Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor : Maju @ Mundur ?
Oct 30th, 2008 oleh Qaiyum
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bersifat sementara sehingga calon yang sesuai dilantik.
Suara Keadilan - 28 Oktober
Belum reda kemarahan Orang Melayu terhadap cadangan beliau untuk membuka kuota bukan Melayu ke UiTM, kini tercetus lagi isu yang membuka bukan sedikit amarah Orang Melayu. Berikutan hal ini, wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS Idris Ishak telah menyerahkan memorandum bantahan kepada menteri besar berhubung pemilihan Low.
Bolehkah perbadanan ini menjalankan tanggungjawabnya apabila staf di dalam organisasinya sendiri tidak dapat menerima perlantikan pengurus besarnya ?
Walau bagaimanapun, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali telah mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan isu tersebut. Selepas pertemuan itu, Dr Hasan dipetik sebagai berkata,
Menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.
Oleh yang demikian diharapkan agar calon yang dinamakan kelak tidak akan membuatkan orang Melayu Selangor turun dijalanan membawa sepanduk.
PERSOALAN
Tetapi bukanlah itu isu utama yang ingin dikupaskan di sini. Tetapi bagaimana respon orang bukan Melayu terhadap respon orang Melayu kepada isu ini.
Artikel² dalam laman web Malaysiakini seperti di sini dan di sini, mengundang persoalan kenapa sangat sukar bagi bukan Bumiputera untuk memahami hasrat dan kelemahan yang wujud dalam diri Bumiputera.
Dakwaan pertama - PKNS kepunyaan seluruh rakyat.
Memang benar bahawasanya PKNS ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan kehidupan seluruh rakyat di negeri Selangor. Tetapi semestinyalah mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan oleh persekutuan dan juga negeri.
Wujud suara mengatakan kenapa dipersoalkan jika bukan Melayu yang mengetuai organisasi ini?
Pastilah jawapan paling utama merujuk kepada Agama Islam. Saya pasti ini bukannya soal perkauman semata-mata. Tetapi lebih kepada perbezaan agama. Jika yang dilantik itu adalah seorang Muallaf, maka persoalan² ini tidak akan berdesas-desus dengan kencang di peringkat bawahan seperti sekarang.
Manakan mungkin kita meletakkan peneraju utama yang bukan Islam untuk membincangkan pembangunan Ummah di negeri Selangor. Seperti pembinaan masjid², surau², pengurusan hartanah cara Islamik, pengurusan harta berlandaskan sunnah Rasulullah dan lain-lain lagi.
Dikhuatiri sukar untuk mendapat kata putus dalam pembangunan Ummah ini sekiranya pembuat keputusan tidak faham langsung soal cara hidup Islam.
Ini bukan isu perbezaan warna kulit. Tetapi jika benar mereka mahu wujud terhadap tanggapan perbezaan warna kulit di mana² institusi & organisasi, mansuhkan dahulu sekolah jenis kebangsaan. Masukkan anak mereka ke dalam sekolah kebangsaan satu aliran. Jika mereka berani untuk berbuat demikian, barulah kembali mempersoalkan isu ini.
Mansuhkan juga politik berasaskan kaum. Wujudkan parti yang multi-racial. Mahu ?
Dakwaan kedua - Dapatkan mereka yang paling berkebolehan untuk tugasan itu.
Memang benar lebih ramai lagi di luar sana daripada kelompok bukan Bumiputera yang sangat profesional dan berpengalaman dalam menguruskan hal-hal pembangunan & hartanah ini.
Jika itu sebenarnya yang kita inginkan kenapa kita bersusah payah untuk menggadai harta dan nyawa bagi menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British? Bukankah lebih baik mereka yang memerintah negara ini. Pasti Malaysia akan lebih moden daripada yang ada, pasti Malaysia akan lebih kuat ekonominya, pasti Malaysia Malayan Union akan gah di mata dunia. Dan pastinya lebih sekular.
Dan hakikatnya pastinya Melayu terus-menerus duduk di kampung-kampung, bersekolah pondok atau bersekolah aliran Inggeris setakat darjah 5 dan jawatan paling tinggi dalam kerajaan pun hanyalah pembantu serpihan bagi golongan pemerintah-pemerintah ini.
