Pirates of Silicon Valley
Sep 8th, 2008 oleh Qaiyum
Rumah agam yang di sewa oleh kami di arena Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ini telah mempunyai Astro, TV 22″ (TV LCD 40″ telah diarkibkan), DVD Player, Amplifier dan Sound System murahan (di derma oleh En. Pong). Macam agak riak lagi bongkak dengan pernyataan demikian. Tetapi ingin lagi saya tambah bahawa sejak bulan lepas, kami telah menambah siaran Movie di saluran 411,412 & 413 Iaitu HBO, Cinemax & Star Movie.
Cukup sudah untuk mukaddimah. Apa yang ingin saya kongsikan sebenarnya adalah berkenaan dengan sebuah filem bertajuk “Pirates of Silicon Valley“. Pernah tonton ? Sebuah filem docudrama yang dipetik dari buku “Fire in the valley : The making of the personal computer” oleh Paul Freiberger. Saya agak malu sebenarnya kerana selam penglibatan saya dalam dunia Teknologi Maklumat ini saya tidak pernah tahu tentang wujudnya dokumentari menarik sebegini. Mungkin kerana terlalu taksub dengan keduniaan kuliah, makmal, tutorial yang kebanyakkan kaedah pembelajaran adalah berasaskan teks semata-mata maka menyebabkan saya tidak peka terhadap dunia tayangan. Ecewah..
Filem ini merungkaikan sejarah lagenda dunia masa kini - Bill Gates & Steve Jobs. 2 orang manusia inovasi yang telah banyak memberikan impak yang super terhadap kehidupan manusia masa kini. Tetapi benarkah tanggapan begitu? Filem ini akan membuka minda anda bahawa mereka berdua bukanlah 100% seorang pencetus inovasi tetapi lebih kepada pemanipulasi atau mengikut tema filem, mereka adalah lanun.
Anda dapat memahami sendiri bagaimana pemikiran 2 orang manusia berbeza latar belakang ini berkongsi suatu impian yang sama iaitu untuk dikenali manusia. Kisah bermula ketika mereka menuntut di kolej masing². Dan kemudian memulakan perniagaan masing² bermula dari bawah. Pahit-getir kehidupan mereka yang tunggang-langgang tidak sama sekali menghalang impian mereka untuk memperoleh kejayaan. Steve Jobs sangat bercita-cita besar untuk menjatuhkan IBM selaku gergasi dunia komputer pada masa itu dan menganggap IBM adalah musuh utama. Bill Gates bermula agak perlahan dengan membuka syarikat yang membina perisian semata-mata digelar Microsoft. Berbanding dengan syarikat Apple milik Steve Jobs yang memasarkan komputer dan perisiannya sendiri. Pada waktu Apple sudah memiliki ibu pejabatnya sendiri, Microsoft hanya mempunyai pejabat di dalam sebuah motel.
Walau bagaimanapun Bill Gates tetap berusaha untuk berjuang dalam bidangnya. Memulakan langkah untuk bekerjasama dengan IBM bagi menjual perisiannya kepada pihak IBM untuk dikonfigurasikan bersama-sama mesin komputer ciptaan IBM. Di dalam bilik mesyuarat itulah kejayaan besar Encik Bill Gates kita ini. Meraka berjaya meyakinkan kepada IBM bahawa mereka memiliki sebuah sistem pengoperasian yang canggih diberi nama DOS. Walaupun pada hakikatnya mereka langsung tidak mempunyai perisian itu. Setelah mendapatkan kontrak Bill Gates dan pasukannya telah berjaya membeli sebuah sistem pengoperasian daripada sebuah syarikat kecil di Seattle dengan nilai $50,000.
Namun Apple sudah melangkah semakin jauh. Syarikat Xerox juga pada ketika itu sudah gah. Kebanyakkan jurutera yang inovatif telah datang kepada mereka untuk memperkenalkan produk² terbaru. Namun kebanyakan idea inovatif jurutera itu gagal membuka minda orang² Xerox untuk menerima produk mereka. Maka apa yang mereka panggil ’sampah’ itu telah dikutip oleh pasukan Apple untuk dimanipulasikan mereka. Ini adalah termasuk inovasi tetikus dan juga graphic user interface (GUI) - yakni permulaan komputer bergrafik dan bukan teks semata-mata. Mereka menggunakan inovasi ini dalam produk mereka bergelar Lisa (diambil dari nama anak Steve Jobs) sehinggalah ke produk Macintosh.
Bill Gates yang iri hati dengan kejayaan Encik Steve Jobs ini telah berjaya ‘merompak’ teknologi GUI yang dimiliki oleh Apple. Bill Gates berjaya membuat helah supaya Steve Jobs menerimanya sebagai sahabat bagi bersama-sama menghancurkan IBM. Yang mana Steve Jobs telah membuat suatu kesilapan besar dalam hidupnya kerana hanya menganggap IBM adalah musuh utamanya sedangkan realitinya Bill Gates adalah lanun yang paling merbahaya sekali yang telah menikam beliau dari belakang. Bill Gates kemudiannya memperkenalkan sistem pengoperasi Windows yang sememangnya tidak jauh berbeza dengan Macintosh.
