Barack Obama & Demokrasi Amerika
Nov 6th, 2008 oleh Qaiyum

Ramai mengharapkan perubahan yang besar dapat dilakukan bakal Presiden Amerika Syarikat Ke-44 ini. Terutamanya perubahan dasar terhadap hubungan dengan dunia luar yang dianggap meruncing semasa di bawah pemerintahan George W. Bush.
Kemenangan Barack Obama melakarkan sejarah dunia apabila menjadi Presiden pertama berkulit hitam. Amerika juga dengan bangganya telah menunjukkan ‘contoh’ kepada dunia bahawasanya demokrasi tulen telah tertegak utuh di Amerika Syarikat.
Maka berkumandanglah suara-suara dari luar sana yang ingin melihat demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh Amerika Syarikat itu supaya wujud juga di bumi Malaysia. Pandangan mereka yang menganggap Malaysia masih lagi tidak mengamalkan demokrasi matang, separuh demokrasi dan demokrasi terkawal perlu melakukan anjakan paradigma.
Yang mana dakwaan itu juga membawa maksud sesiapa juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi maksud sebenar yang ingin dibawa oleh mereka adalah penghapusan status BUMIPUTERA yang dianggap berat sebelah oleh sesetengah pihak. Negara kini perlu mengorak langkah untuk ‘bergerak’ sama adil tanpa mengira perbezaan warna kulit dan juga latar belakang kebudayaan termasuk juga agama yang dianuti. Begitulah dakwaan mereka.
Perlukah demokrasi seperti ini wujud di Malaysia? Bolehkah kita melaksanakan sesuatu dasar itu tanpa mengira latar belakang sejarah sesuatu peristiwa? Adakah perlu mencontohi perilaku warga Amerika berkulit putih yang melakukan kekejaman dengan merampas tanah² milik penduduk asal benua Amerika daripada tangan puak yang dikenali dengan nama Red Indian?
Pandangan
Malaysia adalah negara Islam. Walaupun fasal itu tidak wujud di dalam perlembagaan, tetapi pemahaman Islam sebagai agama rasmi negara perlu diambil kira. Itu juga bermaksud Malaysia adalah negara Islam sepertimana pandangan masyarakat luar terhadap negara ini.
Wujudkah negara Islam yang ditadbir oleh ketua negara yang bukan beragama Islam ? Mustahil. Di Amerika memang kita boleh menerima dengan senang hati demokrasi seperti yang mereka bawa kerana penduduk Islam di Amerika masih lagi minoriti.
Tetapi di Malaysia umat Islam adalah majoriti. Makanya adalah mustahil untuk kita melaksanakan sistem demokrasi seperti yang diamalkan oleh Amerika Syarikat.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Tetapi di Malaysia umat Islam adalah majoriti. Makanya adalah mustahil untuk kita melaksanakan sistem demokrasi seperti yang diamalkan oleh Amerika Syarikat.
#setuju… umat Islam terdiri dr pelbagai kaum… namun… demokrasi kita tak sama dengan amalan di US tu…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Cuti Yang Singkat
Konsep Demokrasi Berpelembagaan yg diamalkan di Malaysia sememangya perlu dikekalkan…. sistem kita lebih cenderung kpd sistem demokrasi di UK, jika hendak diwat p’bandingan la…. namun begitu sistem ini seharusnya ditakbir oleh mereka2 yg AMANAH dn BERINTERGRITI supaya jauh drpd manupulasi dan penyalah gunaan kuasa….
Suhaib Telah Menulis Entri Terbarunya.. Gaining and Loosing
bumiputera penduduk asal tanah ini,
maka,
pemimpin tanah ini wajiblah lahir dari keturunan tumpah darah tanah ini juga~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. UTOPIA TRAUMA - Rahmat Harun
salam..
setakat ilmu yg saya ada, demokrasi adalah ciptaan barat.. x semestinya demokrasi adalah sistem terbaik, ini turut diakui oleh Tun Mahathir. Cara pemerintahan islam jauh berbeza dr barat. Kerana dgn demokrasi, boleh melakukan penipuan, diantaranya rasuah undi. Jadi dimana bagusnya. Selaku umat islam, wajib kita pertahankan negara ini dari diperintah org kafir, walau ape cara sekalipon.
Wallahualam..