Apa Kita Nak Buat Bila Lama Tak Update ?
Dec 4th, 2008 oleh Qaiyum
Kita mesti membebel sebanyak mungkin betul tak ? Maka inilah sedikit informasi yang sempat saya bebelkan kepada anda samada anda bersedia atau tidak bolos saja dinding itu… :D=
#1 - Sahabat saya telah selamat bertunang. Saya dan beberapa rakan lain telah mengiringi beliau ke Sekinchan, Selangor. Beliau kelihatan agak resah-gelisah, malu-malu kucing dan terpaksa control hensem.
#2 - Ada lagi seorang sahabat wanita yang akan melangsungkan majlis pertunangan di Kelantan pada Hari Raya Haji ke-4. Terlalu jauh makanya saya dan sahabat handai lainnya tidak dapat turut serta.
#3 - Seorang lagi sahabat saya pula selaku bekas rakan serumah suatu ketika dahulu akan melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 14 Disember ini di Ampang. InsyaAllah nasi minyak itu akan menjadi rezeki kami pada hari tersebut. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
#4 - Kawan-kawan sudah. Saya bila lagi? Oh! Lambat lagi sey..
#5 - Ada pula seorang rakan saya ni sedang dalam proses temuduga untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang menghasilkan produk Sensaoil & AyuZip. Apetu? Hahaha.. http://www.lovelornlure.com . AyuZip Boleh !!
#6 - Semakin ramai juga rakan-rakan saya termasuklah rakan serumah yang tiba-tiba bersemangat waja untuk menjalankan perniagaan MLM sebagai sumber pendapatan kedua. Hmm..
#7 - Apepun kawan-kawan adalah sumber inspirasi saya. Kerana bekerja pada penghujung tahun ini sangatlah tidak produktifnya. Hanya kawan-kawan tempat berjahanam bersama. Marilah kita sehati berdansa.
#8 - Kepada kawan-kawan di luar sana yang telah lama terputus hubungan dan yang selalu curik-curik baca blog ini, semoga anda berada dalam keadaan sihat-walafiat pada musim tengkujuh ini. Janganlah lupa untuk menghantar kad jemputan kepada saya bila sampai waktunya. InsyaAllah saya akan cuba memberikan hadiah paling superb buat anda. Cewahh!! Ayat pancing ni.
#9 - Dan kepada anda yang telah berjaya baca sampai ke perenggan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda. Ini membuktikan bahawa anda sangat menyayangi saya dan oleh itu saya juga akan menyayangi anda sebaik mungkin. Sayang-Menyayang !!
#10 - Dan kepada anda pula yang telah klik pautan “Klik Untuk Teruskan Bacaan…” itu, anda adalah manusia yang paling saya puja dan terimalah kucupan manja dari saya berulang-ulang kali. Muuahh!! Muaahh!! Muahh!! Anda sememangnya seorang hero superb pujaan saya yang telah banyak berkorban untuk saya. Walaupun entri kali inisangatlah sampahnya, namun anda tetap memberikan sokongan kepada saya. Saya sangat terharu. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anda. Yah !!
Sekian, terima kasih.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












auwwww~dapat kiss..besh2..hehe =P (^______~’)
abang bile lg abang?yg no.4 tu?
Ouh! Best Eyh? :P~
Mm.. Ntah Biler Lagi Ek? Cik Nazhat Biler Lagi? :P~
hehe..eyh nie kan blog abang..so abg laa kene buat statement..nape tanye cik Nazhat plak.. cik Nazhat akan buat statement kt blog die sendiri laa nt..hihi..mane boleh buat statement kt blog org lain =P