Nah. Begitulah hakikat sebenar sejarah komputer dan perisiannya yang anda gunakan sekarang ini. Filem ini sangat sesuai dipertontonkan di sekolah² mahupun institusi bagi mereka yang malas menelaah teks yang berangkai itu. Walaupun nilai sejarah hidup mereka agak negatif untuk diambil, tetapi sekurang²nya mereka telah membuktikan bahawa merekalah manusia yang paling berjaya dan kaya yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia.
Kata Picasso “Good Artist Copy, Great Artist Steal“. Adakah pegangan ini boleh wujud dalam masyarakat kita demi untuk memupuk semangat inovasi? Negara hari ini sedang dalam dilema bagi membentuk masyarakat pencipta dan bukannya masyarakat pengguna semata-mata. Bagaimanakah untuk mengubah semua ini ?
Ayuh rakyat Malaysia kita mencipta sesuatu yang Superb !!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]











aku cukup teruja baca review ko pasal movie nih..siyes beb!
thanks bro…aku nk download nih..hahahah
melayubuntu Telah Menulis Entri Terbarunya.. Tempah tshirt ubuntu anda sekarang!
Hehe.. Download Jangan Tak Download. Pelakon Memang Sebijik Muka Steve Jobs & Bill Gates. Identiti Utama Bill Gates (Tangan Kat Belakang) Dan Kesemua Sifat² Lain Yang Kita Sendiri Tak Tahu Diserlahkan Dalam Filem Ni.. :D=
hoho..ni baru baca review da rasa syok…mesti tengok! haha
RajaOtai Telah Menulis Entri Terbarunya.. Video Review : Sigg Jones
lagi satu perkara tentang dua orang nih. satu hippy satu aristokrat. satu dropout liberal arts, satu dropout classic greats.
review yang menarik…mesti carik ni. pasal movie ni la kot sv aku masa dulu dok citer pasal ibm, apple n bill gates…cheis.
mati2 aku igt dia stadi gile2 pasal sejarah komputer ni…
langkahbaru Telah Menulis Entri Terbarunya.. I’m living in 90’s
[...] Pirates of Silicon Valley — Ulasan filem dokumentari Pirates of Silicon Valley oleh Qaiyum. Ulasan yang sangat menarik sampaikan aku terus tanya Qai, dekat mana boleh muat turun filem ni. ^_^ Di laman youtube ada tersimpan filem(Dijadikan dalam bentuk siri, 10 siri semuanya) yang berkisar tentang sejarah Apple dan Microsoft. [...]
bukan dah lama cite nih .. ?
adi Telah Menulis Entri Terbarunya.. KOLEH LEMOK SAMAH
aku memang tak pernah syok baca review selain daripada yang ini..
lepas nie aku mesti bersungguh2 mencari link download.. hehe..
menteil Telah Menulis Entri Terbarunya.. Jom Bina Tumblr
#RajaOtai - Tengok Jangan Tak Tengok..
#azraai - Betultu. Tapi Budaya Hippy Semakin Hilang Dari Diri Steve Jobs Sejak Permulaan Kerjaya Beliau Lagi.
#langkahbaru - Tak Payah Study.. Tengok Filem Je Dah Leh Borak Pasal Sejarah Personal Computer. Tapi Banyak Lagi Perkara² Yang Kita Kena Korek Sendiri Macam Asal Usul Nama Apple & Microsoft.
#adi - Ye. Citer Tahun 1999.
#menteil - Dah Jumpe Kasi Kongsi Aa ??
yeah…aku dah tgk beberapa tahun lepas…2thn lepas kot…best cerita ni….digalakan tgk
Harith Telah Menulis Entri Terbarunya.. Siri pembelajaran DSLR untuk pengguna baru.
Innovation.. is never a bad thing.
Tanpa Steve Jobs, idea-idea yang dibuang oleh Xerox mungkin takkan jadi kenyataan.
Tanpa Bill Gates, mungkin sampai sekarang semua syarikat komputer membuat perisian masing-masing, dan kita akan ada OS Dell khas untuk komputer Dell, OS HP khas untuk Hewlett-Packard, Compaq khas untuk Compaq, yada yada yada.
Knowledge is NOT power, if no action follows.
MK Telah Menulis Entri Terbarunya.. Lajukan Hari Anda Dengan FARR
dah tengok dah..best woo
RajaOtai Telah Menulis Entri Terbarunya.. Resting. Ramadan’s ending
Somewhere I have seen … And if on that very much.