Inilah sebenarnya yang Melayu perjuangkan. Inilah yang Melayu pantang. Yang membuatkan Melayu marah jika apa yang dahulunya diperjuangkan oleh Nenek Moyang mereka cuba ‘dipatahbalikkan’ oleh golongan tertentu.
Situasi sekarang tidaklah terlalu kritikal. Ramai profesional² Melayu telah wujud pasca Merdeka ini. Bantuan biasiswa melalui JPA telah berjaya menghantar ratusan ribu anak Melayu ke perantauan untuk menuntut ilmu. Dari barat Amerika hinggalah ke timur Australia. Pastinya ada anak Melayu yang sedang menuntut ilmu di situ. Untuk mereka bawa pulang dan seterusnya membangunkan negara ini.
Tetapi ingatkan mereka terhadap tanah air jika tawaran gaji di luar negara lebih mengiurkan?
Ingatkan mereka hanya mereka yang berilmu itu mampu untuk membantu sebangsa mereka yang kurang ilmunya ini?
Kekalkah memori mempelajari sejarah dalam minda dan hati mereka?
Entahlah..
Walaupun profesional Bumiputera tidak dapat menandingi profesional bukan Bumiputera, berikanlah bumiputera peluang untuk belajar & memantapkan lagi diri dengan jawatan yang mereka galas itu. Hanya itu sahajalah mungkin platform yang tinggal untuk mereka meningkatkan diri. Jika tidak di mana lagi? Ekonomi bumiputera juga masih tidak memberangsangkan. PKNS masih lagi tulang belakang orang Melayu Selangor.
Apa yang dikecewakan apabila kita orang Melayu berbincang mengenai permasalahan bangsa, inilah jadinya.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












seorang tokoh besar india pernah berkata;
“kau boleh ambil rakyatku,tanahku,hartaku, tetapi jangan bahasaku..”
renung2kan~
deennasour Telah Menulis Entri Terbarunya.. UTOPIA TRAUMA - Rahmat Harun
salam bro..
pada saya nak ganti orang takpe..cuma janganlah kita sibuk menyelongkar sampai lubang cacing keburukan orang2 lama disitu..kalau boleh kerajaan PR ni nak bongkar semua keburukan orang..macamlah nanti diorang takkan lakukan kesilapan..kalau tahu yang dulu tak betul, betulkanlah..takpayah bongkar2..kena ingat, andai satu masa mereke pula dijatuhkan, orang lain plak sibuk carik keburukan mereka..MB sendiri pun rasanya macam2 keburukan dirinya orang dok bongkar sekarang…
azmi Telah Menulis Entri Terbarunya.. SALAHKAH AKU BERFIKIRAN BEGINI….?
salam….ulasan yang sangat menarik…inilah jadinya bilamana masing-masing hanya mahu mempertahankan kuasa dan kedudukan tanpa memikirkan kesan jangka panjang. hari ini, lebih ramai menyalahkan antara satu sama lain….jika orang umno kata PR lakukan itu ini, PR pula kata dulu UMNO pun lakukan jugak…sama ja..
inilah mentaliti masyarakat sekarang, lebih mementingkan ideologi masing-masing tanpa memikirkan masa depan anak-anak malaysia. bukankah bagus andai kita semua melupakan semua itu, dan berusaha ke arah ‘memanusiakan manusia’….
semangat siuutttt!
#deennasour - Bahasa Jiwa Bangsa..
#azmi - Yaa.. Kalau Asik Menyalahkan Yang Lama Bagi Menutup Kesalahan Diri Sendiri Bukanlah Alasan Yang Profesional. Seringkali Alasan Sebegini Digunakan Di Medan Politik Tanahair Sekarang. Seringkali Kedengaran “Kenapa Saya Tak Boleh Buat Macamni Sedangkan Kerajaan Dulu Lebih Teruk Perbuatan Mereka Daripada Saya..”
#lieliqs - Terima kasih cik kak kerana memberikan komen di sini.. Hehe. Tanggungjawab pengundi telah terlaksana. Jangan sampai ke sudah tugas sebagai pengundi menjadi tugas untuk mengingatkan pemimpin sentiasa pula.
#hawa - Roh Perjuangan sukar terpadam
Ak bg ko 5 bintang utk ulasan nih.. menarik tol
But the worst still resides, if the flashing light does not function while booting.
tosyinnotly