undi sbb terikut2 dan sbb paksaan. Undi anda mencermikan masa depan negara.
PS: PRK pilihan raya kampus / pilihan raya kecik??? hehe dua2 bjln pd mase yg sama
Keputusan PRK UKM :
http://www.ukm.my/undi
Aspirasi Menang 19 Kerusi.
Gabungan Mahasiswa Menang 13 Kerusi.
hehe,tbe2 rase nk bukak blog bekas MPP.well,scr jujurnya ni laa 1st time undi sbb member,bkn sbb parti,huhu…neway,aspirasi sbnrnye menang 20 kerusi.isk,sbnrnye ade byk bnd nk tny tp xnk laa tny kat cni,takot…
So aspirasi menang la ye.. bagus.. hidup aspirasi ukm!!!!
menang jugak..
ingat kekalkan jugak rekod setiap 5 tahun tukar pemerintahan tu..
teringat pulak ms menang dulu, haha..
ala.. borring la cite pasal pilihanraya kampus… =P
eh, really che det?
Internet kat Umah Buat hal.. Ngak Buleh Mahu Update. Huwaa..
berbeza ideologi politik, laki bini leh bercerai weiiii.. salammmz bro
Slm bro,
Lama tak singgah sini..entah ingat aku tak,hehe..aku tengok link aku masih ada kat pautan ko tu, tapi dah takde blog tu..aku baru je buka blog baru tu seminggu:) emm bagus betul korang semua ni berkempen dan perjuang nasib mahasiswa/i masa ngah belajar..
Aku dulu takde masa nak join sume tu,hehe..aku masuk kampus nak gi kelas je..tahun satu sem 2 aku dah duduk luar bawak motor secara haram,haha..rasenya sepanjang 4 tahun kat skudai sana aku mengundi sekali je kot..masa tahun 1..akupun tak tahu aku undi sapa sebab aku tak kenal semuanya,haha..
Dan setiap tahun mana2 yang menang aku tengok sama je keadaannya,hehe..yang aku ingat aku sokong calon yg nak kurangkan pondan kat UTM dulu,haha..tapi setiap tahun makin ramai plak aku tengok,hehe..tapi bagus gak ada benda ni..bleh belajar sepak terajang dunia luar dgn lebih baik..
wassalam.
Percaya atau tidak aku terpaksa menemui pihak management uitm semasa nama aku dicalonkan supaya nama digugurkan…mesti korang ckp takde semangat kepimpinan langsung.
Sebenarnya aku suke diri aku yg rebellion ni..kekekek..so mana boleh aku menjadi uniti ngan MPP.
aku tetap unggul sebagai komentator terajin.
terharu dengan pencapaian.
salam..
ke manakah dikau menghilang?
sudah terlalu lama tidak membaca entri baru dari saudara..
erm. tak sabar nak masuk U and mengundi.
tapi taun ni, deen dah boleh mengundi. kalau ada pilihan raya ah.huhu
hang pi belajor cari keja lagi…nie bising2 kalau final exam kantoi malu jer….pigidaaaaaaaaaaaaaaaaa