Minggu Pening
Oct 20th, 2008 oleh Qaiyum
Hai..
Saya Pening. Tapi sebelum anda pun turut pening di sini saya kongsikan serba sedikit keindahan berada di Pulau Pangkor hujung minggu saya yang lepas.

Lagi KEINDAHAN Pangkor di - sini
Saya pening. Saya pening untuk menyusun timeline saya sepanjang minggu ini. Pagi tadi telefon bimbit berdering dengan nada dering lagu Dan Sebenarnya dari Yuna. Ingatkan macam biasa pada waktu dinihari sebegitu akan muncul mereka yang berbahasa kolonial untuk membuat temuduga di dalam telefon. Tetapi kali ini ianya memberitahu bahawa proses temuduga untuk tapisan kedua akan dijalankan pada esok hari di Petaling Jaya. Jawatan yang ditawarkan kali ini adalah sebagai Data Analyst yang sekiranya saya berjaya saya akan bertugas di Menara Berkembar Petronas Malaysia yang mana terletaknya pejabat Microsoft.
Saya melihatkan peluang saya untuk jawatan kali ini agak cerah memandangkan juga saya agak teruja dengan jawatan yang ditawarkan kerana tidak berkaitan langsung dengan sebarang unsur² pengaturcaraan. Keterujaan saya semakin tinggi mengenangkan saya akan berkhidmat di bawah syarikat orang yang terkaya di dunia ketika ini. Tetapi persoalan yang gagal saya singkirkan dari lubuk hati masih lagi menghantui diri apabila mengenangkan saya akan bertugas di sektor swasta. Persoalan yang berbunyi “Bagaimana dengan kehidupan aku selepas² ini?“. Kehidupan yang membuatkan saya bersemangat untuk berinteraksi dengan masyarakat, kehidupan yang membolehkan saya memilih perjalanannya sepanjang minggu, kehidupan tanpa Encik Bos yang memaki hamun kita. Kemana nanti semua itu akan hilang? Oh!
Tetapi sampai bila saya akan membiarkan diri dibelenggu dengan persoalan sebegitu? Kehidupan mesti terus, kukuh & mempunyai masa depan. Kehidupan kerjaya saya sekarang ini tidak akan membuatkan masa depan saya menjadi kukuh & stabil. Ianya cukup untuk kehidupan semasa saya.
Dan dalam masa yang sama pihak HEP (atau kini digelar Pusat Pembangunan Pelajar) UKM juga sedang meninjau² mereka yang boleh berkhidmat untuk ‘bertoleransi’ dengan sistem komputer yang baru dibangunkan oleh Pusat Komputer UKM. Sistem yang dipanggil Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) Pelajar adalah sebuah projek besar yang dimulakan oleh UKM. Sistem ini berkemungkinan akan menjadi sistem contoh untuk digunakan oleh sekalian IPTA seluruh Malaysia bagi menilai kemampuan pelajar di luar bidang akademik. Sistem baru dan masih perlu dipermantapkan lagi memerlukan seseorang yang kacak untuk diselenggarakan. Saya adalah salah seorang calonnya. Esok juga saya akan ke UKM untuk bertemu dengan Pegawai² dari Pusat Komputer.
Ah! 2 temuduga pada hari yang sama. Hmmm..
Dan hari ini juga saya menerima panggilan menjemput saya menjadi Fasilitator untuk kursus yang akan diadakan di Langkawi hujung minggu ini. Saya tidak sahkan lagi kehadiran saya ke sana. Serba Salah. Telah berjanji dengan rakan serumah untuk beraya di Melaka hujung minggu ini. Bukan Deepavali. Kita masih di Bulan Syawal bukan ?
Dan yang memeningkan saya sekejap adalah panggilan untuk mengisi kekosongan sebanyak 3 tempat bagi menjadi Fasilitator kursus yang akan dijalankan di Port Dickson pada keesokan hari. Kursus bagi staf² MARA itu bagaimanapun tidak jadi untuk menggunakan Fasilitator muda seperti saya. Mereka membuat keputusan pada saat terakhir untuk memanggil mereka yang lebih veteran. Haha. Nasib baik. Jika tidak saya akan semakin beruban memikirkan perjalanan saya minggu ini.
Saya sudah merancang untuk ke Forum yang mana panelis salah seorangnya adalah Tun Dr Mahathir yang akan berlangsung di UKM esok malam. Sebenarnya walaupun idola saya adalah beliau, tetapi saya tidak pernah menghadiri majlis bersama² dengan beliau. InsyaAllah kita akan bertemu.
Salam Nusantara & sebenarnya saya tidak pening langsung pun. Saje buat² pening. Hoho..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












Gile la ko nih.. xpening wat2 pening lak.. gud lak utk temuduga n ak harap ko akn wat pilihan tg terbaik =)
Wow, microsoft. Aku doakan agar dipermudahkan jalan kelak. Amin…
LaLaLax8.l…. Ahhh pening kepala memikirkan xda kerja, tanam anggur LaLalaLax8 Harix2 kerja, BOSAN dgn kerja….hidup baru….LALALA X8
Petikan lagu Meet Pakcik Hussain….hahaha =P
ScarFace Telah Menulis Entri Terbarunya.. Fast n Furious Raya
hu..hu.. banyak offer ko dapat erk.. Gud luck..
*Pening pilih offer takpe, jangan pening tak de offer
Jimmy Telah Menulis Entri Terbarunya.. Antara Blogging dan Games
pilih antara dua jlan idup berbeza..mesti pening.tambah2 lagi tak rancang betul2. semoga jalan yg dipilih tepat
langkahbaru Telah Menulis Entri Terbarunya.. WHEN WILL MALAYSIA PETROL PRICE GO DOWN?!
wah bnyk peluang kerja abg qay…choose the right for u..
peluang dh ada depan mata..just click u heart..
x sume org dpt peluang mcm tue…antaranya sy..iskh2 sedih..
but i’m happy for u…