Yes Man (Jim Carrey)
Dec 18th, 2008 oleh Qaiyum

Selaku peminat dengan gaya lakonan Jim Carrey, pastinya filem terbarunya ini tidak saya lepaskan untuk menonton di pawagam. Selesai bertugas dari pejabat saya terus ke Alamanda, Putrajaya. GSC yang baru dan sememangnya tak ramai orang itu menjadi pilihan hati.
Nah. Filem ini sepertimana filem² lakonan Jim Carrey sebelum ini ternyata tidak mengecwakan. Malah untuk filem Yes Man ini saya berikan 5 bintang yang berkelipan.
Jalan cerita yang dibawa oleh pengarang sangat jujur dan memberikan impak yang mendalam di hati penonton. Filem mengenai kehidupan, komuniti, sosial dan psikologi manusia difokuskan sedalam-dalamnya. Tetapi yang menarik adalah kerana penyelitan unsur² komedi yang memang tidak akan lari sekiranya Jim Carrey wujud dalam sesebuah filem itu.
Kecewa dengan penceraian yang dialami oleh Carl (Jim Carrey), beliau tidak lagi menghargai sebarang peluang, aktiviti sosial dan pergaulan diri dengan komuniti sekelilingnya. Hari-hari yang beliau lalui adalah sebagai seorang lelaki yang kesunyian. Namun setelah menghadiri sebuah seminar, kehidupannya ternyata berubah. Hanya dengan sepatah perkataan iaitu YES!
Untuk penceritaan sebenar silalah menonton filem ini sendiri. Tak larat saya nak membuat sinopsisnya di sini.
Jika anda seorang traveller seperti saya, saya sangat menyarankan filem ini. Jika anda seorang yang suka berkhidmat kepada masyarakat, filem ini juga sangat sesuai kepada anda. Jika anda seorang yang suka mengkaji psikologi manusia dan menilai kehidupan dari pelbagai kacamata, Filem inilah yang patut anda tontoni. Sudah tentu selepas anda menonton filem ini anda akan tahu apa yang perlu anda rencanakan untuk penghidupan anda selepas ini.
Tahniah juga kepada Encik Jim Carrey yang memang sentiasa berjaya membawa watak yang dipegang dengan lucu dan unik. Syabas sekali lagi. Rasanya tidak akan ada pelakon yang sepertinya tatkala beliau sudah menjadi mendiang nanti. Maka hargailah hari-hari selagi Jim Carrey masih hidup. Hehe.. Kerana beliau sememangnya unik.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












haha ak pn minat gak ngan Jim Carrey… tp laju tol ko g tgk.. bkn citer nih baru kuar smlm ke???
Memangla Kene Laju. Buat Aper Nak Perlahan-lahan. Masa Kan Bergerak Pantas. Kita Pon Kiter Bergerak Sepantas Masa.. Haa..
Aku tak berapa nak layan movie2 ni..
Ngantuk bro..
Hehe.. Ngantok? Takpela. Layan Kat Umah Jela..
Hmm agak2 thn dpn ade lg x tayang cite ni??? xde geng la nak ajak pg tgk wayang, kene tgg sem bukak br ade org tmn….
erm, betul ker citer ni best??
lame tak follow up latest movie sbb byk sangat movie yang released thid month.
blurr gak, tak tau mana satu nk tgk.
Jgn tgk los n faun… xbest cite tu.. hehe tuh pandangan peribadi ak la.. ho3x
aik, aku bace kat news bkn men empak g wat promotion..
bley bgtau sedkit sipnosis citer loss n faun tak???
pun baru saja menonton filem ini (tapi bukan di alamanda)
komen saya: best!!
aku suka kalo jim carey berlakon cuma aku x berapa suka unsur2 menuhankan diri sendiri beliau dalam bruce almighty. serius aku nak marah. biasa la filem barat. atheis.
Dah lama rasanya….aq xturun wayang tengok cite. Last, filem kami…
Aku plak,kat kelantan memang takder cinema. So. aku cuba maximize penggunaan internet. Men downlad jew latest movie. Tu pun, blum tgk kesemuanya kerana kesibukkan sebagai pelajar!!! Huhuhuuh…
Los & Faun Adalah Karya Afdlin Shauki. Pada Aku Dia Ni Seorang Pengarah Yang Berkaliber Dan Cuba Untuk Membawa Pembaharuan Pada Setiap Karyanya Agar Lain Dari Yang Lain. Cerita Los & Faun Tu Adalah Satu Eksperimentasi Baru Afdlin Shauki. Aku Rase Penonton Perlu Memahami Intipati Yang Terkandung Dalam Cerita Tu Sebab Afdlin Shauki Seorang Yang Berfikiran Jauh. Kalau Kita Rasa Bosan Terhadap Karyanya Maknenye Kita Tak Faham Aper Yang Die Cuber Sampaikan..
Tapi AKu Pon Belum Tengok Lagi Citer Tu. Mungkin Dalam Masa Yang Terdekat Ni La..
Best Giler movie ni. Lawak memang kelas
bro, memang tu yang aku expect about afdlin. anyway, tu kan pandangan umum mengenai filem tu. Insyaallah, aku tetap gak download filem tu.
bagi aku industri filem kat malaysia da cukup rating. cuma, kadang-kadang kite je yang tidak menghargainya. kalau filem luar kite boleh bagi 5-10 bintang, kenapa tidak ngan filem tempatan??? fikir-fikirkanlah…