Yuna EP Launch 12 October 2008
Oct 13th, 2008 oleh Qaiyum
Wah.. Tajuknya dalam bahasa kolonial. Kepada sesiapa yang tersesat masuk ke sini menggunakan kata kunci sepertimana yang tertera pada tajuk entri ini, usah khuatir kerana sememangnya anda sedang berada pada salah satu blog peminat beliau.
Buat pertama kalinya saya telah melibatkan diri dalam aktiviti musikal atau mungkin juga boleh dikategorikan konsert. Sebelum ini kalau ada pun saya hanya akan hadir apabila dijemput ke majlis² keraian yang sememangnya tidak perlu berbayar dan pementasan dilakukan oleh komuniti tertentu seperti Kelab Gendang 18 Tingkat Sungai Chua dan sebagainya.
Yuna. Mungkin ada yang telah mengenali bakat beliau dan masih juga yang belum. Pernah saya nukilkan mengenai beliau dalam entri² saya yang lepas (Pandai²lah cari ek!). Tarikh 12 Oktober lalu sememangnya sangat dinanti²kan untuk saya melihat sendiri secara langsung bakat yang telah dianugerahkan kepada beliau. Saya sangat berpuas hati dengan setiap persembahan yang telah dihidangkan untuk peminat.
Persembahan pembukaan oleh Sundae & Otam sangat kool! Sebenarnya saya pun sampai agak lewat. Hanya sempat tiba tatkala Sundae mempersembahkan lagu terakhir mereka yang seterusnya disambung oleh Otam. Suara serak² basah beliau yang tidak terlalu Ramli Sarip mampu mengujakan peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan Cik Yuna kita ni. Kamu semua memang best.
Persembahan Yuna selama 2 jam yang mendendangkan lagu yang terdapat dalam album CD EPnya dan juga beberapa lagu lain sangat mengasyikkan. Tetapi masih lagi tidak lupa diri :D= Lagu² seperti Backpacking Around Europe, Dan Sebenarnya, After Midnight, Rocket, Blue Sands, Deeper Conversation dan lain-lain tidak menganjakkan langsung penonton dari tempat duduk mereka. Walaupun pada mulanya Cik Yuna kita ni agak gabra dengan kehadiran 250 peminat di KLPAC pada waktu itu, namun selepas mendendangkan beberapa lagu beliau dapat menyelesakan diri. Takpe. Ini juga adalah sebagai Training Ground sebelum beliau dapat bergerak lebih jauh lagi selepas ini.
Hasil kerja keras beliau dan pasukannya selama 2 bulan dilihat berbaloi pada akhirnya. Keterujaan dan kepuasan menamatkan persembahan dengan jayanya menggembirakan kedua-dua pihak - penganjur & peminat. Walaupun ini adalah persembahan yang mereka anjurkan sendiri buat pertama kali, tetapi semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik sekali. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan yang memberikan seluruh komitmen untuk pelancaran Album EP ini. Ewah! Dan macam aku pulak penganjur.
Tetapi memang ikhlas dari hati bahawa terasa berbaloi membelanjakan RM25 untuk ini. Cukup dengan goodies berupa album EP dengan 5 lagu Yuna, Cupcake & air mineral bagi yang tak henti² bertempik.
Saya rasa hari itu juga hari reunion bagi saya untuk bertemu kembali teman² sekolah lama termasuk Cikgu Kimia yang disayangi - Datin Anum yang juga selaku ibunda kepada Yuna. :D= Semoga anak cikgu sorang ni dapat mendaki lebih jauh dan tercapai hajat cikgu untuk menjadi manager kepada Yuna. Hehe. Saya dan rakan² akan sentiasa menyokong dari belakang. Hari ini memang best!
Kepada yang masih tak paham sepatah pun yang saya catitkan di atas tidak mengapa. Tetapi jika anda terdengar mahupun terjeling 4 huruf ini - Y.U.N.A jangan sekali-sekali memekakkan telinga dan membutakan mata anda. Hayatilah seni dan imej yang dibawa beliau kerana sesungguhnya she’s something. Teruskan menyokong industri muzik tanahair.
Yah!

Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












wah..bertuahnya! tak ajak aku pon..huhu
err..aku tau illegal tapi leh tak rip pastuh send kat aku?..hehe
rip 320kbps…aku nk quality utk lagu quality!
kalo dia jual kat itunes/amazon mp3,aku sanggup beli!..utk support industri msia,xde ruginye..
ada cara nak beli EP dia online tak? nak nak!
IcedNyior Telah Menulis Entri Terbarunya.. Raya Tag
#faiztaufik - Ahh.. Sape Suh Ko Balik German Awal². Dah La No Tepon Ko Tah Mane² Tah. Kui Kui..
Hapuskan Cetak Rompak. Belilah Yang Original.
#IcedNyior - Mm.. Try Contact Yuna Kat Myspace @ Email Die.
AAAA jgn rip!
hahaha bukak myspace and find out lebih lanjut mcmana nak purchase online ok
Wah.. Yuna Datang Sini !! :D=
Jangan Risau. Qai Takkan Rip Punyer. Hakcipta Kan Terpelihara Selamanya. Dengar Tu Faiz. Hehe..
But Hope To Hear More Malay Song From Yuna~
[...] kredit to Qaiyum.net Yuna - Voices Upg Event…Proton Saga Blm Baru, Mesti Mau!…Malaysia Health Minister Resign… [...]
wow… yunalis..
cibai kuyum kata nak ajak aku p sama. bastard.
Adzim Telah Menulis Entri Terbarunya.. Melatahkah Kita Sebagai Rakyat Malaysia?
alamak..tuan album ada kat sini..hehe. baiklah cik queen yuna..menjunjung perintah!
en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
en_me Telah Menulis Entri Terbarunya.. sweet sixteen (birthday)
wow…pakai tudung, main gitar.
perkataan yg keluar kat minda aku: nice, cool, impressive
tak penah dgr lagi lagu2 dia…hehhe
langkahbaru Telah Menulis Entri Terbarunya.. WHEN WILL MALAYSIA PETROL PRICE GO DOWN?!
salam..
mane nak bli CD YUNA ea???
Seperti Yang Dikhabarkan, Sila Berhubung Dengan Yuna Di http://www.myspace.com/yunaroomrecords
yuna mmg best…sy add url awak ke blog saya..tq batch derma tahun berapa yek?
cheedah Telah Menulis Entri Terbarunya.. Yuna - made from malaysia
#Cheedah - Saya derma Batch SPM 2002.
salam..hi..bleh tumpang tnya..im impress with yuna’s talent..mcm mane nak beli album dier ek?got any idea?…
Wooow….besh lagu dia..
soqa pn BESH
maklm lh 1 kg
aku memang minat giler kat yuna…
klu d berikan peluang mmg nk jmpe dia
hehe…..
d mana sy bleh bli lgu yuna..??
cz ct dah cri tpi tak jmpe….
Mm.. Album @ EP Die Nak Beli Payah Sikit. Kene Contact Yuna Sendiri. Silalah Ke Page Beliau di http://www.myspace.com/yunaroomrecords Dan Emellah Dia Sendiri. :D=
ramainye y mint Yunalis Zarai….
Ye Cik Altyra. Dapat Naib Juara AJL Katakan. Mestila Dah Popular. Nak Tau Sepopular Mane Yuna Ni, Tunggulah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pulak.. Hehe..